p/s untuk membaca entri ini, tunggu sehingga background musik mula terpasang (^_^)
Andai saya mengatakan kepada sahabat-sahabat dengan kata-kata "ukhuwah kita ni retorik!!!" berkemungkinan akan ada sahabat yang membesarkan mata kepada saya seperti sang singa melihat mangsa. Saya terfikir, kukuh sangatkah ukhuwah kami sehingga sampai tahap yang dikatakan oleh Rasulullah 'ithar' iaitu mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain?
Biarlah saya jawab sendiri soalan tu. Mungkin ukhuwah kami tidaklah sehebat 'ithar'. tetapi ukhuwah kami sudah cukup untuk membuatkan air mata-mata sahabat menitis atas sebab kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh sahabat yang lain. Ukhuwah kami sudah cukup untuk merobek hati apabila ada antara sahabat kami yang khianat. Juga ukhuwah kami sudah cukup untuk membuatkan pergerakan kami sedikit lumpuh dek kerana tiang-tiang rumah kami hilang satu demi satu.
Permasalahan ukhuwah ini sudah lama kami bincangkan semenjak pertama kali mengenal apa yang dinamakan perjanjian kepada Allah. Atas sebab kita akan bergerak kerja bersama maka ukhuwah itu perlu diutamakan untuk melancarkan gerak kerja. (banyak orang berkata begitu). Maka soalan saya, Betulkah?
Betulkan persoalan ukhuwah itu perlu diutamakan? Benarkah tanpa ukhuwah kita tak boleh menyusun gerak kerja dengan sebaiknya? Persoalan-persoalan inilah yang membuatkan saya terduduk sambil cuba menyelongkar isi-isi otak yang boleh digunakan untuk mencari jawapan.
Apa yang saya nak kata sebenarnya, "saya sudah serik dengan kekuatan ukhuwah".
Ya saya sudah serik dengan ukhuwah yang ikatannya sangat kuat. Bukan kerana apa, tetapi saya sudah cukup dikecewakan dek kerana ukhuwah yang sangat kuat.
Dek kerana ukhuwah yang sangat kuat itulah, hati hancur dan luluh sedih bila melihat sahabat-sahabat seperjuangan hilang seorang demi seorang...eh silap hanya dua orang sahaja yang hilang pedoman hidup..yang lain bukan hilang tapi sedang berhadapan ujian yang menguji keimanan. Moga mereka sentiasa dalam lindungan Allah.
Tapi betulkah saya jika saya menyalahkan ukhuwah?
Sedangkan Rasulullah kan ada bersabda, supaya kita berkasih sayang antara sesama makhluk. Bahkan kan lebih baik jika orang yang mengasihi sahabat itu lebih dari dirinya sendri...
Tapi kenapa kerana kuatnya ukhuwah itu, menyebabkan ramai hati-hati yang lumpuh..Hingga sanggup meninggalkan sahabat-sahabat lain terkontang kanting. Hingga ada yang lumpuh disebabkan sahabat mereka tak ada lagi di sini berkerja bersama mereka. Hingga pacuan kekuatan tidak lagi seperti dulu... Sedangkan saya rasa, janji ukhuwah kita adalah untuk susah dan senang bersama. Janji ukhuwah kita akan berjuang biar apapun yang datang menghalang. Janji ukhuwah kita bukan janji anak-anak manja yang minta dibelai, tetapi atas sebab agenda yang sangat besar iaitu mendaulahkan Islam. Tak kan berhenti selagi Islam tidak terdaulat...
Atau mungkinkah juga ukhuwah yang dibina tak cukup kukuh maka semuanya jadi begini? Tapi kenapa hati sangat sakit bila melihat keadaan sahabat yang kesusahan. Itukan tandanya ukhuwah dah kukuh.
Atau mungkin ukhuwah kami yang berpuaka..kerana itulah berani bermain dengan 'Permaisuri puaka'?
entahlah...
Cuma saya tetap optimis...sekarang masanya untuk BANGKIT!!!!!!.... Kerana TENTERA MUHAMMAD SUDAH MULA MENYUSUN LANGKAH UNTUK KEMBALI !!! Kerana sekarang sudah sampai masanya turn kita mengorak langkah. Kita akan buktikan pada Sudin dan Samdol..tanpa mereka kita adalah satu ketumbukan yang kuat.. bahkan sangat kuat hingga sukar untuk ditumbangkan.
p/s Buat Aizat dan Saufi, korang kat mana sekarang. Korang sehat-sehat je kan? Jaga diri..ingat kami sentiasa akan doakan korang. Apa yang berlaku ni tak kan lama..Percayalah..dan ana yakin dihujungnya nanti akan ada kemanisan yang kita tak boleh gambarkan. Ana yakin itu... salam kekuatan tentera Muhammad dari kami semua... Kalau bukan Tentera Muhammad Rasulullah S.A.W.. Tapi biarlah kita menjadi tentera Muhammad Al-Fateh yang membuka kota konstantinople...TAKBIR!!!
::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
Salam.. jgn biarkan keadaan semasa yang terjadi membangkitkan kurangnya pertimbangan emosi..
ReplyDeleteinsyaAllah
ReplyDeleteSalam ukhwah.
ReplyDeleteApa yang berlaku adalah ujian ALlah dalam menapis siapakah jundullah yang berdiri mempertahankan agamaNya.
Kekuatan perjuangan datangnya dari berjayanya seseorang mengharungi mehnah dan ujian yang telah dihadapi.
Ujian adalah rempah ratus yang memberi kemanisan dalam perjuangan.
Teruskan perjuangan.
khaibar !! khaibar ya yahudd !!!
ReplyDeleteJAISYU MUHAMMAD saufa ya`udd !!!
Salam..
ReplyDeleteTulisan yang menarik saat ini. Namun perbincangan tajuk ini perlu lebih terarah kepada pencegahan dan pembinaan. Selamat menbina zaman baru yang lebih intelek dan kritikal. Pemikiran matang terisi dari ilmu dan pengalaman yg luas.Cubalah segala apa yg ada di sekitar kita dan berfikir dari ruang lingkup yg lebih progressif. Think out of the box*
Sekolah Pemikiran P.J
http://ahmadfahmie.wordpress.com
Dalam hidup ini, kita kene belajar faham orang.
ReplyDeleteDalam hidup ini, bahasa yang paling tinggi datangnya dari hati yang sepi.
Dalam hidup ini, mereka yang paling kasih Allah dan Nabi, merekalah yang paling dipuji-puji (r.a.hum).
Dalam hidup ini, kalau takut dirundung malang, lebih baik membeli kapan.
http://zainulfaqar.wordpress.com