22 November 2008

LAKIUM medan pemimpin muda Islam




Walau pada asalnya saya sangat tidak berminat untuk mengikuti program ini. Pada fikiran saya sudah pasti program ini membosankan. Bukan kerana aktivitinya yang membosankan, tetapi pada fikiran dangkal saya merasakan program seperti ini bukanlah 'tahap saya'. Riak bunyinya..dan saya akui hakikat itu.

Alhamdulillah, Allah bukakan juga hati saya untuk pergi ke sana walau jasad saya kehilangan roh ketika masih berada di dalam bas dalam perjalanan ke sana. Bahkan roh saya masih berkeliaran di Universiti Malaya walaupun jasad sudah sampai ke Bukit Langong.

Hanya berbekal semagat "ingin membina ukhuwah" dengan sahabat-sahabat dari fakulti lain saya gagahkan tangan saya menarik roh untuk sama-sama berada di tapak program..

Alhamdulillah, matlamat saya tercapai walau hanya 60% saya kira kerana saya berjaya mendapat ramai sahabat baru yang kesemuanya insyaAllah bakal pendokong gerakan Islam juga mungkin menjadi pemimpin yang hebat beberapa selang masa sahaja lagi.

Dan sebenarnya perasaan "diri ini terlalu baik" telah dilunyaikan oleh hakikat bahawa masih banyak perkara yang saya tidak tahu. Dan berpeganglah bahawa setiap program itu pasti ada perkara baharu yang bakal ditemui.

Kuasa untuk Memimpin

Perlunya keterlibatan umat Islam dalam politik bukan sekadar menonjolkan bahawa Umat Islam mampu mengungguli politik. Tetapi matlamat asal dan yang sepatutnya dan sewajibnya untuk mencari kuasa adalah demi Daulah Islamiah. Maka untuk itu seramai mungkin para pejuang dan pemimpin perlu dilatih.

Semoga semua yang hadir menjayakan LAKIUM akan tampil sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat dan tampil memerintah dunia...AMINN






JORDAN..

2 Perkongsian:

  1. sama2 kita gegarkan dunia dengan kekuatan islam yang sebenar...sama2 kita pimpin dunia ini... wujudkan kembali zaman khilafah islam...takbir!!! ALLHU AKBAR!!!!

    ReplyDelete
  2. semoga kader LAKIUM dapat menggerakkan perubahan dan memimpin kebangkitan mahasiswa Islam di kampus,

    perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tidak akan mampu dicapai dengan sekadar retorik indah semata-mata.

    semoga kader LAKIUM mampu mnejadi aktivis dakwah yang aktif dan seimbang aspek aktivisme-intelektualisme-idealisme-spiritualisme

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design