10 August 2009

Ketenangan dan Kesengalan???




Saya mula berkira-kira untuk tidak memiliki handPhone memandangkan sudah masuk hari kelima saya bertahan tanpa ada keinginan untuk memiliki alat elektronik yang satu ini. Terasa seperti sedang ber'uzlah' di sebuah gua bezanya saya masih berjumpa dengan manusia-manusia moden. Hendak berterima kasih pada si 'penyimpan' handphone tapi bimbang handphone Nokia6300 itu disimpan atas tujuan yang tidak baik, lagi-lagi menentang Islam (beza dari fitrah dan tujuan sebenar handphone itu dibeli..insyaAllah).

Atas alasan itu saya mengambil keputusan untuk merelakan sahaja pemergian handphone tersebut jika benar ianya akan digunakan ke jalan yang diRedhai Allah, tetapi sebaliknya saya mohon maaf kerana terpaksa menutup pintu rela dan menyerahkan segalanya pada Allah.

Tapi saya yakin semua yang berlaku sememangnya sudah ditentukan ALlah, dan DIA jualah yang Maha Mengetahui...fitrahnya..mungkin hari ini kita senang tapi esok kita susah, dan semua itu Allah turunkan semata-mata kerana DIA sayangkan Hamba-Nya..saya yakin itu dan saya pasti anda juga (^_^)

Berkira-kira untuk memilih mementingkan diri atau memudahkan gerak-kerja yang sepatutnya, saya janji akan berfikir ke arah membeli handphone dalam kadar yang secepat mungkin memandangkan sudah banyak rugutan-rugutan 'takecare' menganggu-gugat jiwa..Syukran sahabat-sahabat...

Maka saya yakin saya sebenarnya dari kalangan insan-insan yang beruntung kerana hidup dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Tapi pelik, dalam keperihatinan sahabat-sahabat sekalian, saya cuai juga membiarkan satu-satunya aset elektronik berharga selain laptop ini hanya kerana tabiat percaya pada sahabat yang saya letakkan salah pada tempatnya dan keadaannya juga situasinya...
"Tidak semua sahabat yang memiliki akidah yang sama dan kepercayaan yang sama itu boleh dipercayai dalam segala keadaan tambah lagi kita berperang untuk tujuan yang berbeza" nasihat sahabat saya...

Kadang-kadang saya risau sebenarnya, bukan risau kerana memikirkan handphone yang hilang tapi memikirkan dunia peperangan dunia yang menjadikan kita lebih memilih 'permusuhan' berbanding 'persahabatan', ditambah lagi akibat bonggol-bonggol jalan di Uni Malaya yang semakin tajam dan banyak disertakan lagi dengan panorama pembangunan seolah benar-benar kawasan pembinaan cukup menjadikan kerisauan saya berat sebelah jika diletakkan di atas dacing.


Meletakkan tepi langsung berdiam diri kerisauan itu mungkin bukan jalan penyelesaian, tapi biarlah mereka-mereka yang punya kesedaran yang menyelesaikannya. Lalau saya berfikir, mungkinkah saya termasuk dalam golongan-golongan tidak sedar kerana rela diam diri dengan ketidak-selesaan yang semakin menganggu...Kerana itu saya join PMIUM kerana saya yakin PMIUM lebih bijak dan lebih intelek dalam menyelesaikan sesuatu isu...MPMUM sessi kali ni pun nampaknya lebih baik dan cekap dalam menangani isu.

Mengarut menyentuh sekitar kampus padahal awalnya saya bicara tentang handphone. Bukan sengaja tapi mungkin natijah dari bonggol-bonggol jalan yang mengegarkan otak...bimbang pula ada yang menjadi mangsa.

Tidak mengapalah.. cuma saya terfikir untuk mencari identiti baru untuk blog. Konsep baru masih dalam pemikiran. Mungkin untuk menolak kritikan-kritikan sumbang dan songsang mengatakan blog ini blog politik. Padahal saya menafikan. Buktinya saya sudah membuang semua unsur-unsur politik di dalam blog ini untuk saya semat elok di dalam dada.. Bukan merubah pendirian tapi cuma tampil lebih profesional dan kelihatan lebih intelek dalam kondisi mahasiswa.

Mungkin juga ini adalah persediaan saya untuk turun kelapangan ummah yang lebih memerlukan pendapat dan sokongan awam yang wajar diraikan dan untuk lebih mudah disenangi kerana punya idealisme ikutan ..insyaAllah..road to be...

Besar kiranya hati saya jika menerima sebarang cadangan dan komen membina yang pastinya membantu menyenangkan lagi kehidupan saya... Tambahan lagi saya dalam kondisi yang 'sengal' sekarang.

Yang pasti FESKUM 09 (Festival Konvokesyen Universiti Malaya) sedang berlangsung sehingga minggu ini.. Tahniah buat bakal-bakal graduan... Saya keluar dari target konvo mungkin kerana saya benar-benar perlu menambah 1 semester lagi menjadikan tempoh pengajian saya menjangkau 3 tahun dan 1 semester yang lagi berbaki 5 semester memandangkan saya benar-benar sudah berada dilapangan minor media (Tahniah buat saya dan semoga berjaya ya)..hm...

p/s kehilangan fokus termasuk dalam penulisan.. Tidak kerana inilah yang ingin disampaikan




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

2 Perkongsian:

  1. Salam.. Mungkin lari ckit dr entri..ana asyik tertanya2, knp banyak perempuan lebih bijak menggunakan kosa kata dengan lebih sempurna berbanding lelak?? Ini melalui pengamatan ana melalui pembacaan blog2 individu.. Jika lelaki, mungkin banyak kosa kata yang digunakan namun ia tidak diletakkan dengan sempurna dalam kaedah penulisan..

    Kedua, takziah atas kehilangan hp.. ada hikmahnya tu.. Yg seterusnya, bagi pandangan ana secara peribadi, kritikan blog ini blog politik tidak menjadi masalah sebenarnya kerana apa entri yang terkandung dalam blog sebelum ini semestinya menjadi minat tuan blog tersebut. Jadi, blog merupakan salah satu medan utk mengupas sesuatu isu atau kisah berdasarkan kefahaman dan pandangan kita secara peribadi.. Jadi, kritikan seperti itu merupakan satu 'sekatan' idea dan minat sesuatu individu.

    Ana berharap pandangan ana ini tidak bersikap keterlaluan..

    ReplyDelete
  2. w'salam

    "knp banyak perempuan lebih bijak menggunakan kosa kata dengan lebih sempurna berbanding lelak??"
    hmm..yang ni ana nda berapa pasti...ya ka?

    Terimakasih atas pandangn yg sangat dialu-alukan..nda keterlaluan pun...
    hmm..tapi ada sebab kenapa wajah blog ni perlu di tukar siiiikiiit.. persediaan turun ke lapangan ummah dan tampil lebih profesional

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design