17 October 2008

Sabah dan Aku

Meja Sebelah Bilik PMAPIUM | Aku berasal dari Sabah, negeri yang juga dikenali dengan gelaran negeri di Bawah Bayu ( mengikut apa yang aku tau nama tersebut diberi kerana Sabah negeri di Malaysia yang 1st sekali siang, dan 1st sekali malam. iya ka? nanti kalau sempat aku kaji balik k ). Bila berbicara tentang sabah fikiran ku terus melayang teringatkan kampung halaman. Muka mama dan bapa yang amat-amat luar biasa sayangku pada mereka terus silih berganti tersenyum sayang pada ku.

Sabah adalah negeri yang juga penduduknya terdiri dari pelbagai kaum. Dusun, Brunei, Bugis, Kedayan, Kadazan, Murut dan banyak lagi la.. Masing-masing dengan adat resam dan budaya tersendiri.

Apa yang menarik perhatian sebenarnya Sabah mejoritinya masih tetap dipenuhi oleh manusia-manusia beragama Islam tapi masih tidak mengerti apa itu Islam sebenar. Walhal kalau mengikut sejarah Sabah adalah negeri antara yang awal menerima kedatangan Islam..(aku baca kat mana ya??)

Di kampung-kampung misalnya, pemakaian tudung dikalangan wanita dan perempuan tidak berapa mengikut syarat. Apa yang ,mereka tau tudung hanya untuk menutup kepala apabila hendak keluar dari rumah ( bukan keluar pintu rumah, tetapi keluar jauh bersiar-sar dari rumah, maksudnya jika hanya berlegar-legar disekeliling rumah walau ada orang lalu lalang tidak menjadi kewajipan untuk menutup
kepala ).

Itu dah kira bernasib baik sebab memakai tudung, tak cerita lagi bab pemakaian. Baju t-Shirt bukan lagi satu persoalan, "mengapa memakai tudung dengan baju yang menampakkan lengan?". Ini dah jadi kepercayaan bukan kebiasaan. Bukan adat tapi seolah-olah ibadat. Maknanya, syarat menutup aurat yang sebenar masih tak difahami..

Salah siapakah semua ini? Mengapakah semuanya jadi begini?

Aku sendiri kadang-kadang buntu memikirkan masalah ini. Bukan tiada badan-badan yang berdakwah di Sabah. Ada dan Alhamdulillah giat dijalankan. Aku sendiri bergiat di bawah Persatuan Siswazah Sabah
( PSS: persatuan Dakwah yang mengumpulkan ahli-ahli dari seluruh pengajian tinggi di Malaysia yang mempunyai kesedaran agama).

Tapi usaha dakwah ini bukanlah umpama tikus membaiki labu. Sekejap sahaja labu tersebut siap dengan corak-corak mengikut citarasa sang tikus. Ini adalah realiti dunia yang memerlukan ijtihad dan kekuatan rohani, mental, fizikal dan segalanya. Memerlukan iltizam yang tinggi..

Semoga usaha dakwah yang dilakukan aktivis-aktivis dakwah ini akan dapat merubah invironment sabah satu masa nanti. aminnn



JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design