dah banyak kali tukar tajuk da..
tapi tak jumpa juga tajuk yang sesuai..
tolong-tolong la bagi komen ek..
sambungan..
_________________________________________________________________________________________
Kristian menyebarkan agama mereka melalui bermacam cara. Antara cara yang digunakan seperti :
1. Risalah-risalah
Mereka menyebarkan risala-risalah berkaitan agama mereka ke sekolah-sekolah rendah hingga anak-anak kecil apabila pulang ke rumah terus bertanya pada ibu dan ayah mereka mengenai Islam. Dan kejadian ini pernah terjadi di suatu tempat ( kisah ini akan saya ceritakan di bab yang seterusnya)
2. Kebajikan-kebajikan
Mubaligh-mubaligh Kristian akan datang ke kampung-kampung
yang terpencil untuk memberikan wang ringgit, bantuan makanan dan pakaian, mewujudkan sekolah-sekolah dan memberikan pertolongan-pertolongan lain yang mereka perlukan. Dan usaha ini ternyata berhasil menarik penduduk di kawasan itu untuk memeluk agama Kristian, kerana mereka tertarik dengan kebaikan-kebaikan yang ditunjukan. Seharusnya umat islam juga mengambil langkah seperti mereka.
3. Mempopularkan lagu-lagu gereja seperti
Queen of The Good
One Little Fingger
Twinkle-Twinkle Little Star
The Little Duck
Ba Ba Black Sheep
4. Percintaan …
______________________________________________________________________________________
Mungkin ada baiknya aku tidur dulu, esok pagi-pagi aku perlu mentelaah sebanyak mana buku sebelum hadir ke majlis dialog sabtu ini. Fikirku sendiri. Aku bercadang akan menyudahkan buku ini bulan Jun nanti. Bermakna aku masih ada sebulan lebih untuk menyudahkannya.
Tit..tit..
”Syukran ustaz atas jemputan yang sangat berharga ini. InsyaAllah ana akan datang walau macam mana susah pun untuk ana ke sana. Peluang berharga ini tidak akan ana sia-siakan.”
SMS yang baru kuterima dari Deeniah membuatkan aku tersenyum sendiri. Tulus benar hati gadis ini. Entah bila masanya aku terlelap, sedar-sedar sahaja azan Subuh telah pun berkumandang. Aku lantas bergegas menyiapkan diri untuk solat berjemaah di surau yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sempat aku menyapa Ummi yang juga kelihatan baru sudah mengambil wudu’. Teringat aku pesanan Imam Salim meminta aku menyampaikan kuliah Subuh pada pagi ini. Sejak di bangku sekolah menengah aku sudah mula berjinak-berjinak melatih diri agar mampu berucap di khalayak ramai. Mungkin juga kerana aku dulu pernah memegang beberapa jawatan penting semasa di sekolah menengah dan universiti maka aku mampu berucap dengan begitu baik. Alhamdulillah ini adalah sedikit kelebihan yang Allah pinjamkan kepadaku agar aku menggunakan kelebihan ini untuk membantu agamanya.
Teringat aku cerita Ummi beberapa hari yang lalu mengenai jiran kami Aziz yang akan mendirikan rumah tangga beberapa hari saja lagi. Ummi juga bercerita mengenai anak Pak Man Lebai yang baru melahirkan anak sulung mereka. Ummi juga sering menyebut kisah Amier sahabat baikku ketika sama-sama bersekolah di Ma’had Tahfiz Ihsan dulu. Kata Ummi Amier sama sepertiku belum bertemu jodoh. Banyak lagi nama yang sering meniti di bibir Ummi. Bukan aku tidak faham mengapa Ummi berbicara soal kisah begitu, aku cukup arif dengan maksud Ummi yang mahu aku juga cepat membina mahligai bahagia memandangkan umurku kini sudah menjengah usia 26 tahun. Cuma aku sahaja yang berpura-pura tidak tahu. Untuk mencari seorang permaisuri hati yang akan menjadi ibu kepada anak-anakku kelak bukanlah sesuatu ynng mudah. Islam mengariskan jika hendak memilih isteri lihatlah pada agamanya, bukan pada kecantikan rupa paras dan kekayaan harta benda semata. Seorang muslimah yang solehah sahajalah yang akan mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga. Aku juga mengimpikan seorang muslimah yang ayu dengan dilitupi oleh tudung labuh, seorang muslimah yang ditarbiyah dengan tarbiyah islamiyah, malu menjadi pakaiannya, hatinya penuh dengan ketelusan dan kemurnian seorang wanita, punya ciri-ciri keibuan, malamnya dijadikan malam yang penuh dengan ibadah, siangnya pula dihujani dengan bibir yang basah menyebut kalamullah, biar nanti aku akan jadi lebih kuat dalam usaha dakwahku dengan ditemani seorang sayap kiri yang cukup membuatkan hidupku bahagia dengan kehadirannya. Sedap mataku memandang, sejuk seluruh urat sendiku saat berbicara bersama, memandang mata kemata lalu jatuh ke hati menambahkan bibit-bibit cinta yang terikat kuat dengan ikatan cinta tali pekahwinan, bergurau senda menghibur hatiku yang penat setelah balik dari berhadapan masalah dunia, punya suara lunak dan manja yang hanya dihadiahkan untukku suaminya biar bergetar seluruh tubuku saat dia mengungkap kalimah sayangnya dia kepadaku, juga seorang tukang masak yang handal hingga aku menjilat jari setelah merasa makanannya dan pasti aku mengimpikan untuk aku dan dia saling menyuapkan makanan ke mulut saat makan bersama. Dihanyut ombang tsunami cinta romantik berisikan cinta Ilahi. Tidak cukup dengan semua itu, dia jugalah yang akan mengejutkanku dari pembaringan di sepertiga malam untuk kami sama-sama berteleku di atas sejadah cinta kepada Ilahi. Kalau seharian kami melayar bahtera kasih antara kami, biarlah ada waktu di malam harinya kami juga melayar bahtera kasih kepada Sang Maha Pencipta yang menghadiahkan kami cinta dan atas segala nikmat yang diberikan. Jauh anganku megimpikan kehidupan yang sempurna. Apapun yang Allah anugerahkan dan takdirkan dalam hidupku itu adalah yang terbaik. Aku masih belum terfikir sebenarnya untuk berumahtangga memandangkan belum ada lagi yang berkenan di hati.
(LIMA)
Hari ini aku akan menjejakkan kakiku ke rumah yang telah lama aku tingalkan. Rindu pada ibu dan ayah meronta-ronta dihatiku agar segera bertemu mereka. Apakan dayaku perjalanan tetap perjalanan. Mana mungkin ada pintu ajaib yang boleh terus membawaku sampai ke rumah tanpa melalui perjalanan yang panjang. Aku senyum sendiri. Teringat pada Ika. Sedih rasanya berpisah dengannya. Selepas ini kami akan menyambung pelajaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur bermula Julai ini. Aku sendiri sedih meninggalkan bumi Kelantan juga bumi Nilam Puri. Entah bila masanya lagi aku boleh menunjuk muka ke sana, bumi yang telah berjaya mentarbiyah ramai insan yang dahagakan ilmu Akhirat, bumi yang mentarbiyahku hingga kini muncul sebagai seorang mujahidah dakwah. Bumi yang menyimpan kenangan pahit dan manis.
”Assalamualaikum ibu. Ibu sehat?” aku menghulurkan salam lantas memeluk ibu yang kelihatan berseri-seri menjemputku di muka pintu rumah. Deraian air mata kami bersatu melepas rindu. Kemudian aku beralih kepada ayah yang duduk di kerusi roda. Sedih aku bertambah melihat keadaan ayah.
Seminggu keberadaanku di rumah belum sempat aku menjenguk Abang Long. Apa lagi Kak Ngah. Manurut Kak Lang, Kak Ngah sudah jarang sekali menjenguk ibu dan ayah di rumah. Seolah-olah suaminya melarang dia untuk datang ke rumah kami. Pernah sekali Kak Lang terdengar perbualan Kak Ngah dan suaminya ketika itu mereka singgah sebentar ke rumah melawat ayah yang sakit. Abang Ngah sempat mencaci ayah mengatakan ayah silap memilih jalan hidup. Elok-elok duduk dalam lindungan Jesus masih mahu menukar agama kepada Islam. Katanya lagi seharusnya mereka tidak perlu lagi datang ke rumah ini kerana bimbang dihasut hingga mereka juga terpedaya dengan kepalsuan Islam. Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika mendengar cerita yang disampaikan oleh Kak Lang. Tapi aku tidak mahu meperlihat kelemahanku dihadapan mereka. Biar sakit hati ini hanya ku adukan pada Allah. Maha pendengar segala masalah.
Petang itu aku dikejutkan dengan kedatangan Abang Long dan keluarganya. Saat dia bertembung muka denganku, aku cuba tersenyum semanis mungkin, malangnya dia seakan melihat musuh yang sudah lama ingin dibunuh. Seram aku dibuatnya.
”Abang Long sihat?” sapaku ketika melihat abang sudah bergegas untuk balik.
” Selagi Abang hidup dalam lindungan Jesus, abang sentiasa sihat dan bertenaga.” kelu lidahku dengan jawapan lantang darinya.
”Kalau Edreen nak sangat berdebat dengan abang tentang agama, Edreen kena banyak membaca. Ilmu yang kita ada tidak sama. Tahap abang jauh lebih tinggi dari Edreen. Abang seorang paderi, dan seorang paderi tidak akan berdebat dengan anak hingusan macam Edreen. Bukalah mata Edreen untuk melihat kebenaran dan kesucian agama kami. Islam penuh dengan keganasan, seluruh dunia tahu hakikat itu. Lihat saja pelampau-pelampau Islam yang saban hari keluar ke dada akhbar dikehendaki oleh polis antarabangsa. Abang tidak tahu apa yang kamu fikirkan hingga kamu sengaja menutup mata dan memekakkan telinga.”
Belum sempat aku membalas kata-katanya, terperangkap dengan butiran-butitan lancang dari mulut abang, mahu saja aku membalas saat itu juga, mujur ketika itu abang terus berlalu. Abang memang memanggil namaku dengan pangilan Edreen. Menyampah aku dengan panggilan itu. Sakit telinga juga sesak kurasakan nafasku. Air jernih dari tebing mataku mengalir namun cepat kusekat agar tidak dilihat ibu dan ayah. Fikiranku segera teringatkan Ustaz Asyraf. Mungkin Ustaz Asyraf boleh membantu. Tapi apa sangatlah yang boleh dia bantu kalau sekadar memberi semangat. Aku bukan kehilangan semangat tapi mungkin kerana baru hendak bermula, juga baru bersua muka maka mungkin pada saat permulaan ini lidahku masih kelu. Tekadku tetap saja bulat dan tidakkan runtuh dinding semangatku untuk memperbetul keadaan. Segala yang berlaku ku ceritakan juga kepada Ustaz Asyaraf, mungkin dia ada idea untuk membantu.
Tit..tit..
”Assalamualaikum...Deeniah maaf kalau ana menganggu ketenangan pagi Deeniah. Tiga minggu lalu setelah Deeniah ceritakan kisah mengenai Abang Long dan Kak Ngah Deeniah ana jadi tidak senang duduk. Ana rasakan seperti tangungjawab itu perlu ana pikul bersama. Seakan ada tarikan membuatkan hati ana tidak pernah rasa senang selagi ana tidak berbuat sesuatu. Dan pagi ini setelah selesai solat Istikharah beberapa malam, dan bertanyakan pendapat Ummi ana mengambil keputusan untuk menyunting Deeniah sebagai permaisuri hidup ana. Berat untuk ana mengatakan perkara ini, tapi perasaan ini memberontak untuk ana nyatakan juga pada Deeniah.”
Tit..tit..
”Terus terang ana katakan, sebetulnya ana memilih Deeniah bukan kerana cinta yang lama bertapak sebagaimana insan-insan lain, tapi ana memilih Deniah atas dasar Syariat yang perlu ana tunaikan. Ana rasa kewajipan ana untuk membantu Deeniah. Ana harap Deeniah maklum akan hal itu. Maknanya andai terjadi perkahwinan kita nanti bukanlah berdasarkan cinta yang tumbuh sebelum berkahwin tapi ana yakin cinta itu akan bertapak setelah kita sama-sama melayar bahtera rumah tangga. Cuma apa yang ana yakini, Deeniah adalah gadis yang terbaik untuk ana melihat kepada pagangan agama Deeniah. Ana harap Deeniah sudi menerma lamaran ana. Maaf kalau ana menganggu ketengan Deeniah dan maaf juga kerana ana mungkin terlalu berterus terang.”
Tit..tit..
”Maaf sekali lagi andai ana melakukan kesilapan dengan cara ini. Tapi tekad ana sudah bulat untuk menyatakan hal ini. Dan pada ana dengan mengahantar sms ini sahajalah cara yang terbaik. Kalau Deeniah setuju, barulah keluarga ana akan datang meminang.”
Tit...tit..
“Untuk yang terakhirnya, Deeniah fikirlah sebaiknya, mohon petunjuk dari Allah. Semoga keputusan yang ana terima nanti bukanlah keputusan yang menyedihkan. Sekian dari ana..Asyrafussyafiq..”
MasyaAllah apa yang dah terjadi ni. Astaghfirullahhalazim. Aku mengucap panjang. Ku tampar pipiku berulang kali, ku cubit peha ku berkali-kali, tidak cukup aku ke tandas membasuh muka. Benar ini realiti. Aku kembali menatap skrin telefon bimbitku, sms yang baru ku terima dari Ustaz Asyraf, memang benar dari Ustaz Asyraf. Ku semak nombor memang itu nombor Ustaz Asyraf. Aku segera mengambil wudu’ dan berteleku mohon petunjuk apa yang berlaku sebenarnya sebentar tadi.
(ENAM)
“Tahniah Deeniah, tak sangka Ika awal sungguh jodoh Deeniah. Nak tergelak rasanya. Lepas ni dah tak boleh nak gurau senda lebih-lebih dengan Deeniah. Sedih Ika.”
“Ika ni jangan la macam tu, esok kan hari bahagia Deeniah, janganlah buat sedih pula.”
“Baiklah tuan puteri Deeniah Solehah”
Seperti mimpi, beberapa jam saja lagi aku akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang amat aku kagumi. Pelik sungguh kisah kami, selepas menerima sms pelik lagi mengejutkan hari itu, lama aku tunduk sujud menghadap Ilahi meminta petunjuk adakah aku bermimpi atau inilah suratan yang terbaik untukku. Setelah beberapa minggu aku terus meminta petunjuk dari Allah, setiap malam ku isi dengan solat istikharah, alhamdulillah akhirnya aku rasakan ini adalah yang terbaik. Teringat aku saat itu
”Assalamualaikum W.B.T. .Ustaz Asyraf maaf setelah sebulan lamanya baru kini ana mengirim berita. Ana terima lamaran ustaz.”
Betapa bergegarnya seluruh tubuhku ketika itu serasa sama seperti gempa bumi menimpa. Malu, segan, gembira, ragu, sedih, suka segala macam perasaan bercampur menjadi satu. Setelah tiga malam aku mencuba mengarang ayat yang sesuai untuk ku balas kepadanya akhirnya aku berjaya juga. Geli hatiku bila mengigatkan saat itu. Dan esoknya aku menerima balasan sms dari Ustaz Asyraf
”Terima kasih Deeniah kerana sudi menerima ana yang tak seberapa ni. InsyaAllah esok atau lusa rombongan meminang akan datang ke rumah Deeniah.”
Segalanya berlaku dengan begitu cepat. Saat rombongan meminang datang ke rumah, Ustaz Asyraf mohon untuk bercakap empat mata dengan ku. Kami berbual seketika ditemani hanya ayah seorang di satu ruangan lain di rumahku. Ayah hanya tersenyum membiarkan kami berbicara empat mata. Pada ketika itu aku dapat rasakan perasaan lain yang tiba-tiba wujud apabila kami bertentang mata. Berdiri seluruh romaku bila saja terpandang matanya. Bicaranya yang lembut, suaranya yang bergetar diseluruh urat nadiku, walau aku lebih banyak tunduk diam mendegar bicaranya. Bila di tanya sepuluh, sepatah aku menjawab. Sering juga kami hilang bicara, dan pada ketika itu ayah pasti terbatuk mengusik. Hensem juga bakal suamiku, bisik hatiku sendiri, ketika aku sempat menjeling mencuri lihat dia. Setelah berbicara dari hati ke hati saling bertanya tekad dan keputusan masing-masing dia meminta diri untuk beredar. Tarikh perkahwinan juga langsung ditetapkan. Tiga minggu dari hari itu atau dua minggu sebelum aku meneruskan pengajian di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Dan hari ini hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi aku bakal menyerahkan seluruh hidup ku kepada seorang lelaki iaitu suamiku. Sungguh aku tidak pernah bercita-cita untuk menbina hari bahagia dengan Ustaz Asyraf walau sejak bertemu dengannya pertama kali di Dewan Kuliah Satu. Siapa sangka kini kami bakal menjadi sepasang suami isteri yang akan melayar bahtera kasih bersama.
Abang Long hanya tersenyum sinis kepadaku bila mengetahui berita pernikahanku. Tambahan lagi bila dia juga pernah mendengar nama bakal suamiku dari teman-temannya. Maklum saja Abang Long paderi yang cukup aktif sering menghadiri perhimpunan paderi kebangsaan. Dia sempat mengucapkan tahniah kepadaku dalam nada sinis. Semalam ku lihat dia datang dan bersalaman salam perkenalan dengan bakal suamiku Ustaz Asyraf. Kelihatan mereka serasi pada perkenalan petama. Tapi aku tidak pasti apa yang akan terjadi setelah nanti Ustaz Asyraf menjadi sebahagian dari keluarga kami.
Tit..tit..
”Semoga ikatan suci kita akan berkekalan hingga nyawa berpisah dari badan. Abang berjanji akan jaga Deeniah dengan sebaiknya. Terima Kasih kerana sudi terima abang.”
SMS dari Ustaz Asyraf rupanya, seakan hendak gugur jantungku bila dia membahasakan dirinya abang. Pandai sungguh dia mengambil hatiku menghalau segala resah menanti hari esok.
bersambung...
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment