11 December 2009

Dari Rumah

Bismillah

Hari ini sudah masuk hampir sebulan duduk di rumah.
Maaf tiada talian internet, jadi sangat payah untuk online.
Rindu dengan rumah dan sahabat-sahabat di seberang.
Tapi rasa berat juga hendak berpisah dengan family di sini.
Masa yang ada masih tinggal berbaki 10 hari sampai 22hb..
Semoga semuanya akan jadi lebih baik esok dan selamanya..
Tahniah buat diri yang sudah mencecah usia sama seperti tarikh pulang nanti tanggal 28 lepas.

p/s duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja dakwah kadangkala mendatangkan penyakit 'barah otak' ... Mungkin...ada doktor pakar yang boleh menghurai???

23 November 2009

Pintu Kehidupan..Buatmu Ann

Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah



Sebesar mana dugaan yang Allah timpakan pada kita, ketika mana kita berasa lemah dan letih dalam mengharung hidup (apa lagi perjuangan menegakkan kalimah Allah), ketika mana kita mempersoal kasih sayang Tuhan, ketika mana kita mula berfikir untuk menyatakan bahawa dunia ini kejam, pada ketika itulah kita perlu ingat bahawa ada lagi insan yang hidupnya bertemankan dugaan dan ujian lebih dahsyat.


Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan


Saya tak pernah membanyangkan bahawa saya akan berkenalan dengan seseorang yang hidupnya penuh dengan dugaan hidup. Walaupun saya sebenarnya teringin untuk mempunyai kawan yang environment hidupnya sedikit berbeza dari saya. Mungkin kerana keinginan yang kuat itulah Allah temukan saya dengan Ann (Nama samaran).

20 November 2009

Nikmat Allah Mana Yang Kamu Dustakan

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
 
Ya Allah, sesungguhnya nikmat Allah itu cukup besar bagi hambaNya. Apa yang pasti walaupun bermacam perkara yang berlaku beberapa hari ini, tetapi nikmat Allah itu tetap mencurah-curah. Berkongsi bermacam-macam kisah sekitar kehidupan....


Sekitar Prosiding

Setelah melalui dua kali penangguhan prosiding, sahabat-sahabat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan rakan-rakan dari Persatuan Bahasa Cina (PBCUM) yang didakwa atas kesalahan membawa masuk pemimpin parti politik ke dalam kampus masing-masing atas tujuan Perasmian dalam Mesyuarat Agung PMIUM 16 Mac lalu dan hakim bagi Pertandingan Debat Bahasa Cina 8 September lalu (yang saya masih ingat pertandingan ini dijalankan di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam) akhirnya didapati tidak bersalah. Berita Mkini

Blogger upgrade lagi

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah


Wah saya terkejut pagi ni bila mendapati di blogger sudah menambah function baru. Dah boleh upload video sendiri dan boleh define/translate (apa benda ntah). Blogger memang hebat!!!

Tapi ada sesuatu yang kurang sempurna dari penambahbaikkan blogger. Kalau anda-anda perasan, perkhidmatan read-more blogger yang beru sebenarnya masih tidak stabil. Maksud saya apabila ita mengunakan hidmat read-more, apa yang berlaku widget kanan atau kiri akan secara automatik terpindah pula ke bawah. Mungkin ini disebabkan oleh sukatan saiz yang digunakan masih kurang betul.

Tapi jangan risau, caranya untuk memperbetulkan kedudukan widget tu sebenarnya cukup mudah. Tapi ini hanya teori fikrahnazifa setelah melakukan try and error

14 November 2009

Menduga


Dugaan itu bukan untuk ditangisi, bukan untuk dikecewakan, bukan untuk dibiarkan membawa diri kita terus hanyut dalam buaian Kesedihan. Bukan itu maksud kedatangan dugaan. Tapi dugaan itu datangnya membawa maksud yang sukar untuk kita fahami. Dia datang kadangnya dalam keadaan kita tak bersedia kadang datangnya ketika kita sudah sempat menyiapkan segala macam persediaan.

Dugaan itu satu perkara yang pahit dirasa. Senjata ampuh yang membawa kita terbang ke alam khayalan ciptaan kita. Membawa runtun hati menitik air mata, membawa sakit menahan pedih di jiwa, malah hampir membawa kepada akal hilang dari kawalan minda.

Dugaan itulah menjerat kita dalam ketidak tenangan hidup. Dugaan itu mengheret kita ke kancah kesilapan memilih jalan hidup. Dugaan menghantar kita ke alam yang sukar untuk kita tafsirkan. Dugaan itu peranannya cukup besar dalam membina naluri dan peran, di mana jalan kita seterusnya, di mana tempat kita berpijak seterusnya, dan bagaimana corak garapan kita seterusnya. Semuanya bermula dengan dugaan. Sebenarnya.

10 November 2009

Agamawan Universiti versi Pondok

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Dulu saya pernah menulis entri umpama ini, tapi saya tak ingat dah tajuknya berbunyi bagaimana. Kali ini saya teringin sekali lagi untuk bercerita dari sudut pandang FikrahNazifa mengenai sistem pembelajaran pendidikan keagamaan.

Teringat saya satu ketika seorang pensyarah bertanya, apa yang istimewa dengan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Mengimbas kembali jawapan saya pada ketika itu seingat saya adalah berbunyi "Jabatan Dakwah Pelajarannya agak senang berbanding jabatan-jabatan yang lain. Bahkan boleh diketegorikan paling senang pada saya". Hmm ada juga yang terkejut bila saya mengeluaran kenyataan begitu. Mungkin tidak bersetuju. Tetapi itulah pendapat jujur saya.

Jika dibanding beza dengan subjek usuluddin yang lain seperti Quran Hadith saya rasa jauh lebih susah tapi manfaatnya sangat besar. Malah belajar Quran Hadith adalah satu keberuntungan. Banding pula dengan pembahagian-pembahagian Syariah mungkin pelajarannya lebih mencabar.

09 November 2009

Pemikiran Muslim Super


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Saya masih lagi mengulang kaji kursus IDEU2107 (Kursus Pembangunan Minda). Teringat kepada pensyarah yang mengajar kursus ini kedua-duanya dari Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Ustaz Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir dan Ustaz Mohammed bin Yusof.

Tertarik untuk berkongsi mengenai jenis-jenis cara berfikir. Mungkin selepas ini bolehlah kita menilai, di manakah kita atau bagaimanakah sebenarnya kita berfikir.

08 November 2009

Wajah Baru, Semangat Baru

Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Akhirnya siap juga saya mengubah siap template FikrahNazifa. Ini semua gara-gara dah bosan melihat template yang sebelum ini. Saja bertukar angin. Bukankah pembaharuan itu membawa kepada motivasi. Maka sebenarnya untuk menaikkan semula motivasi saya menulis, saya mengambil keputusan untuk mencari template yang baru.

Bersama-sama template baru ini saya mencari beberapa aksesori untuk menambah kesedapan mata saya memandang. Banyak juga kod HTML baru yang saya jumpa. Menarik. Ada juga kod-kod HTML yang saya gunakan sebelum ini, tidak saya masukkan ke dalam FikrahNazifa versi baru, kerana bimbang terlalu serabut.

04 November 2009

Purdah : Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi




Klik sini

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Membabitkan Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

02 November 2009

Muhasabah Sebentar






Saya terjumapa video ini di Youtube. Saya sangat suka dengan video ini. Bukankah yang paling baik untuk diberikan kepada sahabat itu adalah perkara atau sesuatu yang paling kita sayang dan suka.

Dengan berbekal rasa itu, saya sangat teruja untuk berkongsi video ini bersama kalian dengan harapan kalau bukan seratus hati yang terdetik keinsafan cukuplah cuma satu..sebagai bekal saya nanti di sana. Juga sebagai bekal nanti kita di sana.

Kepada insan yang telah diilhamkan ALlah untuk mencipta dan meletakkan video ini di youtube semoga dirimua sentiasa mendapat Redha Allah walau di mana jua kamu berada. Ana minta izin untuk berkongsi juga video ini di blog ana yang tak seberapa. Semoga segala kebaikan hanya untuk kamu.

Buat kita semua...hayatilah video ini dengan rasa keinsafan, kehambaan dan kesedaran. Ingatlah yang hidup kita ini bukan selamanya di dunia. Tetapi akan sampai jua masanya kita bertemu dengan-Nya.

Semoga segala kebaikan untuk kita dan semoga kita tergolong sebagai ahli Syurga-Nya...




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

01 November 2009

Tolong Jangan Tunjuk Hebat




Seorang sahabat muslimin memberikan 'kredit' kepada saya. katanya dia baru kenal siapa saya. Sebelum ini walau kami sudah terjalin ukhuwah yang agak lama dan berkerja bersama, rupanya saya lain dari apa yang dia fikirkan. Dia kata rupanya saya orang yang 'hebat'. Dia berkata begitu setelah cuma seminggu duduk menyelesaikan 'masalah' bersama berbanding dia mengenali saya hampir 3 tahun lebih sejak dari Nilam Puri. Rupanya...



Haha..Tergelak juga saya membaca apa yang dia katakan walau hanya dalam YM. 'Hebat' apa sebenarnya makna 'hebat'? Apa indikator yang meletakkan seseorang itu seorang yang boleh dikatakan hebat? Hebatkah saya..Hebatkan anda???

Saya akui, seminggu ini otak saya sedikit penat kerana setiap hari melalui sesi berfikir yang sangat memenatkan. Lebih penat dari bermain bola jaring. Agak terkejut juga saya sebenarnya dengan performance saya sendiri. Malah saya juga tidak menyangka saya mampu juga akhirnya untuk membina dan mengaplikasi apa yang pernah diajarkan kepada saya.

Sebenarnya saya juga bimbang kalau-kalau saya yang sangat banyak diberikan peluang untuk belajar dan mendalami ilmu tidak dapat memuaskan hati orang yang telah mengajar saya. Malah saya risau kalau saya adalah orang yang sebenarnya silap untuk menerima semua-semua yang telah diajarkan kepada saya, kerana saya bimbang saya tidak dapat menguasainya dan mengaplikasikannya dengan baik, berdasarkan performance saya yang biasa-biasa saja malah kadang kala mengecewakan.
"Kita tidak membentuk ulama' @ engineer, tapi sejauh mana individu tersebut mahu mendalami dan menjadi arif pada bidang masing-masing. Kita cuma boleh bagi platform untuk melatih diri..."

Quotation ini saya ambil dari kata-kata 'tok guru' saya. Sememangnya saya akui saya sedikit obses dengan tok guru tok guru saya. Bahkan saya sendiri tidak sanggup untuk mengecewakan mereka walau hakikatnya saat ini saya ada sedikit perbezaan pendapat dengan mereka. Itu semua berkenaan dengan di mana saya patut duduk.

Cuma apa yang saya boleh katakan, kehendak Allah tidak ada yang mustahil. Sangat tidak mustahil untuk seseorang yang berkarekter lain akan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Percayalah. Malah seorang pemain yang dilihat tidak pandai bermain rupanya boleh berubah menjadi orang utama penjaring gol dalam aplikasi permainan setelah melalui banyak sesi latihan. Dibantu dengan kekentalan jiwa dan hati untuk cekal menghadapi apa jua ujian dan peluang yang datang dan diberikan. Dan itulah jawapan saya kepada sahabat muslimin saya tadi. Dan percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah, dan tiada yang mustahil untuk anda juga kita. Pointnya...Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saya masih bimbang dengan adik-adik yang terlalu awal diberikan kepercayaan mengendalikan sesuatu yang sangat besar. Saya bimbang itu akan menyekat proses pembelajaran mereka. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dalam kapasiti kita sebagai seorang yang masih belajar. Berbeza dengan kapasiti kita yang perlu turun perform. Bimbang saya berdasarkan bukti ke'terencatan' yang berlaku bukan sekadar persepsi...tapi mungkin juga saya sekadar berpersepsi...

Cuma mengambil kata-kata tok guru yang saya quoatekan di atas, saya yakin di mana pun kita diletakkan, yang pasti andai kita menggunakan peluang itu dengan sebaiknya kita akan menjadi orang yang HEBAT.

Bercakap lagi saya tentang 'hebat'. Padahal saya masih tidak tahu indikator apa sebenarnya yang boleh kita letakkan untuk menilai kehebatan seseorang. Tapi saya yakin seperkara, andai kita yakin dengan apa yang kita lakukan setelah menilai pertimbangan-pertimbangan semasa dan menilai kekuatan dan kelemahan, dalam konteks aplikasi hasil pembelajaran...maka kita akan tahu 'dream' apa yang patut kita bina untuk diri kita sendiri. Berpegang dan berlandaskan apa yang terbaik selaras dengan perancangan Allah. Mohon panduan Allah....juga bantuan sahabat-sahabat dan nasihat.

Perkongsian saya andai sekiranya saya layak untuk berkongsi, gunakanlah sebaiknya platform yang disediakan untuk belajar. Biar di mana pun kita dicampakkan dan peluang yang diberikan. Terimalah semuanya dalam kondisi kita yang ikhlas untuk belajar. Belajarlah dengan semaksima mungkin...InsyaAllah hasilnya nanti adalah memberansangkan Dan kita akan menjadi orang yang 'HEBAT'..Tapi tolonglah jangan tunjuk hebat. Yang penting....Serahkan diri untuk Islam...Moga itu adalah saya..moga kita semua penghuni SyurgaNYA... Allahua'lam.

...Menulis seperti selebriti, Tidak!. Kerana saya bukan salebriti. saya hanya insan yang hina dan penuh dengan dosa... Cuma saya mula suka menulis dengan bermain dengan kata-kata...senyuman sinis buat mereka yang suka sembang kemas, termasuk saya..hehe..




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

31 October 2009

Surat Layang Untuk Pemain




Saya ditegur oleh seorang senior tentang bagaimana saya mungkin sedikit 'rakus' menyusun strategi bola jaring hingga saya mungkin sedikit tidak nampak jalan atau menutup mata terhadap kekurangan. Malah sahabat saya juga yang merupakan penyusun strategi merangkap pemain yang bakal diturunkan atas pengalaman-pengalaman dia semalam mendapat surat layang dan sms teguran ikhlas semasa perbincangan.

Bukan kami tidak menerima semua teguran-teguran itu, dan bukan kami tidak mengakui semua kekurangan-kekurangan itu. Saya sendiri dikatakan duduk di posisi yang salah, padahal keperluan saya lebih pada tempat yang lain. Dikatakan....saya tidak menolak dan tidak membenarkan...kerana saya akui saya dilatih ke arah itu...(terima kasih kepada mereka yang melatih saya)

Cuma pegangan saya...kami faham medan kami, kami tahu padang mana kami bermain, dan kami yakin dengan apa yang kami letakkan atas mengambil pertimbangan semasa berdasarkan faktor semasa dan kekuatan semasa. Bukankah 'dream' yang lebih relevan adalah 'dream' mereka yang berada di padang itu?

Bukan maknanya kami menolak 'dream' mereka yang lebih berpengalaman.. Astaghfirullah..tidak sama sekali. Malah kami sudah bertanya..Malah saya sendiri sudah berjumpa mereka, duduk berbincang sekali mencari titik temu dan nasihat. begitu juga sahabat-sahabat saya yang lain. Tapi saya tetap berpegang, bahawa kami bermain di medan kami, dan inilah yang dikatakan peluang mencari pengalaman dan belajar untuk merancang dan menyelesaikan masalah juga menguji tahap kekuatan dan ketahanan pemain.

Saya tetap saja risau, kami sedikit silap dalam membuat perkiraan. Tapi saya tetap berharap, izinkan kami bermain dan membina sendiri padang kami dengan nasihat. Bukan terus mematikan karekter pemain dalam diri kami. Izinkan kami, kami juga pemain yang hebat, kehebatan yang tenggelam dek pergolakan sementara. Tapi percayalah, kami masih mampu dan kami masih wujud. Jangan matikan kami dan yakinlah kepada kami dengan nasihat......

"tanpa pergolakan kita tak kan tahu sejauh dan sekukuh mana kekuatan yang telah dibina",,,TAKBIR!!! ya Allah pandulah hati kami...Ehdinaassiratolmustaqim..."

...terimakasih sahabat-sahabat..kita perlu buktikan kita masih hidup dan mampu melakukannya...






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

26 October 2009

Tangan Berapi






Menyusun posisi dalam sekumpulan pemain bola jaring memerlukan kombinasi dan strategi yang sangat baik. Misalnya seorang yang memakai bif 'C' atau lebih dikenali sebgai Center perlu berpadu tenaga yang padu dengan 'GA' Gol attack supaya bola itu lebih lancar masuk ke kawasan D dan disambut baik oleh 'GS' Gol Shutter yang punya kelebihan 'tangan berapi'.

Sebaik bola sampai ke tangan GS, bermakna tiada harapan untuk bola itu tidak masuk ke lubang gol biar berapa tinggi dan rendah atau jauh dekatnya kedudukan tiang gol. Tapi agak sukar juga memilih GS yang 'tangan berapi'. Dan agak sukar juga memilih 'C' yang punya dominasi yang baik dalam permainan. Juga agak sukar memilih 'GD' Gol Defend yang mampu mengawal keadaan dari belakang.

Saya mahu bertanya kepada siapa yang ada pengalaman bagaimana menyusun strategi dalam bola sepak kerana saya hanya tahu bermain bola jaring tidak bola sepak. Kerana medan bola sepak dan bola jaring sangat berbeza. Kerana juga beza jelasnya adalah bola sepak ditendang-tendang tetapi bola jaring dilambung-lambung. Hampir bingung juga saya memikirkannya, malah saya akui fokus saya sedikit lari hingga lupa beberapa perkara yang penting. Tapi saya masih bimbang dengan pasukan bola jaring mahupun bola sepak yang masih tidak mampu mecari titik persamaan antara mereka malah lebih merisaukan andai antara mereka masih tidak mahu berlapang dada antara sesama.

Pening saya memikirkan soal pemain. Agak sangat memeningkan. Belakangan ini sebenarnya saya agak sukar sedikit menulis. Bukan apa, saya ada juga mencuba dua tiga kali menaip di saat ada sedikit kelapangan yang boleh masa dicuri, tetapi tidak berjaya. Maka tinggallah penulisan itu sekadar draft sahaja. Puncanya, saya merasakan penulisan saya agak sedikit kurang rasanya.

Apa yang pasti saya tetap berpegang kita perlu pecaya dan beri peluang kepada pemain yang nyata-nyata punya kekuatan tapi sudah agak lama tidak serius bermain. Yang pasti penyusunan strategi itu penting...

.......sudah agak lama saya cuba menulis dengan sebaiknya. Tapi entah,,saya dapat merasakan penulisan saya semakin tumpul, Malam ini, malam terakhir dan kritikan..doakan kami....





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

20 October 2009

Tahniah Kak Raihana dan Ustaz Dzul Khairi




Gembira sekali saya mendengar khabar gembira yang sampai ke telinga saya isnin lepas. Walaupun sedih sedikit kerana mungkin saya antara manusia yang ketinggalan zaman mengenai berita tersebut. Pun begitu saya sangat teruja mendengarnya.

TAHNIAH BUAT KAK RAIHANA DAN USTAZ DZUL KHAIRI...

Sudah agak lama benar saya tidak menulis di blog ini. Tapi bukan bererti saya berhenti menulis. Cuma saya menulis di tempat lain arena yang sama, tapi gaya penulisan berbeza. Kerana itu saya sudah agak rindu yang amat untuk kembali menulis bebas gaya penulisan peribadi dan tampil dalam fikrah jelmaan sendiri.

Agak banyak sebenarnya idea yang muncul ditengah-tengah kehidupan seharian saya sepanjang sebulan ini. Setiap kali itu, pasti saya teringat ke 'fikrahnazifa' yang sudah lama sepi. Kali ini saya fikir saya perlu menyempatkan diri juga untuk menulis di sini. Tambahan lagi memikirkan ke'wajib'an saya mengucapkan tahniah kepada Ustas Dzul dan Kak Rai.


Gambar kak Rai-dari blog Ustaz Dzul:hehehe...lucula pula..Tapi kak Rai jauh lebih comel dari gambar ini


Saya baru sempat menjengah ke blog Ustaz Dzul dan terlihat gambar kak Rai(di atas). Comel. Tapi yang pasti tuan empunya diri jauh lebih comel dari gambar itu. Mirip dari segi gambaran. Penuntut 'ekspress' PHD walaupun dia juga bekas mantan pimpinan PMIUM. Kagum..Bayangkan dalam kesibukan masih berjaya cemerlang dalam pelajaran.

Apa yang pasti, saya doakan moga mereka kekal bahagia hingga ke Syurga dan saya percaya kita semua begitu... (^_^)

SELAMAT YA KAK...



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

27 September 2009

Catatan Musafir Raya




Tahun ini saya dikurniakan Allah syawal yang lain dari sebelumnya. Alhamdulillah, raya kali ini sempat juga saya menjelajah ke 4 buah negeri termasuk KL...(5 sebenarnya termasuk selangor dan tak campur laluan bas)

Rugi saya tidak sempat ambik gambar walau sekeping pun. Mungkin sebab bukan tabiat saya yang suka mengabdikan foto sendiri. Tapi rasa rugi juga, sekurang-kurangnya ada dua tiga gambar pemandangan dan suasana kemeriahan raya yang boleh sepatutnya saya kongsikan bersama-sama posting ni.

Raya ke 3: bertolak malam dan sampai jam 4+- pagi raya ke empat


Jelajah saya bermula di Kelantan. Untuk itu special thanks saya ucapkan buat keluarga Kak Syahira (housemate merangkap timbalan HEWI PMIUM) juga kepada keluarga akh Al-Amin dan Mira atas pelawaan ke rumah. Juga Khas buat Akh Al-Amin yang sudi menjadi pemandu jalan walaupun keadaan Kelantan yang masyaAllah sangat sesak.

Tujuan paling besar adalah berjumpa dengan adik tersayang Ummi Nursyafiqah yang juga tidak balik..gembira dapat jumpa Ummi. Sejuk mata memandang,,insyaAllah 2 lagi hero family bakal menjadi mujahideen..aminnn

Kelantan

Bila perayaan menjelang terutamanya hari kebesaran Islam keadaan jalan raya di Kelantan akan menjadi sangat-sangat sibuk. Padahal, hari-hari biasa knederaan boleh lancar bergerak. Bayangkan sahaja, hendak ke Ketereh dari Kota Bharu sahaja sudah boleh menjangkau waktu yang agak panjang dari Zohor sampailah masuk waktu Asar. Padahal jarak perjalanan biasa hanya +-15 minit...

Bukti bahawa anak Kelantan banyak berada di luar Kelantan. Yang pastinya, kereta-kereta milik anak-anak kelantan semuanya jenis mewah-mewah... hmm lepas ni kita mungkin bleh buat kajian banyak-banyak negeri-negeri di Malaysia, negeri mana yang anak tanah tumpahnya paling berjaya... teruja pula nak mengetahuinya. Kerana mungkin kalau bukan Kelantan di tempat pertama, mungkin akan berada di top 5.

Raya ke 4 : bertolak malam dan sampai 4+- pagi raya ke lima

Sampai di Butterworth. Special Thanks buat Keluarga Siti Fatimah Hashim (sahabat satu batch merangkap Timbalan Pengarah USB Kenduri) hehe... Juga Special Thanks buat kak Jun juga Akh Al-Amin. Malangnya saya tidak sempat berjumpa Makcik Khatijah (mak angkat). InsyaAllah panjang umur saya datang lagi rumah makcik.. Ni semua gara-gara talian celcom yang entah diserang virus apa hingga langsung sehari terganggu.

Sempat juga menikmati juadah RFC( Radix Fried Chicken).. Juga sempat bersiar-siar menaiki Feri. Seronok naik feri. Tapi seronok lagi naik feri Mambakut-Labuan.. :)... SubhanalLah...Sesungguhnya laut itu sungguh cantik

Pulau Pinang

Jalan kurang sesak sebagaimana Kelantan malahan lengang.. Sempat bertandang ke Kedah Sungai Petani semata-mata untuk merasa enaknya hidangan special HPA. Nyata-nyata RFC setaraf dan setanding dengan KFC. Bezanya cuma dia masih baru. Dan paling penting pekerja-pekerja RFC perlu mendapat latihan biar lebih cekap.

Sedap mata memandang dengan semua pekerja bertudung, berpakaian sopan seusai tuntutan. Jom pakat-pakat sokong ekonomi Islam...

Lagi yang boleh dikongsi, sempat bersama-sama menghadiri majlis jamuan raya anak-anak penang. saje menyebuk.. Sempat berkenalan dengan sahabat anak-anak penang juga sempat mendengar forum sebentar yang dipengerusikan oleh Saudara Zainulfaqar (bekas calon Parti Mahasiswa Negara merangkap pengamal media PAS merangkap mentor saya). Antara ahli panelnya, En. Mohd Azmi Abdul Hamid @ Cikgu Azmi (Presiden TERAS), Ahli Parlimen PKR dan ketua pemuda PAS pulau pinang. menarik tapi tidak sempat menghayati kerana hendak bertolak ke stesyen Bas untuk kembali semula ke KL.

Pernah datang ke Penang satu waktu dulu semasa tengah sibuk pilihanraya kecil permatang Pauh. Beza bila banyak bendera dengan tak de bendera langsung. Apa yang pasti, tahniah Pakatan Rakyat.

Raya ke 6 : bertolak pagi jam 1.30pg dan sampai 6+- pagi raya ke enam.

Alhamdulillah selesai juga musafir. Pengalaman baru yang menyeronokkan. Walaupun niat hati belum mahu pulang dan hendak meneruskan musafir ke Jitra Kedah, tapi tak kesampaian. Belum ada reseki nak sampai Jitra (rumah Kak Ummi Hani : Housemate merangkap TKP Tenang Anak Soleh juga Kenduri). Rehat sebentar kemudian bersiap sedia untuk menerima kehadiran tetamu... Syawal(Timbalan Bendahari PMIUSM) datang rumah. kata satu kereta rupanya tiga orang je. hmm.. masak dah banyak. Tapi tak pe..bleh juga bagi anak-anak penghuni tingkat 15 Flat perumahan Pantai Permai..huhu tapi budak-budak sekarang nak duit raya je bukan nak makan sangat pun.. Special Thanks buat sahabatku tersayang Tini Duraid(SEMAI+NILAM PURI+KL+AKHIR HAYAT) yang bersusah payah jadi pengarah masakan.

Sempat dibawa lari oleh Syawal dan kengkawannya ke rumah Presiden PMIUSM Pulau Pinang. Mujur dia masih kenal saya walaupun sebenarnya baru sekali berkerja sama. Hebat ingatan dia. Terima kasih semuanya...


Raya Bersama MARSIS


Lupa pula nak kongsi. Part apling penting sebenarnya tahun ni. Raya pertama dengan Markas Siswa Siswi Islam Sabah Sarawak. Alhamdulillah, walaupun kehadiran tu tak la ramai sangat. tapi majlis berjalan lancar dengan jayanya. Special Thanks buat sahabat-sahabat MARSIS Shima, Husbah, Tini, Azimah, Rusni dan muslimin semuanya.

Alhamdulillah Syukur dengan kurniaan Allah. Hanya itu yang dapat saya katakan setelah semuanya berlalu. Sekarang time to fokus untuk gerak kerja dan study di kampus pula. sekali lagi terimakasih buat semua yang telah memberi ruang untuk pengalaman yang berharga ini...Salam Eid Al-Mubarak...

P/s : hadiah raya tahun ni...hehe saya dah pandai bawa motor..terimakasih kak Ira (membantu memberi keyakinan dan keberanian bawa moto dan kak Ummi untuk jasa meminjamkan moto selama cuti)




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

09 September 2009

Ukhuwwah yang tersangkut




Adakala bukan senang membuat hati orang senang...Bukan mudah menjadikan semuanya mudah ...bukan benar menyangkakan segalanya benar-benar dikenang dalam keadaan tenang..
.




Tahniah kak LinaLink atas persembahan video yang sangat menarik sempena hari interaksi PMIUM.. Saja letak video ni sebab ada sedikit kaitan dengan Ukhuwwah.... Indahnya ukhuwwah yang dibina...maka jagalah ia sebaik mungkin...

Rupa-rupanya dalam tak sedar, mungkin kita ada menyakitkan hati orang lain tanpa sengaja. Rupa-rupanya dalam tak sangka, kita ada terlaku sesuatu yang kurang berkenan di mata orang. Rupa-rupanya dalam tak sengaja, kita pernah membuatkan hati orang lain sedikit terguris...

Dalam dia terguris...kita pula diam seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Pasti hati orang yang teguris akan lagi terguris kerana apa namanya ukhuwwah jika hanya kerana perkara yang kecil sahaja sudah sanggup mencalarkan ukhuwwah yang terbina...mungkin fikir dia...

Adakala bukan senang membuat hati orang senang...Bukan mudah menjadikan semuanya mudah ...bukan benar menyangkakan segalanya benar-benar dikenang dalam keadaan tenang..

Benar saya tidak bermaksud melakukannya..maaf...
Benar saya tidak sedar saya melakukannya..maaf...
Benar saya langsung tidak menyangka saya terlakukannya..maaf...

Rupanya dalam saya tak sedar, ada sedikit salah faham antara saya dengan seseorang yang sangat-sangat saya hormati malah saya sayang sewaktu program KRIS Sipitang lepas. Yang pasti saya benar-benar tidak sedar akan perlakuan saya yang sedikit membuat hatinya terguris. Pada perkiraan saya, kita meninggalkan segalanya tenang dengan hati yang senang. Rupanya perkiraan saya silap...

Mujur ada insan yang baik hati mengkhabarkan perkara itu pada saya. Kalau tidak, ya Allah..benar saya tak tahu...


Mungkin perjumpaan kami selepas ini setelah sekian banyak bulan tak berjumpa akan menjadi sedikit hambar dek kerana kesan di hati yang masih ada.

Benar...

Sesungguhnya, pertalian ukhuwwah yang didasari dengan ukhuwwah islamiah itu manis rasanya. Tidak ada sebab untuk kita menghancurkannya demi kerana kepentingan peribadi...
bukankah kita berpegang dengan sabda Rasulullah

" Tidak beriman seorang daripada kamu sehinga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Binalah ukhuwwah yang didasari dengan iman. Bila kita sudah memilikinya maka jagalah ukhuwwah itu dengan sebaiknya. Saya ingat kata-kata ini. Malah saya berpegang dengan kata-kata ini..

Kita menginginkan jiwa yang tenang. Maka perolehinya dengan membina hubungan ukhuwwah yang benar-benar dilandasi iman. Perolehinya dengan benar-benar membuat hati sahabat senang...Perolehinya dengan berusaha semampu mungkin mendahulukan sahabat berbanding hati dan nafsu...

tapi

Adakala bukan senang membuat hati orang senang...Bukan mudah menjadikan semuanya mudah ...bukan benar menyangkakan segalanya benar-benar dikenang dalam keadaan tenang..
.

Tapi kita perlu mencuba. Mencuba hingga berjaya...

Yang pasti saya akan memohon maaf dari dia, akak yang sangat saya hormati dan saya sayanggi bila masa sesuai dan terbaik..moga-moga waktu yang saya pilih dipandu oleh Allah dan itulah yang terbaik bagi kami.

Mohon maaf kak..benar tidak sengaja..benar tidak tahu...

fikrahnazifa
http://fikrahnazifa.blogspot.com





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

04 September 2009

Berbuka di KAKI LIMA Sogo




Saya baru sahaja selesai kelas Bahasa Inggeris. Kelam kabut juga sebab assingment yang sepatutnya saya hantar hari ini belum siap sepenuhnya. Ini semua gara-gara beberapa hari ini 'sistem pengurusan pembelajaran' saya yang kurang teratur. Mungkin juga gara-gara himpitan kerja yang sedikit memeningkan. Ya saya akui sedikit terlambak dengan kerja-kerja, bila merasa begitu, adakala hati jadi lemah juga. Moga segala anugerah kesibukan yang tertimpuk ke bahu kita semata-mata hanya untuk menambah bekal ke Akhirat...amin..

Mujur...mujur saya ada Allah.. Nak dijadikan ceritanya, assingment B.I siap juga sementara kelas berlangsung. Saya pun tak boleh nak pastikan macam mana ia berlaku. Yang pasti Madam tak marah..(^_^) thank you madam Hajah...

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.. bukti kebesaran-Mu di depan mata.
Ya Allah, agak-agak nak ambik masa 30 minit je nak menulis, tapi ni dah masuk 1 jam. Mana tidaknya penulisan tertangguh gara-gara dialog berganti-ganti dengan sahabat-sahabat. Seronok hidup punya sahabat-sahabat yang ramai dan sangat mengambil berat hal kita.

Beberapa hari lalu saya sempat berbuka puasa di kaki lima Sogo. Pelik bunyinya bagaimana seorang muslimat boleh berbuka puasa di kaki lima Sogo kan? (^_^) jangan salah faham..sebenarnya saya berbuka puasa dengan mak saudara dan ayah saudara yang datang jauh dari Sarawak.

Seronok melihat suasana sepanjang jalan dari Masjid India hingga ke Sogo dipenuhi oleh manusia-manusia yang siap dengan makanan dan air menunggu waktu berbuka, tapi...yang menyedihkan, banyak diantara mereka merupakan pasangan-pasangan remaja..Ya Allah..inikan bulan Ramadhan. Apa tiada rasa hormat walau sedikitkah di hati mereka kepada bulan yang sepatutnya kita mendidik nafsu... Moga Allah kurniakan kita hidayah..

Kawasan sebelah Maidin penuh dengan pengerai-pengerai yang mengambil kesempatan untuk mencari nafkah buat keluarga.

Masuk waktu Maghrib beberapa pengerai mula beransur, tunaikan solat saya yakin.

Rugi, malam itu saya tertinggal solat Tarawikh.. Saya kira saya sempat pulang ke rumah sebelum masuk waktu isya. Tapi tidak...Sedih...Agak sukar juga kalau saya hendak solat di Masjid India memandangkan saya terpaksa bergegas balik, bimbang balik terlalu lewat.

Masuk waktu tarawikh baru saya bertolak pulang. Ramai lagi orang. Malah penunjungnya semakin ramai. Waktu inilah sebenarnya saya terfikir "kenapa sebenarnya manusia lebih memilih untuk berjual beli dengan manusia berbanding berjual beli dengan ALlah"

"KENAPA MEMILIH JUAL BELI DENGAN MANUSIA BERBANDING MEMILIH BERJUAL BELI DENGAN ALLAH.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (as-Saff 61:10)


تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَ ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (as-Saff 61:11)

Bacalah firman Allah di atas. Sama-sama kita hayati dan temui hakikat sebenar apa yang Allah sampaikan. Kan Allah sudah memberikan janji. Kan Allah sudah tawarkan jual beli yang terbaik..malah jual beli itulah yang menyelamatkan kita dari api neraka.

Tapi itulah manusia lebih memilih jual beli dengan manusia berbanding jual beli dengan ALlah. Kaki lima Sogo menjadi saksi..bahkan saya yakin begitu banyak lagi tempat di dunia ini yang menjadi saksi kelalaian jiwa manusia.


Malam itu saya saksikan para peniaga dan pembeli yang sedang berjual beli sesama manusia. Tukarannya hanya duit dan juga barang. Duit yang boleh habis, duit yang hanya menjanjikan kesenangan dunia (malahan sering mendatangkan kesusahan dan kerugian bila diri lupa daratan).
Mereka memilih jual beli itu. Alangkah baiknya jika kita ambik sedikit masa dibulan Ramadhan yang mulia ini dengan luangkan masa untuk beribadah kepadaNya. Percayalah.. jual beli itulah yang lebih bernilai berbanding jual beli sesama manusia.
Percayalah jual beli itu bukan hanya menjanjikan Syurga sebagaimana Firman Allah..tetapi juga mendatangkan kesenangan di dunia bahkan rezeki juga akan datang tanpa kita sangka. Percayalah..
Percayalah dengan pergantungan kepada Allah..Percayalah dengan jual beli dengan Allah.

MUHASABAH BEBERAPA HARI RAMADHAN

Hari ini sudah masuk Ramadhan yang ke-14... Macam mana agaknya prestasi ramadhan kita sehingga ke hari ini.. Entah saya sendiri risau dengan prestasi ramadhan saya.

Saya inginkan jiwa yang sufy Ramadhan ini. Tapi sampai sekarang saya masih tidak merasakan peningkaan kepada perasaan itu. Kenapa ya Allah..?? Untuk itu, saya ucapkan terimakasih kepada Ustaz Dzulkhairi atas posting cerpen sufi beliau...Link.


Ramadhan yang tinggal ini marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah dan amalan kita. Banyakkan doa dan penhayatan sebenar dalam ibadah. Moga-moga ramadhan yang berbaki inilah yang akan medatangkan jiwa yang sufy kepada kita...

AMIN..

Mencari jiwa yang sufy
Http://fikrahnazifa.blogspot.com




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

30 August 2009

Jalan Pulangku




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Menulis sambil menghayati lagu... Jalan Pulangku by UNIC

Lagu ini pertama kali saya mendengarnya untung kebetulan secara live. Waktu itu ada majlis penyampaian anugerah kepada graduan cemerlang Akademi Pengajian Islam di Dewan Kuliah Utama. Dalam majlis tu, team pentomen kami dijemput buat kali ketiga untuk buat persembahan setelah Konsert Antara Dunia dan Pentomen Islamik Festival Konvokesyen UM (FESKUM)-tiba-tiba jadi popular seluruh UM...huh ini lari dari matlamat hidup@bukan impian-

Waktu itu juga kami duduk sepentas dengan kumpulan nasyid UNIC sebab tak ada disediakan bilik persalinan jadi hanya duduk d belakang pentas sementara menunggu giliran. Tapi tak teringin pula nak minta autograf atau tanda tangan. Kenapa ye? mudah-mudahan itu semua adalah menifestasi dari perasaan bahawasanya hamba itu semuanya sama..hanya iman dan taqwa di Sisi ALlah sahaja yang membezakan taraf kita.

Ketika mula-mula mendengar lagu ini, tersentuh sampai ke ulu hati. Keterujaan mendengar lagu-lagu berunsur 'sifat kehambaan' dan ' penyesalan memohon ampun' sebenarnya adalah ramuan utama mengapa hati ini mudah tersentuh bila pertama kali mendengar lagu ini didendangkan. Apa lagi secara live.

Jesteru untuk berkongsi penghayatan menimbulkan keinsafan, saya suka mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama menghayati lagu ini... Terimalah..



Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

Http://fikrahnazifa.blogspot.com

25 August 2009

Aku ingin jiwa yang Sufy..Mohon Doa




Ya Allah hadirkanlah jiwa kehambaan sebenar-benarnya dalam diriku... AKu ingin menjadi seperti Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma, Rabiatul Adawiyah dan mereka-mereka yang telah ENGKAU janjikan Syurga. Ya Allah dengarlah rintihan hati hamba-Mu ini

Mohon di Aminkan doa ini...

Sudah lama tidak meluah rasa hati di blog ini. Mungkin kerana beberapa hari ini terasa sungguh diri ini tidak layak untuk berkongsi apa-apa dengan insan. Mungkin kerana hati ini sudah sangat tua menimpuk dosa-dosa. Hati ini sudah penat. Tapi malangnya masih saja tetap melakukan dosa.

Ramadhan ini, saya mengharapkan ada harapan baru untuk hati. Moga hati akan lebih bertenaga dengan sinar iman yang baru. Moga hati akan lebih tenang melalui kehidupan yang sementara. Moga hati akan dipandu benar-benar oleh sirat Al-Mustaqim petunjuk ALlah...

Malangnya hati ini sering terlupa..adakala ia ingat..adakala ia lupa dan membawa kepada penambahan dosa..

Biar bagaimanapun..Mohon doa dari sahabat-sahabat moga hati ini akan lebih istiqamah dipandu oleh cahaya ALlah...

Al-Faqiru illalLah






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

18 August 2009

Impian saya Ramadhan ini




“Ya Allah berkatilah hidup kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah usia kami hingga bulan ramadhan”.

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

"Ya Alah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan”.

Ada bekalan doa dari sahabat dalam tetingkap ym saya.

Memandangkan jam masih awal lagi, saya terfikir ada baiknya jika saya mengalihkan tumpuan ke laptop sekejap. Mencari sesuatu untuk di isi ke dalam hati pagi ini. Alhamdulillah setelah melawat ke beberapa blog saya perolehi ilham untuk menulis. Walau pada asalnya tangan ini tidak berniat pun untuk menulis.

Sebenarnya suasana pagi yang hening, tenang, sunyi dan mendamaikan itulah yang membantu mendatangkan ilham. Semalam saya sudah bertukar ke nombor lama. Alhamdulillah urusan sim kad sudah selesai.

Belakangan ini saya sangat berminat untuk menulis tentang ramadhan. Atas alasan membantu menghadirkan ruh-ruh ramadhan dalam diri sebelum bulannya muncul.

Saya masih ingat Ramadhan saya di Nilampuri. Pada saya detik yang sangat indah untuk dikenang. Tiada yang lebih mengujakan berbanding Ramadhan di Nilampuri setakat ini. Benar Nilampuri Madrasah Tarbiyah bagi saya.

Menyentuh soal Nilampuri teringat pula beberapa minggu yang lalu ketika duduk-duduk di ruang legar BKS Akademi Pengajian Islam UM, keluarlah beberapa orang yang saya sangat kenali dari satu bilik kuliah, baru habis kuliah kata hati saya. Tapi inalillah pakaian yang mereka pakai pelik sedikit. Sekali imbas macam bukan bekas celupan Nilampuri 3 tahun. Tapi pelik, mereka juga bekas keluaran tarbiyah Nilampuri, cuma mungkin tarbiyah pakaian Nilampuri tidak berbekas dalam kadar yang tinggi di hati mereka. Mujur mereka mengenakan title muslimin..sebenarnya tidak kurang muslimat.. Saya membuat spekulasi husnuzhon sendiri, mungkin mereka ingin tampil bergaya dengan alasan, dengan memakai serupa itu akan lebih mudah didekati orang. Salah satu cara dakwah menarik golongan bukan seperti 'kita'.

Jadi teringat pula kata-kata seorang ustaz saya pensyarah KIAS (jiran UMNP di daerah NilamPuri: yang kini sedang mencelup adik saya pula), perlukah kita menukar identiti untuk menarik orang? Perlukah kita berpakaian lain untuk menarik orang kepada Islam. Mana lebih cepat dakwah kita sampai dengan orang melihat kita pun sudah melihat Islam berbanding kita terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk menyampaikan mesej dakwah? Terkesan di hati...

Kesimpulannya, Allah membuka ruang dan jalan pada kita, malah Allah juga memberikan pilihan kepada kita, dan yang lebih penting Allah sentiasa memberikan hidayah pada kita, tinggal lagi kita mahu mengikuti jalan yang Allah tunjukkan atau sebaliknya.

Saya jadi takut...Masuk ramadhan kali ini adalah Ramadhan saya yang ke 21. Sudah 21 kali saya memasuki bulan yang di dalamnya sejuta berlipat ganda kebaikan. Tapi saya masih seperti saya yang sekarang. Ya Allah..meminjam kata-kata Us Dzul mantan presiden GAMIS yang juga akhi yang sangat saya hormati,
"Kerana saya ini, neraka sudah confirm namun syurga belum pasti. Pintu neraka terbuka luas untuk saya sedangkan pintu syurga amat sempit"

Yang pasti Ramadhan hanya tinggal beberapa hari, beberapa jam, beberapa minit dan beberapa saat sahaja lagi. Semoga kita semua sudah bersedia untuk ramadhan kali ini. Semoga saya juga.

Doakan saya mampu lahir menjadi muslimah yang benar-benar mencontohi kesufian srikandi-srikandi mu'min terdahulu, ya saya ingin jiwa yang sufi.. Impian saya Ramadhan kali ini, semoga Allah mengurniakan saya jiwa yang sufi, hati yang mencintai-Nya lebih dari segalanya, dan ditunjukkan jalan untuk keluar dari dosa yang membelenggu...
Astaghfirullahhaladzim...


MOHON DOA DARI SEMUA...




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

17 August 2009

Ramadhan : Selamat Berpesta Ibadah





Beberapa hari sahaja lagi bulan sya'ban akan berakhir menandakan Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu akan muncul.

Secara peribadinya, saya lebih memilih Ramadhan sinonimnya madrasah tarbiyah berbanding Ramadhan sinonimnya bulan puasa. Ya, benar bulan ramadhan waktunya untuk kita menunaikan ibadah puasa bukan sunat tetapi wajib. Dalam erti makna lain wajib kita berpuasa selama sebulan tanpa gagal (kecuali kes-kes khas yang digariskan syara').

Teringat waktu kecil-kecil dulu ketika baru mula-mula belajar puasa setelah terbiasa puasa setengah hari dan mula-mula belajar puasa penuh sehari. SubhanalLah..nak tunggu saat berbuga punyalah azab. Waktu itu umur saya baru mamasuki 4 tahun hendak masuk ke 5. Alhamdulillah saya sudah dididik seawal umur itu. Terimakasih mak, terimakasih ayah.


Bercerita pengalaman zaman kanak-kanak sangat banyak yang ingin dikongsi sebenarnya. Yang paling shahdunya, satu jam sebelum berbuka sudah tercegat di pintu dapur dengan muka seposen minta dikasihani. Perut sudah bermacam-macam muzik ala-ala konsert antara dunia tak masuk lagi ulang alik ke bilik air membasuh muka (ada juga la skit-skit masuk ke mulut..hehe) ..Mujurlah termakan pujukan, "siapa tak puasa tak boleh raya". Yang tu tahan lagi, tapi kalau kata " siapa tak puasa tak dapat duit raya" aduh...manusuk ke kalbu mendatangkan semangat tegar berpuasa.

Tapi ada juga mak kata, "jangan bohong, jangan puasa yang iyuk, nanti Allah marah. Nanti susah-susah ja tahan lapar tapi nda dapat pahala"..terus insaf jujur...

Itulah manusia bila dibujuk dengan kemewahan dunia cepat menerima. Padahal Allah sudah banyak menjanjikan nikmat yang lebih besar dan lebih lebih lebih istimewa di dalam Al-Quran. Nikmat yang paling besar bukankah Syurga ALlah? Tapi kenapa tidak ramai manusia yang menjadikan motivasi-motivasi yang diberikan Allah sebagai matlamat terakhir malah lebih memilih nikmat dunia yang sementara?

Andaikata pahala dan dosa itu dizahirkan ALlah (indahnya pahala dan kejinya dosa), nescaya pasti semua manusia di dunia ini beriman dan patuh kepada Allah seperti malaikat. Tapi itulah manusia, tidak mahu meyakini perkara ghaib yang sudah ditentukan Allah.

Kerana itu saya memilih sinonimnya bulan Ramadhan dengan madrasah tarbiyah. Kerana di bulan ramadhan nafsu kita kurang berfungsi ke arah negatif kerana sang Syaitan dikatakan diikat.Allahua'lam.

Bulan ramadhan bukan hanya bulan untuk berpuasa tetapi juga kita melakukan ibadah-ibadah lain dengan lebih tadabbur. Memperbanyakkan solat, sedekah, membaca Al-Quran, umrah, zakat, menuntut ilmu, jihad dan perbuatan-perbuatan khair yang lain dengan niat kerana Allah. InsyaAllah, pahala dilipat gandakan dan hati juga akan merasa lebih dekat dengan Allah.

"inalilLahiwainnailLahirajiun" saya baru menerima berita seorang profesor Jabatan Sejarah APIUM, Prof Halim baru meninggalkan dunia yang sementara..Al-fatihah buat beliau dan mereka-mereka yang telah pergi menghadapt ilahi.."
Ajal pergi tanpa sempat mengetuk pintu. Moga kita masih berpeluang bertemu dengan ramadhan lagi..Ya Allah

Apa yang pasti semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita semua. Semoga Ramadhan kali ini juga benar-benar menjadi madrasah tarbiyah buat kita. Moga Ramadhan kali ini juga benar-benar melahirkan jati diri insan kamil dalam diri kita..amiennn

SELAMAT BERPESTA IBADAH..

fikrahnazifa

Image Hosted by ImageShack.us
Kad Ramadhan Buat sahabat-sahabat (^_^)





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

10 August 2009

Ketenangan dan Kesengalan???




Saya mula berkira-kira untuk tidak memiliki handPhone memandangkan sudah masuk hari kelima saya bertahan tanpa ada keinginan untuk memiliki alat elektronik yang satu ini. Terasa seperti sedang ber'uzlah' di sebuah gua bezanya saya masih berjumpa dengan manusia-manusia moden. Hendak berterima kasih pada si 'penyimpan' handphone tapi bimbang handphone Nokia6300 itu disimpan atas tujuan yang tidak baik, lagi-lagi menentang Islam (beza dari fitrah dan tujuan sebenar handphone itu dibeli..insyaAllah).

Atas alasan itu saya mengambil keputusan untuk merelakan sahaja pemergian handphone tersebut jika benar ianya akan digunakan ke jalan yang diRedhai Allah, tetapi sebaliknya saya mohon maaf kerana terpaksa menutup pintu rela dan menyerahkan segalanya pada Allah.

Tapi saya yakin semua yang berlaku sememangnya sudah ditentukan ALlah, dan DIA jualah yang Maha Mengetahui...fitrahnya..mungkin hari ini kita senang tapi esok kita susah, dan semua itu Allah turunkan semata-mata kerana DIA sayangkan Hamba-Nya..saya yakin itu dan saya pasti anda juga (^_^)

Berkira-kira untuk memilih mementingkan diri atau memudahkan gerak-kerja yang sepatutnya, saya janji akan berfikir ke arah membeli handphone dalam kadar yang secepat mungkin memandangkan sudah banyak rugutan-rugutan 'takecare' menganggu-gugat jiwa..Syukran sahabat-sahabat...

Maka saya yakin saya sebenarnya dari kalangan insan-insan yang beruntung kerana hidup dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Tapi pelik, dalam keperihatinan sahabat-sahabat sekalian, saya cuai juga membiarkan satu-satunya aset elektronik berharga selain laptop ini hanya kerana tabiat percaya pada sahabat yang saya letakkan salah pada tempatnya dan keadaannya juga situasinya...
"Tidak semua sahabat yang memiliki akidah yang sama dan kepercayaan yang sama itu boleh dipercayai dalam segala keadaan tambah lagi kita berperang untuk tujuan yang berbeza" nasihat sahabat saya...

Kadang-kadang saya risau sebenarnya, bukan risau kerana memikirkan handphone yang hilang tapi memikirkan dunia peperangan dunia yang menjadikan kita lebih memilih 'permusuhan' berbanding 'persahabatan', ditambah lagi akibat bonggol-bonggol jalan di Uni Malaya yang semakin tajam dan banyak disertakan lagi dengan panorama pembangunan seolah benar-benar kawasan pembinaan cukup menjadikan kerisauan saya berat sebelah jika diletakkan di atas dacing.


Meletakkan tepi langsung berdiam diri kerisauan itu mungkin bukan jalan penyelesaian, tapi biarlah mereka-mereka yang punya kesedaran yang menyelesaikannya. Lalau saya berfikir, mungkinkah saya termasuk dalam golongan-golongan tidak sedar kerana rela diam diri dengan ketidak-selesaan yang semakin menganggu...Kerana itu saya join PMIUM kerana saya yakin PMIUM lebih bijak dan lebih intelek dalam menyelesaikan sesuatu isu...MPMUM sessi kali ni pun nampaknya lebih baik dan cekap dalam menangani isu.

Mengarut menyentuh sekitar kampus padahal awalnya saya bicara tentang handphone. Bukan sengaja tapi mungkin natijah dari bonggol-bonggol jalan yang mengegarkan otak...bimbang pula ada yang menjadi mangsa.

Tidak mengapalah.. cuma saya terfikir untuk mencari identiti baru untuk blog. Konsep baru masih dalam pemikiran. Mungkin untuk menolak kritikan-kritikan sumbang dan songsang mengatakan blog ini blog politik. Padahal saya menafikan. Buktinya saya sudah membuang semua unsur-unsur politik di dalam blog ini untuk saya semat elok di dalam dada.. Bukan merubah pendirian tapi cuma tampil lebih profesional dan kelihatan lebih intelek dalam kondisi mahasiswa.

Mungkin juga ini adalah persediaan saya untuk turun kelapangan ummah yang lebih memerlukan pendapat dan sokongan awam yang wajar diraikan dan untuk lebih mudah disenangi kerana punya idealisme ikutan ..insyaAllah..road to be...

Besar kiranya hati saya jika menerima sebarang cadangan dan komen membina yang pastinya membantu menyenangkan lagi kehidupan saya... Tambahan lagi saya dalam kondisi yang 'sengal' sekarang.

Yang pasti FESKUM 09 (Festival Konvokesyen Universiti Malaya) sedang berlangsung sehingga minggu ini.. Tahniah buat bakal-bakal graduan... Saya keluar dari target konvo mungkin kerana saya benar-benar perlu menambah 1 semester lagi menjadikan tempoh pengajian saya menjangkau 3 tahun dan 1 semester yang lagi berbaki 5 semester memandangkan saya benar-benar sudah berada dilapangan minor media (Tahniah buat saya dan semoga berjaya ya)..hm...

p/s kehilangan fokus termasuk dalam penulisan.. Tidak kerana inilah yang ingin disampaikan




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

03 August 2009

Gambar Sekitar Antara Dunia

 
Penonton
Mahasiswa Suara Rakyat - Tahniah GAMIS

 
Ikon Mahasiswa

 
Ni yang kak Lina bangga-bangga ni ye...Tok Guru pegang Laptop Kak Lina tu... 

 
ni Pentomen kami... Teka saya yang mana satu..hehe

 
Shoutul Harakah lagi..Yang tepi sekali ni mcm muka aktivis Pengerusi Pro-M je..hehe





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design