21 April 2017

Nota kehidupan 1.2

Bismillah
Alhamdulillah


Nota kehidupan 1.2
( 1. menyedarkan akan dosa
2. mengajak kembali
3. pengenalan taqwa dan praktikal)

Jika kita pernah memilih jalan yang salah maka langsung tidak ada salahnya pada saat ketika ini..ya bermula detik ini..kerana yang lalu sudah pun berlalu..apa yang tinggal bagaimana kita mahu melangkah kehadapan..tidak ada perlunya lagi kita berfikir ikut kehendak sekeliling bagaimana mahu mereka...



berasa malu sendiri atau masih berat untuk meneruskan langkah hanya kerana kita takut bayangan sendiri...yakinkan diri itu semua cuma bual bual kosong sama ada dari dalam diri atau dari luar sekeliling..

Kan yang penting apa kedudukan kita di sisi Allah..kan yang membezakan kita dengan yang lain cuma Taqwa!

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)

Dan taqwa itu maknanya bagaimana kita meletakkan Allah sebagai tujuan utama dalam segalanya. Bila taqwa itu sudah hadir nescaya seluruh jiwa kita akan tenteram kerana sebaik baik ketenteraman itu adalah apabila kita mencintai pemilik ketenteraman.

Maka kekuatan untuk melangkah terus mencari taqwa perlu dipusatkan

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design