10 March 2009

Kepelikan Berita Propaganda PPSMI





-Utusan Malaysia-




-Harakah-

Sabtu lepas gerakan pelajar yang diketuai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia telah turun bersama-sama dengan rakyat ke perhimpunan membantah Pengajaran, Pembelajaran Sains matematik dalam Bahasa Inggeris. Katanya lebih 3000 mahasiswa yang telah menghadiri himpunan aman tersebut.

Saya difahamkan himpunan tersebut mendapat reaksi yang negatif dari pihak kerajaan. Tak payah saya ceritakan di sini kerana kita semua boleh melihat segala macam cerita, kisah, dongeng, lawak bahkan cerita sedih dihidangkan di dada-dada akhbar. Baik di medan siber ataupun dah di 'hard copy' kan.

Cuba anda lihat gambar di atas......Jom kita bercerita melalui gambar...lantak korang la nak setuju atau tak dengan bacaan aku..hehe..

Dapat lihat tak cerita yang berbeza dari gambar tersebut.


-Utusan Malaysia-

Kalau mengikut bacaan saya gambar ini menerangkan seolah-olah lelaki tersebut nak pukul polis tu. Diorang ni macam tengah bergelut..Lelaki tu nampak ganas skit. Betul tak? nampak macam lelaki tu nak mengamuk pun ada juga..ee manakutkan. Kalau cerita pasal mereka-mereka yang ikut demonstrasi tu ganas mesti orang percaya punya..

second picture pula



yang ni pula dari akhbar harakah. Hmm.. Kalau tengok gambar ni la kan..mengikut bacaan saya yang tak berapa nak pandai membaca ni, polis tu nampak macam nak pukul orang. Lagi menakutkan. Nampak sangat jelas dia nak pukul orang ramai yang ada kat situ. Mengamuk ke apa polis ni. Tak sangka pula polis sejahat itu nak pukul orang ramai..eee nampak jahat sangat. Da la sekarang ni rakyat memang nampak polis ni jahat sampai ada kes orang mati dalam lokap..Baru lokap bukan jel.(dalam lokap maknanya org tu belum dibuktikan bersalah, tapi da mati). Tengok gambar ni membuktikan segalanya..

Gambar yang ke tiga pula


Juga dari akhbar Harakah.. rasa-rasa apa bacaan kita kali ni???
Kalau dari fikiran kerdil saya ni, saya akan mengatakan gambar ni macam polis tembak musuh. Semangat sungguh polis tu. Nampak macam merekalah si pekerja yang ikhlas berbaki untuk negara...

Tapi masalahnya dia bukan tembak kat musuh. Tapi kat rakyat yang datang ke sana hanya nak mempertahankan bangsa. Just nak buat himpunan aman. Bukan nak g serang kerajaan, nak bom Malaysia, nak bunuh orang ke ape..Hanya nak menyuarakan hasrat yang terpendam di hati. Kononnya negara demokrasi, kerajaan dipilih oleh rakyat, tapi suara rakyat langsung tak nak dengar...hmm apa nak jadi la

sampai hati polis tu kan. Gas yang diorang tembak tu masyaAllah dahsyat pedihnya. menusuk sampai ke hati. Macam nak mati pun ada. Pedihnya tak terhingga. SAKIT.. Apa lagi kalau kena kat budak kecil, atau nenak tua. sakit..pedih..eeee..ngeri... Tengok bola gas tu jatuh dari langit macam tengok bom terbang. Orang lari lintang pukang.. ee seram. Rase macam kat Palestin.. Tu tak campur lagi dengan siram air..

Gas tu bila campur ngn air lagi dahsyat.. Sebijik macam orang Yahudi tek berperi-kemanusiaan langsung. Bukan orang nak buat rusuhan. Nak buat himpunan AMAN je..AMAN je..

saya tak pegi pun sebenarnya..ni cerita dari orang je..hehe..ye ke tak pegi???

For the last but not the end, saya rasa kerajaan kena jadi lebih bersopan santun la. Sebab tanpa rakyat siapalah mereka. Jangan asyik nak bolot harta dunia je sampai segala-galanya tentang Akhirat diletak di kaki. Kehidupan yang hanya pinjaman disalah tafsir menjadi medan kekejaman semata-mata kerana wang.huhu..

P/s menyahut saranan mahasiswa perlu menjadi penasihat kepada kerajaan kerana hanya kita yang masih rasional bila bercakap soal politik kerana kita masih bebas...




JORDAN..

2 Perkongsian:

  1. Polis hanya diperkudakan,yang bersalah bukan mereka. Yang bersalah adalah kerajaan. Kasihan rakyat yang turut serta, kasihan para pejuang bahasa yang tetap berjuang,kasihan polis yang dipergunakan.

    Bak kata A. Samad. Said " Ini kali pertama saya menghirup gas pemedih mata. Rupanya begini yang ditempuh utk perjuangkan bahasa.. "

    ReplyDelete
  2. salam....
    isu ni hangat gak diperkatakan...
    sy x nak komen psl rusuhan tu tp bg pndgn psl ppsmi...
    sy rsa pengajaran math n sains in english perlu gak..
    coz:
    1) memudahkan murid2 dr peringkat awl utk faham subjek tersebut.
    2) b.i akan d gunakan semasa kat IPTA.
    3) mempelbagaikan bahasa agar kita tidak mudah ditindas....
    4) jgn tgok dri sudut yg negative sgt, tgok positive gak...
    5) klu sy x silap, sy da terbaca satu artikel yg mengatakan teaching math n english in english increase...based on examination....

    maaf la klu pndpt sy ni tak clear n tak leh d trima oleh sesetengah pihak...

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design