Alhamdulillah
Sebesar mana dugaan yang Allah timpakan pada kita, ketika mana kita berasa lemah dan letih dalam mengharung hidup (apa lagi perjuangan menegakkan kalimah Allah), ketika mana kita mempersoal kasih sayang Tuhan, ketika mana kita mula berfikir untuk menyatakan bahawa dunia ini kejam, pada ketika itulah kita perlu ingat bahawa ada lagi insan yang hidupnya bertemankan dugaan dan ujian lebih dahsyat.
Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan
Saya tak pernah membanyangkan bahawa saya akan berkenalan dengan seseorang yang hidupnya penuh dengan dugaan hidup. Walaupun saya sebenarnya teringin untuk mempunyai kawan yang environment hidupnya sedikit berbeza dari saya. Mungkin kerana keinginan yang kuat itulah Allah temukan saya dengan Ann (Nama samaran).
Mendengar cerita hidup Ann, membuatkan air mata kita mudah laju mengalir. Apa lagi melihat wajahnya yang seolah sudah hilang 'rasa'. Ya Allah, pada ketika itu, maka tau lah saya bahawa saya adalah antara orang yang tersangat bertuah di dunia ini. Hidup dalam persekitaran islamik, Allah kurniakan ibu bapa yang sangat menyayangi saya (walau adakala saya selalu melukakan hati mereka...maafkan anakmu ini), dikurniakan sahabat-sahabat yang menebarkan minyak wangi malah Allah beri peluang untuk berjuang membantu mendaulahkan agamanya...Ya Allah....Dalam nikmat-nikmat yang ENGKAU curahkan, hambaMu ini masih sempat mempertikai.Astaghfirullah...
Sudah jatuh ditimpa tangga, jatuh pula bersama tangga itu..
Ann percayalah hidupmu kini dihulur tangga, bukan untuk melihatmu jatuh ditimpa tangga, tapi untuk terus naik dan terus naik...hingga sampai kepuncak impian seorang muslim.
Ann percayalah hidupmu kini dihulur tangga, bukan untuk melihatmu jatuh ditimpa tangga, tapi untuk terus naik dan terus naik...hingga sampai kepuncak impian seorang muslim.
Manusia Jahiliah di Zaman Moden
Apa yang berlaku apabila manusia itu sudah bersifat dengan sifat binatang? Apa yang berlaku apabila manusia itu sudah tidak berpegang dengan Al-Quran dan As-sunnah...
Zaman jahiliah,sebelum Hijrah ; kelahiran anak perempuan ibarat bala bagi sang ayah. Kelahiran anak perempuan hanya dijadikan hamba dan pemuas nafsu bagi si lelaki. Kelahiran anak perempuan tidak wajar diberi peluang hidup atas alasan akan memalukan keluarga. Tanam hidup-hidup!!!
Saidina Umar r.a juga pernah menanam anaknya hidup-hidup ketika mana beliau belum masuk Islam. |Link|
Tetapi setelah kedatangan Islam beliau sedih mengenangan apa yang pernah dilakukannya. Daripada seorang yang berhati kejam, Saidina Umar berubah menjadi seorang pejuang Islam yang agung hingga tercatat namanya dalam sejarag Islam sebagai salah seorang dari Khalifah Ar-Rasyidin.
Itulah datangnya Islam meninggikan akhlak manusia, mengangkat martabat manusia, melihatkan kehidupan yang sebenar dan sepatutnya.
Tapi kenapa masih ada zaman ini, manusia yang hidup sebagai Islam (bukan seperti Saidina Umar r.a) tapi masih bersifat seperti binatang. Mencontohi sifat-sifat manusia jahiliah. Ya Allah. Tapi itulah mungikn yang dinamakan akhir zaman. Manusia tidak lagi meletakkan Islam sebagai matlamat utama hidup. Tetapi lebih mementingkan dunia. Apakah maknanya hidup tanpa peri kemanusiaan...
Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..... (al-Baqarah ayat 286)
Tapi percayalah, setiap dugaan yang Allah kurniakan kepada kita semuanya adalah berdasarkan kemampuan kita. Itu janji Allah. Allah lebih tahu siapa kita. Mungkin dengan jalan ujian itu, akan datang selepasnya nikmat yang sangat besar. Nikmat yang kita tak terbayarkan pun. Dan itu sebenarnya pasti...kerana Allah menjanjikan syurga buat hamba-hambaNya yang beriman.
"dik..Percayalah dik..inilah permulaan kepada kebahagiaan adik..Kalau sebelum ni adik dah pernah hidup dengan kawan-kawan adik yang sebelum ni, tapi percayalah...adik ada di sini sebab Allah nak adik rasa pula hidup dengan kawan-kawan yang bergantung hidup sepenuhnya dengan Allah"
"dik percayalah dik...Allah sayangkan adik.."
Ann masih tetap diam membisu dengan air matanya yang tidak henti-henti keluar.
"Ann tak nak apa-apa dah sekarang kak. Ann tak nak jumpa siapa-siapa...Ann cuma nak Ain.."
Ya Allah...hanya ENGKAU yang Maha Mengetahui. Berhadapan dengan situasi semacam ini sangat menguji keimanan. Bagaimana dalam keadaan orang dalam kesusahan kita tak mampu nak memberikan bantuan yang sepatutnya. Ya Allah terasa sungguh diri ini lemah.
Tapi saya yakin, setiap kesusahan itu pasti ada akhirnya. Dan semoga akan berakhirlah kesusahan dalam hidup Ann...berganti bahagia, dengan limpahan iman, ketaqwaan, dan kebergantungan hidup pada Allah... Hidup sepertimana yang sepatutnya sebagai seorang muslim.
"Kalau lah bahagia hidup dengan Iman tu boleh bagi ke Ann, itulah hadiah yang akak akan bagi sebagai hadiah hari lahir Ann hari ni"
Ya Allah...Minta doa dari semua...semoga Ann akan hidup bahagia bermula detik ini...dengan limpah Iman...Amin..
Jangan sangka hidup kita terlalu derita
Mungkin adakala kita sangka hidup kita adalah paling malang di dunia. Bukan anda, tapi saya juga pernah rasa begitu.
Mungkin ada masa kita rasa kita tak beruntung, dan mahu menjadi seperti orang lain...
"kalaulah aku boleh jadi macam dia..."
Tapi kita tak tau, kitalah orang paling beruntung sebenarnya di dunia ini, kerana kita bukan dia dan kerana kita adalah kita.
"sahabat, tolong, saya tak tahan hidup macam ni. Tolong bagi ana kata-kata semangat.."
Setara mana ujian yang kita alami itu sehebat ujian yang dialami orang lain. Mungkin, motivasi paling baik saat itu adalah mengingat bahawa dugaan kita tidaklah seberat ujian orang lain. Dan ingatlah Allah ridukan rintihan dan tangisan taubat hambaNya..kerana itulah dia mengurniakan ujian kepada kita.
Pengajarannya
Semoga kita faham...Bahawa hidup ini adalah kanvas kehidupan. Lukislah sesedap rasa kita. Tapi pilihlah warna dan tema yang sesuai. Biar hasilnya nanti yang tercantik pernah kita lakukan. Biar adakala mungkin kita tersasar tangan dalam melukis, tapi padamlah ia dan garap semula moga kesilapan itu tetap menghasilkan corak yang cantik.
Berpandulah dengan Al-Quran dan As-Sunnah... Percayalah dan bergantunglah pada Allah sepenuhnya...Itulah kunci paling tepat dalam pintu kehidupan.
***Ann mengenalimu adikku adalah anugerah yang berharga...kamulah permata berharga yang sinarnya pasti akan memancar terang satu hari nanti...amin...***
::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya kurang faham cerita ini lah?
Apa masalah Ann ni?
Cerita ini bukan tujuannya membedah siasat masalah ann...Tetapi segala pengajaran yang boleh kita kongsi bersama dari ujian yang dialami sesorang
ReplyDeleteAsalamualikum Saudari,
ReplyDeleteAdakah kamu marah atau geram jika di kritik?
Ini adalah soalan tulus dari sahabat.
waalaikummussalam...
ReplyDeletesahabat...perlukah saya menjawb soalan tersebut di sini? kalau kata2 jawapan saya di atas dikatakan marah...sbnarnya tiada unsur marah...cuma kata2 mudah, ringkas agar difahami. maaf kalau tersilap dalam berbahasa.
cuma jawapan saya tulus sebagai seorang sahabat...manusia itu tetap manusia. tidak lari dari sifat manusia. baik sifatnya mahupun buruk sifatnya tetap saja manusia...
Assalamualaikum Saudari,
ReplyDeleteSaya mengimpikan hidup di satu masyarakat dimana semuanya masing masing punya hubungan intim dengan Allah azzawajalla mendapat hidayah dariNya lalu menyerahkan segala kehidupan, masa depan,didunia dan seterusnya diakhirat kepada Allah sahaja.
Macamana kah itu?
waalaikumussalam.
ReplyDeletekita punya impian yang sama sahabat...tolong doakan untuk saya, dan saya akan doakan untuk kamu juga seluruh kaum kerabat, sahabat handai terdekat dan seluruh umat Islam semoga dunia ini dipenuhi dengan rasa kehambaan...
Semoga kitalah sebenarnya yang orang cari dalam kita mencari...tapi saya masih belum begitu rasanya...semoga saya begitu...
Kalau hati saudari tulus insyaAllah akan saya persembahkan doa untuk menyampaikan hajat saudari kepadaNya selepas solat dalam beberapa hari ini.
ReplyDeleteSaya tertarik dengan istilah kehambaan yang saudari sebut di atas itu. Boleh kah saudari kongsikan dengan saya apa yang saudari maksud dengan kehambaan kepada Allah itu?
Jika kita hamba kepada Allah, boleh kah kita menjadi tuan kepada manusia?
Moga Allah mendekati saya ketika ini.
Syukran. Terimakasih tlg mendoakan. Mungkin rasa kehambaan yang saya maksudkan sama dengan apa yang anda maksudkan.
ReplyDeleteMungkin jawapan saya yang dhoif lagi hina ketika ini kepada soalan anda, kita hanya hamba kepadaNya.
Moga saya juga mendekati ALlah ketika ini.
Asalamualaikum Saudari,
ReplyDeleteMoga Allah memakbulkan doa saya tadi.
Saya kurang selesa melihat lagat mahasiswa bertindak seperti itu. Apa perlukah membuat tindakan seperti itu? Saya tidak tahulah samada mereka merasaai samaada Allah bersama mereka ketika itu?
jika ada penjelasannya saya ingin tahu juga.