Bila berfikir tentang hampirnya peperiksaan, mahasiswa seperti kita akan mula gelabah mencari nota-nota, soalan-soalan peperiksaan juga apa sahaja yang boleh membantu untuk kita ‘lulus’. Adakala penyesalan timbul dalam hati sebilangan kita kerana menghabiskan waktu yang lepas hanya dengan lebih membuang masa berbanding serius mengutip ilmu berharga. Tidak kurang juga yang hanya terus selamba ‘relex’ kerana dia merasakan jawapan mungkin turun dari langit saat menjawab kertas soalan. Alangkah baiknya sekiranya kita tergolong dalam golongan yang ketika ini tenang kerana yakin dan terus-terusan meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan nanti.
Satu persoalan yang sebenarnya sedang menghantui dunia mahasiswa kini adalah tuduhan bahawa tahap intelektual mahasiswa yang dikatakan kurang berkualiti. Terlahirnya seorang graduan dari satu-satu universiti seumpama tiada harganya. Kalau di zaman ayah ibu kita dulu, lulusan bergelar graduan ini dijulang tinggi, dipandang hebat bahkan menjadi rebutan kepada agensi-agensi yang memerlukan pekerjaan. Tetapi dizaman globalisasi ini, graduan kita tidak lagi menjadi rebutan malah berlambak-lambak tiada pekerjaan. Mungkinkah kerana tahap intelektual yang kurang, atau kerana sedikitnya peluang pekerjaan?
Jawapan kepada persoalan ini ada baiknya kita lihat semula kepada orentasi peperiksaan. Mungkinkah kegagalan kita menunjukkan prestasi yang baik dalam kapasiti pointer menyebabkan kita dilabelkan sebagai mahasiswa kurang intelek? Dakwaan-dakwaan mengatakan peperiksaan adalah medan sebenar menilai tahap intelek seseorang, selalu sahaja dibidas dengan mengatakan itu adalah pembohongan. Kita bukan mahu menidakkan bahawa peperiksaan itu hanya sistem ciptaan yang kurang bernilai, bukan juga mahu menafikan bahawa peperiksaan itu kadang-kala pembohongan besar kerana tidak semua orang boleh meniru dihari peperiksaan, atau saling bertukar jawapan. Cuma kadang kala kita sahaja terlalai dan terleka kerana tidak serius menginfakkan waktu untuk benar-benar mengutip ilmu untuk diamalkan dan diajarkan seperti yang disarankan oleh agama. Dan kerana itulah, kita tidak dapat menafikan bila manusia sekeliling mengatakan tahap inteletual kita yang tidak mencapai indikator yang dimahukan.
Menyalahkan sistem pendidikan yang tidak efektif atau sistem pendidikan kita kurang memenuhi piawaian kehendak semasa bukanlah jalan penyelesaian kerana kita bukan menteri. Hanya kita adalah seorang mahasiswa yang sepatutnya bebas bersuara kalau kita mengaku kita berminda kelas pertama. Tetapi dalam konteks menghadapi peperiksaan yang hanya beberapa hari sahaja lagi, apa yang penting ketika ini adalah memfokuskan dua pertiga dari minda untuk peperiksaan selain untuk keperluan semasa bermatlamatkan Allah. Semoga dengan usaha fokus kita itu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perolehan ilmu bukan hanya akan ditulis dikertas jawapan tetapi juga sebagai amalan.
Apa yang pasti, sebagai seorang mahasiswa apa yang diharapkan dihujung perjalanan mengutip ilmu ini sudah tentulah memperolehi ijazah. Ijazah yang dihari konvokesyen nanti kita akan diraikan bagaikan putera dan puteri yang berpakaian hebat seusai seorang ilmuan terulung seantero dunia. Dan pada ketika itu, ibu dan ayah kitalah orang yang paling berbungga hatinya kerana anaknya yang satu ini telah membuktikan bahawa mereka bijak dalam mendidik anak.
Semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita bersama…
BULETIN PMIUM 1
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment