Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

15 September 2010

Galmor Raya Feat Kuasa Bicara

"hidup kita semua adalah satu perjalanan yang menarik. kalau dijadikan cerita pastinya boleh menjadi jualan yang terhangat dipasaran sama seperti novel Laskar Pelangi karya Kang Andrea yang dipanggungkan juga mendapat jualan tiket yang menguntungkan. Tapi tidak semua daripada kita punya kelebihan untuk menceritakannya dalam gaya yang menarik. Maka biasanya cerita hidup kita selalu dijeruk dan disimpan kemas dan rapi tanpa kita sedar sebenarnya ia boleh dijadikan perkongsian dan pengajaran yang sangat menarik"

MuQaddimah sekadar pemanis bicara.

Inilah permainan kata-kata. Siapa yang paling manis bicaranya akan mudah untuk disukai tulisannya... Siapa yang tajam mata penanya akan mudah menyentuh perasaan manusia tentunya untuk tujuan keinsafan. Tapi semuanya di dasarkan kepada NIAT dan HATI.

Sama seperti kata-kata bicara. Siapa yang pandai berbicara akan mudah menambat hati pendengar lebih-lebih lagi dalam menyampaikan kuliah kepada umum. Kalau perlu tambahlah ramuannya dengan modul dan permainan. Kadang kala seseorang itu tidak perlu banyak bergerak atau menambah modul dalam bicara, cuma perlu bercakap dengan tenang dan penonjolan seluruh bual bicaranya yang berkuasa menambat hati pendengar. Tapi itu bagi mereka yang memiliki kuasa percakapan.Tapi cadangan saya untuk para penyampai dakwah yang tugasnya menyampaikan sesuatu di hadapan khalayak...perbaikilah gaya bicara anda setiap masa, ada baiknya gunakan teknik rakaman kuliah kita untuk disemak kembali dan teknik tiruan dari mereka yang lebih pakar,, tapi bukan copy paste...InsyaAllah kita akan menjadi seorang penyampai yang mampu menyampaikan dengan baik dan mampu menambat hati seluruh pendengar. Biar mungkin tidak semua hati-hati yang akan terkesan...cukuplah mereka sudi mendegar bual bicara kita dengan penuh minat. Tapi yang penting semuanya di dasarkan kepada NIAT dan HATI.

10 July 2009

Experiment Manusia versi PPSMI





Saya pun pelik sebenarnya, sejak bila manusia boleh jadi bahan experiment ni...ye saya memang tak ambik kos sains..tapi dulu kat sekolah menengah saya ambik juga sains tulen. Dulu-dulu kat sekolah tak de pula saya belajar mengunakan manusia sebagai bahan experiment. Tapi apa yang berlaku hari ini, manusia tu sewenang-wenangnye di jadikan bahan experiment. Maaf la intro yang melalut skit.

Sebenarnya saya teringin untuk bercerita mengenai PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) yang mula diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dan akan di 'pupuskan' sepenuhnya pada 2012 dek kerana mendapat tentangan yang hebat dari golongan yang cintakan bahasa.

Tahniah buat pejuang-pejuang yang telah berjuang menghapuskan dasar 'experiment' ini. Hmm saya pun hairan, kenapa la sangat kita nak mengunkana bahasa sendiri sedangkan kita punya bahasa kita sendiri. Mungkin mereka saja nak buat experiment kot, tapi kenapa bahannya adalah manusia?

Tapi hasil dari experiment tu negara dah menelan belanja RM12 billion.
Huh...berpeluh saya mendengarnya..banyak sungguh tu..sungguh sangat banyak. Tapi akhirnya sia-sia. (Klik di sini untuk bacaan lanjut).

Hmm,.,.sekarang ni kesian plak kat adik2 yang menjadi bahan experiment... Macam mana la negara nak maju...

Apapun PPSMI telah termaktub dalam sejarah negara. Jom katakan selamat tinggal kepada PPSMI.

p/s saje je membangkitkan satu isu untuk menutup isu-isu yang lain...huh...!!! -Sabah lari ke Brunei nanti baru tau...





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

06 July 2009

Ukhuwah Berpuaka




p/s untuk membaca entri ini, tunggu sehingga background musik mula terpasang (^_^)

Andai saya mengatakan kepada sahabat-sahabat dengan kata-kata "ukhuwah kita ni retorik!!!" berkemungkinan akan ada sahabat yang membesarkan mata kepada saya seperti sang singa melihat mangsa. Saya terfikir, kukuh sangatkah ukhuwah kami sehingga sampai tahap yang dikatakan oleh Rasulullah 'ithar' iaitu mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain?

Biarlah saya jawab sendiri soalan tu. Mungkin ukhuwah kami tidaklah sehebat 'ithar'. tetapi ukhuwah kami sudah cukup untuk membuatkan air mata-mata sahabat menitis atas sebab kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh sahabat yang lain. Ukhuwah kami sudah cukup untuk merobek hati apabila ada antara sahabat kami yang khianat. Juga ukhuwah kami sudah cukup untuk membuatkan pergerakan kami sedikit lumpuh dek kerana tiang-tiang rumah kami hilang satu demi satu.

Permasalahan ukhuwah ini sudah lama kami bincangkan semenjak pertama kali mengenal apa yang dinamakan perjanjian kepada Allah. Atas sebab kita akan bergerak kerja bersama maka ukhuwah itu perlu diutamakan untuk melancarkan gerak kerja. (banyak orang berkata begitu). Maka soalan saya, Betulkah?

Betulkan persoalan ukhuwah itu perlu diutamakan? Benarkah tanpa ukhuwah kita tak boleh menyusun gerak kerja dengan sebaiknya? Persoalan-persoalan inilah yang membuatkan saya terduduk sambil cuba menyelongkar isi-isi otak yang boleh digunakan untuk mencari jawapan.

Apa yang saya nak kata sebenarnya, "saya sudah serik dengan kekuatan ukhuwah".

Ya saya sudah serik dengan ukhuwah yang ikatannya sangat kuat. Bukan kerana apa, tetapi saya sudah cukup dikecewakan dek kerana ukhuwah yang sangat kuat.

Dek kerana ukhuwah yang sangat kuat itulah, hati hancur dan luluh sedih bila melihat sahabat-sahabat seperjuangan hilang seorang demi seorang...eh silap hanya dua orang sahaja yang hilang pedoman hidup..yang lain bukan hilang tapi sedang berhadapan ujian yang menguji keimanan. Moga mereka sentiasa dalam lindungan Allah.

Tapi betulkah saya jika saya menyalahkan ukhuwah?

Sedangkan Rasulullah kan ada bersabda, supaya kita berkasih sayang antara sesama makhluk. Bahkan kan lebih baik jika orang yang mengasihi sahabat itu lebih dari dirinya sendri...

Tapi kenapa kerana kuatnya ukhuwah itu, menyebabkan ramai hati-hati yang lumpuh..Hingga sanggup meninggalkan sahabat-sahabat lain terkontang kanting. Hingga ada yang lumpuh disebabkan sahabat mereka tak ada lagi di sini berkerja bersama mereka. Hingga pacuan kekuatan tidak lagi seperti dulu... Sedangkan saya rasa, janji ukhuwah kita adalah untuk susah dan senang bersama. Janji ukhuwah kita akan berjuang biar apapun yang datang menghalang. Janji ukhuwah kita bukan janji anak-anak manja yang minta dibelai, tetapi atas sebab agenda yang sangat besar iaitu mendaulahkan Islam. Tak kan berhenti selagi Islam tidak terdaulat...

Atau mungkinkah juga ukhuwah yang dibina tak cukup kukuh maka semuanya jadi begini? Tapi kenapa hati sangat sakit bila melihat keadaan sahabat yang kesusahan. Itukan tandanya ukhuwah dah kukuh.

Atau mungkin ukhuwah kami yang berpuaka..kerana itulah berani bermain dengan 'Permaisuri puaka'?

entahlah...

Cuma saya tetap optimis...sekarang masanya untuk BANGKIT!!!!!!.... Kerana TENTERA MUHAMMAD SUDAH MULA MENYUSUN LANGKAH UNTUK KEMBALI !!! Kerana sekarang sudah sampai masanya turn kita mengorak langkah. Kita akan buktikan pada Sudin dan Samdol..tanpa mereka kita adalah satu ketumbukan yang kuat.. bahkan sangat kuat hingga sukar untuk ditumbangkan.

p/s Buat Aizat dan Saufi, korang kat mana sekarang. Korang sehat-sehat je kan? Jaga diri..ingat kami sentiasa akan doakan korang. Apa yang berlaku ni tak kan lama..Percayalah..dan ana yakin dihujungnya nanti akan ada kemanisan yang kita tak boleh gambarkan. Ana yakin itu... salam kekuatan tentera Muhammad dari kami semua... Kalau bukan Tentera Muhammad Rasulullah S.A.W.. Tapi biarlah kita menjadi tentera Muhammad Al-Fateh yang membuka kota konstantinople...TAKBIR!!!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

19 June 2009

Sinetron yang Menjadi-Jadi




"Kenapa diorang ni jahat sangat. kalau jahat, jahat betul. Sekali baik, baik betul. Nanti kalau yang jahat tu sudah jadi baik, trus macam tiada fikiran, padahal masa dia jahat dulu bukan main lagi idea dia mau seksa orang."


Ini adalah rugutan biasa yang saya dengar ketika menonton sinetron bersama kakak. Memang ada benarnya rugutan tu. Saya pun berfikir (sambil ikut juga merungut) kenapalah pelakon cerita tu boleh jadi sangat jahat sampai tidak mengira pertalian keluarga. Biasanya kejahatan itu disebabkan oleh dua perkara, harta dan berebut perempuan/lelaki.

Kadang-kadang sedikit menjengkelkan juga (bukan sedikit , tapi banyak sebenarnya) bila tengok cerita yang tak logik. Beberapa perkara yang akan menjengkelkan saya bila melihat sinetron adalah

1. kejahatan di luar batasan pemikiran.
2. Solat dengan mekap dan pewarna rambut
3. Pari-pari yang sentiasa ada untuk menolong
4. Panjang berjela-jela

Kejahatan di Luar Batasan Pemikiran

ustaz saya kata, manusia itu kedudukannya boleh berada ditempat sehina-hinanya lebih dari jin dan boleh juga berada di tempat semulia-mulianya lebih daripada Malaikat(Rasulullah S.A.W).


Kalau kita tengok sinetron, macam-macam perbuatan jahat yang dilakukan oleh manusia, dari sekecil-kecilnya hinggalah sanggup menjadi hamba kepada jin dan Syaitan semata-mata untuk mendapatkan kemahuan nafsu peribadinya. Seperti biasa, dua perkara yang biasa menjadi pergaduhan adalah harta atau wanita/lelaki.

Benarlah kata ustaz, kadang-kadang saya sampai tidak pernah membayangkan betapa jahatnya manusia itu hingga sanggup membuang pertalian keluarga, hingga sanggup membuang Islam dari hidup mereka dengan bersahabat dengan Jin dan Syaitan.

Nauzubillah..

Solat Dengan Mekap dan Pewarna Rambut

Kadang-kadang, sinetron ni banyak bagusnya apabila menonjolkan cara hidup yang sentiasa mengigati Allah S.A.W. Tetapi.. banyak yang mebuatkan saya terfikir adalah, apakah di sana benar-benar liberal sehingga gaya hidup mereka sama seperti apa yang ditunjukkan di dalam sinetron?

Waktu tengah solat misalnya, mekap masih tebal di muka. Yang tu tak apa lagi, masalahnya.. seseorang yang memakai pewarna rambut tetapi boleh dikatakan seorang yang sangat wara, solat 5 waktu dan disanjung oleh orang disekelilingnya sebagai orang yang sangat patuh pada ajaran agama.

Bayangkan seorang yang sentiasa memakai kopiah atau songkok boleh dengan gembiranya berpegangan tangan dengan muslimah. Tonjolan babak seperti ini pada saya sangat tidak sepatutnya bagi seorang yang dikatakan mempunyai pegangan agama yang kuat. Bukankah ada unsur penghinaan di situ?

Pari-pari yang sentiasa ada untuk menolong

Alangkah bertuahnya seorang budak yang dijaga oleh si pari-pari. Kalau ada kesusahan pasti ada yang datang membantu. Saya masih ingat kalau waktu kecil-kecil dulu, saya selalu berfikir yang betulkah pari-pari wujud. Mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng seperti sleeping beauty, cinderella dan seumpamanya..

Tapi, di dunia sinetron, semuanya menjadi kenyataan. Mujur saya sekarang sudah dewasa untuk menilai semuanya, tapi bagaimana dengan adik-adik kecil yang dunianya masih penuh dengan khayalan. Bimbang pula terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut sinetron ini mereka termelakukan dan terpercaya perkara yang tidak sepatutnya...

Mengarut yang membawa padah...

Panjang berjela-jela

Aduh.. penat menunggu cerita habis. Kadang-kadang habis satu semester, tapi cerita sinetron tu belum juga habis. Ada yang sampai setahun lebih pun tak habis-habis lagi. Idea kreatif yang wajar juga mendapat pujian dari mereka-mereka juga.

Jenuh juga menunggu cerita tu habis. Padahal, ceritanya putar-belit itu sahaja. Kejap-kejap mati pastu hidup balik. Orang jahat sudah jadi baik, tiba-tiba ada lagi orang jahat lain...pening..pening...

itulah sinetron, yang karut, sesat lagi menyesatkan walaupun ada juga yang menginsafkan... Kadang-kadang saya hairan, mungkinkah Malaysia sudah kehabisan cerita? Atau mungkin kehabisan idea untuk membikin cereka... Kalau sudah kehabisan idea, biar orang alim ulama pula yang ambil tempat dunia media. Itupun kalau kita sudah mampu merampas dan mendominasi dunia media untuk disalurkan kepada dunia dakwah media... Mampukah kita?





JORDAN..

04 June 2009

Transformasi AF vs Transformasi tarbiyah




"Mari kita lihat transformasi yang berlaku kepada pelajar AF setelah 6 minggu"

 

maaf la saya hanya dapat gambar transformasi akim sahaja


 

untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai gambar ini sila klik sini


Lebih kurang macam tu la kot ayat yang digunakan oleh Sarimah, pengacara program realiti TV termantap 'konon'. Power tak???
ditambah lagi dengan ayat yang berbunyi...

"Cepat hantarkan undian SMS kalau anda tak mahu pelajar kesayangan anda terkeluar"

cukup rasa kalau ayat di atas digabungkan...boleh bergaduh suami isteri, habis duit gaji sebulan untuk beli reload semata-mata nak undi pelajar kesayangan...dahsyat...

Sememangnya konsep 'transformasi yang di bawa oleh AF7 kali ni serba sedikit berjaya menaikkan 'ratting' rancangan seisi keluarga ini. Saya terfikir, transformasi sebeginikah yang tinggal untuk dijadikan konsep ikutan oleh anak-anak muda? Hanya inikah modal ikutan yang boleh ditonjolkan dalam dunia mendidk anak-anak remaja globalisasi? Apa benar, transformasi ini adalah yang dimahukan oleh anak-anak remaja sekarang?

Saya rasa saya masih remaja..jadi jawapan bagi soalan-soalan di atas masih layak untuk saya jawab kerana saya masih remaja...

dan jawapan saya bagi semua persoalan di atas adalah TIDAK!!! TIDAK SAMA SEKALI!!! Bagaimana pula dengan anda??? (^_^)

Saya masih percaya bahawa remaja-remaja kini bahkan siapapun masih dahagakan sentuhan transformasi yang lebih baik berbanding transformasi yang dibawa dalam AF7. Saya percaya masih ramai di luar sana yang menyokong pendapat saya bahawa transformasi yang dibawa oleh AF7 bukanlah transformasi yang diinggini. Dan saya percaya transformasi yang diinggini oleh ramai insan adalah transformasi yang lebih mendekatkan kita dengan hidayah Allah.

"apa yang kau mau dari hidupmu?"

"Aku mau jadi baik kak, sebab tu aku masuk KRU (Kelab Remaja Ukhuwah). Sekarang ni sembahyang ku pun nda lagi tinggal. Kawanku semua baik-baik..." contoh dialog realiti ketika saya berbual-bual dengan seorang adik..(maaflah dialek ala-ala kedayan).

Kita masih boleh memilih, sama ada kita mahu men'transformasi'kan diri kita kepada transformasi yang menjauhkan kita dari hidayah Allah atau kita boleh lebih memilih transformasi yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Buktinya adik tadi, asalnya dia berkawan dengan mereka-mereka yang sangat nakal. Tetapi kerana ingin merubah diri dia sanggup meninggalkan keseronokkan lalunya walaupun banyak cacian, umpatan dan suara sumbang yang mengejek perubahannya. Itulah fitrah manusia sebenar-benarnya iaitu inginkan kepada hidayah Allah.

Dan bila saya tanya mana lagi seronok transformasi AF atau transformasi dia sekarang...Jawapannya tentulah transformasi dia sekarang yang semakin dekat dengan agama Allah.. Puas hati dengan jawapannya (^_^)

Kalau di AF transformasi yang boleh kita lihat adalah dari seorang itu yang tidak berapa nak pandai menyanyi menjadi seorang yang mampu menyanyi d atas pentas dengan baik..Tapi boleh kah dia membaca Al-Quran dengan baik sebaik dia menyanyi?

Kalau dulu dia seorang yang pakai baju mungkin tidaklah se'tidak cukup' kain yang di pakainya sekarang,terutamanya perempuan. Dari seorang anak gadis yang sopan, tetapi selepas masuk dunia AF (dunia popular) bertambah-tambah tidak cukup kain pula...

Kalau dulu seorang yang hidupnya tidak dikenali orang sekarang hidupnya menjadi tontonan umum, serba serbi hendak di ceritakan. Menjaja maruah diri untuk tatapan umum...

Ini cuma pandangan dangkal saya...

Berbeza dengan transformasi tarbiyah... kalau dulu pakai seluar atas lutut, sekarang bimbang di bakar di Akhirat dengan seluar-seluar dan baju-baju tak menutup aurat tu semua di buang.

Kalau dulu tak pernah baca al-Quran langsung tapi kerana hidayah Allah, dalam masa sebulan habis satu Al-Quran di baca kerana hendak benar-benar memahami apa isi kandungan 'Surat Cinta' dari Allah untuk hamba-Nya.

Kalau dulu bergaul dengan bukan muhrim sesedap rasa, tetapi kerana didikan tarbiyah Allah, pandang muslimat/muslimin pun tidak kerana bimbang panahan Syaitan.

SubhanaAllah..hebatnya transformasi tarbiyah Allah...

Apa yang pasti.. hidup mesti tetap diteruskan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa berada dalam transformasi didikan Allah dan di jauhkan dari transformasi ciptaan manusia yang sia-sia...




JORDAN..

05 May 2009

Gaya penulisan Annual Bakri




Bila terlampau banyak sangat apa yang ada difikiran ketika itulah jari sangat memerlukan sesuatu untuk diluahkan. Tapi kalau hendak menulis jari ini hanya berkehendakkan kepada sesuatu yang bila dibaca akan ada isi yang boleh diambil. Bukan sekadar untuk pembacaan kosong.

Itu gunanya blog mungkin untuk berkongsi dengan seseorang apa yang ada difikiran. kata orang kalau luahkan apa yang ada difikiran akan dapat terkurang sedikit perasaan sakit, gundah dan mahupun gembira. Tapi fitrahnya perkara gembira sangat mudah untuk diluahkan tapi perkara sedih suka dijeruk biar berkulat dan busuk basi dalam hati.

Atas tu muqaddimah je tu... Teringat satu komen yang ditujukan kepada saya.. "penulisan kamu ini berbunga-bunga..." hehe berkali-kali juga saya menerima komen bunyinya begitu. Komen itu ditujukan sudah lebih dari sekali tapi kurang sikit dari sepuluh kali. (^_^)

Tulisan Yang Berbunga-bunga
Hmm..apa maksudnya bila kita kata tulisan yang berbunga-bunga? Adakah kerana bila membaca tulisan ini terlihat dimata bayangan bunga? Hmm..sebenarnya maksudnya subjektif..Tapi maksudnya di sini adalah penulisan yang terlalu banyak sasteranya..hmmm..mungkin...

Ha..senang ceritanya..tulisan tu meleret-leret gaya novel. Begitu mungkin. Contohnya macam ni...

"rembulan yang...."

Eh tak tau pula nak bagi contoh macam mana..pandai-pandai la korang fikir.

Gaya Penulisan Annual Bakri

Pernahkah tak baca buku-buku hasil tulisan Annual Bakri? Setiausaha kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

inilah dia Annual Bakri Haron


Buku-bukunya pula


dan banyak lagi...

Tulisan yang sangat menarik

Gaya penulisan Annual Baki sangat menarik.. Kalau saya sendiri, memegang sahaja buku terbitan Anbakri Pulication, apa yang pertama sekali saya baca adalah kata pengantarnya..

MasyaAllah sangat indah... Sangat menarik. Penuh dengan 'bunga' yang maksudnya cukup mendalam dengan alunan lembut patah perkataan... Setiap patah disusun dengan penuh sopan. Menarik...

Ini hadiah saya kepada pembaca hasil dari quote "selipat sapu tangan buat bidadari-Bidadari Dari Timur"


...Penulisan yang mengambil pendekatan novel 'yang bercerita' ini, kami angkat; semata-mata untuk dijadikan kaedah berhelah demi menyampaikan asuhan. Jauh di sana, kami cuba dengan seberapa jujur untuk mendidik bahkan memimpin. Inilah cita-cita kami seasalnya - bermaksud untuk memupuk ketertiban adab demi menyemai nilai cinta dan budi yang lebih agung kepada Zat yang 'Lebih Abadi.'

Ketika membuat anjuran ini, kami awal-awal lagi telah menegaskan kepada diri kami bahawa kami tidak mahu terpesong atau memesongkan emosi dan perasaan sesiapa kepada lorong yang mendorong khayalan. Sungguhpun indera khayali perlu ada dalam sentimen pembaca demi menanggapi setiap bait rasa yang kami anyam dalam proses prosa dan penceritaan; namun kami telah cuba seboleh-bolehnya untuk mengekang rayapan fantasi pembaca dari tumbuh meliar jauh ke dalam belantara khayalan. Itu; kami tidak akan izinkan. Sungguhpun kami ingin setia menjadikan 'literature as art of writing something that will be read twice' tetapi ia tidak boleh sekali-kali membawa isyarat mesej yang keliru...

Quote tanpa ada meninggalkan sedikit patah pun..walau penulis hanya menaipnya sahaja bukan men'copy' 'paste'...untuk dikongsi bersama pembaca...(^_^)

Tak baca dalam lagi...baru baca sekapur sirihnya...

Biarlah ini tulisanku dan ini blogku

Maka saya berkata pada komen asalnya yang ingin didiskusi
"biarlah ini tulisanku dan ini blogku"

Cadangnya satu hari nanti akan lahir satu cerita bertajuk "aku percaya istikharahku" hasil buah tangan akal fikiran waras saya. Amin..moga ia akan menjadi kenyataan kerana saya benar ingin serius menulis. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang bersarang dalam fikiran...

Kata orang kita jangan membicarakan perkara-perkara yang akan datang..Tapi saya tetap suka membicarakannya..Kerana itu persediaan kepada kemungkinan yang akan berlaku..Serik mungkin..serik kerana tidak percaya dengan hasil istikharah lalu...Maka perlu juga membicarakan sola akan datang yang belum pasti.

Kalaupun "aku percaya istikharahku" tidak mampu untuk ditonjolkan, biarlah ia hanya menjadi cerita hati dan akan kuhadiahkan pada mereka-mereka yang sangat setia berada di samping saat sedih, duka dan gembira...

hehehe..berangan je lebih...

Gaya penulisan Fikrah Nazifa

Yang pasti..apa yang anda-anda baca di dalam blog ini adalah gaya penulisan fikrah Nazifa.. Memang tak semua yang boleh diterima..tetapi hanya ini yang mampu untuk dipersembah.. maka baca sahajalah..kalau sudi untuk di baca. Walauapapun terimakasih kerana sudi berkunjung dan menjadi pembaca walau dalam bentuk khayalan atau tonjolan diri dari komen-komen membina... (^_^)

Dengan penuh rendah hati dan rendah diri...Fikrah Nazifa mengucapkan Syukran jazillan wa marhaban Bik...




JORDAN..

Lawak Materialistik


Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..

"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..

"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"

Hmm..apa lawak tak? Lawak ni pada saya, saya bagi 5 bintang...dari 10 bintang. hehehe...

Korang faham tak maksud cerita ni? kalau tak faham..jom kita bedah cerita lawak..

Kalau menurut kefahaman saya, sebenarnya cerita ni mengandungi banyak makna tersirat dan tersurat.

Yang pertama...

Dia nak bagi tau kalau jadi peguam tu boleh jadi orang kaya..jadi kalau nak kaya jadilah seorang peguam. Tapi dalam masa yang sama dia pun nak bagi tau yang jadi seorang kaya tu boleh mengakibatkan penyakit meterialistik..oleh itu janganlah jadi seorang yang kaya... hehehe...

Yang kedua...

Dia nak bagi tau yang kereta Mercedes Benz dia tu baru je beli...tapi dah dilanggar lori yang terus lari...Oleh itu janganlah beli kereta baru sebab nanti kereta tu akan dijadikan 'test market' lori untuk langgar lari...

Yang ketiga...

Peguam tu menjerit histeria...maknanya peguam tu dah kena rasuk hantu dek kerana keretanya yang dilanggar lori...Saya terfikir..ingatkan kerasukan hantu ni biasanya di asrama je..rupanya di tengah jalan raya pun ada juga...Hantu orang kaya memang pelik...

Yang keempat...


Nak bagi tau betapa meterialistiknya peguam tu sampai tak sedar yang tangan dia dah dihentam oleh lori..siap boleh menjerit-jerit menangisi keretanya dan tak sedar tangannya dah terputus...Gile ke apa...

Yang kelima...

Peguam tu ada sebut "ya Tuhan" maknanya dia ada jugalah ingat kat Tuhan tapi di saat-saat dia ditimpa malang tu... Malagnya selepas tu dia ingat semula kepada jam rolexnya.. Sekejap sungguh dia ingat kat Tuhan...

Walauapapun the moral is apapun manusia ni tetap akan ingat kepada Tuhan..hanya lama atau tidak itu terpulang kepada keimanan masing-masing...Dan harus diingat hati manusia itu sangat senang terbolak balik..Kalau hari ini kita adalah sihamba yang sangat taat kepada Allah..(Alhamdulillah) mungkin satu hari nanti kita masih tidak tahu...Dan jangan sesekali memandang rendah pada seseorang yang kalau hari ini dia adalah seorang pembunuh yang sudah membunuh 99 orang manusia..kerana mungkin suatu hari nanti dia adalah seoarang ulama tersohor...

Moga sahaja peguam di atas suatu hari nanti juga akan menjadi seorang hamba yang benar-benar bertaqwa...





JORDAN..

01 May 2009

Islam itu bukan permainan la, mahasiswa pun tau fikir.


Gerakan mahasiswa maju setapak lagi apabila dengan lantangnya membantah tindakan kabinet yang mengeluarkan keputusan berkenaan kes tergempar pada 26 April lalu.

Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM bersama-sama Kelab Maaruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MCUIAM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam telah menghantar memorendum bantahan kepada mahkamah dan juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Putrajaya semalam.

Hmm..apa nak jadi la. Anak sekecil itu masih belum mengerti erti hidup..tapi menjadi mangsa sewenang-wenangnya kecelaruan pemikiran manusia.

Yang kabinet ni pun satu, kenapa tetibe je buat kecoh nak buat keputusan pasal isu ni. banyak lagi isu yang boleh di war-warkan tapi isu ni juga yang menjadi mangsa. hal agama juga yang dipertaruhkan untuk percaturan politik...

Mahakamah Syariah lebih berautoriti untuk mengendalikan kes ni. Sebenarnya ini mungkin hanya kuman dari isu yang berlambak-lambak ada kat Malaysia ni yang seumpama ini. Dan pasti sudah banyak jiwa-jiwa yang terkorban dek kerana kerakusan manusia. Tapi kenapa harus isu agama ini pula yang dijadikan mansga politik?

Penulis sendiri ada dua pendapat berkenaan isu ini (nak terima, terima..tak nak sudah..)

Pertama, kan Malaysia dah ada undang-undang syara'(mahkamah syariah)? Kenapa nak ganggu mahkamah buat keputusan pula..Walaupun sebenarnya undang-undang syara' yang ada tu pun dah habis ditapis dah mengikut sedapnya rasa "mereka-mereka yang mengadun rasa".

Kes ini masih lagi dalam perbicaraan Mahakamah Syariah, hakim belum lagi memutuskan keputusan..Tetapi kabinet terlebih dahulu mengeluarkan keputusan. Tidakkah ini diluar kawalan normal? Inikah pembawaan politik baru..menidakkan hak kehakiman..hmm.. asyik-asyik soal kehakiman, menderhaka kepada sultanlah (sultan pun ketua hakim negara), dah tu yang ni masuk pula versi mendahului kuasa hakim...Hmm

Kedua, nampaknya kebijakan mereka yang mempropagandakan isu ini terserlah. Ye la kan sekarang ni rakyat dah bertukar kepercayaan kepada mereka yang bergelar Pakatan Rakyat. Isu ini logik juga dimanipulasi untuk memperlihatkan betapa "kekucar-kaciran" perlu diwujudkan dalam komuniti rakyat berbilang kaum supaya membuka mata bahawa Pakatan Rakyat ni terutamanya PAS tidak la nak membela nasib kaum lain, tetapi hanya mengutamakan Islam. Sebab PAS pasti takkan berdiam diri. Dan benarlah apabila PAS pun buat DEMO membantah tindakan kabinet ni.

Jadi apa yang akan berlaku seterusnya...Entahlah..macam mana hebatnya sekalipun permainan manusia itu, Allah jualah yang berhak menentukan segalanya.

Cuma apa yang di kesalkan adalah, kenapa anak-anak kecil itu pula yang menjadi mangsa. Dan kenapa mempermainkan agama. Itulah manusia boleh menjadi serendah-rendah nialinya dari Syaitan juga boleh menjadi semulia-mulianya dari malaikat. (bleh kita sama-sama berfikir, bermuhasabah diri dengan merujuk surah At-Tin).

Apa yang pasti tindakan kabinet ni wajar diteliti semula kerana logiknya,
Perkara 12(3) Perlebagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Perkara 12(4) ini telah disalhtafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini melawan Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Yang ni penulis quote dari satu laman.. Semoga anak-anak kecil itu akan diadili dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang dunia yang memang tak berapa nak adil ni.. Dan akan dikurniakan oleh Allah taufiq dan hidayah berpanjangan hingga ke akhir hayat. Juga semoga ayah mereka akan mendapat ketenangan hidup dan juga makna Islam yang sebenar dalam agama yang suci lagi benar kurniaan Allah ini. Amin...










JORDAN..

24 April 2009

Falsafah...Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great




Berfikir mengenai falsafah memang mudah membuatkan mata ini terlelap. Entahlah bukan tidak minat, malah saya juga anatara peminat bidang falsafah. Kerana pada saya setiap manusia itu perlu berfalsafah apa lagi seorang insan yang memahami bahawa pentingnya akal itu untuk berfikir semaksima mungkin kerana ia kurniaan Allah.

quote dari nota ...

"Manusia tidak boleh melarikan diri dari falsafah; manusia sama ada berfalsafah kerana menerima falsafah atau berfalsafah untuk tolak falsafah"
takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:


Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Setiap orang pernah berfalsafah atau pernah mengalami saat falsafah pada tahap yang berbeza. Matlamat akhir berfalsafah adalah memahami tentang wujud dan kewujudan; sampai kepada sumber asalnya; mencari jawapan tentang persoalan siapa kita? ke mana tujuan kita? Jalan terbaik ke sana? Seterusnya meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya dalam kewujudan amnya.

Dalam proses kehidupan sehari-harian kita biasanya akan mengunakan akal fikiran kita untuk berfikir tentang banyak perkara, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.

Misalnya anak kecil, ada sahaja yang ingin ditanya.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi lagi.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi lagi lagi.

Bila sudah dijawab lalu ditanya lagi. Dijawab ditanya, dijawab ditanya lagi, dijawab ditanya lagi lagi dan lagi..hehe sampailah kita pula yang letih tetapi dia masih tetap bertanya. Bukti fitrah ingin tahu manusia yang tampak sejak kecil.

Berfalsafah ini biasanya terjadi oleh sikap ingin tahu yang kuat dalam diri seorang manusia. Lagak sianak kecil tadi yang setiap perkara ingin di ketahui. Fitrah manusia itu juga yang sentiasa akan timbul persoalan dalam benak fikran. Ada sahaja yang mahu dipersoal, mengapa begini tidak begitu, kenapa begini bukan begitu. Adakah begini atau begitu dan macam-macam persoalan lagi. Hmmm bukan setakat berfikir, tetapi mengkritik. Itulah saat kita berfalsafah.

Bila melihat nama-nama ahli-ahli falsafah dari Greek, Plato, socrates dan aristotle umpamanya...Hmm saya berfikir sendiri mungkinkah mereka-mereka ini sebenarnya beragamakan Islam. Kerana mungkin tahap falsafah mereka berjaya menemukan erti hidup yang sebenar.

Hanya saya percaya, bahawa semua ilmu-ilmu keduniaan yang digunakan zaman ini adalah hasil dari penemuan ilmuan-ilmuan Islam terdahulu. Tetapi telah di'tukar-milik' atau 'tukar-nama'kan kepada tamadun Barat. Seperti Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great adalah orang yang sama...? hmm...




JORDAN..

08 April 2009

Peperiksaan : Indikator Mahasiswa Intelek




Bila berfikir tentang hampirnya peperiksaan, mahasiswa seperti kita akan mula gelabah mencari nota-nota, soalan-soalan peperiksaan juga apa sahaja yang boleh membantu untuk kita ‘lulus’. Adakala penyesalan timbul dalam hati sebilangan kita kerana menghabiskan waktu yang lepas hanya dengan lebih membuang masa berbanding serius mengutip ilmu berharga. Tidak kurang juga yang hanya terus selamba ‘relex’ kerana dia merasakan jawapan mungkin turun dari langit saat menjawab kertas soalan. Alangkah baiknya sekiranya kita tergolong dalam golongan yang ketika ini tenang kerana yakin dan terus-terusan meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan nanti.

Satu persoalan yang sebenarnya sedang menghantui dunia mahasiswa kini adalah tuduhan bahawa tahap intelektual mahasiswa yang dikatakan kurang berkualiti. Terlahirnya seorang graduan dari satu-satu universiti seumpama tiada harganya. Kalau di zaman ayah ibu kita dulu, lulusan bergelar graduan ini dijulang tinggi, dipandang hebat bahkan menjadi rebutan kepada agensi-agensi yang memerlukan pekerjaan. Tetapi dizaman globalisasi ini, graduan kita tidak lagi menjadi rebutan malah berlambak-lambak tiada pekerjaan. Mungkinkah kerana tahap intelektual yang kurang, atau kerana sedikitnya peluang pekerjaan?

Jawapan kepada persoalan ini ada baiknya kita lihat semula kepada orentasi peperiksaan. Mungkinkah kegagalan kita menunjukkan prestasi yang baik dalam kapasiti pointer menyebabkan kita dilabelkan sebagai mahasiswa kurang intelek? Dakwaan-dakwaan mengatakan peperiksaan adalah medan sebenar menilai tahap intelek seseorang, selalu sahaja dibidas dengan mengatakan itu adalah pembohongan. Kita bukan mahu menidakkan bahawa peperiksaan itu hanya sistem ciptaan yang kurang bernilai, bukan juga mahu menafikan bahawa peperiksaan itu kadang-kala pembohongan besar kerana tidak semua orang boleh meniru dihari peperiksaan, atau saling bertukar jawapan. Cuma kadang kala kita sahaja terlalai dan terleka kerana tidak serius menginfakkan waktu untuk benar-benar mengutip ilmu untuk diamalkan dan diajarkan seperti yang disarankan oleh agama. Dan kerana itulah, kita tidak dapat menafikan bila manusia sekeliling mengatakan tahap inteletual kita yang tidak mencapai indikator yang dimahukan.

Menyalahkan sistem pendidikan yang tidak efektif atau sistem pendidikan kita kurang memenuhi piawaian kehendak semasa bukanlah jalan penyelesaian kerana kita bukan menteri. Hanya kita adalah seorang mahasiswa yang sepatutnya bebas bersuara kalau kita mengaku kita berminda kelas pertama. Tetapi dalam konteks menghadapi peperiksaan yang hanya beberapa hari sahaja lagi, apa yang penting ketika ini adalah memfokuskan dua pertiga dari minda untuk peperiksaan selain untuk keperluan semasa bermatlamatkan Allah. Semoga dengan usaha fokus kita itu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perolehan ilmu bukan hanya akan ditulis dikertas jawapan tetapi juga sebagai amalan.

Apa yang pasti, sebagai seorang mahasiswa apa yang diharapkan dihujung perjalanan mengutip ilmu ini sudah tentulah memperolehi ijazah. Ijazah yang dihari konvokesyen nanti kita akan diraikan bagaikan putera dan puteri yang berpakaian hebat seusai seorang ilmuan terulung seantero dunia. Dan pada ketika itu, ibu dan ayah kitalah orang yang paling berbungga hatinya kerana anaknya yang satu ini telah membuktikan bahawa mereka bijak dalam mendidik anak.

Semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita bersama…

BULETIN PMIUM 1




JORDAN..

10 March 2009

Kepelikan Berita Propaganda PPSMI





-Utusan Malaysia-




-Harakah-

Sabtu lepas gerakan pelajar yang diketuai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia telah turun bersama-sama dengan rakyat ke perhimpunan membantah Pengajaran, Pembelajaran Sains matematik dalam Bahasa Inggeris. Katanya lebih 3000 mahasiswa yang telah menghadiri himpunan aman tersebut.

Saya difahamkan himpunan tersebut mendapat reaksi yang negatif dari pihak kerajaan. Tak payah saya ceritakan di sini kerana kita semua boleh melihat segala macam cerita, kisah, dongeng, lawak bahkan cerita sedih dihidangkan di dada-dada akhbar. Baik di medan siber ataupun dah di 'hard copy' kan.

Cuba anda lihat gambar di atas......Jom kita bercerita melalui gambar...lantak korang la nak setuju atau tak dengan bacaan aku..hehe..

Dapat lihat tak cerita yang berbeza dari gambar tersebut.


-Utusan Malaysia-

Kalau mengikut bacaan saya gambar ini menerangkan seolah-olah lelaki tersebut nak pukul polis tu. Diorang ni macam tengah bergelut..Lelaki tu nampak ganas skit. Betul tak? nampak macam lelaki tu nak mengamuk pun ada juga..ee manakutkan. Kalau cerita pasal mereka-mereka yang ikut demonstrasi tu ganas mesti orang percaya punya..

second picture pula



yang ni pula dari akhbar harakah. Hmm.. Kalau tengok gambar ni la kan..mengikut bacaan saya yang tak berapa nak pandai membaca ni, polis tu nampak macam nak pukul orang. Lagi menakutkan. Nampak sangat jelas dia nak pukul orang ramai yang ada kat situ. Mengamuk ke apa polis ni. Tak sangka pula polis sejahat itu nak pukul orang ramai..eee nampak jahat sangat. Da la sekarang ni rakyat memang nampak polis ni jahat sampai ada kes orang mati dalam lokap..Baru lokap bukan jel.(dalam lokap maknanya org tu belum dibuktikan bersalah, tapi da mati). Tengok gambar ni membuktikan segalanya..

Gambar yang ke tiga pula


Juga dari akhbar Harakah.. rasa-rasa apa bacaan kita kali ni???
Kalau dari fikiran kerdil saya ni, saya akan mengatakan gambar ni macam polis tembak musuh. Semangat sungguh polis tu. Nampak macam merekalah si pekerja yang ikhlas berbaki untuk negara...

Tapi masalahnya dia bukan tembak kat musuh. Tapi kat rakyat yang datang ke sana hanya nak mempertahankan bangsa. Just nak buat himpunan aman. Bukan nak g serang kerajaan, nak bom Malaysia, nak bunuh orang ke ape..Hanya nak menyuarakan hasrat yang terpendam di hati. Kononnya negara demokrasi, kerajaan dipilih oleh rakyat, tapi suara rakyat langsung tak nak dengar...hmm apa nak jadi la

sampai hati polis tu kan. Gas yang diorang tembak tu masyaAllah dahsyat pedihnya. menusuk sampai ke hati. Macam nak mati pun ada. Pedihnya tak terhingga. SAKIT.. Apa lagi kalau kena kat budak kecil, atau nenak tua. sakit..pedih..eeee..ngeri... Tengok bola gas tu jatuh dari langit macam tengok bom terbang. Orang lari lintang pukang.. ee seram. Rase macam kat Palestin.. Tu tak campur lagi dengan siram air..

Gas tu bila campur ngn air lagi dahsyat.. Sebijik macam orang Yahudi tek berperi-kemanusiaan langsung. Bukan orang nak buat rusuhan. Nak buat himpunan AMAN je..AMAN je..

saya tak pegi pun sebenarnya..ni cerita dari orang je..hehe..ye ke tak pegi???

For the last but not the end, saya rasa kerajaan kena jadi lebih bersopan santun la. Sebab tanpa rakyat siapalah mereka. Jangan asyik nak bolot harta dunia je sampai segala-galanya tentang Akhirat diletak di kaki. Kehidupan yang hanya pinjaman disalah tafsir menjadi medan kekejaman semata-mata kerana wang.huhu..

P/s menyahut saranan mahasiswa perlu menjadi penasihat kepada kerajaan kerana hanya kita yang masih rasional bila bercakap soal politik kerana kita masih bebas...




JORDAN..

03 March 2009

Andai Perak seorang manusia




Memobilasi diri menongkah arus masa adakala menjadikan saya kurang memberikan ruang untuk diri sendiri. Komitmen yang bertimpa-timpa adakala cukup untuk menyesakkan jiwa. Hanya yang saya harap, hati ini tetap redha dan seronok melakukannya biar sampai hembusan nafas yang terakhir dalam tragedi kematian seorang yang beriman. Tdak dinafikan kegagalan akal fikiran ini menerima keadaan semasa dan tuntutan jiwa menyebabkan adakala jiwa ini meronta-ronta untuk beruzlah meneliti diri.

Belakangan ini saya merasakan banyak perkara yang saya lakukan bertentangan dengan naluri semulajadi. Aduh..tapi apakan daya, pasti ada hikmah dan rancangan Allah meletakkan diri ini di sana. Dan yang pasti moga usaha kecil ini sentiasa mendapat perhatian Allah.

Isu kali ini yang menarik perhatian adalah mengenai Perak.. Kasihan Perak. Andai saja Perak itu punya perasaan dan akal fikiran waras seusai manusia pasti dia sudah meronta-ronta menjerit
" bebaskan aku dari kepeningan dunia dan kehancuran ciptaan manusia kurang moral ini".

Mujur Perak hanya sebuah negeri tanpa nyawa. Hanya dia menyimpan jiwa-jiwa bernyawa yang ketika ini sibok merebut tuntutan dunia, walau ada juga jiwa ikhlas yang berniatkan mahar ke Syurga.

Akhbar pula lain halnya. Saya pasti semua akhbar ketika ini pastinya laku dengan berita-berita sensasi antaranya nama PERAK tetap diutama. Dalam pada itu, mahasiswa pula sebok juga menyebokkan diri. Tapi saya juga setuju sebenarnya jika idealisme yang dibawa benar-benar berpaksikan kebenaran.

Kalau di Uni Malaya MPMUM kami sebok dengan roadshow mereka. YB Nizar juga tidak kurang lagi-lagi seboknya.. Roadshownya ke merata Perak bukan dihadiri 500 orang tetapi mencecah 1000 orang. Nasib baiklah Perak hanya negeri bukan jiwa bernyawa. Kalau tidak saya pasti Perak juga akan hadir.

Saya hairan bagaimana mereka sewenangnya berbuat demikian kepada Perak.
Tidak kesihankah mereka pada Perak.
Mujur Perak bukan manusia bernyawa. Namun dalam kekecohan yang tidak terbendung itu, untungnya Perak sudah menjadi popular kini.

Perjumpaan kelompok manusia di dalam Perak walau di mana pun mereka berada asyik berbicara tentang Perak. Bahkan bukan hanya di Perak tetapi serata Malaysia , mungkin juga sampai ke mulut antarabangsa. Di bawah pokok, di kedai kopi, di simpang empat, di tengah trafik light, bahkan hingga ke pejabat syarikat terkemuka asyik berkata tentang Perak.

Perak tetap terus membisu. Mujur Perak bukan jiwa bernyawa.

Hanya yang kita bimbang dan takut apabila sudah sampai masanya Perak diberi nyawa. Pada ketika itu kita tidak tahu apa yang berlaku. Bimbang saja thunami politik yang melanda bukan lagi thunami politik, tetapi thunami sebenar, iaitulah peringatan dari Allah.




JORDAN..

26 February 2009

Musawah SIS , impak positif yang bernilai.



Setelah sekian lama menghilangkan diri tiba-tiba hati tergerak dengan sangat membara dan membuak-buaknya untuk mengisi sedikit entri untuk blog yang sangat disayanggi. Kesibukan mengisi hari-hari dengan "penampilan corak pemikiran kerdil diri dalam susuk tubuh orang lain" membenteng luangan masa dari beralih fokus kepada FIKRAH NAZIFA. Alhamdulillah sehingga kini saya tetap merasakan nikmat Allah yang tidak putus-putus dilimpahkan padahal hamba-Nya yang satu ini sangat sering berbuat dosa, tetapi Rahman dan Rahim-Nya yang 'SANGAT MAHA' terus mencurah-curah kepada hamba-Nya.

Timbul Keingginan dihati berdialog bersama yang sudi mengenai isu yang melanda sejak beberapa pergerakan massa ini. Isu kali ini yang pada fikiran saya sudah sangat sedikit hadam dikaji adalah tentang Musawah: Global meeting for Equality and Justice in the Muslim Family.

Membaca banyak komentar tentang MUSAWAH terus membantu otak kerdil ini memutar fikiran menilai dari pelbagai sudut yang padanya ada jalan fikiran. Istimewanya saya berpeluang bertemu sendiri dengan seorang peserta yang diberi peluang secara live muncul di program MUSAWAH.

Peluang dan kesempatan yang ada sempat juga saya menghadam bicaranya walaupun tidak banyak sebenarnya maklumat mengenai perjalanan program yang saya perolehi, tetapi yang jelas pertemuan singkat itu lebih banyak bicara kami tentang realiti sebenar antara MUSAWAH dan dunia pejuang-pejuang Islam yang sedikit lembab dari peredaran massa.

Istemewanya Sister In

Mungkin bila mendengar sahaja nama Sister In Islam apa yang jelas dikepala kita ialah bagaimana lantangnya SIS memperjuangkan isu sama rata antara kamum adam dan kamu hawa. Lantangnya mereka memperjuangkan isu 'kahwin lebih dari seorang' atau mudahnya ber'madu'. Namanya manis tapi natijahnya biasanya pahit ditelan.

Itulah Sister In Islam. Menariknya suara mereka ini berlegar-legar malah bersahut-sahutan seantero dunia. Mereka maju ke depan dengan keterlibatan yang sangat mengalakkan dari seluruh dunia. Hebat sungguh perjuangan dan promosi mereka.

Tidakkah usaha mereka ini sebenarnya mencabar kewibawaan kita yang bergelar 'pejuang-pejuang Islam yang benar'...

MUSAWAH dan Aminah Wadud

Jangan heran jika sekiranya majlis sebesar ini juga pasti dihadiri oleh nama besar. Kita semua mungkin sudah biasa dengan nama ini, Aminah Wadud. Dia adalah seorang wanita yang lantang memperjuangkan hak wanita malah boleh dikatakan tokoh yang sangat dikagumi bagi kaum SIS. Buktinya pada MUSAWAH lepas dia diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja.

Kalau satu ketika dulu kita dikejutkan dengan beliau yang menjadi imam solat Jumaat kepada sebilangan lelaki yang kelihatan dayus, juga dia sebenarnya pernah bergelar pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kali ini dia muncul di MUSAWAH sebagai pembantang kertas kerja. Wah tinggi martabatnya dilihat sebagai intelektual SIS.

Saya sempat berdialog sendiri saat mendengar nama Aminah Wadud disebut oleh 'seseorang' yang saya maksudkan di atas, terasa ingin juga nak bersua muka dengan gerangan pemilik nama. Bukan apa, sekadar hendak mengenali dan meneliti bagaimana orangnya. Jauh sekali untuk berdebat.

Contohilah SIS

Setiap orang akan mempunyai pendapat dan pandangan sendiri. Kerana kita mempunyai otak dan mata masing-masing. Belum ada lagi saya melihat dua tubuh manusia yang berkongsi satu otak dan satu mata. Jadi jangan jadikan alasan "pendapat saya sama seperti dia" untuk melepaskan diri ketika kita diajukan satu solan.

Maka saya juga ada kesimpulan dan pendapat yang menarik untuk entri kali ini. Banyak sebenarnya apa yang kita boleh pelajari dari kemunculan SIS. Maaf, bukan maksud saya menyokong SIS, tidak sama sekali setakat ini. Maksid saya mana tahu satu hari nanti SIS akan bertukar kiblat arah matlamat mereka menjadi sama seperti Ikhwan Muslimin. Amin..

Maksud saya perjuangan SIS yang berjaya menonjolkan diri mereka di mata dunia sehingga setiap permasalahan mengenai Islam terlebih dahulu akan dirujuk kepada SIS. Saya difahamkan bahawa antara peserta yang hadir pada MUSAWAH tersebut sebenarnya mereka-mereka yang tidak faham Islam. Mereka-mereka yang seakan baru hendak mencari kebenaran dan mengenali islam tetapi mereka terlebih dahulu berjumpa dengan SIS. Maka natijah jawapan kepada persoalan yang mereka perolehi adalah sama seperti SIS. Cuba bayangkan kalau sekiranya persoalan mengenai tudung terlebih dahulu diajukan kepada saya misalnya, pasti saya akan menjawab sebaik mungkin hingga diakhir kesimpulan kepada persoalan tersebut , si penanya akan merasakan bahawa masyaAllah betapa indahnya Islam.

Tetapi malangnya mereka terlebih dahulu melihat SIS. Bukan Nisa' Malaysia, bukan JIM, bukan ABIM dan seumpama dengannya..

Jesteru sebenarnya..kita bukan hanya senang lenang menunding jari mengatakan SIS yang salah. SIS lah punya segala-gala huru hara kesalahfahaman terhadap Islam. tetapi apa yang perlu kita sedari adalah silapnya pada kita sendiri.

Ke'lembapan' kita itulah yang perlu kita perbaiki dari masa ke semasa. Dan memperbaiki apa yang pincang itu lebih besar baiknya. Allahua'lam..

Maaf andai bicara saya ini tidak berkenan di hati pembaca sekalian. tapi hakikat tersebut perlu sama-sama kita perbaiki dan kita sama-sama bina penyelesaiannya. moga satu hari nanti, keindahan islam akan bersinar di mata- seluruh penghuni alam...ITU PASTI..




JORDAN..

23 November 2008

Tom-Tom Bak – Mendidik atau MEROSAK





Pasti ramai antara anda gemar melihat telatah kanak-kanak. Telatah jiwa-jiwa kecil yang bersih dan suci. Telatah anak-anak yang masih putih tanpa mengenal apa ertinya dosa dan pahala. Telatah gelagat manja yang perlu perhatian dan belaian. Telatah comel yang mampu mencuit sebegitu banyak hati. Telatah selamba yang menghilang segala kerunsingan bahkan menghapuskan seluruh masalah dunia yang bersarang dibenak fikiran. Juga telatah tulus dan mulus seorang insan kecil yang menerbitkan rasa dengki dihati ingin menjadi seperti mereka, bebas seperti burung boleh tersenyum, menangis, keriangan, marah, melakukan apa sahaja tanpa terbeban dengan masalah yang menghimpit, tanpa terbeban dengan jiwa yang kotor dengan dosa, tanpa terbeban dengan kemarahan dan reaksi kurang sopan manusia bahkan terus saja dibelai walau adakala gerak laku mereka mengeramkan hati, terus saja mendapat perhatian dan kasih sayang. Itulah kuasa jiwa yang suci dan bersih. Dan merekalah sebenarnya jiwa-jiwa yang juga suatu hari nanti akan mengemparkan dunia walau apapun dan di manapun peranan mereka dalam sudut dunia. Itulah zaman istimewa seorang insan.

Jika anda gemar melihat telatah mereka, pasti anda juga gemar melihat siaran television yang meletakkan 99% peratus hero dan heroinnya adalah kanak-kanak iaitu Tom-Tom Bak (TTB). Hanya 1% sahaja yang menambahkan lagi keceriaan program rancangan itu dengan penonjolan watak seorang ‘bapa kanak-kanak’ iaitu Aznil Nawawi.

Saya sendiri sangat suka menonton rancangan itu. Melihat Tom-Tom Bak sangat mencuit hati, bahkan kalau disusun 10 filem bertaraf dunia dan yang ke-11 adalah Tom-Tom Bak, mungkin saya akan memilih Tom-Tom Bak untuk ditonton.

Haziq dan kini Alisya


Kalau dulu watak utama TTB adalah seorang budak lelaki bernama Haziq yang petah berkata-kata dan sangat sayang kepada Uncle Aznil. Saya masih ingat ketika pertama kali Haziq muncul di television dalam rancangan Akademi Fantasia (moga tidak silap), yang meluru kepada Aznil dan terus melafazkan rasa sayangnya pada Aznil berkali-kali dengan menghadiahkan ciuman dan pelukan molek seorang anak kepada Aznil. Lalu hati ‘kebapaan’ Aznil ditambah dengan air matanya yang begitu murah untuk mengalir (kan setiap kali Pelajar AF keluar dia pasti menitiskan air mata..hebat ukhuwah mereka) menjadikan ‘moment’ itu sangat tragis dan syahdu (strategi menaik saham yang ampuh).

Kali seterusnya, haziq dijemput lagi menjadi tetamu dalam rancangan Macam-Macam Aznil Segmen Anakku. Sekali lagi drama anak dan ayah dimainkan. Tetapi saya percaya bahawa Haziq tidak berpura-pura, itulah bukti jiwa bersih yang mulus dan tulus. Ikhlas pada perbuatannya. Beruntung Aznil disayanggi oleh anak sekecil itu. Seronok melihat telatah Haziq. Dan akhirnya Haziq dipilih menjadi hero utama dalam rancangan TTB.

Kini TTB telah memasuki musim kedua. Tiada lagi Haziq sebagai hero, tetapi diganti oleh heroin pula bernama Alisya (bukan ejaan sebenar kot). Tidak kurang kecomelan dan kepetahannya dari Haziq, Alisya terus menjadi penceria TTB.

Hanya saya belum sempat melihat walau satu episode dari musim kedua ini kerana duduk di Universiti Malaya memerlukan partisipasi yang lebih kepada gerak kerja berfaedah berbanding duduk selamba depan television yang letaknya diruang legar lalu lalang orang.

Gelagat yang mencuit hati

Seperti sunnahnya gelagat anak kecil yang sangat membuatkan hati tercuit, TTB berjaya memanipulasikan telatah kanak-kanak yang ‘nature’ sebagai ‘alat mencari keuntungan’. Maaf kasar bunyinya saya gantikan statement ‘alat mencari keuntungan’ dengan ‘untuk menghiburkan sekalian banyak masyarakat’. Dengan jawapan-jawapan spontan dari anak-anak yang menjadi tetamu menjadikan suasana di studio juga dimana sahaja rancangan itu ditonton ceria dengan gelak tawa. Itulah kuasa jiwa yang bersih. Mudah menghiburkan orang.

Cungkilan Bakat yang Mempesona

Pernah suatu saat dahulu saya tertanya-tanya bagaimana rasanya jadi pelakon.

“Tetapi kalau mau jadi pelakon nanti dah besar baru boleh jadi.”

Dialog saya dalam hati. Tapi bukan bermakna saya menanam hasrat mahu jadi pelakon..Nauzubillah.. Kerana belum sempat hasrat itu tertanam, ia lebih dulu mati dengan amaran dari seorang ibu yang sayangkan anaknya. Terima kasih mak..

Tetapi dialog kecil hati saya 14 tahun dulu sudah tidak relevan diutarakan pada masa kini. Berjuta-juta ruang disediakan untuk kanak-kanak muncul sebagai pelakon. Hebatnya kuasa jiwa yang suci. Dan antara medan mencungkil bakat kanak-kanak adalah TTB. Lakonan, nyanyian, dikir barat, tarian, bermain alatan muzik, tradisional, internasional semua ruang sudah terbuka melalui TTB.

Walaupun ini dilihat sebagai peluang, tetapi saya berpendirian bahawasanya ini dipanggil bukan peluang, tetapi perosak jiwa suci dan bersih. Di sinilah kritikkan saya bermula, maaf tetapi saya perlu menyatakannya. Membuka mata saya sendiri juga orang ramai yang ditakdirkan Allah untuk membaca artikel ini.

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”
. Seluruh dunia mengakui peribahasa ini
benar. Dan TTB sepertinya adalah medan yang bukan melentur buluh, tetapi mematahkan buluh. Pembunuhan karekter bersih dan suci secara dalaman . Anak kecil harus dididik dengan didikan sempurna. Mengenal Allah dan Rasul, ditanam Iman dan Taqwa. Agar besar nanti taat pada agama dan menjadi harapan bangsa. Tetapi TTB malah mengambarkan bahawa kritikalnya institusi kekeluargaan dalam melahirkan insan soleh dan musleh. Hamba Allah yang beriman, melawan fitrah sebenar manusia.

[16.] (Luqman berkata): "Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. [17.] Hai anakku, Dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

Surah Al-Loqman : 16 dan 17

Pesanan yang jelas terkandung dalam surah Al-Luqman. Ayat di atas jelas menunjukkan bahawasanya Allah memberi contoh kepada sekalian yang bergelar bapa (juga ibu) agar mengajar anak mereka mendirikan solat, amar ma’ruf nahi mungkar, juga sentiasa bersabar.

Persoalannya, adakah dengan apa yang kita lihat di TTB, apabila anak-anak di ajar mendewakan budaya Barat, anak-anak diajarkan mendedahkan aurat, anak-anak diajarkan bersifat dan berbicara kurang sopan, anak-anak diajarkan hidup gaya ‘up to date’ menari, menyanyi ala inul, berpakaian berlawanan dengan fitrah jantina dan berbagai lagi yang pada hemat fikiran waras semua itu tidak akan membawa kepada mendidik anak-anak kepada apa yang diajarkan Islam.

Berbalik kepada pepatah“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika anak-anak dididik seawal usia dengan selesa melakukan perkara-perkara yang mungkar walau sekecil biji sawi, pasti bila besar nanti didikan ‘gaya lenturan’itulah yang akan dikenderai hingga dewasa kelak dan pasti perkembangan jiwa dan fikiran mereka akan bergerak selaras dengan gaya lenturan itu. Maka akan lahirlah insan yang menderhaka kepada ibu bapa, insan yang saban hari duduk berfoya-foya, insan yang dengan berani menentang agama, insan yang bernaluri songsang lebih memilih pengkid dan lesbian belum sentuh lagi bab zina, insan yang tidak mengenal erti kehidupan bahkan lebih teruk insan yang tidak mengenal Allah.. Menakutkan bunyinya..Nauzubillah..

Jalan Penyelesaian?

Bagaimana agaknya jika setiap institusi kekeluargaan itu harmoni dengan suasana nyaman Islam. Rumah yang tenang dengan alunan Al-Quran, solat berjemaah setiap waktu, amalan-amalan sunat bahkan qiammullail setiap malam, sang ayah saban hari selepas solat memberikan mutiara berharga kepada anak-anak sebagai pesanan dan bekalan menempuhi dunia. Sang Ibu yang sentiasa menyediakan makanan dengan bertasbih kepada Allah menambah sedap dan berkatnya hidangan. Ditanam dalam hati anak-anak akan keindahan peribadi bertalikan akidah Islam. Kukuh dan eratnya tali itu sehingga ikatannya tidak terbuka walau di manapun si anak berada hinggalah dia dewasa.

Pasti akan lahir dari lubuk keluarga itu, insan yang benar-benar beriman, insan yang meneranggi jalan disetiap laluannya, insan yang membawa harum ke segenap penjuru duduknya. Bayangkan jika itulah yang akan lahir dari SETIAP institusi kekeluargaan, maka akan teranglah dunia. Akan harumlah semesta. Subhanallah!!!..
Dan itulah jalan penyelesaian paling ampuh untuk segala kerosakan dunia. Mungkin ada baiknya TTB beralih kepada matlamat lebih jitu iaitu dengan berhijrah kepada tema mendidik anak-anak dengan sebenar didik. Mencungkil bakat nyanyian Al-Quran, bakat lakonan iman, lengok tarian solat, berdikir Mekkah, dan berfesyenkan Taqwa.. MasyaAllah.. Subhanallah..

Untuk akhirnya, diri ini bukanlah insan yang layak untuk menilai, apa lagi untuk menyatakan bahawa “akulah insan yang akan merancang landskap dunia”..hanya diri ini merasakan perlunya terbit kesedaran dihati setiap dari kita akan kepentingan menyedari hakikat

56. Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

surah ad-dzariat : 56


Bahawa kita dihidupkan hanya untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Allah..

Allahua’lam…

p/s : Maafkan segala salah silap ana hamba yang kerdil lagi hina dan penuh dengan dosa…








JORDAN..
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design