09 October 2008

Karya ke-3....episod 1

Cerpen ni adalah karya saya yang ke -3
dah banyak kali tukar tajuk da..
tapi tak jumpa juga tajuk yang sesuai..
tolong-tolong la bagi komen ek..

HARAPAN DAKWAH

Prolog

”Abang Long akan sentiasa menghormati pendirian Asyraf, dan kita boleh bila-bila masa sahaja berdialog tentang agama kita jika Asyraf berhasrat demikian. Cuma yang abang harapkan Asyraf bukan salah seorang penganas yang dikehendaki polis antarabangsa...”


( SATU )

Malam disinari kerdipan gugusan bintang fenomena misteri sungguh menarik memikat walau dalam gelap, menyerlahkan lagi sinaran seolah permata di permukaan bumbung dunia yang terpasak kukuh tanpa tiang. Menjadi sumber mengukuh iman bagi siapa yang berfikir betapa hebat keagungan Tuhan. Keindahan sinar rembulan penuh purnama di satu sudut langit dunia seakan bersatu dengan gugusan bintang menambah seri suasana malam. Muzik alunan zikir serangga malam beralun memecah kesunyian, biar bising tapi tenang, menenangkan sang hati-hati yang mungkin dipenuhi kegelisahan.

Deeniah duduk diam menongkah dagu di tepi jendela, kilauan kekaguman akan kebesaran Tuhan jelas terpancar dimatanya yang sedang asyik memandang jauh ke dada malam. Masih berfikir dia , benarkah kini dia berada jauh dari keluarganya yang tercinta, apa benar kini dia bakal bergelar seorang guru agama sebelum sedikit waktu lagi menghabiskan saat-saat bergelar mahasiswa. Namun ini bukanlah penutup pencarian ilmu, walau saat ini hanya tingal dua bulan sahaja lagi dia bakal menghabiskan pengajiannya di Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya cawangan Nilam Puri. Perjalanan masih panjang sebelum mengenggam segulung ijazah bukti kejayaan seorang mahasiswa. Namun apa yang difikirannya kini seakan mimpi yang kalau dulu hanya diimpian sahaja tetapi kini segalanya telah benar-benar berlaku walau dicubit pipinya berulang kali, dikelar seribu isi daging pehanya tidakkan bertukar keadaan menjadi mimpi. Alhamdulillah setelah hampir dua tahun berada di bumi penuh barakah dia mampu kini menilai segalanya dari sudut pandangan yang lebih telus mengikut syariat Islam, juga mampu menilai sesuatu perkara dengan lebih matang, seharusnya begitu kerana usianya sudahpun menjangkau angka 21 tahun. Tidaklah seperti dulu dirinya yang masih jahil tanpa ilmu agama di dada, tanpa tahu menilai sesuatu perkara. Berkat ilmu yang dituntut berkat ilmu yang dicari juga berkat permata pemberian pensyarah-pensyarah juga alim ulama mecurah ilmu dan pedoman buat membetul diri, maka dia kini sebegini jadinya..

Tekadnya berbuat begitu, rajin mencari ilmu walau sanggup menggadai masa khusus buat menyudahkan assignment tidakkan kukuh terpasak di sanubarinya seperti sekarang kalau bukan kerana keadaan yang mendesaknya untuk lebih gigih mencari ilmu. Ini semua bermula saat dia mendengar buah bicara seorang ustaz yang mengatakan

”kita akan dipersoalkan di Akhirat nanti mengenai dakwah yang kita sampaikan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Lebih-lebih lagi andai mereka itu juga darah daging kita. Semamangnya ada sebilangan orang yang dikurniakan ujian oleh Allah hidup dalam keluarga campuran, berlainan agama. Kerana itu, biar payah, biar susah namun itu tetap tangungjawab kita. Serulah, ajaklah biar apa pun kata mereka. Apa yang lebih utama biar di Padang Mahsyar nanti kita mampu menjawab saat mereka menuding jari ke arah kita mengatakan bahwa kita tidak pernah menyampaikan seruan Islam kepada mereka”

Dan sehingga kini tidak ada satu pun perkataan hasil bicara ustaz itu yang terlepas dari telinganya bahkan saban hari terngiang-ngiang membuatkan tekadnya untuk mencari ilmu buat bekal setelah balik nanti betambah kuat. Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana mungkin sebuah keluarga itu punya agama yang berlainan sedangkan ibu bapanya tetap saja sama. Pelik mungkin kata mereka, tapi itulah yang berlaku kepada Deeniah yang hidupnya berkongsi ayah dan ibu dengan abang dan kakaknya yang bukan beragama Islam. Andai teringat kenyataan itu pasti ucapan syukur tidak lepas-lepas keluar dari bibir mekarnya kerana dilahirkan sebagai seorang Islam. Bukan seperti Abang Long dan Kak Ngahnya yang pada ketika ibu dan ayahnya memeluk Islam mereka sudah berumur belasan tahun dan mengambil keputusan untuk tidak mengikuti jalan ibu dan ayahnya. Mengikut cerita ibunya, Kak Ngah dan Abang Longnya pada ketika itu sudah mampu berfikir sendiri dan mereka yakin dengan agama yang mereka anuti. Mujur pada ketika itu ibu dan ayahnya tetap ditemani oleh Abang Chik dan kak Langnya yang rela hati mengikut kata ibu dan ayahnya. Mungkin juga kerana mereka masih kecil saat itu. Andai dia pada ketika itu juga sudah mampu menilai segalanya mengikut akal fikirannya sendiri, tidak ingin rasanya dia membayangkan andai dia juga mengikuti haluan Abang Long dan Kak Ngahnya. Tidak cukup dengan itu Abang Longnya kini merupakan seorang pengamal agamanya yang sangat kuat atau lebih dikenali sebagai Paderi. Pernah satu ketika, Abang Longnya memberitahu kepadanya berkenaan dengan kepercayaan agama mereka berkenaan konsep Triniti. Sebagaimana kata Abang Longnya Triniti merupakan akidah utama di dalam agama mereka. Ia bermaksud Tuhan itu satu tetapi di dalam tiga keperibadian. Triniti terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci atau Holy Spirit . Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak pernah berpisah. Mereka meyakini akidah Triniti ini berdasarkan ayat yang terdapat dalam kitab suci mereka (1 Yohanes 5:7-8):

”Ada tiga saksi : Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama”

Dan sebagai seorang anak kecil pada ketika itu, Deeniah hanya mengebil-ngebilkan matanya. Sungguh dia tidak mengerti. Namun kini, apabila fikiranya seringkali mengimbas kembali peristiwa itu, barulah dia faham bahawasanya Abang Longnya punya hajat dan rencana sendiri untuk melihat dia bersama-sama dengan mereka di dalam satu agama. Alhamdulillah Allah masih menyayanginya dan masih memeliharanya. Sehingga ke saat ini dia masih diberi peluang menikmati nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam. Mana mungkin dia melakukan perbuatan beroleh dosa besar dengan mengikut jejak langkah abang dan kakaknya yang dua itu. Dan uniknya suratan takdir, jika abangnya seorang pengamal agama yang kuat, dia juga tidak kurangnya setelah berusaha segigih mungkin menimba sebanyak mana ilmu agama Allah yang mampu dikutip, tersemat kukuh dalam dadanya kini tekad untuk memperbetul keadaan yang seharusnya dia hadapi. Maka kerana itulah dia rela mengadai waktu semata-mata untuk mencari ilmu walau disekelilingnya, dunia masa kini dunia remaja berfoya-foya.




( DUA )

”Deeniah, tau tak malam ni ada majlis ilmu kat Dewan Kuliah Satu. Jam 8.00 malam lepas solat Maghrib.”
”Betul ke?em apa tajuknya?”
”Ika tak berapa pasti la, tapi kalau tak silap tajuknya dialog Islam Kristian. Ika tau Deeniah mesti nak pergi kan. Dengar kata ustaz dari Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan yang akan sampaikan kuliah malam ni.”
”oh ye ke? MasyaAllah ibarat bulan jatuh ke riba, Deeniah memang dah lama sangat nak hadiri kuliah macam tu. Ika kan tau Deeniah sekarang sedang menimba sebanyak mana ilmu yang mampu Deeniah kutip mengenai perbezaan agama. Lebih-lebih lagi tentang agama Islam dan Kristian. Syukur pada Allah. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan. Em kita pergi sama ya Ika.”
”Ok, Ika memang dah agak dah. Bila terbaca iklan tadi Ika terus teringatkan Deeniah, InsyaAllah Ika akan sentiasa doakan moga usaha murni Deeniah ni akan membuahkan hasil. Allah pasti sentiasa membantu hamba-hambanNya yang membantu agamaNya.”

Aku tersenyum pada Ika, manis gadis itu Suria Atikah namanya, tapi lebih mesra di panggil dengan gelaran Ika. Sejak menjejakkan kaki ke bumi Nilam Puri dua tahun lalu, Ikalah sahabat pertama yang menegurku. Dia beruntung kerana ketika itu dia datang bersama ahli keluarganya, dan aku, terkapai-kapai sendirian mencari hala tujuan. Duduk sendirian seperti orang yang baru belajar berjalan tidak tahu arah mana yang harus ku tuju. Bukan tiada insan yang membantu, pembantu-pembantu pelajar terdiri dari kalangan senior banyak yang membantu pelajar-pelajar baru sepertiku, tapi ketika itu aku di minta untuk menunggu kerana kak Annisa, juga kakak yang membantu pelajar, punya urusan penting sebentar saja katanya. Lalu bibit pertemuan pertama antara kami kekal sehingga ke hari ini,ekoran kami juga ditempatkan di majmuah yang sama. Sememangnya aku amat menyayangi Ika, dialah tempat aku meluahkan segala apa yang bersarang di kalbu. Ketika mana air jernih dari kelopak mataku jatuh stitik demi setitik, dialah yang datang menyapu walau tanpa berlapikkan tisu. Sungguh indah memori-memoriku bersamanya. Tapi kini dalam masa beberapa bulan sahaja lagi kami akan terpisah dek bangunan-bangunan di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kerana bermula Julai ini kami akan bertukar ke sana demi menyambung pengajian meneruskan cita-cita masing-masing. Sedih aku mengenagkannya, tapi persahabatan kami tidakkan berhenti di sini. Itu azam kami, janji tautan hati dua insan yang berkasih kerana Allah. Kan itu juga saranan Rasulullah.

bersambung....



JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design