Menyusun posisi dalam sekumpulan pemain bola jaring memerlukan kombinasi dan strategi yang sangat baik. Misalnya seorang yang memakai bif 'C' atau lebih dikenali sebgai Center perlu berpadu tenaga yang padu dengan 'GA' Gol attack supaya bola itu lebih lancar masuk ke kawasan D dan disambut baik oleh 'GS' Gol Shutter yang punya kelebihan 'tangan berapi'.
Sebaik bola sampai ke tangan GS, bermakna tiada harapan untuk bola itu tidak masuk ke lubang gol biar berapa tinggi dan rendah atau jauh dekatnya kedudukan tiang gol. Tapi agak sukar juga memilih GS yang 'tangan berapi'. Dan agak sukar juga memilih 'C' yang punya dominasi yang baik dalam permainan. Juga agak sukar memilih 'GD' Gol Defend yang mampu mengawal keadaan dari belakang.
Saya mahu bertanya kepada siapa yang ada pengalaman bagaimana menyusun strategi dalam bola sepak kerana saya hanya tahu bermain bola jaring tidak bola sepak. Kerana medan bola sepak dan bola jaring sangat berbeza. Kerana juga beza jelasnya adalah bola sepak ditendang-tendang tetapi bola jaring dilambung-lambung. Hampir bingung juga saya memikirkannya, malah saya akui fokus saya sedikit lari hingga lupa beberapa perkara yang penting. Tapi saya masih bimbang dengan pasukan bola jaring mahupun bola sepak yang masih tidak mampu mecari titik persamaan antara mereka malah lebih merisaukan andai antara mereka masih tidak mahu berlapang dada antara sesama.
Pening saya memikirkan soal pemain. Agak sangat memeningkan. Belakangan ini sebenarnya saya agak sukar sedikit menulis. Bukan apa, saya ada juga mencuba dua tiga kali menaip di saat ada sedikit kelapangan yang boleh masa dicuri, tetapi tidak berjaya. Maka tinggallah penulisan itu sekadar draft sahaja. Puncanya, saya merasakan penulisan saya agak sedikit kurang rasanya.
Apa yang pasti saya tetap berpegang kita perlu pecaya dan beri peluang kepada pemain yang nyata-nyata punya kekuatan tapi sudah agak lama tidak serius bermain. Yang pasti penyusunan strategi itu penting...
.......sudah agak lama saya cuba menulis dengan sebaiknya. Tapi entah,,saya dapat merasakan penulisan saya semakin tumpul, Malam ini, malam terakhir dan kritikan..doakan kami....
::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
salam..
ReplyDeleteTeruskan menulis.. Parang bila snts diasah pasti akan tajam.. Bkn tumpul. k, strive 4 mardhatillah.
salam
ReplyDeletekak.. teruskan menulis ya.. jgn pernh putus asa. syg akak..:)
Buat akh Zul...InsyaAllah...Syukran
ReplyDeleteYani...Adikku maaf agak lama tidak mengirim khabar...sangat teringin untuk berjumpa