24 April 2009

Falsafah...Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great




Berfikir mengenai falsafah memang mudah membuatkan mata ini terlelap. Entahlah bukan tidak minat, malah saya juga anatara peminat bidang falsafah. Kerana pada saya setiap manusia itu perlu berfalsafah apa lagi seorang insan yang memahami bahawa pentingnya akal itu untuk berfikir semaksima mungkin kerana ia kurniaan Allah.

quote dari nota ...

"Manusia tidak boleh melarikan diri dari falsafah; manusia sama ada berfalsafah kerana menerima falsafah atau berfalsafah untuk tolak falsafah"
takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:


Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Setiap orang pernah berfalsafah atau pernah mengalami saat falsafah pada tahap yang berbeza. Matlamat akhir berfalsafah adalah memahami tentang wujud dan kewujudan; sampai kepada sumber asalnya; mencari jawapan tentang persoalan siapa kita? ke mana tujuan kita? Jalan terbaik ke sana? Seterusnya meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya dalam kewujudan amnya.

Dalam proses kehidupan sehari-harian kita biasanya akan mengunakan akal fikiran kita untuk berfikir tentang banyak perkara, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.

Misalnya anak kecil, ada sahaja yang ingin ditanya.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi lagi.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi lagi lagi.

Bila sudah dijawab lalu ditanya lagi. Dijawab ditanya, dijawab ditanya lagi, dijawab ditanya lagi lagi dan lagi..hehe sampailah kita pula yang letih tetapi dia masih tetap bertanya. Bukti fitrah ingin tahu manusia yang tampak sejak kecil.

Berfalsafah ini biasanya terjadi oleh sikap ingin tahu yang kuat dalam diri seorang manusia. Lagak sianak kecil tadi yang setiap perkara ingin di ketahui. Fitrah manusia itu juga yang sentiasa akan timbul persoalan dalam benak fikran. Ada sahaja yang mahu dipersoal, mengapa begini tidak begitu, kenapa begini bukan begitu. Adakah begini atau begitu dan macam-macam persoalan lagi. Hmmm bukan setakat berfikir, tetapi mengkritik. Itulah saat kita berfalsafah.

Bila melihat nama-nama ahli-ahli falsafah dari Greek, Plato, socrates dan aristotle umpamanya...Hmm saya berfikir sendiri mungkinkah mereka-mereka ini sebenarnya beragamakan Islam. Kerana mungkin tahap falsafah mereka berjaya menemukan erti hidup yang sebenar.

Hanya saya percaya, bahawa semua ilmu-ilmu keduniaan yang digunakan zaman ini adalah hasil dari penemuan ilmuan-ilmuan Islam terdahulu. Tetapi telah di'tukar-milik' atau 'tukar-nama'kan kepada tamadun Barat. Seperti Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great adalah orang yang sama...? hmm...




JORDAN..

9 Perkongsian:

  1. Salam'alayk,

    Kebetulan pula, 2 minggu lalu, berlaku satu perbincangan kedai kopi di Kafe KUAZ antara saya bersama Farid Jalpah dan Fahmi (Bendahari PMIUM), entah macam mana tiba-tiba termasuk ke dalam bidang falsafah.

    Pendapat Farid juga sama macam kamu, iaitu pemikiran ahli falsafah Yunani kuno telah menghampiri kepada hakikat ketuhanan.

    Mereka memang pemikir yang kritikal, mungkin sebab itulah mereka mampu berfikir sejauh itu. Namun, yang lebih menarik perhatian saya ialah, apakah sistem pendidikan yang telah dilalui oleh mereka yang menjadikan mereka itu para pemikir yang sebegitu.

    Jika dibandingkan, sistem pendidikan kini sebenarnya agak mengongkong, semakin tinggi kita belajar, semakin sempit pngkhususan kita. Namun, tidakkah kita terfikir bagaimana suatu masa dahulu lahirnya orang-orang seperti Leonardo da Vinci yang serba-serbi boleh, kan? Dia memang terkenal sebagai seorang artisan, namun beliau juga seorang saintis, arkitek, dan memiliki fizikal yang mantop, sesuatu yang jarang ada pada ulat-ulat buku moden..(sengaja mengambil contoh tokoh barat, hakikatnya ilmuwan Islam yang serba-serbi boleh pun ramai)

    Antara kata-kata da Vinci yang menarik ialah,
    "we must learn the science of arts, and the arts of science"

    ReplyDelete
  2. Nota tambahan,tentang isu Iskandar Dzulkarnain..
    http://saifulislam.com/?p=2046

    ReplyDelete
  3. bagus bicara soal falsafah,,.,,setengah org yg anti falsafah mrka kata falsafah ini 'palo-sampoh'(dgn loghat kelate...)-kepala sampah....

    amat malang sekiranya aktivis dakwah kampus gagal memahami tentang falsafah....

    tokoh dakwah di indonesia misalnya sperti Pak Mohd Natsir-Hamka ternyata menguasai falsafah dan ini boleh kita baca dalm karya2 mreka,,,

    bgitu juga 'ayatollah'2 di Iran(-trlepas dr prbncgan aliran mazhab)-kbnykan mrka mnguasai falsafah,,,,,

    smoga prbncgan dlm siri2 usrah akan diisi jga dngn ilmu 2 falsafah2 ini.....

    smbil mmbaca krya hasan albanna,syed qutb dll-bca jga krya descarte,Kant dll...

    jga malang skali jika kita mngabaikan karya syed mohd naquib al-attas......

    ReplyDelete
  4. Write moгe, thats аll I have to ѕay.
    Literаllу, it seems as though you гelied on the viԁeo
    tο mаke уour point. Yоu clearlу knoω whаt yοure talking abοut,
    ωhу thrоw aωау your intelligеnce οn juѕt pоsting vіdeoѕ to
    your blog when you coulԁ bе giving uѕ somеthing enlightening to read?


    Feеl fгee to visit my ωebpage ... Samsung galaxy note 2
    My site ::

    ReplyDelete
  5. This is a topic that's close to my heart... Best wishes! Where are your contact details though?

    Feel free to visit my blog ... tst
    Here is my blog :

    ReplyDelete
  6. I’m not that much of a internеt reaԁer to bе honeѕt
    but yοur blogs геallу nicе,
    keеp it uр! I'll go ahead and bookmark your site to come back down the road. Cheers

    Here is my web page :: vapornine
    My web-site ... vapornine

    ReplyDelete
  7. Τodaу, I went to the beaсhfront with my
    kids. I found a sea shell anԁ gave it to my 4
    yeаr old dаughter anԁ said "You can hear the ocean if you put this to your ear." Ѕhe put the ѕhell
    to her еar and scrеamed. Τhere was a hermіt crab inside anԁ іt pinched her
    eaг. Ѕhe neveг wants to go bacκ!
    LoL I know this is totally οff topic but I had to tell someοnе!


    my page pikavippi
    Also visit my website ; pikavippi

    ReplyDelete
  8. I pay a quіck vіsit day-to-ԁay a feω ωebsіteѕ and
    ωеbѕіteѕ tο read
    aгticleѕ, hοweѵeг thіs blog offers
    qualitу bаsеd content.
    my webpage: instagram-promoter.com

    ReplyDelete
  9. Right here is the perfect blog for anуbody who wishes to find οut
    abοut this topic. Υou know so much its almost tough to argue with you (not that I reallу ωould want
    to…HaHа). You certainlу put а new spin on a subject
    that's been discussed for ages. Wonderful stuff, just excellent!

    my blog post marketing on social network
    Feel free to surf my page ... email marketing blog

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design