31 October 2008

Memasuki daerah Peperiksaan

Minggu exam telah bermula..
Siang tadi ketika dalam perjalanan dari Kolej ke Akademi Pengajian Islam, aku sempat meronda-ronda singgah sebentar di KPS kemudia Melalui Kolej 12th dan terus masuk ke kawasan palin tenang dan damai, kawasan orang-orang beriman (amin) di bumi UM (APIUM) la..

Dalam perjalanan tu ramai mahasiswa-mahasiswa yang mengambil kesempatan waktu petang mereka dengan berjoging.. Dalam hatiku berkata

"emm patutlah diorang ni masuk UM, bila badan cergas baru otak berjalan lancar dan cerdas"

Hmmm kita sebenarnya sering di pasakkan dengan slot ceramah yang akan memberitahu kepada kita bahawa dengan bersenaman, oksigen akan terproses laju dan mudah untuk masuk ke dalam otak.. Dan mengikut kajian teori ini kononnya betul..

Lain pula bagi insan-insan beriman (amin ya Rabb), masa minggu exam inilah masanya untuk melipatgandakan amal-ibadah.. Tak cukup dengan solat fardhu ditambah dengan solat sunat, tak cukup dengan solat sunat, ditambah dengan bacaan Al-Quran,tak cukup dengan itu tambah pula dengan puasa sunat..pendek kata, minggu exam ni hubungan dengan Allah sangat-sangat dijaga..

Memegang teori benar " bila hubungan kita dengan Allah terjaga, mudah Allah akan mengkabulkan doa kita",,

Mugkin kerana itu maka muslimin dan muslimat berkejar-kejaran menambahkan graf amalan.

Itulah keistemewann "hablumminaAllah"

Seharusnya dan sewajibnya fenomena daerha exam ini diteruskan untuk mengecapi hidup yang lebih baik di dunia dan akhirat..

.....Nasihat ku kepada diri sendiri....
JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design