09 October 2008

Karya ke-3....episod 2

Cerpen ni adalah karya saya yang ke -3
dah banyak kali tukar tajuk da..
tapi tak jumpa juga tajuk yang sesuai..
tolong-tolong la bagi komen ek..

sambungan...

”Ika cepatlah, kita dah lambat ni.”
”Astaghfirullah Ukhti, sabar. Bukankah Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar”
”Deeniah takut nanti kita tak dapat tempat kat depan. Nanti terpaksa duduk belakang pula. Tak seronok la” Geram aku melihat Ika yang masih duduk sambil menyarung stokin kaki.
”ye la. Jom. Comel Deeniah bila nampak gelisah ” Ika tersenyum melirik ke arah ku. Ika saja nak bergurau ya, bicaraku dalam hati, nah...satu cubitan ku hadiahkan tepat di lengan kirinya. Teriakan kecil tanda kesakitan terkeluar dari bibirnya. Ketawa kami bersatu hingga menarik perhatian adik-adik yang sedang duduk membuat perbincangan di pondok study.

Mujur, ketika kami menjejak kaki ke Dewan Kuliah 1 belum ramai pelajar yang datang. Kami mengambil tempat barisan kedua dari depan. Bimbang duduk di barisan hadapan nanti diajukan soalan. Aku dan Ika tesenyum berpandangan tanda mengiakan tempat yang kami duduki adalah tempat yang cukup selesa untuk mendengar kuliah selama dua jam lebih. Beberapa minit kemudian barulah Dewan Kuliah itu dipenuhi dengan bondongan muslimin dan muslimat yang cintakan ilmu. Itulah budaya mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri, pantang dengar ada majlis ilmu semua akan mengambil peluang menambah ilmu. Walau ada juga segelintir yang sedikit malas untuk menyebokkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar, mungkin kerana lebih menumpu pada pelajaran. Tidak kurang juga yang lebih mementingkan urusan dunia. Dan fenomena inilah yang mebuatkan aku sedikit pelik, hidup dalam suasana yang cukup indah dan damai dipenuhi dengan wangi-wangian didikan agama tanpa dicemari bauan busuk kelalaian dunia, dengan semua muslimat yang lembut ayu dalam pakaian seusai seorang muslimah solehah impian Syurga, dengan jubah atau baju kurung ditambah dengan adunan tudung labuh, mendamaikan hati-hati walau memandang cuma. Manakala musliminnya yang tertampak soleh dengan memakai kupiah putih dan baju ala-ala ustaz keluaran Universiti Al-Azhar, diadun pula dengan penghayatan Biah Solehah, tawadu’ , ghadul basor dan semangat jihad yang terpatri kemas di dalam dada setiap penghuninya cukup menjadikan tempat ini adalah tempat yang sungguh-sungguh medamai jiwa. Belum habis kekagumanku pada Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, terpacak diseberang jalan Kolej Islam Sultan Ismail Petra mencukupkan adunan Daerah Nilam Puri sebagai lubuk ilmu-ilmu Islam. Aset bernilai mengeluarkan para ulama, juga mujahid serta mujahidah yang ikhlas menegakkan agama Allah. Tapi semuanya adalah perancangan Allah dan Syaitan itu tidak pernah lalai dari mengoda anak Adam. Maka cukuplah dunia ini juga penuh dengan ragam manusia yang tetap mencintai dunia di tengah-tengah lautan kedamaian Deen.

Anganku terusik sebaik sahaja pengerusi memulakan majlis. Sedaya upaya aku mengumpulkan seluruh jiwa dan ragaku agar turut sama bersamaku di alam dewan ini, biar segalanya tertumpu pada bait-bait kata yang bakal diucapkan oleh ustaz nanti. Rugi rasanya andai ada patah-patah perkataannya nanti yang terlepas dari rakaman kotak fikiranku. Ustaz muda lagi rupanya,Ustaz Asyraf ..Aku berdialog sendirian sebelum hanyut dalam lautan ketenangan menuntut ilmu.

(TIGA)

Tit..tit..SMS I

”kita sepatutnya berterima kasih pada Jesus kerana dia sanggup disalib semata-mata untuk meghapuskan dosa warisan. Setiap insan di dunia ini menanggung dosa warisan. Ini semua disebabkan Adam yang telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan setelah terpedaya dengan godaan Iblis”

”Kami orang-orang muslim percaya bahawa setiap dosa hanya ditanggung oleh dirinya sendiri. Nabi Adam memang telah melanggar perintah Allah, tapi Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang dan telah mengampunkan dosa Nabi Adam.”

Diam tiada balasan,

”Kamu tidak akan dapat semudah itu memahami agama kami. Ambillah masa, dan ini memerlukan masa yang panjang.”

”Kenapa Jesus perlu rasa derita kalau penyalibannya untuk kebaikan.?”

Diam lagi tiada balasan,

Debaran yang ku rasa malam ini bukan seperti debaran ketika aku tiba-tiba dijemput ustaz berucap dihadapan khalayak ramai tempoh hari gara-gara diminta bercerita mengenai pengalaman hidup dengan keluarga berlainan agama. Tapi ini adalah debaran yang seolah ingin tembus dari dinding kulitku lantas membentuk lubang tembus kulit tanda saat ini debaranku cukup dahsyat. Mungkin kini sudah tiba masanya untuk aku mula memberanikan diri menyatakan keberanianku menyampaikan kalimah Allah kepada Abang Long dan Kak Ngahku. Hanya kerana Abang Longku yang tersilap mengirim sms lewat malam semalam, kami terus berbalas mesej disambung ke malam ini. Setelah aku menyatakan bahawa diriku ini bukanlah Selvis, adik sepupuku anak kepada Kak Ngah, tetapi aku adiknya Deeniah. Dan kerana dia sudah mengetahui aku adiknya lantas aku menguatkan semangat berbekal ilmu yang baru sekelumit cuma mula bertanya beberapa soalan tetang agama mereka. Sungguh aku bimbang melukakan perasaan dia. Walau kami berlainan agama tapi abang Longku cukup pandai memainkan peranannya dalam usaha menarik keluargaku untuk sama-sama kembali berpaling tadah lantas mengaku bahawa Jesus itu Tuhan. Dia cukup baik pada keluarga, malah boleh dikatakan dialah abangku yang palingku sayang kerana kebaikannya. Dia tidak pernah melukakan hatiku, malah andai aku ada masalah dialah tempatku menagih kasih. Tapi kini setelah dewasa aku berasa sedikit janggal memandangkan tanggungjawabku pada mereka teramatlah berat.


Tit...tit..SMS II

”Maaf malam semalam abang ada hal yang perlu diselesaikan, tak sempat nak balas sms . Jesus mengalami penderitaan penyaliban kerana tidak ada sesiapa pun yang sanggup menderita untuk manusia yang jahat dan Jesus disalib kerana tidak ada darah yang cukup mahal atau sempurna yang mampu menbayar dosa manusia.”

”Kenapa Jesus diangap Tuhan?”

”Dia di sebut Tuhan kerana al-kitab menyebut begitu.!”

”Ayat mana?”

”Kerana segala perbuatan ajaibnya, penjelasannya mengenai Syurga, kesanggupannya mati kerana manusia jahat tidak boleh dilakukan siapapun.”

Itu bukan jawapan pada soalanku sebelum ini gumamku sendiri..

”Contoh perbuatan ajaibnya?”

Diam tiada balasan...

Aku kalah dengan dugaan hatiku sendiri, rupanya fenomena ini lagi payah dari apa yang pernah aku bayangkan. Sering aku bertanya dalam beberapa malam ini walau segalanya terungkai satu demi satu, namun belum ada tanda-tanda bahawa aku mampu merubah malah menjentik hati abang Long untuk terbuka hati menerima Islam. Aku tetap saja kadangnya terkedu menerima balasan jawapan dari abang Long kerana ada kala jawapan dan soalan yang dihidangkan kepadaku payah untukku susun ayat untuk menjawabnya. Mujur hari itu aku sempat mohon pada Ustaz Asyraf , andai aku punya masalah seperti ini aku boleh bertanya langsung kepadanya agar dia boleh membantuku menjawab soalan-soalan yang membuatkan tanganku kelu.

Tit..tit.. SMS III

”Secara manusiawi, tindakan Jesus yang mengorbankan seluruh hidupnya dan ketuhanannya untuk mengantikan manusia dari hukuman kekal adalah tidak patut, malah tidak masuk akal. Namun kenyataan demikian semata-mata kerana ia mengasihi semua umat manusia dan dia tidak mahu seorang pun binasa.”

”Jesus bukan tuhan, dia pernah kata dia tuhan?”

Diam..

”Adakah membunuh anaknya sendiri adalah sifat yang mengasihi (kalau Allah itu pengasih)?”

Diam..


bersambung..



JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design