Showing posts with label Siri Pemikiran. Show all posts
Showing posts with label Siri Pemikiran. Show all posts

09 November 2009

Pemikiran Muslim Super


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Saya masih lagi mengulang kaji kursus IDEU2107 (Kursus Pembangunan Minda). Teringat kepada pensyarah yang mengajar kursus ini kedua-duanya dari Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Ustaz Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir dan Ustaz Mohammed bin Yusof.

Tertarik untuk berkongsi mengenai jenis-jenis cara berfikir. Mungkin selepas ini bolehlah kita menilai, di manakah kita atau bagaimanakah sebenarnya kita berfikir.

01 November 2009

Tolong Jangan Tunjuk Hebat




Seorang sahabat muslimin memberikan 'kredit' kepada saya. katanya dia baru kenal siapa saya. Sebelum ini walau kami sudah terjalin ukhuwah yang agak lama dan berkerja bersama, rupanya saya lain dari apa yang dia fikirkan. Dia kata rupanya saya orang yang 'hebat'. Dia berkata begitu setelah cuma seminggu duduk menyelesaikan 'masalah' bersama berbanding dia mengenali saya hampir 3 tahun lebih sejak dari Nilam Puri. Rupanya...



Haha..Tergelak juga saya membaca apa yang dia katakan walau hanya dalam YM. 'Hebat' apa sebenarnya makna 'hebat'? Apa indikator yang meletakkan seseorang itu seorang yang boleh dikatakan hebat? Hebatkah saya..Hebatkan anda???

Saya akui, seminggu ini otak saya sedikit penat kerana setiap hari melalui sesi berfikir yang sangat memenatkan. Lebih penat dari bermain bola jaring. Agak terkejut juga saya sebenarnya dengan performance saya sendiri. Malah saya juga tidak menyangka saya mampu juga akhirnya untuk membina dan mengaplikasi apa yang pernah diajarkan kepada saya.

Sebenarnya saya juga bimbang kalau-kalau saya yang sangat banyak diberikan peluang untuk belajar dan mendalami ilmu tidak dapat memuaskan hati orang yang telah mengajar saya. Malah saya risau kalau saya adalah orang yang sebenarnya silap untuk menerima semua-semua yang telah diajarkan kepada saya, kerana saya bimbang saya tidak dapat menguasainya dan mengaplikasikannya dengan baik, berdasarkan performance saya yang biasa-biasa saja malah kadang kala mengecewakan.
"Kita tidak membentuk ulama' @ engineer, tapi sejauh mana individu tersebut mahu mendalami dan menjadi arif pada bidang masing-masing. Kita cuma boleh bagi platform untuk melatih diri..."

Quotation ini saya ambil dari kata-kata 'tok guru' saya. Sememangnya saya akui saya sedikit obses dengan tok guru tok guru saya. Bahkan saya sendiri tidak sanggup untuk mengecewakan mereka walau hakikatnya saat ini saya ada sedikit perbezaan pendapat dengan mereka. Itu semua berkenaan dengan di mana saya patut duduk.

Cuma apa yang saya boleh katakan, kehendak Allah tidak ada yang mustahil. Sangat tidak mustahil untuk seseorang yang berkarekter lain akan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Percayalah. Malah seorang pemain yang dilihat tidak pandai bermain rupanya boleh berubah menjadi orang utama penjaring gol dalam aplikasi permainan setelah melalui banyak sesi latihan. Dibantu dengan kekentalan jiwa dan hati untuk cekal menghadapi apa jua ujian dan peluang yang datang dan diberikan. Dan itulah jawapan saya kepada sahabat muslimin saya tadi. Dan percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah, dan tiada yang mustahil untuk anda juga kita. Pointnya...Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saya masih bimbang dengan adik-adik yang terlalu awal diberikan kepercayaan mengendalikan sesuatu yang sangat besar. Saya bimbang itu akan menyekat proses pembelajaran mereka. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dalam kapasiti kita sebagai seorang yang masih belajar. Berbeza dengan kapasiti kita yang perlu turun perform. Bimbang saya berdasarkan bukti ke'terencatan' yang berlaku bukan sekadar persepsi...tapi mungkin juga saya sekadar berpersepsi...

Cuma mengambil kata-kata tok guru yang saya quoatekan di atas, saya yakin di mana pun kita diletakkan, yang pasti andai kita menggunakan peluang itu dengan sebaiknya kita akan menjadi orang yang HEBAT.

Bercakap lagi saya tentang 'hebat'. Padahal saya masih tidak tahu indikator apa sebenarnya yang boleh kita letakkan untuk menilai kehebatan seseorang. Tapi saya yakin seperkara, andai kita yakin dengan apa yang kita lakukan setelah menilai pertimbangan-pertimbangan semasa dan menilai kekuatan dan kelemahan, dalam konteks aplikasi hasil pembelajaran...maka kita akan tahu 'dream' apa yang patut kita bina untuk diri kita sendiri. Berpegang dan berlandaskan apa yang terbaik selaras dengan perancangan Allah. Mohon panduan Allah....juga bantuan sahabat-sahabat dan nasihat.

Perkongsian saya andai sekiranya saya layak untuk berkongsi, gunakanlah sebaiknya platform yang disediakan untuk belajar. Biar di mana pun kita dicampakkan dan peluang yang diberikan. Terimalah semuanya dalam kondisi kita yang ikhlas untuk belajar. Belajarlah dengan semaksima mungkin...InsyaAllah hasilnya nanti adalah memberansangkan Dan kita akan menjadi orang yang 'HEBAT'..Tapi tolonglah jangan tunjuk hebat. Yang penting....Serahkan diri untuk Islam...Moga itu adalah saya..moga kita semua penghuni SyurgaNYA... Allahua'lam.

...Menulis seperti selebriti, Tidak!. Kerana saya bukan salebriti. saya hanya insan yang hina dan penuh dengan dosa... Cuma saya mula suka menulis dengan bermain dengan kata-kata...senyuman sinis buat mereka yang suka sembang kemas, termasuk saya..hehe..




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

22 July 2009

Santai Berkerja Keras





Saya melilau memikirkan apa yang boleh saya masukkan dalam entri kali ini puncanya dah lama tak menulis, risau otak menjadi bengap. Mungkin kali ini saya perlu memberi laluan pada hati untuk berbicara.

Semalam saya duduk di bahu jalan. Waktu itu sudah jam 12.00 pagi. Pasti hati muslimat mana yang tak risau dengan keberadaan saya di luar rumah yang tak sepatutnya dalam adab-adab Islam. Mujur ketika itu saya bersama lagi dua orang sahabat yang setia menunggu, kasihan padahal mereka sudah mengantuk memikirkan esok kelas seawal 8 pagi. Mungkin kedudukan rumah yang jauh menyebabkan saya sukar sedikit untuk pulang tepat pada masanya: latihan pentomen.

Mujur kerisauan diganti dengan muhasabah ringkas. Ditambah lagi dengan lintasan sopan seekor lipas, ye geli..tapi dia tetap makhluk Allah yang boleh diperolehi pengajaran daripadanya.

Lipas yang Sopan

Tidak bersetuju dengan pendirian saya bahawasanya lipas itu seekor binatang yang sopan bukan menjadi satu ancaman. Cuba perhatikan caranya berjalan cukup dengan lemah dan lembut. Cuma hanya manusia sahaja yang berperasaan geli dengan makhluk Allah yang satu ini.

Momentum kesantunan yang dihasilkan lipas menjadikan saya malu sendiri. Melihat semakin banyak manusia yang sudah lari dari kesopanan dan kesantunan. Nampaknya dasar 'kesopanan dan kesusilaan' Malaysia tidak berjaya membuahkan hasil yang boleh dibanggakan seiring peredaran masa.

Minggu add and drop subjek sudah pun berakhir... Tapi saya belum lega lagi kerana saya terpaksa meng'drop'kan satu subjek lagi dan membawa kepada men'add'kan subjek lain. Pening juga. Entah kenapa saya boleh tersesat ke lingkungan awalan kod 3. Kalau diingat kembali semua ini bertitik-tolak dari masalah saya dalam bahasa Inggeris. alamak..saya memang kritikal... Optimis..da'ie kena belajar banyak bahasa..!!!

Teringat perbincangan dengan sahabat-sahabat baru, baru-baru ini tentang politik nilai. Menarik...brainStroming yang berkesan...Hmm.. Apa sebenarnya politik nilai? Saya pasti kalau tengok dari wajah blog saya, pasti ramai yang menyangka saya pro kepada kerajaan pembangkang. Ye ke?... Mungkin tidak dan mungkin ya kerana saya berpendirian mahasiswa adalah golongan bebas dan mampu berfikir secara bebas dan berfikir ke arah politik nilai.

Membawa kepada saya membaca semula buku 'new politik' atau politik baru...
Dan saya mula mengkaji...cuma belum mapu dikongsi...InsyaAllah...iza Qudiralli Qudratan...

Belakangan ini juga sebenarnya hati saya mula kacau. Kacau pelik. Ini semua mungkin gara-gara pentomen yang menganggu-gugat perasaan. Oh ya...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput sahabat-sahabat semua datang ke Konsert Antara Dunia anjuran GAMIS 1 Ogos ini. Marilah datang beramai-ramai..Saksikan konsert yang lain dari yang lain ini. Cuma saya masih risau kerana seperti khabaran angin, masih banyak kampus-kampus yang tak tahu mengenainya. Mungkin ajen-ajen yang telah dilantik di kampus-kampus tersebut sudah membeli semua tiket-tiket itu untuk dia dan keluarganya...Kesian mereka-mereka yang tak sempat mendapatkan tiket-tiket tu... Berkerjalah keras wahai ajen-ajen tiket!!!


Saya perlu berhenti di sini untuk memberi ruang kepada hal-hal lain.

Ulasannya nampaknya sekitar beberapa hari ini kurang sesuai untuk di masukkan dalam senarai hari-hari terbaik...Nampaknya saya perlu berkerja lebih keras lagi untuk merubah kondisi diri...

Semoga saya Berjaya !!! Anda juga !!!







::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

09 July 2009

Kuasa Percakapan




Bersiar-siar pagi ini di dunia maya mencari ilmu untuk dikutip teringin hati untuk menjengah blog kegemaran ramai : Ustaz Hasrizal..antara manusia zaman ini yang saya kagumi. Bukan hanya tulisannya, tetapi juga kuasa percakapannya.

Satu ketika dulu saya pernah diberi tahu oleh seseorang mengenai kuasa percakapan. Ketika itu saya masih berada di bangku sekolah lagi. Dan ketika itu saya masih terkebil-kebil apabila diberi tahu apakah yang dimaksudkan dengan kuasa percakapan?


Ya, setelah melalui satu perjalanan waktu yang agak panjang sehingga ke hari ini, fikiran saya mula diasakkan kembali dengan makna dan realitinya kuasa percakapan. Kerana baru saya sedar besar pengaruhnya dalam kehidupan.

"jom kita pergi solat"

Ayat di atas misalnya, berapa ramai dari kita yang berjaya mengungkapkan kata-kata itu dengan disambut oleh "yes and do"?

Agak sukar sebenarnya mempengaruhi hati manusia. Dengan berharap apa yang kita katakan akan segera difahami dan dituruti. Berapa ramai pula dari kita yang terus mahu apabila kita diminta untuk melakukan sesuatu? Saya rasa anda ada jawapan bagi soalan itu.

Jika anda bersetuju dengan saya bahawasanya tidak semua orang apabila dia bercakap akan lahir momentum yang masuk ke hati. Misalnya lagak seorang penceramah, adakalanya audience bukan hanya tidak memahami isi ceramah tetapi lebih memilih untuk 'memancing ikan' maksud saya tidur.


Itu tak campur lagi orang lain yang juga 'sibuk berceramah' di belakang.

Tapi jangan menafikan kalau saya katakan ada waktunya, apabila kita hadir mendengar ceramah, mata kita seolah mendapat 'sinar baru'. Perasaan teruja, suka, lucu, diadun lagi dengan otak yang ceria menerima apa sahaja yang dikatakan oleh penceramah. Maksud saya, penceramah itu berjaya menarik minat 'audience' untuk fokus mendengar bebelan dia.

Juga mudahnya, apabila menghadiri mesyuarat atau perjumpaan..pasti ada antara teman kita yang apabila dia sahaja yang mengeluarkan kata-kata atau pendapat, mudah sahaja diterima oleh kita dan orang lain yang juga berada di situ bahkan adakala menimbulkan satu perasaan aneh yang membangkitkan semangat.

Dan itulah yang dikatakan kuasa percakapan. Cuba anda perhatikan kehidupan sehari-harian anda...Andai kata, anda selalu merasakan apa yang ada suarakan tidak didengari, atau ketika syok bercerita dengan teman-teman apabila tiba sahaja turn anda, ada sahaja orang yang hendak mencelah seolah-olah hendak menghalang anda dari bercakap (hal ini biasa juga terjadi sehingga ada yang terasa hati), atau bila anda mengeluarkan arahan jika anda seorang pemimpin misalnya, jarang arahan anda dapat dilaksanakan dengan baik malah adakala tidak difahami yang mengakibatkan kerja tersebut terbengkalai. Maka jawapannya berkemungkinan anda belum menguasai apa yang dikatakan kuasa percakapan.

Manusia yang memiliki maksimanya kuasa percakapan, tidak lain 'labudda' ialah Rasulullah S.A.W. Buktinya sampai sekarang kita masih mengikuti apa yang baginda sabdakan. SSecara logiknya, mana mungkin para sahabat ketika itu mahu mengikut kata-kata baginda kalau bukan baginda sendiri yang mempunyai kuasa percakapan yang luar biasa. Mana mungkin para tabie'in sampai sanggup merantau ke pelosok dunia semata-mata mencari susunan ayat apa yang baginda katakan. Hanya kerana mencari susunan ayat fresh sepatah demi sepatah yang terkeluar benar-benar dari mulut baginda tanpa ada penokok tambahan. Sedangkan baginda sudah lama meninggal dunia.

Realitinya, kuasa percakap tidak dianugerahkan kepada semua manusia. Hanya insan-insan bertuah sahaja dianugerahkan dengan kelebihan itu. Walaubagaimanapun saya optimis mengatakan, skill kuasa percakapan itu boleh dilatih (walaupun ada yang mengatakan ianya tidak boleh didapati dengan cara latihan). Syaratnya confidence


doa, usaha dan percaya sepenuhnya kepada Allah. Kerana hanya dia sahaja yang berhak memberikan kuasa percakapan kepada hamba-NYA.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

24 April 2009

Falsafah...Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great




Berfikir mengenai falsafah memang mudah membuatkan mata ini terlelap. Entahlah bukan tidak minat, malah saya juga anatara peminat bidang falsafah. Kerana pada saya setiap manusia itu perlu berfalsafah apa lagi seorang insan yang memahami bahawa pentingnya akal itu untuk berfikir semaksima mungkin kerana ia kurniaan Allah.

quote dari nota ...

"Manusia tidak boleh melarikan diri dari falsafah; manusia sama ada berfalsafah kerana menerima falsafah atau berfalsafah untuk tolak falsafah"
takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:


Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Setiap orang pernah berfalsafah atau pernah mengalami saat falsafah pada tahap yang berbeza. Matlamat akhir berfalsafah adalah memahami tentang wujud dan kewujudan; sampai kepada sumber asalnya; mencari jawapan tentang persoalan siapa kita? ke mana tujuan kita? Jalan terbaik ke sana? Seterusnya meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya dalam kewujudan amnya.

Dalam proses kehidupan sehari-harian kita biasanya akan mengunakan akal fikiran kita untuk berfikir tentang banyak perkara, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.

Misalnya anak kecil, ada sahaja yang ingin ditanya.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi lagi.

"ini apa?"

"ini burung" jawab si ayah lagi lagi lagi.

Bila sudah dijawab lalu ditanya lagi. Dijawab ditanya, dijawab ditanya lagi, dijawab ditanya lagi lagi dan lagi..hehe sampailah kita pula yang letih tetapi dia masih tetap bertanya. Bukti fitrah ingin tahu manusia yang tampak sejak kecil.

Berfalsafah ini biasanya terjadi oleh sikap ingin tahu yang kuat dalam diri seorang manusia. Lagak sianak kecil tadi yang setiap perkara ingin di ketahui. Fitrah manusia itu juga yang sentiasa akan timbul persoalan dalam benak fikran. Ada sahaja yang mahu dipersoal, mengapa begini tidak begitu, kenapa begini bukan begitu. Adakah begini atau begitu dan macam-macam persoalan lagi. Hmmm bukan setakat berfikir, tetapi mengkritik. Itulah saat kita berfalsafah.

Bila melihat nama-nama ahli-ahli falsafah dari Greek, Plato, socrates dan aristotle umpamanya...Hmm saya berfikir sendiri mungkinkah mereka-mereka ini sebenarnya beragamakan Islam. Kerana mungkin tahap falsafah mereka berjaya menemukan erti hidup yang sebenar.

Hanya saya percaya, bahawa semua ilmu-ilmu keduniaan yang digunakan zaman ini adalah hasil dari penemuan ilmuan-ilmuan Islam terdahulu. Tetapi telah di'tukar-milik' atau 'tukar-nama'kan kepada tamadun Barat. Seperti Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great adalah orang yang sama...? hmm...




JORDAN..

28 December 2008

Minda yang Berlari




Alhamdulillah setelah hampir menjangkau sebulan lamanya menghabiskan cuti di rumah, saya cuba membawa diri dan seluruh jasad dan roh saya untuk kembali ke meja diskusi blog. Cuti yang panjang tanpa berhadapan dengan internet membuatkan blog ini 'dikurantinkan' dari mendapat entri baru. Walaubagaimanapun apa yang pasti perjuangan perlu diteruskan. Jesteru dalam ke'terjeman' otak akibat virus rehat yang panjang saya cuba menulis tentang tajuk ini yang saya dapatkan idea untuk menulis entri ini semasa mengikuti satu program.

Saya berpendapat bahawa kita baru mampu dengan sebenar mampu menterjemahkan sesuatu teori kepada kehidupan sebenar apabila kita sendiri merasainya, atau lebih tepatnya apabila kita dipilih oleh Allah untuk merasainya. Percaya atau tidak, setuju atau tidak yang pasti saya punya hujah tersendiri untuk 'statement' ini..

Seringkali kita dengar bahawa orang-orang mengatakan "
berkawanlah kamu dengan orang berilmu nescaya kamu juga akan menjadi orang berilmu
". Kata-kata ini bukannya hanya lahir dari mulut orang biasa tetapi dari mulut seorang ulama, tokoh akademik bahkan orang-orang kenamaan.

Mungkin kata-kata itu nampak biasa bagi orang yang biasa atau pada pandangan intelek, kata-kata itu sangat benar dan sangat memotivasikan, tetapi pada pandangan orang yang luar biasa, kata-kata itu pastilah dilihat sebagai luar biasa!!!

jesteru soalan saya ;
KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MANA?

Bagi golongan biasa hanya melihat ayat itu biasa hingga tidak tahu bagaimana untuk memanipulasikannya dalam kehidupan seharian. Bahkan lagi teruk mungkin tidak terfikir untuk mendefinasikannya dalam kehidupan.

Berbeza dengan orang intelek yang pandai bahkan akan mencari peluang untuk merealisasikan ayat tersebut. Dan natijahnya kerana itulah mereka digelar golongan intelek. Golongan intelek yang saya maksudkan di sini tidak terbatas hanya kepada mereka-mereka yang terbukti berpelajaran dengan memiliki sijil-sijil yang penuh dengan A dan kepujian atau mereka-mereka yang dikatakan berpelajaran kerana berjaya menempatkan diri di institut pengajian tinggi, tetapi meliputi seluruh makhluk yang mampu menilai dan membezakan sesuatu yang baik dan buruk dengan kata lain mumaiz.

Dan sangat berlainan dari orang yang luar biasa yang melihat kata-kata itu sebagai kata-kata yang luar biasa. Mereka bukan sahaja menrealisasikan, mendefinasikan, atau menterjemahkan kata-kata itu ke dalam kehidupan realiti sehari-hari bahkan, menjadikan kata-kata itu sebagai panduan untuk menjadi luar biasa. Golongan ini dengan keghairahan yang luar biasa akan memenuhi tuntutan kata-kata tersebut. Dan natijah yang mereka perolehi jauh lebih hebat hingga menjadikan mereka golongan intelek yang luar biasa tahap inteleknya. Dan yang pasti, sifat inilah yang melahirkan ilmuan dan ulama Islam silam seperti, Ibn Sina, Khawarizmi,Ibn Rushd, Ibn Haitham, Ar-Razi, Imam 4 Mazhab, Imam Hadith dan ramai lagi juga ilmuan-ilmuan Barat seperti Sir Isaac Newton, Alexander Graham Bell, Thomas Alva Edison.

Keseronokan yang luar biasa

Saat saya mengikuti satu program baru-baru ini, secara naturalnya saya merasai satu kepuasan yang amat sangat kerana dalam program ini saya tidak pernah merasakan sedikitpun otak saya terhenti. Sebenarnya ini bukan program pertama yang membawa saya ke alam pemikiran yang maksima, dan kerana keseronokkan dan keterujaan yang hadir setiap kali mengikuti program-program sebegitu maka saya tidak teragak-agak untuk mengikuti dan terus mengikuti program-program seumpamanya yang boleh membuatkan otak saya sentiasa berlari.

Apa yang membuatkan otak saya tidak mahu berhenti berlari adalah juga kerana saya dikelilinggi oleh manusia-manusia yang berjiwa besar dan sentiasa dahagakan juga memuntahkan ilmu. Ditambah lagi dengan tekanan masa yang hanya singkat maka ia cukup untuk menjadikan suasana ilmu itu lebih berkualiti kerana masing-masing mengharapkan masa yang singkat itu akan digunakan dengan semaksimanya.

Dan saat inilah sangat melahirkan satu perasaan yang luar biasa seronoknya. Terbit satu perasaan puas dan teruja yang hanya disebabkan oleh otak yang sentiasa berlari. hinggakan ingin tidur qailullah juga dirasakan rugi kerana masa itu masih ada ilmu-ilmu yang dicurahkan dari manusia-manusia disekeliling.

Cara berfikir memandu terjemahan realiti

Setiap daripada kita adalah insan istimewa. Ini kerana setiap dari kita punya gaya dan cara berfikir yang tersendiri. Maka setiap dari kita akan membentuk hidup kita mengikut citarasa pemikiran selaras corak pemikiran garapan kita.

Analoginya sangat realiti, seorang budak yang berumur 4 tahun ketika disuruh melukis gambar rumah biasanya akan melukis gambar rumah seperti ini



kerana inilah terjemahan realiti dari corak pemikiran mereka. Begitulah kehidupan kita sehari-hari, ia akan terjadi sebagaimana apa yang ada pada fikiran kita (walaupun segalanya tetap atas keizinan Allah). Jika baik apa yang kita fikirkan maka positiflah jadinya, sebaliknya jika buruk apa yang kita fikirkan maka negatiflah jadinya. Ini adalah satu sifat natural dan biasa terjadi. Hanya adakala sesuatu itu menjadi sebaliknya dan ia terjadi hanya adakala. Mungkin dalam bahasa manusia kita mengatakan kejadian seperti itu adalah 'nasib'. Walaupun pada hakikatnya segalanya tetap terjadi dengan kuasa Allah dan manusia juga mengelarkannya sebagai 'takdir'.

Dan semasa otak saya tidak berhenti berlari, saya terperasan bahawa apa yang saya fikirkan mungkin tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Dan hasil dari pemikiran yang berbeza itu akan lahirlah hasil tindakan yang berbeza. Dan hasil dari pemikiran dan tindakan yang berbeza itu akan lahirlah seorang manusia yang punya identiti tersendiri dengan pengalaman yang berbeza-beza.

Dan apa yang pasti pengalaman yang berbeza-beza itulah yang dikatakan akan menjadikan seseorang itu lebih matang. Dan kematangan itulah yang akan menjadikan dia juga menjalani hidupnya sehari-hari dengan lebih berhati-hati, berkualiti,dan mampu menterjemahkan sesuatu teori dengan sebenar mampu kerana dia punya pengalaman sendiri tentang teori itu.


Menjadi manusia luar biasa dengan teori

Berbalik kepada ayat atau teori "
berkawanlah kamu dengan orang berilmu nescaya kamu juga akan menjadi orang berilmu
". Kita hanya akan dapat menjadi manusia luar biasa apabila kita sudah pernah merasai sendiri teori ini dengan keseronokkan dan dengan semaksima rasa. Barulah akan terbit rasa ingin lebih merasai makna sebenar teori tersebut. Dan inilah yang akan menjadikan kita seorang manusia yang luar biasa dengan manfaat yang maksima dari sesuatu teori.

Adakalanya kita boleh mencipta teori kita sendiri hasil dari manipulasi sesuatu teori.
Walaubagaimanapun biarlah teori yang kita cipta dan kita ikuti itu akan membawa kita kepada kehidupan yang diredhai Allah, seterusnya membawa ke Syurga Allah
..dan ini hanya dapat dilakukan orang yang luar biasa..

TITIK

hmmm.. Bermain dengan fikiran juga sebenarnya memenatkan.. dan yang pasti, Saya berpendapat bahawa kita baru mampu dengan sebenar mampu menterjemahkan sesuatu teori kepada kehidupan sebenar apabila kita sendiri merasainya, atau lebih tepatnya apabila kita dipilih oleh Allah untuk merasainya...

(",) (",) (",)







JORDAN..
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design