02 November 2008

Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan



Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan, satu kisah mengenai seorang anak watan berdarah pekat Malaysia dari Kampung Pantai Cicak, Sidam Kiri Kedah..As-Shahid Fauzi. Penulisnya (Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai cikgu Non) mengarap kisah ini dengan penghayatan mampu membawa kita mengembara perasaan, hingga adakala timbul rasa hasad dan dengki untuk sama-sama berada di soft mereka.

Bermula hanya dengan impian dan keingginan yang mendalam, di adun ke alam realiti, penghayatan dan kesungguhan jihad muncul hingga sanggup memerah tenaga, usaha dan minda hanya untuk mendapat mahar buat menampung perjalanan ke Afghanistan..

Saat mengadai tenaga semata kerana mencari RM 10,000 Cikgu Non berjaya menghidupkan penghayatan bagi pembaca untuk merasa sama kegigihan dan ukhuwah kala itu. Bukan hanya kata-kata kosong, dimulai oleh cikgu Non sendiri yang berhijrah ke Afghanistan lantas menginfakkan diri sebagai mujahidin, genap dan lebih sedikit dari masa yang dijanjikan as-Syahid Fauzi dan dua lagi rakan menyusul.

Ketidakfahaman bahasa bukan menjadi satu jurang pemisah diantara mujahideen, sebentar saja rasa ukhuwah menular dan membias melahirkan bibit kasih dan sayang pengubat rasa rindu pada keluarga. Yang tinggal dari ukhuwah itu hanya kuasa jihad yang kukuh mengimpikan bidadari Syurga.

Saat takdir Allah menjemput, As-Shahid yang ketika itu ditugaskan berkawal dibukit Quba' bersama seorang mujahid Arab. Memang sudah takdir Allah, dari ratusan butir peluru musuh salah satunya dihadiahkan untuk As-Shahid. Darah merah pekat seorang shahid kekal mengalir menyembah bumi walau ditinggalkan selama 10 jam.

Itulah kisah seorang shahid, tatkala para remaja bersuka ria, sebuk menguruskan urusan dunia , dia rela bergadai nyawa, berdagang mencari Syurga. Walau jauh dari keluarga, rindu memuncak pada ibu bapa.. Saat bedilan bom mengenainya, lalu berterbangan bidadari Syurga menyambut kedatangan seorang lagi pilihan Allah yang shahid menempah firdaus, abadi damai di sana..

JORDAN..

3 Perkongsian:

  1. Menarik ulasan tu, tapi bagaiamana kesan kepada muda-mudi sekarang khususnya mahasiswa itu sendiri. Lebih-lebih lagi kepada ahli gerakan sendiri. Kadang2 ruh jihad dan perjuangan semakin menipis. Mudah-mudahn generasi baru akan melakukan perubahan ini. insyaallah. -sekadar pandangan

    ReplyDelete
  2. Kemurungan ahli gerakan memang semakin jelas..di UM sendiri tidak ketinggalan. Mungkin kerana dibuai oleh keselesaan yang dimainkan oleh pihak tertentu..

    anak-anak jihad tidak lagi menyengat. Adakala banyak isu yang tidak dapat ditangggani..Tidak dapat di ikuti..

    Kalau ada pun seolah-olah syok sendiri..Mengapa ya?

    Mungkin kita perlu mencontohi as-Shahid menanamkan matlamat jihad sebenar dalam diri..seperti as-Shahid Ibrahim Libya yang tiap ketika menyebut "ingin mati Shahid"..

    Tapi hakikatnya perjuangan itu tetap melihat wakie' dan suasana semasa..

    semoga semangat jihad dan kekuatan roh shahid akan muncul dalam setiap diri anak-anak pejuang..

    Wallahua'lam..

    nasihat untuk diri

    ReplyDelete
  3. entri yang sama...

    http://kekoh.blogspot.com/2009/04/bidadari-yang-di-janjikan.html

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design