25 August 2009

Aku ingin jiwa yang Sufy..Mohon Doa




Ya Allah hadirkanlah jiwa kehambaan sebenar-benarnya dalam diriku... AKu ingin menjadi seperti Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma, Rabiatul Adawiyah dan mereka-mereka yang telah ENGKAU janjikan Syurga. Ya Allah dengarlah rintihan hati hamba-Mu ini

Mohon di Aminkan doa ini...

Sudah lama tidak meluah rasa hati di blog ini. Mungkin kerana beberapa hari ini terasa sungguh diri ini tidak layak untuk berkongsi apa-apa dengan insan. Mungkin kerana hati ini sudah sangat tua menimpuk dosa-dosa. Hati ini sudah penat. Tapi malangnya masih saja tetap melakukan dosa.

Ramadhan ini, saya mengharapkan ada harapan baru untuk hati. Moga hati akan lebih bertenaga dengan sinar iman yang baru. Moga hati akan lebih tenang melalui kehidupan yang sementara. Moga hati akan dipandu benar-benar oleh sirat Al-Mustaqim petunjuk ALlah...

Malangnya hati ini sering terlupa..adakala ia ingat..adakala ia lupa dan membawa kepada penambahan dosa..

Biar bagaimanapun..Mohon doa dari sahabat-sahabat moga hati ini akan lebih istiqamah dipandu oleh cahaya ALlah...

Al-Faqiru illalLah






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

7 Perkongsian:

  1. dalam perjalanan menujuNya...
    kadang-kadang alpa menguasai...
    melakukan sesuatu kerana pahala...
    melakukan sesuatu kerana syurga...
    melakukan sesuatu kerana takut neraka...
    melakukan sesuatu kerana buang dosa...
    jika itu yang dilakukan...
    tidaklah aku melakukan semata-mata untuk Allah...
    campakkanlah aku dalam neraka...
    kerana aku alpa...
    sujud kepadaMu semata-mata...

    ReplyDelete
  2. Syukran ukh Dhamah Syifflah

    bagi ku ini hadiah berharga...

    ReplyDelete
  3. usahlah menyesali...
    semuanya terjadi adalah kerana penghargaan...
    penggalaman untuk terus berjuang...
    menujuNya sehingga kelihatan kebenaran...
    jika engkau melakukan sebenar-benarnya...
    dibulan mulia ini...
    sebenar-benarnya kerana Dia...
    engkau akan mendapat...
    apa yang engkau hajati...
    seseorang itu akan mendapat...
    melihatkan niat yang diniatkan...
    bukan melihatkan apa dilakukan...
    kerana Allah tidak melihat perbuatan...
    sebaliknya melihat keperibadian...

    kau akan berjaya...
    sudah semestinya...
    kau sudah berjaya...
    apabila engkau ada disini...
    menyebut pula namaNya...
    sehingga engkau lupa...
    siapa diri kau...

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya moga Allah mengurniakan kita jiwa yang sufy...amin..

    ukh..kenapa tak dapat view blog ukh?
    mohon izin untuk mencari input di sana..

    AlfaqiruilalLah..
    annisaNazifa

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Syukran ukh..

    Kata-kata yang diperlukan saat jiwa perlu bantuan untuk terus bangun...

    mohon ada pengikat untuk terus boleh membaca kata-kata peransang jiwa...

    al-faqirah ilalLah

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design