Tapi itu hanya ber'gerakan brown' dalam hati saya sahaja, dan mana mungkin saya akan meluahkan kata-kata itu apa lagi dengan penuh perasaan dihadapan pihak yang bertangungjawab.
Cuma saya sedikit terganggu dengan berita itu, simbol tanda tanya tengelam timbul berlegar-legar di hadapan mata saya..adakah lagi orang yang akan mengahadapi nasib yang sama???
Tahun lalu ketika masih berada di Nilam Puri saya ada terdengar berita tentang akak-akak senior dan abang-abang senior saya yang juga mengalami nasib yang sama, dibuang kolej tanpa sempat menghabiskan semester pertama..Walhal sepatutnya dan sewajibnya pihak yang melakukan keganasan mengikut rasa hati mereka itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana, dalam peraturan budak 1st year sem 1st kena duk kolej..'Wajib Mughalazhah' (bak kata us Amin Idris dalam ceramah beliau di balai Ilmu APIUM malam semalam)
Tapi sunnah pilihan raya, siapa yang menentang pentadbiran akan dinyahhapuskan dari peta politik. Aneh lagi menganehkan. Inilah gaya hidup songsang yang diamalkan oleh sistem yang digerakkan oleh orang yang songsang (tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati)..
Apapun Nazifatunnisa mengucapkan takziah kepada sahabat-sahabat aktivis Pro-Mahasiswa UPM yang terkorban dalam perang jihad yang beru bermula..
Semoga apa yang berlaku ini akan dikira oleh Allah sebagai mahar untuk korang ke Syurga..
Notis 24 jam dibuang kolej pada minggu peperiksaan akhir
Tanggal 15 oktober 2008, UPM sekali lagi digemparkan dengan peristiwa yang menyayat hati. Dua orang mahasiswi daripada kolej Tun Perak telah menerima notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik. Disaat pelajar lain sedang bergelumang dangan nota dan ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir, dua siswi ini menerima nasib yang sebaliknya.
Berikut kronologi kes pembuangan siswi :
1) Pada akhir semester yang lalu (semester 2 sesi 2007/2008) Syafiqa dan Farhana tidak dapat menginap di kolej semester seterusnya ( semester sekarang). Mereka dibuang tanpa alasan dan tiada notis dikeluarkan oleh pihak kolej.
2) Sejurus selepas itu, mereka membuat surat rayuan dan dihantar kepada pihak kolej, kerana mereka berpendapat mereka tidak patut dibuang kolej kerana mereka memenuhi syarat-syarat untuk meneruskan penginapan dikolej ( memenuhi merit yang ditetapkan, aktif dan mendapat keputusan akademik yang cemerlang).
3) Seminggu sebelum kemasukan semester baru ( semester 1 sesi 2008/2009) mereka disahkan mendapat penempatan di kolej Tun Perak. No bilik Blok Lekir 3-113.
4) Awal semester baru (semester sekarang), semasa pendaftaran masuk kolej, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan kolej bahawa nama mereka tidak ada didalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Alasan yang diberikan ialah tiada kekosongan kerana kolej menerima kemasukan pelajar baru dari SUKSIS.
5) Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan Timbalan Pengurus Kolej iaitu En Khairul, pihak kolej bersetuju untuk membenarkan mereka menginap di kolej.
6) Pada 10 oktober 2008, pintu bilik mereka dimangga oleh pihak pengurusan kolej, dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat secara rasmi.
7) Pada 14 oktober 2008, notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik ditampal dihadapan pintu bilik mereka. Sekali lagi surat arahan mengosongkan bilik diselitkan pada pintu tersebut.
8) 15 oktober 2008, mereka terpaksa mengangkat sebahagian barang dan menumpang dibilik kawan. Sebanyak 2 buah kereta BHEP memenuhi perkarangan Kolej Tun Perak, dan juga segelintir daripada geng “Harimau Maut” berada ditempat kejadian. Kedatangan mereka dipercayai bertujuan untuk mendesak Syafiqa dan Farhana supaya meninggalkan kolej dengan kadar segera.
Bayangkan anda berada ditempat mereka….kurang 7 hari lagi mereka akan menghadapi Peperiksaan Akhir. Bagaimanakah nasib mereka? Adakah mereka mampu mempertahankan gelaran “al-Biruni” (al-Biruni adalah kelab mahasiswa melayu yang cemerlang dalam akademik di UPM) pada semester ini? Adakah ini yang dikatakan demokrasi? Inikah keadilan? Dimana nilai dan perikemanusiaan pihak pentabiran kolej dan Universiti?…Tepuk dada Tanya iman.
Nur Shafiqa bt Mohd Ali (870223025862)-0125282415
Nor Farhana Farzieana bt Ali (870203085788)-0124871842
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment