05 May 2009

Gaya penulisan Annual Bakri




Bila terlampau banyak sangat apa yang ada difikiran ketika itulah jari sangat memerlukan sesuatu untuk diluahkan. Tapi kalau hendak menulis jari ini hanya berkehendakkan kepada sesuatu yang bila dibaca akan ada isi yang boleh diambil. Bukan sekadar untuk pembacaan kosong.

Itu gunanya blog mungkin untuk berkongsi dengan seseorang apa yang ada difikiran. kata orang kalau luahkan apa yang ada difikiran akan dapat terkurang sedikit perasaan sakit, gundah dan mahupun gembira. Tapi fitrahnya perkara gembira sangat mudah untuk diluahkan tapi perkara sedih suka dijeruk biar berkulat dan busuk basi dalam hati.

Atas tu muqaddimah je tu... Teringat satu komen yang ditujukan kepada saya.. "penulisan kamu ini berbunga-bunga..." hehe berkali-kali juga saya menerima komen bunyinya begitu. Komen itu ditujukan sudah lebih dari sekali tapi kurang sikit dari sepuluh kali. (^_^)

Tulisan Yang Berbunga-bunga
Hmm..apa maksudnya bila kita kata tulisan yang berbunga-bunga? Adakah kerana bila membaca tulisan ini terlihat dimata bayangan bunga? Hmm..sebenarnya maksudnya subjektif..Tapi maksudnya di sini adalah penulisan yang terlalu banyak sasteranya..hmmm..mungkin...

Ha..senang ceritanya..tulisan tu meleret-leret gaya novel. Begitu mungkin. Contohnya macam ni...

"rembulan yang...."

Eh tak tau pula nak bagi contoh macam mana..pandai-pandai la korang fikir.

Gaya Penulisan Annual Bakri

Pernahkah tak baca buku-buku hasil tulisan Annual Bakri? Setiausaha kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

inilah dia Annual Bakri Haron


Buku-bukunya pula


dan banyak lagi...

Tulisan yang sangat menarik

Gaya penulisan Annual Baki sangat menarik.. Kalau saya sendiri, memegang sahaja buku terbitan Anbakri Pulication, apa yang pertama sekali saya baca adalah kata pengantarnya..

MasyaAllah sangat indah... Sangat menarik. Penuh dengan 'bunga' yang maksudnya cukup mendalam dengan alunan lembut patah perkataan... Setiap patah disusun dengan penuh sopan. Menarik...

Ini hadiah saya kepada pembaca hasil dari quote "selipat sapu tangan buat bidadari-Bidadari Dari Timur"


...Penulisan yang mengambil pendekatan novel 'yang bercerita' ini, kami angkat; semata-mata untuk dijadikan kaedah berhelah demi menyampaikan asuhan. Jauh di sana, kami cuba dengan seberapa jujur untuk mendidik bahkan memimpin. Inilah cita-cita kami seasalnya - bermaksud untuk memupuk ketertiban adab demi menyemai nilai cinta dan budi yang lebih agung kepada Zat yang 'Lebih Abadi.'

Ketika membuat anjuran ini, kami awal-awal lagi telah menegaskan kepada diri kami bahawa kami tidak mahu terpesong atau memesongkan emosi dan perasaan sesiapa kepada lorong yang mendorong khayalan. Sungguhpun indera khayali perlu ada dalam sentimen pembaca demi menanggapi setiap bait rasa yang kami anyam dalam proses prosa dan penceritaan; namun kami telah cuba seboleh-bolehnya untuk mengekang rayapan fantasi pembaca dari tumbuh meliar jauh ke dalam belantara khayalan. Itu; kami tidak akan izinkan. Sungguhpun kami ingin setia menjadikan 'literature as art of writing something that will be read twice' tetapi ia tidak boleh sekali-kali membawa isyarat mesej yang keliru...

Quote tanpa ada meninggalkan sedikit patah pun..walau penulis hanya menaipnya sahaja bukan men'copy' 'paste'...untuk dikongsi bersama pembaca...(^_^)

Tak baca dalam lagi...baru baca sekapur sirihnya...

Biarlah ini tulisanku dan ini blogku

Maka saya berkata pada komen asalnya yang ingin didiskusi
"biarlah ini tulisanku dan ini blogku"

Cadangnya satu hari nanti akan lahir satu cerita bertajuk "aku percaya istikharahku" hasil buah tangan akal fikiran waras saya. Amin..moga ia akan menjadi kenyataan kerana saya benar ingin serius menulis. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang bersarang dalam fikiran...

Kata orang kita jangan membicarakan perkara-perkara yang akan datang..Tapi saya tetap suka membicarakannya..Kerana itu persediaan kepada kemungkinan yang akan berlaku..Serik mungkin..serik kerana tidak percaya dengan hasil istikharah lalu...Maka perlu juga membicarakan sola akan datang yang belum pasti.

Kalaupun "aku percaya istikharahku" tidak mampu untuk ditonjolkan, biarlah ia hanya menjadi cerita hati dan akan kuhadiahkan pada mereka-mereka yang sangat setia berada di samping saat sedih, duka dan gembira...

hehehe..berangan je lebih...

Gaya penulisan Fikrah Nazifa

Yang pasti..apa yang anda-anda baca di dalam blog ini adalah gaya penulisan fikrah Nazifa.. Memang tak semua yang boleh diterima..tetapi hanya ini yang mampu untuk dipersembah.. maka baca sahajalah..kalau sudi untuk di baca. Walauapapun terimakasih kerana sudi berkunjung dan menjadi pembaca walau dalam bentuk khayalan atau tonjolan diri dari komen-komen membina... (^_^)

Dengan penuh rendah hati dan rendah diri...Fikrah Nazifa mengucapkan Syukran jazillan wa marhaban Bik...




JORDAN..

2 Perkongsian:

  1. salam sejahtera ke atas puan..

    Sejujurnya kupasan yang disentuh oleh saudari sekukuhnya saya sokong. Dalam setiap kunjungan ke toko-toko buku, karya tn haji annual bakri adalah antara mutiara yang sergamannya indah buat mereka yang mengerti. sesungguhnya Tuhan telah mengurniakan akalbudi yang citranya dapat menyentuh pintu hati si pembaca yang ulam-ulamanya bukan selera 'jiwang rapuan' namun keindahan yang khasiatnya mendamaikan.

    wallahua'lam

    firdaus

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera juga ke atas anda

    Semoga Tuan hj Anual Bakri akan sentiasa diberi kekuatan dan keberkatan dalam memperbabyakkan lagi karya penulisannya...

    Juga kita...moga mampu menulis satu masa nanti

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design