03 March 2009

Andai Perak seorang manusia




Memobilasi diri menongkah arus masa adakala menjadikan saya kurang memberikan ruang untuk diri sendiri. Komitmen yang bertimpa-timpa adakala cukup untuk menyesakkan jiwa. Hanya yang saya harap, hati ini tetap redha dan seronok melakukannya biar sampai hembusan nafas yang terakhir dalam tragedi kematian seorang yang beriman. Tdak dinafikan kegagalan akal fikiran ini menerima keadaan semasa dan tuntutan jiwa menyebabkan adakala jiwa ini meronta-ronta untuk beruzlah meneliti diri.

Belakangan ini saya merasakan banyak perkara yang saya lakukan bertentangan dengan naluri semulajadi. Aduh..tapi apakan daya, pasti ada hikmah dan rancangan Allah meletakkan diri ini di sana. Dan yang pasti moga usaha kecil ini sentiasa mendapat perhatian Allah.

Isu kali ini yang menarik perhatian adalah mengenai Perak.. Kasihan Perak. Andai saja Perak itu punya perasaan dan akal fikiran waras seusai manusia pasti dia sudah meronta-ronta menjerit
" bebaskan aku dari kepeningan dunia dan kehancuran ciptaan manusia kurang moral ini".

Mujur Perak hanya sebuah negeri tanpa nyawa. Hanya dia menyimpan jiwa-jiwa bernyawa yang ketika ini sibok merebut tuntutan dunia, walau ada juga jiwa ikhlas yang berniatkan mahar ke Syurga.

Akhbar pula lain halnya. Saya pasti semua akhbar ketika ini pastinya laku dengan berita-berita sensasi antaranya nama PERAK tetap diutama. Dalam pada itu, mahasiswa pula sebok juga menyebokkan diri. Tapi saya juga setuju sebenarnya jika idealisme yang dibawa benar-benar berpaksikan kebenaran.

Kalau di Uni Malaya MPMUM kami sebok dengan roadshow mereka. YB Nizar juga tidak kurang lagi-lagi seboknya.. Roadshownya ke merata Perak bukan dihadiri 500 orang tetapi mencecah 1000 orang. Nasib baiklah Perak hanya negeri bukan jiwa bernyawa. Kalau tidak saya pasti Perak juga akan hadir.

Saya hairan bagaimana mereka sewenangnya berbuat demikian kepada Perak.
Tidak kesihankah mereka pada Perak.
Mujur Perak bukan manusia bernyawa. Namun dalam kekecohan yang tidak terbendung itu, untungnya Perak sudah menjadi popular kini.

Perjumpaan kelompok manusia di dalam Perak walau di mana pun mereka berada asyik berbicara tentang Perak. Bahkan bukan hanya di Perak tetapi serata Malaysia , mungkin juga sampai ke mulut antarabangsa. Di bawah pokok, di kedai kopi, di simpang empat, di tengah trafik light, bahkan hingga ke pejabat syarikat terkemuka asyik berkata tentang Perak.

Perak tetap terus membisu. Mujur Perak bukan jiwa bernyawa.

Hanya yang kita bimbang dan takut apabila sudah sampai masanya Perak diberi nyawa. Pada ketika itu kita tidak tahu apa yang berlaku. Bimbang saja thunami politik yang melanda bukan lagi thunami politik, tetapi thunami sebenar, iaitulah peringatan dari Allah.




JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design