20 November 2009

Nikmat Allah Mana Yang Kamu Dustakan

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
 
Ya Allah, sesungguhnya nikmat Allah itu cukup besar bagi hambaNya. Apa yang pasti walaupun bermacam perkara yang berlaku beberapa hari ini, tetapi nikmat Allah itu tetap mencurah-curah. Berkongsi bermacam-macam kisah sekitar kehidupan....


Sekitar Prosiding

Setelah melalui dua kali penangguhan prosiding, sahabat-sahabat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan rakan-rakan dari Persatuan Bahasa Cina (PBCUM) yang didakwa atas kesalahan membawa masuk pemimpin parti politik ke dalam kampus masing-masing atas tujuan Perasmian dalam Mesyuarat Agung PMIUM 16 Mac lalu dan hakim bagi Pertandingan Debat Bahasa Cina 8 September lalu (yang saya masih ingat pertandingan ini dijalankan di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam) akhirnya didapati tidak bersalah. Berita Mkini
Harus diingat mahasiswa itu bukan boneka dan bukan golongan yang boleh diperbodohkan begitu sahaja. Sempat hadir ke court Canselari semalam melihat suasana di luar court. Sempat juga berkenal-kenalan dengan sahabat DEMA...Perjuangan meeka juga harus dipuji.

Sekitar Kes Puaka

Dalam pada masa yang sama sewaktu berlangsungnya prosiding, ada pula berita sampai ke telinga saya mengenai penangkapan orang terakhir yang dikatakan tertuduh atas kesalahan kes puaka. Berita lanjut Mahasiswa kini | Malaysia Kini.

Tengah risau dan sibuk pasal prosiding, top-top Saufi pula kena tangkap.(Patutla tengok muka cuak semacam je kat bangunan peperiksaan, rupanya macam dah tau dah dia nak kena tangkap-teori kematian). Khabarnya ditahan polis dan macam-macam juga dia disoal siasat. Berita terbaru, esok dia akan dibebaskan...

"teruk kau kena ni saufi" ayah saufi

" Saufi dah bersedia dah kalau saufi kena lagi teruk daripada tu" Saufi
contoh Akidah dan perjuangan yang tinggi...Syabas saudaraku Saufi...


Sekitar sahabat pula kemalangan

Ada pula dalam hari yang sama sahabat-sahabat yang kemalangan...Hmm...macam-macam hal. Nasib baik tak ada apa-apa.. Ahmad, Khatimah dan Maisarah dan sapa lagi ntah yang masing-masing kemalangan ditempat yang berlainan hari yang sama.. Menarik sungguh..

Sekitar Family Day dan Picnic

Semuanya tak jadi.....hmm...

Innalillahiwainnaillahirajiun untuk segala yang telah berlaku. Semoga apa yang berlaku ini akan menambahkan kekuatan iman, kekuatan akidah, kekuatan perjuangan dan ukhuwah sesama kita. Semoga Allah sentiasa bersama kita.



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design