09 October 2008

Karya ke-3....episod 5

Cerpen ni adalah karya saya yang ke -3
dah banyak kali tukar tajuk da..
tapi tak jumpa juga tajuk yang sesuai..
tolong-tolong la bagi komen ek..

sambungan...

(TUJUH)


Ummi terkejut apabila aku menyatakan berita itu pagi tadi. Pelik Ummi dengan keputusanku. Tapi jelas wajah gembira pada raut wajah tua Ummi. Ummi tersenyum dan bertanya siapakah gadis yang bertuah itu. Aku menceritakan segalanya pada Ummi bermula dari pertemuan ku di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri hari itu sehinggalah kisah terbaru mengenai Abang Long dan Kak Ngahnya yang diceritakannya padaku tempoh hari termasuk perasaan aku yang tak menentu dan kebimbangan yang menjelma tak mampu ku padam. Juga perasaan dan ketenangan yang ku alami setelah mohon petunjuk pada Allah dalam istikharahku. Semuanya ku ceritakan pada Ummi tanpa ada tinggal sedikit pun. Padaku Ummilah pakar kuanseling yang paling hebat. Dan Ummi tersenyum menyatakan persetujuannya dan kegembiraannya. Cuma aku tidak tahu bagaimana harus aku menyatakan keputusanku ini pada Deeniah, gadis yang menganggu ketenanganku beberapa hari ini. Sungguh aku sebenarnya tidak pernah membayangkan ini terjadi. Walau sebelum ini kami sering juga berbalas sms andai dia punya masalah dengan abangnya. Tapi hanya sms biasa bertanyakan hal agama. Tidak pernah seingatku kami berubah topik kepada perkara yang tidak sepatutnya dibualkan, hanya kata-kata semangat yang kadang-kala aku kirimkan agar Deeniah terus kuat dalam usahanya. Namun benar hakikat bahawa jodoh itu segalanya ditangan Allah. Dan malam itu aku tetapkan hati memberanikan diri mengarang sms panjang kepada Deeniah. Hanya sebulan selepas itu barulah Deeniah menyatakan jawapannya dan dia bersetuju. Gembira hatiku bukan kepalang saat itu seakan hendak terbang ke planet Pluto, lantas ku umumkan pada seluruh cekerawala. Segera ku khabarkan berita itu pada Ummi. Dan wajah tua Ummi berubah manis seiras wajah yang kulihat dalam gambar persandingan Ummi dan Abi. Benarlah kasih ibu tiada bandingnya, kegembiraan anak-anak tetap menjadi keutamaan mereka.

Sememangnya keputusan ini ku buat bukanlah atas dasar cinta, malah aku sendiri tidak pernah mengenal erti cinta kepada kamu hawa. Tetapi kerana hatiku yang tiba-tiba resah tak menentu entah kenapa. Dan juga kerana tanggungjawab Deeniah itu aku ingin kongsi bersama. Apabila kuceritakan pada Ummi, Ummi kata itulah anugerah cinta kurniaan Allah yang baru diterbitkan dalam hatiku tanpa aku sedari. Mungkin Ummi betul. Apa yang ku tahu, Deeniah juga seorang muslimah solehah sebagai mana namanya Deeniah Solehah. Dia juga pandai memasak hasil risikku dari Ustazah Fatimah, pensyarah di sana. Dia juga lembut dan ayu bila berbicara, sopan tersusun bicaranya. Mungkin dialah permaisuri yang pernah ku mimpikan satu ketika dulu. Seakan ada perasaan sejuk menular ke seluruh urat sarafku bila memikirkan Deeniah. Bimbang dilalaikan Syaitan yang selalu mengambil kesempatan aku terus mengambil wudu’ untuk solat hajat mohon dipermudahkan jalan lalauan jodoh kami. Dan esok rombongan meminang akan dihantar ke rumah Deeniah.

(LAPAN)

Kelopak mawar lembah cinta insan yang bertemu dengan kasih sayang Ilahi mula mengembang. Rerama yang terbang bebas berpasangan seolah turut meraikan sepasang insan yang memadu kasih di taman bahagia. Ketenangan malam menjadi saksi terpatrinya janji cinta antara dua insan yang dihubungkan kerana dakwah Islam. Tautan hati ikhlas dipertemukan atas jalan dakwah.

”Abang, bantu Deeniah berhadapan dengan Abang Long dan Kak Ngah.”Bicara Deeniah pada Asyraf yang telah sah menjadi suaminya siang tadi.
”Memang itulah harapan dan tanggungjawab abang wahai isteriku sayang. Tapi Deeniah kena jaga abang baik-baik”

Hamburan kata-kata mutiara menimbulkan rasa cinta dihati Deeniah. Dunia dirasakannya hanya miliknya seorang sahaja ketika itu. Bertentangan mata dengan suaminya mengegarkan segala urat-urat sendinya. Lumpuh dengan ombak kasih sayang.

”Mestilah Deeniah kan isteri abang. Deeniah janji akan jadikan rumah tangga kita penuh dengan kebahgiaan, mulai hari ini Deeniah akan jadi permaisuri pada abang.”

Asyraf mencubit pipi Deeniah penuh manja. Janji kasih sepasang hati, walau sebelum ini mereka tidak pernah menyangka segalanya berakhir di noktah perkahwinan, tapi bukan susah gelombang cinta muncul di hati dua insan yang bertemu kerana Allah.

”Deeniah, sekarang dah jam 11.00 malam, ada baiknya kita tunaikan solat hajat bersama-sama minta segalanya diberkati Allah dan mahligai yang kita bina penuh dengan keredhaan dan keberkatan Allah.”

Ungas dihutan berbunyi riang merdu meraikan dua hati duduk berteleku di atas sejadah cinta mohon menagih kasih Ilahi. Dua hati yang sesat dalam cekerawala cinta setelah dihubungkan dengan ikatan sah. Dua hati yang tetap saja bermatlamatkan dakwah dalam pusat cinta mereka. Dua hati yang ingin seperti mana Balkis dan Sulaiman, juga Zulaikha dan Yusuf melayar bahtera cinta. Itulah berkat cinta di atas jalan dakwah.

Dalam doanya Asyraf memohon kekuatan dan kelapangan pada Allah moga dia mampu menghadapi apa jua keadaan dan rintangan yang pasti dihadapinya selepas ini. Teringat kata-kata Abang Long ketika bersalaman petang tadi.

”Abang Long akan sentiasa menghormati pendirian Asyraf, dan kita boleh bila-bila masa sahaja berdialog tentang agama kita jika Asyraf berhasrat demikian. Cuma yang abang harapkan Asyraf bukan salah seorang penganas yang dikehendaki polis antarabangsa...”








NAZIFATUNNISA SALIM
I MEI 2008
APIUM NILAM PURI

TAMMAT



JORDAN..

1 Perkongsian:

  1. salam... sdkt komentar.. sudah sy baca spintas lalu.. malah dgn memindahkannya ke format word..

    saudari mampu dan berbakat berkarya.. teruskan menulis.. namun karya saudari ini pd saya bkn cerpen ttp cerjang (cerita panjang)(34helai dlm word double spacing). jika saudari htr ke penerbitan utk dimuat dlm ruangan cerpen mgkn skadar tgk kertas dah tak dipertimbangkan.. sstgh penerbit mmg bekira bab bilangan ms n pekataan..yg sy blajar dr Zaharah Nawawi, cerpen yg dinilai oleh penerbit ialah cerpen yg hanya plg byk 9ms shj.itupun double spacing. ini resepi utk pnulis baru mcm saya, zamzuri mustapha, malah nasriah abdul salam juga.cerpen bagus tak semestinya pjg. itu sbb prnah dibincangkn dlm bengkel pnulisan yg sy sertai, ramai org boleh mnulis novel tp yg mnulis novel blm tentu mampu mnulis cerpen. diakui sendiri oleh seorg pnulis novel (peserta bengkel cerpen bsama sy) yg tlh mnulis bbrp novel tp x mampu mnulis cerpen dgn baik..

    jika saudari ingin bljr selanjutnya boleh cuba2 mndekatkn diri dgn kepezi (kelab penulis zaharah nawawi) kelab yg mlahirkan penulis spt Fasal Tehrani, WB Rendra,Nisah Haron, Nasriah Abd salam dan ramai lagi yg tak muat nak tulis di sini. ada bengkel berbayar namun yg saya masuk dulu percuma (dgn DBP). jika saudari serius nk blajar boleh cuba kontek..cma caranya sy xpst..dulu sy msk bengkel DBP.tp sbb Zaharah Nawawi yg jd pgajarnya maka otomatik jd ahli KEPEZI..

    sy juga msh blajar bekarya..kdg2 terlbh satu ms pun jenuh nk buang mana yg tak perlu.. ada pgulangan ada kesalahan..cuma skrg dah pelahan bekarya..mood tak bagus..hehe..

    apapun...saudari mampu bekarya dan boleh digilap lg..jika 'cerpen' ni susah sgt sdari nk edit jd pendek..alang2 huraikan lg biar jd novel..huu..

    cuba layari blog ni utk tahu lanjut ttg kepezi
    http://kepezi.blogspot.com

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design