15 September 2010

Galmor Raya Feat Kuasa Bicara

"hidup kita semua adalah satu perjalanan yang menarik. kalau dijadikan cerita pastinya boleh menjadi jualan yang terhangat dipasaran sama seperti novel Laskar Pelangi karya Kang Andrea yang dipanggungkan juga mendapat jualan tiket yang menguntungkan. Tapi tidak semua daripada kita punya kelebihan untuk menceritakannya dalam gaya yang menarik. Maka biasanya cerita hidup kita selalu dijeruk dan disimpan kemas dan rapi tanpa kita sedar sebenarnya ia boleh dijadikan perkongsian dan pengajaran yang sangat menarik"

MuQaddimah sekadar pemanis bicara.

Inilah permainan kata-kata. Siapa yang paling manis bicaranya akan mudah untuk disukai tulisannya... Siapa yang tajam mata penanya akan mudah menyentuh perasaan manusia tentunya untuk tujuan keinsafan. Tapi semuanya di dasarkan kepada NIAT dan HATI.

Sama seperti kata-kata bicara. Siapa yang pandai berbicara akan mudah menambat hati pendengar lebih-lebih lagi dalam menyampaikan kuliah kepada umum. Kalau perlu tambahlah ramuannya dengan modul dan permainan. Kadang kala seseorang itu tidak perlu banyak bergerak atau menambah modul dalam bicara, cuma perlu bercakap dengan tenang dan penonjolan seluruh bual bicaranya yang berkuasa menambat hati pendengar. Tapi itu bagi mereka yang memiliki kuasa percakapan.Tapi cadangan saya untuk para penyampai dakwah yang tugasnya menyampaikan sesuatu di hadapan khalayak...perbaikilah gaya bicara anda setiap masa, ada baiknya gunakan teknik rakaman kuliah kita untuk disemak kembali dan teknik tiruan dari mereka yang lebih pakar,, tapi bukan copy paste...InsyaAllah kita akan menjadi seorang penyampai yang mampu menyampaikan dengan baik dan mampu menambat hati seluruh pendengar. Biar mungkin tidak semua hati-hati yang akan terkesan...cukuplah mereka sudi mendegar bual bicara kita dengan penuh minat. Tapi yang penting semuanya di dasarkan kepada NIAT dan HATI.


Cadangan saya pula kepada pendengar... jangan lihat sangat pada siapa yang berkata-kata mahupun menulis..tapi ambik apa yang baik dari kata-katanya atau tulisannya...Moga-moga kita sama-sama dapat manfaatnya.


Tadi saya sempat tengok Galamor Raya. Program yang diacarakan oleh pengacara paling digemari ramai Aznil haji Nawawi atau Paknil. Tahniah kepada PakNil kerana sudah BerJaYa membawa beberapa program dengan geMilaNgNya antaranya Tom-Tom Bak, Macam-Macam Aznil, Jangan Lupa Lirik, Akademi Fantasia satu ketika dulu, dan ada lagi kot yang saya tak sebutkan di sini. Tapi biasanya Paknil memang berjaya membawa sesuatu program Tv. Tahniah PakNil.

Tapi yang saya sedikit terkilan betapa hanya kerana demi mencari gelaran 'glamor' macam-macam perangai dan gaya sangup digadaikan. Mungkin boleh sedikit diterima kalau alasanya kerana mahukan duit untuk mengurangkan beban. Tapi kalau alasannya mahukan 'glamor' pada saya kurang molek.

Banyangkan saja, dari yang muda sampai yang tua.. yang kecik yang besar, lelaki dan perempuan semua ada. Masing-masing dengan gaya dan usaha tersendri untuk menjadi si 'glamour'. 

Lain lagi peserta yang nombornya terpilih untuk membuat persembahan, maka keluarla segala suara dan gaya yang kadang kala tidak berapa sedap dan sesuai dengan mereka.

Lain lagi peserta yang nombornya tidak terpilih, berjoget berdendang sayang di tempat duduk masing-masing. Dengan pakaian yang berwarna-warni, bergaya sakan, dan mungkin memerlukan kos yang sedikit membebankan. Adakala gaya yang ditonjolkan sedikit membuatkan penonton di luar Television gelak sinis.

Tapi itulah mungkin asam garam dunia glamor. Saya cuma risau kalau-kalau rancangan seperti itu kalau dihidangkan dengan banyaknya akan membawa pengaruh yang tidak baik untuk perkembangan iman. 

Pointnya...dunia dunia juga,,,jangan lupa satu saat kita akan kembali ke Akhirat untuk dihisab amalan. 

Begitulah....
Allahua'lam
Selamat Hari Raya
Mohon Maaf Zahir Batin
Dari saya dan FikrahNazifa





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

3 Perkongsian:

  1. :h: bila che sudah mula menulis kembali..hehe.
    welcome back !

    ReplyDelete
  2. hehe...bila kak lina bagi sokongan .. ^_^
    mat hari raya kak..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  3. Kunjungan peryama kesini buat baca-baca

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design