Gerakan mahasiswa maju setapak lagi apabila dengan lantangnya membantah tindakan kabinet yang mengeluarkan keputusan berkenaan kes tergempar pada 26 April lalu.
Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.
Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya - Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 - kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun ibu mereka masih beragama Hindu
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM bersama-sama Kelab Maaruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MCUIAM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam telah menghantar memorendum bantahan kepada mahkamah dan juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Putrajaya semalam.
Hmm..apa nak jadi la. Anak sekecil itu masih belum mengerti erti hidup..tapi menjadi mangsa sewenang-wenangnya kecelaruan pemikiran manusia.
Yang kabinet ni pun satu, kenapa tetibe je buat kecoh nak buat keputusan pasal isu ni. banyak lagi isu yang boleh di war-warkan tapi isu ni juga yang menjadi mangsa. hal agama juga yang dipertaruhkan untuk percaturan politik...
Mahakamah Syariah lebih berautoriti untuk mengendalikan kes ni. Sebenarnya ini mungkin hanya kuman dari isu yang berlambak-lambak ada kat Malaysia ni yang seumpama ini. Dan pasti sudah banyak jiwa-jiwa yang terkorban dek kerana kerakusan manusia. Tapi kenapa harus isu agama ini pula yang dijadikan mansga politik?
Penulis sendiri ada dua pendapat berkenaan isu ini (nak terima, terima..tak nak sudah..)
Pertama, kan Malaysia dah ada undang-undang syara'(mahkamah syariah)? Kenapa nak ganggu mahkamah buat keputusan pula..Walaupun sebenarnya undang-undang syara' yang ada tu pun dah habis ditapis dah mengikut sedapnya rasa "mereka-mereka yang mengadun rasa".
Kes ini masih lagi dalam perbicaraan Mahakamah Syariah, hakim belum lagi memutuskan keputusan..Tetapi kabinet terlebih dahulu mengeluarkan keputusan. Tidakkah ini diluar kawalan normal? Inikah pembawaan politik baru..menidakkan hak kehakiman..hmm.. asyik-asyik soal kehakiman, menderhaka kepada sultanlah (sultan pun ketua hakim negara), dah tu yang ni masuk pula versi mendahului kuasa hakim...Hmm
Kedua, nampaknya kebijakan mereka yang mempropagandakan isu ini terserlah. Ye la kan sekarang ni rakyat dah bertukar kepercayaan kepada mereka yang bergelar Pakatan Rakyat. Isu ini logik juga dimanipulasi untuk memperlihatkan betapa "kekucar-kaciran" perlu diwujudkan dalam komuniti rakyat berbilang kaum supaya membuka mata bahawa Pakatan Rakyat ni terutamanya PAS tidak la nak membela nasib kaum lain, tetapi hanya mengutamakan Islam. Sebab PAS pasti takkan berdiam diri. Dan benarlah apabila PAS pun buat DEMO membantah tindakan kabinet ni.
Jadi apa yang akan berlaku seterusnya...Entahlah..macam mana hebatnya sekalipun permainan manusia itu, Allah jualah yang berhak menentukan segalanya.
Cuma apa yang di kesalkan adalah, kenapa anak-anak kecil itu pula yang menjadi mangsa. Dan kenapa mempermainkan agama. Itulah manusia boleh menjadi serendah-rendah nialinya dari Syaitan juga boleh menjadi semulia-mulianya dari malaikat. (bleh kita sama-sama berfikir, bermuhasabah diri dengan merujuk surah At-Tin).
Apa yang pasti tindakan kabinet ni wajar diteliti semula kerana logiknya,
Perkara 12(3) Perlebagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Perkara 12(4) ini telah disalhtafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini melawan Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.
Yang ni penulis quote dari satu laman.. Semoga anak-anak kecil itu akan diadili dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang dunia yang memang tak berapa nak adil ni.. Dan akan dikurniakan oleh Allah taufiq dan hidayah berpanjangan hingga ke akhir hayat. Juga semoga ayah mereka akan mendapat ketenangan hidup dan juga makna Islam yang sebenar dalam agama yang suci lagi benar kurniaan Allah ini. Amin...
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment