09 October 2008

Karya ke-3....episod 3

Cerpen ni adalah karya saya yang ke -3
dah banyak kali tukar tajuk da..
tapi tak jumpa juga tajuk yang sesuai..
tolong-tolong la bagi komen ek..


sambungan

”Kenapa Adam yang berbuat dosa, manusia yang kena tanggung dosa itu? Kenapa Jesus pula yang tebus?? Dengan cara bapa (Tuhan) bunuh anak, kalau macam tu perbuatan membunuh itu terpuji??”

Setelah tiga pesanan ringkas ku hantar belum kunjung jawapan aku melelapkan mata sebentar dengan harapan akan ada jawapan menyusul selepas itu. Aku bermonolog sendiri, sungguh besar nikmat Allah memberi aku nikmat untuk terus hidup dalam Islam dan iman kepadaNya. Ya Allah, Engkau bantulah dan berilah kekuatan kepada hambaMu ini. Semoga hati abang akan terbuka untuk melihat kebenaran dan hakiki duniaMu..Amin Amin..Amin..

Tit..tit..SMS IV

”Tuhan yang kami sembah memperkenalkan dirinya sebagai tritunggal ( 3 in 1) . Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus. Seperti kita juga, kita seorang tetapi tiga peribadi. Kita ada tubuh ada roh dan jiwa. Kita pun tiga peribadi tetapi tetap satu diri”

”Kami percaya Jesus itu Tuhan kerana di bawah kolong langit itu tiada lagi nama lain yang olehnya manusia dapat masuk Syurga untuk diselamatkan. Al-Kitab mengatakan dalam Yohanes 3:16 < kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga ia telah mengurniakan anaknya (Jesus) yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepadanya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal.> Memang sukar mengerti siapa Jesus itu. Sangat sukar dan memerlukan masa dan penjelasan yang panjang, tapi saya harap kamu tertarik untuk ingin mengenalinya...”

Aku sempat membaca SMS yang dikirim abang Long sebelum bangkit dari baringan saat azan Subuh berkumandang. Sedih aku membacanya, aku berusaha untuk menyedarkan dia rupanya dalam masa yang sama dia juga seperti mana aku ingin memberi aku ruang mengenali agama mereka. Mungkin kerana kasih sayangnya kepadaku, begitu juga aku tetap saja sayang kepadanya, maka kami saling berusaha memperbetul keadaan yang tentu dan pasti tersemat dibenakku hatta Abang Long megakui dan meyakini bahawa agama yang dianuti dia mahupun aku adalah itu saja yang benar menurutku dan sebaliknya menurut dia. Seandainya Abang Long sedar juga seluruhnya umat Nasrani sedar betapa mereka selama ini hanya dilalaikan dan ditipu oleh Syaitan Laknatullah yang telah bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan umat manusia seluruhnya agar ada pendampingnya di Neraka kelak. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh, berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya sahaja yang akan berjaya dalam ujian sementara cuma di dunia yang fana ini.

Seusai mengerjakan solat Subuh aku duduk berteleku di atas sejadah mohon petunjuk dan kekuatan untuk mengadapi situasi mengugat jiwa dan ragaku yang sedang kuhadapi kini. Petang semalam aku mendapat berita bahawa ayah sedang sakit tenat di hospital. Maklum saja sakit tua. Bimbang aku dibuatnya. Ikalah yang mendamaikan hatiku yang resah seakan dilanda badai ombak mengila. Bukan hanya kerana mendapat berita ayah sakit tenat, tetapi ditambah lagi apabila mendengar saja cerita ibu lewat telefon petang semalam. Menurut ibu, Abang Long sempat berpesan pada ayah untuk kembali kepada agama asal mereka untuk mendapat ketenangan apabila roh berpisah dengan jasad nanti. Hanya Jesus sahaja yang boleh menolong untuk kita masuk Syurga bicara Abang. Betapa merah padam mukaku saat mendengar berita itu kata Ika. Betapa sanggupnya Abang berkata begitu. Hatiku memberontak untuk segera pulang lantas bolehku bidas kata-katanya dengan mulut kecilku. Biar dia tahu, adiknya yang seorang ini lantang apabila berkata mempertahankan agama, lantang apabila merasa tercabar. Ya aku tercabar. Apa difikirannya ayahku itu bukan muslim yang tahu kebenaran agama Allah yang suci lagi sempurna. Apa dia ingat, hanya kerana ayahku sakit terlantar tidak bermaya, imannya mudah goyah? Apa difikirannya aku yang berada jauh dari pandagan mata mereka ini tidak mampu berbuat sesuatu saat agamaku begitu senang diperkontang-kantingkan. Sakit hatiku bila mengetahui akan hal itu. Abang Long seolah memperlekeh agamaku. Memang aku tahu dia berniat baik terhadap ayahku, dia tetap ingin melihat kebahagian ayahnya dunia akhirat. Habis basah bantal busukku pemberian ibu ku sapu dengan air mata, malah sempat ku tekan-tekan lumat tanda protesku yang memuncak. Mujur Ika mengingatkan aku bahawa Allah sentiasa berada di samping hamba-hambaNya. Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini...



(EMPAT )

Tit..tit..

” Deeniah, macam mana dengan ayah Deeniah? Ada apa-apa perkembangan terbaru? Maaf dah lama tak bertanya khabar”

”Alhamdulillah, kata ibu ayah dah semakin sehat. Baru pagi tadi Abang Chik menjemput ayah balik ke rumah.”

”Alhamdulillah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa yang ana boleh bantu jangan segan-segan minta bantuan. InsyaAllah mana yang ana terdaya untuk membantu ana akan bantu seupaya kudrat kurnian Allah”

”Syukran ustaz”

Alhamdulillah, kesian sungguh Deeniah. Usahanya yang bersungguh-sungguh untuk memperbetul keadaan cukup membuatkan hatiku kagum dengan gadis Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri itu. Sejak empat tahun lalu aku bergelumang dengan kajian berkenaan perbezaan agama antara Islam dan Kristian, baru sekarang aku berpeluang bertemu dengan insan yang benar-benar hidup dalam keluarga campuran, menghadapi masalah sedemikian . Inikan pula abangnya merupakan seorang paderi. Pasti dugaan hidupnya bukan sedikit, dan apa yang pasti dia punya tanggungjawab yang besar dalam hal ini. Dan aku, ingin sekali berkongsi kerja ini dengan orang-orang sepertinya. Mudahan dengan usaha kecilku ini, membuat kajian perbezaan antara agama akan dilihat sebagai kebajikan di sisi Allah. Baru saja aku menekan suis on pada punat komputer riba ku, suara nyaring telefon bimbitku bingit minta disambut.

”Ustaz Asyraf, pagi tadi kita baru dapat balasan dari pihak gereja menyatakan kesanggupan dan persetujuan mereka untuk mengadakan dialog agama.”

”Alhamdulilah, satu lagi lalauan anugerah Allah untuk ana meluaskan dakwah. Moga dialog kali ini akan dapat membuka mata mereka tentang kebenaran Islam. Ada mereka nyatakan tempat dan waktunya?”

”Mereka bersetuju sebagaimana yang kita rancangkan. Tiada perubahan tempat, tetap di Dewan Jubli. Cuma masa, mereka minta untuk diubah kepada jam 11.00 pagi.”

”Baiklah, Syukran Syarifah.” Setelah mematikan telefon aku segera mencatat sesuatu ke dalam diari harianku

20 April 2008 – Dialog dengan Paderi Daniel

Aku segera mencapai telefon bimbitku dan menaip sesuatau

”Deeniah jemput datang ke majlis dialog antara pihak ana dengan Paderi Daniel. Bertempat di Dewan Jubli jam 11.00 pagi Sabtu ini. Harap anti boleh hadir. Kalau tak ada kenderaan maklumkan segera pada ana, insyaAllah ana akan uruskan akan ada orang yang menjemput anti.”

Aku menghantar pesanan ringkas ke nombor Deeniah. Aku pasti ini adalah juga saat-saat yang ditunggu oleh Deeniah. Masih ingat aku pada janjiku untuk memberi peluang kepadanya menghadiri majlis seumpama ini. Dan berita ini pasti mebuatkan dia gembira. Mudah-mudahan dialog nanti boleh menjadi bekal untuknya ketika berhadapan dengan abangnya nanti.

Aku meneruskan kerjaku yang tergendala sebentar tadi. Sebenarnya aku dalam proses menyiapkan buku hasil kajianku dan dialog-dialog yang pernah aku hadiri. Tetap saja berkaitan Islam dan Kristian. Sambil berusaha memerah otak mengembalikan segala macam ingatan yang harus ku muatkan dalam tulisanku, aku juga merujuk pada catatan-catatan silam.


bersambung..



JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design