21 April 2017

Nota Kehidupan 1

Bismillah
Alhamdulillah

Nota kehidupan 1

sewaktu saya berada di tingkatan 1 saya pernah ponteng kelas prep (preparation class)..escape kalau istilahnya budak asrama.

tujuan saya pada waktu itu cuma 1 iaitu supaya saya diterima sebagai kawan oleh kawan kawan.. ceritanya untuk mengelak dari di'tangkap' warden dan pengawas maka kami bersembunyi di atas almari (almari tersebut ada ruang yang besar tempat simpan beg dan boleh memuatkan 2 orang bersempit)..


Pada ketika bersembunyi itulah maka saya sedar ini bukan kemahuan saya..jiwa saya meronta ronta dengan dasyat berkata saya tidak sepatutnya begitu..sewajibnya saya berada di kelas sekarang bukan bersembunyi umpama tikus takutkan kucing di satu sudut kecil asrama..kerdilnya saya ketika itu

Selepas dari itu saya mula menjauhkan diri dari melakukan perkara yang tidak dipersetujui antara jiwa dan jasad..Alhamdulillah saya berjaya walaupun untuk melepasinya saya terpaksa mengiakan bahawa saya akan kehilangan kawan dan saya perlu menyesuaikan diri dengan mengambil jalan yang lain..saya tetap akur dengan kemahuan hati.

Mungkin umur yang masih muda menjadikan jasad saya masih fresh dan mudah menerima kemahuan jiwa. Biar bagaimanapun detikan insaf itu tidak datang sendiri tetapi ia datang dari rahmat dan rahim Allah..dan bukan saya sahaja yang pernah terkesan begitu..

Setiap dari kita juga pernah ditegur oleh ruh iman yang memang bertapak sejak lahir dalam diri kita pada setiap kali kita melakukan sesuatu yang bukan kolaborasi jiwa dan jasad.. dan itulah sebenarnya kasih sayang Allah yang mahu kita kembali..

Maka kita biarkan hati kita berdegil pada melakukan dosa..kita akur hanyut terus dalam menjadikan diri kita hamba kepada kealpaan..hingga menyalahkan takdir, alangkah sombongnya kita..

sebenarnya teguran Allah itu cukup dekat. Setiap kali kita berfikir untuk tidak melakukan khilaf, di sana ada teguran. Silapnya kita terus membiarkan syaitan terus berbisik dan terus berbuat khilaf..

Maka di mana salahnya takdir?

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا


Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

surah al insan, ayat 3

4 Perkongsian:


  1. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design