22 November 2008

Penulis Cinta Berjiwa Pejuang




 

Alhamdulillah..pada 15hb lalu saya diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan seorang lagi penulis yang hebat dan mendapat tempat dihati sekian begitu ramai orang tidak ketinggalan saya sendiri..

Walaupun pada awalnya, kang Abik dijangka akan memulakan bicaranya pada jam 2.30ptg tapi mungkin atas kesilapan 'informasi' dan masalah-masalah yg tidak dapat dielakkan maka majlis tersebut terpaksa ditangguhkan ke malam.

Menariknya kisah beliau, sepulangnya dari Cairo beliau mula memerah otak bagaimana cara yang paling efektif untuk beliau berdakwah kepada golongan remaja khususnya. Lalu satu idea timbul untuk beliau berceramah pada golongan ini di kedai-kedai buku (bahasa indonesianya toko-toko buku). Dan bertitik tolak dari idea itulah tercetusnya satu method yang berkesan saya kira dan tampak hasilnya hingga akhirnya terjun ke bidang perfileman dari asalnya hanya sekadar novel.

Kenapa Furqan diceraikan dengan Anna Althafunnisa..Tidak Adil!!!

Soalan pertama yang ditanya oleh ukhti Ummu Hani(penulis Malaysia) adalah "kenapa Furqan di matikan..Tidak Adil"
Soalan yang menarik,sempat saya berdialog. Kalau anda pernah membaca buku Kang Abik
bertajuk "ketika Cinta Bertasbih", anda akan terbayang kan satu watak yang diberi nama Furqan yang menghadapi konflik terkena jangkitan HIV, dan kerana itu dia yang sangat mencintai Anna Althafunnisa mengambil langkah merahsiakan penyakitnya asal hasratnya tercapai untuk berkahwin dengan gadis idamannya..

Penonjolan watak Furqan dalam konflik ini pada saya juga tidak adik. Kesian kat Furqan. Walau apapun saya juga suka Anna dijodohkan dengan Azzam. Cuma sangat kesian kepada Furqan yang rupanya penyakitnya dia hanyalah tipu daya belaka. Sangat menyedihkan...

Mungkin apa yang Kang Abik cuba untuk 'berikan maksud' di sini adalah bahawasanya jodoh itu ditangan Allah. Walauapapun yang berlaku jika memang si dia ditakdirkan untuk kita maka akan bertemu juga jodoh akhirnya dan begitulah sebaliknya, hatta walau sudah berkahwin kalau dia bukan untuk kita maka akan terpisah jua. Dan pastilah Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Filem Ayat-Ayat Cinta tidak SAMA dengan Novel Asal

Saya juga sedih dan kecewa saat menonton filem yang dikatakan hebat sama seperti novelnya "ayat-ayat cinta". Sangat mengecewakan kerana filemnya tidak sama dengan
novelnya. Bahkan pada saya sudah terlari jauh dari asalnya. Adengan yang paling saya tidak gemar adalah kehadiran Maria yang menganggu kebahagian Fahri dan banyak lagi. Watak Aisya yang kelihatan seperti "pandai melawan suami" walau hanya sedikit sangat-sangat tidak saya sukai. Berbeza sungguh dengan ciri-ciri wanita solehah yang antara menjadi tema dakwah novel asal dan sewajibnya filemnya juga begitu.

Dan soalan itu juga telah ditanyakan oleh salah seorang penonton malam itu. Puas hati mendengar jawapan dari Kang Abik malah saya sempat berasa sebak. Mana tidaknya, sedih bila memikirkan karya yang diusahakan berhempas pulas di'modify' tanpa pengetahuan.

Menurut Kang Abik , dia berusaha untuk memantau pembikinan filem itu, tetapi apakan daya seorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia perfileman. Kalau
  
menurut perjanjian asal, Kang Abik mahukan seorang pelakon yang berjilbab di dalam filem juga berjilbab luar filem. Bahkan dia sudah mencadangkan satu nama pelakon luar Indonesia kerana tidak berhasil menemukan pelakon tempatan yang berimejkan jilbab.

Malangnya baru beberapa hari out station segalanya sudah berubah. Rupanya sidang media telah dilakukan. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Kang Abik waktu itu selain dari bersabar. Dn lagi, Kang Abik mahu setiap pengambaran akan dipantau oleh beliau sendiri. Tetapi tidak begitu bahkan hampir keseluruhan dari pengambaran dilakukan tanpa makluman kepada beliau.

Saya sendiri rasa sangat geram mendengar ceritanya Kang Abik.

Menguasai Dunia Perfileman

Kang Abik sempat berpesan, kalau kita mahu melihat filem yang islmic sepenuhya maka perlu kepada kemahiran dari penulis skrip hinggalah berlakon dan hinggalah pangung wayang..

Dan saya bersetuju dengan kata-kata beliau. memang kita kena menguasai teknologi untuk memperlihatkan kepada dunia betapa indahnya Islam.

Sangat menarik.. Semoga saya mampu menjadi seperti dia..aminnnn






JORDAN..

1 Perkongsian:

  1. jemput baca ulasan program yg sama -

    http://ilmuwan-w.blogspot.com/2008/11/bedah-buku-ketika-cinta-bertasbih_1053.html

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design