19 October 2008

Keranamu Sahabat


Ampang | Hari ini aku berpeluang melawat mak kepada sahabat kami, Asri Jani yang sakit. Sudah 3 hari mak nya berkampung di Hospital Ampang. Aku difahamkan mak nya menghidapi penyakit leukemia.
Apa yang aku tahu Leukemia ialah sejenis barah yang berpunca daripada penghasilan pesat sel-sel darah putih primitif. Sel darah putih berbarah ini akan menyekat penghasilan sel darah merah. Ini menyebabkan pesakit mengalami anemia. Keadaan ini menyebabkan kekurangan sel-sel putih matang dan seterusnya mengurangkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Sel-sel ini juga menyekat penghasilan paletet yang membantu dalam mekanisme pembekuan darah tubuh badan. Kerap kali petunjuk pertama bagi penyakit leukemia ialah mengalami masalah anemia dan sebarang jangkitan penyakit yang dihidap sukar sembuh.

Antara tanda-tanda penyakit ini
• Anemia - pucat, letih dan pendek nafas.
• Mudah jatuh sakit.
• Sakit anggota badan. Jika sakit pada bahagian kaki, keadaan ini akan
menyebabkan pesakit berjalan tempang.
• Purpura - ruam berwarna jingga yang tidak hilang apabila dipicit.
• Mudah lebam.
• Hidung kerap mengalami pendarahan.

Mengikut cerita akak kepada Asri, pada mulanya maknya menghidapi demam seakan-akan demam cacar. Bila bawa ke klinik doktor pun bagi la ubat. Tapi tak juga sembuh-sembuh. Lepas tu cek punya cek doktor kata kena bawa gi hospital Ampang sebab kat situ ada doktor pakar darah. Darah maknya terlebih darah putih.
Dah masuk sebulan dah. Jadi bila sampai kat hospital Ampang tu kena tambah baaaaanyak darah. Dah 3 peket dah. Akak dia kata, dia kesian kat mak dia sebab mesti sakit sebab kena cucuk dengan jarum. Dah tu doctor pelatih tu boleh pula silap cucuk. Dia kata geramnya dia masa tu..
Kakak Asri kata lagi dia sampai tak boleh nak tidur, tak boleh nak makan, kerje pun dah tungang langang fikir pasal mak dia.. hemm dia kata sapa tak sayang mak kan. Kalau mak boleh bersusah payah untuk kita kenapa kita tak boleh bersusah payah untuk mak kita kan..
Aku jadi sebak pula..hemm tu la kan. Kasih sayang emak tu sangat bernilai. Rindu pula kat mak di kampung..
Yang bestnye, mak Asri tu duk kat bilik sorang-sorang.mcm 1st class punye bilik jer,, tapi nak masuk melawat tu kena 2 orang je boleh. Kami pun bergilir-gilir la masuk. Dah semua habis masuk kami pun balik la..
Ramai juga rombongan kami tu, em 4 motor muslimat, 3 motor muslimin..Sepanjang jalan tu ada juga la peringatan daripada Allah. Hampir nak terlanggar la. Sesat la..macam-macam lagi. Tapi yang penting niat kita kena la ikhlas..
Semoga Mak Asri akan cepat sembuh..aminnn



JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design