20 October 2008

UCAPUTAMA TAN SRI BERNARD DOMPOK

Bangkit, 18 okt | Pemuda Pas Sabah selangkah lagi maju ke depan apabila bangkit berani membuat laporan Polis mengenai ucaptama Tan Sri Bernard Dompok yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam ucapannya di kongres ke-12 UPKO di sabah baru-baru ini.


Tan Sri Bernard Dompok yang mengeluarkan kenyataan berbunyi "ketetapan yang melarang seseorang Muslim daripada murtad merupakan persoalan dasar yang amat penting di dalam ajaran Islam" dianggap kurang sopan kerana kenyataan tersebut boleh dianggap sebagai merendah-rendahkan hak Umat islam.

Sekumpulan pemuda rakyat Sabah yang ditemui di ibu kota Kuala Lumpur ketika ditemuramah turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan Tan Sri Bernard Dompok. Kata mereka lagi, hal ini sepatutnya mendapat liputan yang meluas ke seluruh negara kerana ia melibatkan sensitiviti seluruh umat Islam. Ini bertujuan sebagai amaran kepada Tan Sri agar tidak sesekali menimbulkan kemarahan dan sensitiviti Umat Islam memandangkan Malaysia negara yang mengamalkan perpaduan....AN

Wrote by Wartawan annisaNazifa


Setelah melihat dan meneliti kandungan ucaputama Tan Sri Bernard Dompok tersebut, kami Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, merasa terpanggil untuk menegaskan disini bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok telah melukakan hati umat Islam khususnya di Negeri Sabah dan di Malaysia amnya.


Perkara-perkara yang disentuh oleh Tan Sri Bernard Dompok seperti ketetapan yang melarang seseorang Muslim daripada murtad merupakan persoalan dasar yang amat penting di dalam ajaran Islam. Justeru tindakan memperlekehkan hal ini adalah sama seperti menghina agama Islam dan umat Islam secara keseluruhannya! Sekaligus ia mencabar kedudukan TYT dan Raja Raja yang menjadi pelindung kepada Agama Islam dinegara ini.


Pada hemah kami, adalah amat tidak wajar lagi biadap apabila seorang Menteri Persekutuan mengeluarkan kenyataan atau ucapan seperti itu yang cuba untuk mencampuri urusan dalaman sesuatu agama di dalam negara ini. Tindakan ini adalah jelas berniat jahat kerana kesan daripadanya akan menimbulkan suasana yang tegang antara penduduk Muslim dan non-muslim di dalam negara ini seterusnya menggugat keharmonian antara kaum yang sedia terjalin sekian lama.


Bagi kami, disaat negara sedang berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi global dan krisis kewangan antarabangsa, adalah lebih baik sekiranya Tan Sri Bernard Dompok memfokuskan halatuju perjuangan beliau untuk membantu menyelamatkan negera. Atau pun sekurang-kurangnya beliau perlu terus berusaha keras untuk membantu rakyat Sabah keluar dari belenggu kemiskinan dan kadar inflasi yang kian menghimpit dan menjerut leher kesan kenaikan harga minyak yang keterlaluan. Sebaliknya kami amat kecewa dengan tindakan beliau ini yang seolah-olah dilihat ingin mencetuskan polimik antara agama yang berpanjangan di negara ini.


Kami juga berasa amat janggal kerana tidak terdapat sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya Melayu-Islam daripada UMNO / Barisan Nasional berhubung isu ini sedangkan ketika isu forum oleh Majlis Peguam dahulu begitu ramai yang tampil cuba menjadi juara dalam isu tersebut. Bagi kami hal ini menunjukan sikap double standard pemimpin-pemimpin UMNO / BN dalam mempertahankan agama Islam yang telah termaktub sebagai Agama Rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Kami juga berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap Tan Sri Bernard Dompok yang secara terus terang mencabar dan menentang bidangkuasa Majlis Raja-Raja yang menjadi pelindung kepada Agama Islam di negara ini. Disamping itu, beliau juga telah mengambil tindakan yang bertentangan dengan Perdana Menteri berhubung dengan 2 perkara iaitu beliau tidak sesekali menarik kembali tandatangan di dalam memorendum yang telah diserahkan kepada PM dahulu walaupun telah diminta berbuat demikian oleh PM dan beliau juga telah melanggar gesaan PM supaya isu-isu sensitif seperti yang berhubungkait dengan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Hak-hak Orang Melayu tidak terus dipertikaikan.


Di sini kami juga ingin mengingatkan kepada mana-mana pemimpin atau individu di dalam negara ini agar jangan sesekali berani lagi bermain dengan api kerana kerana kami Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Dewan Pemuda PAS seluruh Malaysia amat komited untuk mempertahankan kesucian Islam dengan apa cara sekali pun!




Yang Benar,


LAHIRUL LATIGU


Pemangku Naib Ketua Pemuda


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah




JORDAN..

10 Perkongsian:

  1. Post kan komen sensitiviti anda di sini

    ReplyDelete
  2. Salam, Sabah dan Sarawak masing masing bergelora dengan kekalutan pihak kritus, masing2 mahukan memurtadkan orang Islam, pernah ana bersama pakcik ana (seorang kristian, Brother of Christ) dan kawan pulang ke Miri. Kawannya asyik sekali berdoa dan menyatakan dengan tak malu lagi tak sopan, mendoakan ana bersama-sama mereka. Bersyukur pada ALLAH, menetapkan hati ana pada perjuangan ISlam. We don't expect high, but we expect even higher! Takbir!

    *kawan pakcik ana tu boleh didakwa akta menghasut.

    ReplyDelete
  3. sebelum ini umat islam sabah kurang sensitiv dengan isu seumpama ini. harapnya, Bangkitnya pemuda Pas Sabah menjadi satu titik permulaan berakhirnya zaman kebekuan minda rakyat Sabah..!!

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Pengupayaan kepada suatu sistem dan organisasi ampuh bagi menangani masalah pertembungan antara Islam dan Kristian adalah amat2 diperlukan.. espcially di dua buah tempat di Malaysia ini iaitu Sabah dan Swak..

    Isu murtad yang bnyk berlaku dan salah faham masy islam itu sendiri sbnrnya perlu ditangani dengan seberapa segera tanpa mengharapkan agensi kerajaan yang kekadang amat mengecewakan..

    Saya sendiri sudah naik lemas dengan bbrp agensi dakwah (kerajaan) yg hanya bertindak seputar program semata tapi tiada daya usaha praktikal yang meyakinkan..

    Pengalaman ketika turun naik di pjbt agama ketika zaman matrik asbab menguruskan soal kebajikan bbrp org sahabat baru sungguh memilukan. Bkn shj layanan yang tidak seberapa, malah mrk memandang soal2 ini dgn hanya sebelah mata. Sampailah satu ketika saya berjanji dgn diri utk mengusahakan suatu NGO yg lebih baik tanpa menghrpkn mrk2 yg mmg tdk boleh dihrp..

    Teras kepada ajakan ini sudah saya mulai dgn mcdgkn kpd pimpinan MARSISS agar ia dimulakan di peringkat kampus dgn mjadikan MARSISS sbg medan jua buat shbt2 saudara baru dan bukannya hanya utk glgn 'eksklusif' sprt kita..

    Maknanya, marsiss perlu menilai jg soal survival dakwah utk non-muslim bersama skuad2 saudara baru yg mmg ramai skg ini tgh menuntut di IPTA mahupun IPTS.. MArsiss boleh menjadi wasilah buat mrk dan pd ms yg sama shbt2 'eksklusif' dlm marsiss dpt terdorong dgn sendirinya utk berdakwah pd lapangan ini..

    Sila rujuk email saya dalam group marsiss.. Tp, entahlah sampi skg ini belum ada tindakan yg di buat..
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  5. MARSIS perlu berusaha ke arah itu dengan syarat semua pengerak MARSIS tampil sama-sama bersatu tenaga dan berkongsi idea

    ReplyDelete
  6. apa yg nak dikecohkn dngn ucpn YB BN sabh 2?kn btul pa yg dia ckp 2?bg pnjelasan ckit..jangan sngja mngundang kontroversi...x phm aku ngn orng yg anti BN mcm kmu ni

    ReplyDelete
  7. Ini bukan soal sahaja politik..tetapi juga soal martabat agama.

    Persoalan murtad bukan persoalan yang remeh tetapi persoalan yang sangat besar.

    ReplyDelete
  8. sebagaimana juga agama lain, Islam amat menitikberatkan persoalan agama. Tidak sekali-kali Umat Islam akan berdiam diri apabila agamanya dihina.

    ucaptama itu sangat jelas menyentuh sensetiviti umat islam..

    ReplyDelete
  9. aku msh x phm apa yg slh mngenai ucpn 2..menyntuh sentiviti umat islam?klu mcm 2,x ble lngsung bg orng bkn islm ckp psl islm ke?bgtau terang ckit

    ReplyDelete
  10. bg hujah yg ucpn YB 2 mghina umat islam
    sape2 pn ble jwb soaln aku ni

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design