31 October 2008

Sipitang:Membangun Bersama Islam..InsyaAllah...episod 1

 

Sipitang adalah daerah kecil dari bumi Sabah. Kalau diperhatikan dari sudut geografi, Sipitang terletak di sempadan antara Sabah dan Sarawak.

MENGENAI SIPITANG

Daerah Sipitang terletak kira-kira 144 km dari Kota Kinabalu, 44 km dari daerah Beaufort dan 54 km dari Lawas (Sarawak). Bersempadan dengan daerah Beaufort di utara, daerah Tenom di timur dan Kalimantan (Indonesia) dan Negeri Sarawak di selatan. Di sebelah baratnya ialah Teluk Brunei (berjiran dengan Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan.)


Keluasan daerah Sipitang ialah 2,732.49 km persegi atau 273,249.69 hektar (675,200 ekar). Daripada keluasan tersebut, hutan simpan merupakan kawasan terbesar merangkumi 73.6 persegi daripada seluruh daerah. Pekan Sipitang merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Sipitang. Ia juga mempunyai kawasan perkadaran yang terbesar dengan keluasan 302.3 hektar. Pekan Mesapol merupakan pekan yang kedua terbesar dengan keluasan 134.7 hektar disusuli dengan pekan Sindumin 5.2 hektar.

Mengikut banci penduduk 2000, penduduk daerah Sipitang berjumlah 29,.311 orang. Kaum-kaum yang terbesar ialah Kedayan, Murut, Lundayeh dan Brunei. Lebih kurang 79% daripada jumlah penduduk ialah bumiputera.

www.gatasipitang.gov.my/mengenaisipitang.htm


<--- Masjid Hj-Hashim Sipitang

Kaum yang mendominasi Sipitang mengikut kajian adalah kaum kadayan (setau saya ejaan dia Kedayan) iaitu sebanyak 65%, dan agama rasmi bagi kaum ini adalah Islam (saya juga berbangsa Kedayan). Diikuti oleh kaum Lundayeh dan Murut, yang biasanya beragama Kristian.

Melihat kepada bilangan bangsa Kedayan yang mendominasi Sipitang sudah tentu Agama Islam juga yang mendominasi agama-agama lain di Sipitang (harapnya begitu). Cuma yang saya bimbangkan jika ada kes-kes terpencil lagi tersorok apabila ada dari kalangan Umat Islam di Sipitang yang tanpa sedar telah berpaling dari Islam. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini mengenai Sabah, Sipitang juga tidak ketinggalan dari menghadapi masalah penghayatan dan kefahaman tentang Islam yang kurang. Bahkan mungkin ada yang tidak mengenal apa itu Islam walaupun mengaku mereka beragama Islam.

Di kampung-kampung misalnya, mengikut pengalaman dan kajian tidak rasmi saya sendiri, tidak ramai dari keluarga-keluarga Islam yang mendidik anak-anak mereka untuk mengerjakan solat (bagaimana hendak mendidik anak kalau ibu bapa sendiri tidak pernah solat). Belum masuk bab puasa dan menutup aurat.

Tetapi bukan tiada seisi rumah yang damai dengan biah Islam.. Ada dan bilangannya sangat keecill.. Mungkin hanya 2, 3 rumah dari 50 buah.

Memikirkan segala cabaran dan dugaan ini, mungkinkah Daerah Sipitang akan membangun bersama Islam?
kita tunggu dan lihat....
JORDAN..

6 Perkongsian:

  1. slm `alek...sykrn `alaz ziarah...X sgka plak Sipitang cm tu yea...:-)

    ReplyDelete
  2. salam'alyk

    hmm..ok je sebenarnya..tempatnya damai dan sesuai untuk hidup bahagia..
    Belum habis cerita lagi..
    pakat-pakat mai berdakwah di Sipitang

    ReplyDelete
  3. klu berkesempatan...23-29 nov ni saya akan berada di KK, Papar, KB dan beufort..XPDC Dakwah..

    ReplyDelete
  4. selamat datang ke sabah Us..singgah la di Sipitang

    ReplyDelete
  5. Insya Allah..Cuma setakat sekarang..Pgrm yang confirm hanyalah di KK/..

    ReplyDelete
  6. us macam mana nak hubunggi ustaz? ada jelajah sabah ke?

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design