31 October 2009

Surat Layang Untuk Pemain




Saya ditegur oleh seorang senior tentang bagaimana saya mungkin sedikit 'rakus' menyusun strategi bola jaring hingga saya mungkin sedikit tidak nampak jalan atau menutup mata terhadap kekurangan. Malah sahabat saya juga yang merupakan penyusun strategi merangkap pemain yang bakal diturunkan atas pengalaman-pengalaman dia semalam mendapat surat layang dan sms teguran ikhlas semasa perbincangan.

Bukan kami tidak menerima semua teguran-teguran itu, dan bukan kami tidak mengakui semua kekurangan-kekurangan itu. Saya sendiri dikatakan duduk di posisi yang salah, padahal keperluan saya lebih pada tempat yang lain. Dikatakan....saya tidak menolak dan tidak membenarkan...kerana saya akui saya dilatih ke arah itu...(terima kasih kepada mereka yang melatih saya)

Cuma pegangan saya...kami faham medan kami, kami tahu padang mana kami bermain, dan kami yakin dengan apa yang kami letakkan atas mengambil pertimbangan semasa berdasarkan faktor semasa dan kekuatan semasa. Bukankah 'dream' yang lebih relevan adalah 'dream' mereka yang berada di padang itu?

Bukan maknanya kami menolak 'dream' mereka yang lebih berpengalaman.. Astaghfirullah..tidak sama sekali. Malah kami sudah bertanya..Malah saya sendiri sudah berjumpa mereka, duduk berbincang sekali mencari titik temu dan nasihat. begitu juga sahabat-sahabat saya yang lain. Tapi saya tetap berpegang, bahawa kami bermain di medan kami, dan inilah yang dikatakan peluang mencari pengalaman dan belajar untuk merancang dan menyelesaikan masalah juga menguji tahap kekuatan dan ketahanan pemain.

Saya tetap saja risau, kami sedikit silap dalam membuat perkiraan. Tapi saya tetap berharap, izinkan kami bermain dan membina sendiri padang kami dengan nasihat. Bukan terus mematikan karekter pemain dalam diri kami. Izinkan kami, kami juga pemain yang hebat, kehebatan yang tenggelam dek pergolakan sementara. Tapi percayalah, kami masih mampu dan kami masih wujud. Jangan matikan kami dan yakinlah kepada kami dengan nasihat......

"tanpa pergolakan kita tak kan tahu sejauh dan sekukuh mana kekuatan yang telah dibina",,,TAKBIR!!! ya Allah pandulah hati kami...Ehdinaassiratolmustaqim..."

...terimakasih sahabat-sahabat..kita perlu buktikan kita masih hidup dan mampu melakukannya...






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

9 Perkongsian:

  1. Kalau nak tahu padang mana kita bermain dan siapa lebih hebat..jom turun main bola jaring petang ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. Penat la hari-hari main bola jaring...hehehe..bila la pertandingan nak habis ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Org yg bermain di pdg xkn nmpk dgn baik strategi t'baik utk menawan & menguasai pdg berbanding org yg melihat dr luar pdg..klu cmtu x gune la satu2 team tu ad jurulatih klu pemain2 rs diorg mampu utk b'strategi dgn lbh baik.. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete
  6. setuju dengan bintu zul..kdg2 pemain ni sgt leka ble berada di padang.die rase die je yg btul dan die la yg plg hebat sbb boleh memegang bola tu..

    ReplyDelete
  7. medan antum bukan hnya di padang bola jaring sahaja...tp di semua padang.jd,jgn tahu atur strategi di padang bola jaring antum je.mane tahu satu hari nnt antum kna main bola jaring di padang bola sepak.so?cmne?bru nk atur??

    ReplyDelete
  8. Baik...terimakasih...mungkin posting ni sedikit mengelirukan..syukran atas pandangan

    ReplyDelete
  9. Tidak semua yang tertulis itu mengambarkan apa yang sebenarnya difikiran penulis. Biasanya, apa yang tertulis itu berasal dari asbab nuzul. Dan asbab nuzul itu hanya diketahui oleh mereka-mereka yang mengalami...

    Mohon beri tunjuk ajar dan nasihat...

    al-faqirah....

    Kami serahkan semuanya pada Allah..semoga ALlah memberikan kita petujuk...

    Mohon maaf pada semua

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design