08 November 2009

Wajah Baru, Semangat Baru

Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Akhirnya siap juga saya mengubah siap template FikrahNazifa. Ini semua gara-gara dah bosan melihat template yang sebelum ini. Saja bertukar angin. Bukankah pembaharuan itu membawa kepada motivasi. Maka sebenarnya untuk menaikkan semula motivasi saya menulis, saya mengambil keputusan untuk mencari template yang baru.

Bersama-sama template baru ini saya mencari beberapa aksesori untuk menambah kesedapan mata saya memandang. Banyak juga kod HTML baru yang saya jumpa. Menarik. Ada juga kod-kod HTML yang saya gunakan sebelum ini, tidak saya masukkan ke dalam FikrahNazifa versi baru, kerana bimbang terlalu serabut.

Sebenarnya agak sukar juga saya mencari template yang betul-betul sesuai dengan hati. Hampir seminggu saya mencarinya. Buka tutup, buka tutup, pindah situ pindah sini, dari satu laman ke satu laman. Tiada satu pun yang berkenan dihati. Maka tau lah saya, rupanya saya sedikit memilih...hehe..

Akhirnya jumpa juga la template ni. Tapi dah direnovate dari yang asal sesedap mata saya. Saya nak berkongsi sebenarnya dengan anda-anda semua beberapa laman yang boleh dijadikan panduan. Dalam laman-laman ni ada beberapa html kod yang mungkin berguna untuk kita sama-sama gunakan. Memandangkan banyak yang bertanya kepada saya, bagaimana nak buat itu, bagaimana nak buat ini...(padahal saya bukan reti pun, saya cuma ikut panduan je)

Ini alamat blog pertama...[klik jangan tak klik]
Dalam blog ni ada macam-macam ada. Untuk pilihan try je klik kat menu entri tepi sebelah kanan tu..Ala mesti boleh nampak kan.

Yang ni pun best juga [klik yang ni pula]
Ni dah lama dah jumpa...lebih kurang je. Tapi ada juga la yang lain. Try je tengok. Ilmu kan.

Blog ni pula saya saje je nak tag..sebab ada kartun comel. Nak tau macam mana nak letak kartun comel kat  cbox atau shoutbox, bleh la tengok kat sini.. [syinrayafa]

Ini la yang saya cari-cari [hilangkan header]

Ini pula web untuk emotikon yang menarik sangat [comel]

Itu sahajalah untuk kali ini...Ada banyak lagi. Tapi saya terlupa la pula. Tapi kalau nak template cantik-cantik rasa senang je kan nak cari.

Ooo ye, lagi satu kalau sesape yang tak tau lagi, kalau dah tau tak pe, kalau belum tau elok la kamu tau. Blogger dah mula support readmore. Maknanya, untuk pengguna-pengguna blogger, tak payah lagi nak setting readmore kat HTML dan terpaksa tulis posting melalui HTML. Sebab..tu nampak tak gambar macam kertas koyak kat tempat kita menulis entri. Perasan tak ada gambar macam kertas koyak hujung sekali.. Ala..cuba buka korang punya new post. Ada tak? kalau tak perasan juga, try la cari sendiri. Haaa itulah fungsi readmore yang baru. Hebat tak blogger?

Tahniah la pada blogger. Apapun saya tetap peminat blogger nombor satu. Walaupun saya dah mencuba rata-rata jenama blog, tapi blogger juga yang melekat di hati.

Yang pasti, FikrahNazifa dah berwajah baru. Tapi entri dan penulisnya tetap orang yang sama. Semoga lepas ni saya lebih bersemangat untuk menulis dengan niat yang betul untuk berkongsi dan belajar juga memberi dan menerima.







::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

2 Perkongsian:

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design