23 November 2008

Manusia Ajaib : Dicampak ke Laut Tetap Timbul.




Semalam sewaktu keluar membeli belah, pada asalnya saya dan sahabat-sahabat hanya bercadang untuk berlegar disekitar masjid India (sebelum ini saya ada bercerita tentang saintis dunia yang saya temui). Tetapi dek kerana barang yang dicari tidak ditemui, kami melangkahkan kaki ke Pasar Seni. Asalnya ingin berjalan kaki, tapi kerana kesian pada kaki, kami mengunakan perkhidmatan LRT.
Suasana hiruk-pikuk kota metropolitan begitulah saban hari, penuh dengan manusia yang mengejar kesenangan dunia. Dengan berbagai reaksi dan ragam. Waktu itu jam sudah menunjukkan angka 6 dan lebih sedikit. Bimbang juga kami jika terlajak hingga ke Maghrib. Iyalah. Muslimat mana yang tidak bimbang, berada ditengah-tengah kota metropolitan yang penuh dengan kisah bahaya. Mujur kami tergolong dalam golongan muslimat yang dididik dengan pakaian sempurna seusai seorang muslimah ..insyaAllah. Dan benarlah ayat Allah :

59. Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Ahzhab: 59


Subhanallah..

Inilah yang dipesankan kepada seluruh kaum Hawa bahawa perlunya menutup aurat agar kita senang dikenali dan tidak ada yang berani menganggu dan membahayakan kita. Bahkan semua gejala sosial akan dapat dibendung kerana fitnah dan dugaan paling besar bagi lelaki dipelihara daripada menjadi tontonan.

Seperkara lagi yang sering menjadi hujah, antara buah yang berbalut usai dan buah yang terdedah saat menunggu ia masak, antara keduanya mana yang akan tampil dengan rupa yang menyelerakan, segar, dan lebih berkhasiat..pasti yang berbalut usai bukan? Kerana balutan itulah yang melindunggi buah tersebut dari di makan serangga perosak, diri dimamah kepanasan matahari, dihujani hujan saban hari. Berlainan dengan buah yang satu lagi yang sentiasa terdedah, entah berapa banyak serangga perosak sudah hinggap padanya. Bahkan mungkin sudah berulat di dalamnya.. Umpamanya wanita yang menutup aurat usai dengan wanita yang terdedah sana sini.

Begitulah Islam mengangkat martabat wanita. Islam mengariskan bahawa AURAT ITU WAJIB DITUTUP. Maka apa lagi yang hendak dibidas? Apa lagi yang hendak di lawan, Apa lagi yang hendak di cabar? Atau anda mahu dibakar lunyai di dalam neraka? Nauzubillah...

Dah lari dari tajuk ni.. hehe, Itu hanya muqaddimah..

Apa yang saya ingin kongsikan kali ini sebenarnya adalah sewaktu sahabat saya yang seorang lagi masuk ke dalam ‘guardian’ berdekatan dengan bangunan ‘central Market’ saya dan seorang sahabat lagi duduk di kaki lima (nak panggil apa ya tempat kami duduk tu). Jangan salah faham, bukan duduk bersila kerana kami belum terfikir untuk minta sedekah, tapi duduk seperti orang biasa di atas emm para kotak bungga kot. Bukan kotak tapi semen..ala kan biasa kita singgah duduk di para pasu bunga semen ditengah-tengah antara bangunan tu..hmm (boleh bayangkan tak?) lantak korang la..hehe..

Dan kebetulan pula, ada tiga orang jejaka dengan gitar dan yang seorang tu berambut panjang..nasib baik tak “rebonding style” membuat persembahan free. Menarik! Menyanyi lagu inggeris..antara bait yang saya ingati ialah

“please love me too..hu hu hu”


Ntah apa-apa lah..Mungkin kurang kasih sayang kot.hehe.. Kan indah kalau bait-bait lagu tu ditujukan untuk Allah kemudian didendangkan oleh mereka bertiga dalam pakaian menyerupai Raihan ditempat yang sama dan masa yang sama. Wah..mungkin akan menghadirkan roh ketenangan awal sebelum lebih khusuk menunaikan solat Maghrib. InsyaAllah kita doakan..amin..

Saya berfikir “macam tak pecaya aku ada kat Kuala Lumpur, dulu tengok kat TV sekarang depan mata sendiri”.

Lalu timbul dalam benak saya bahawa memang dan sememangnya, dunia kota metropolitan ini terlalu banyak dugaan dan cabaran. Insan mudah dihanyutkan dengan dunia, mana tidaknya silap langkah sedikit pasti terjun ke kancah dosa. Alhamdulillah, Suasana yang boleh mempengaruhi minda berhijrah kepada dunia sosial itu dapat kami jana dengan fikiran waras. Setakat ini dan mudah-mudahan Allah lindungi kami dan kita semua dari tersungkur di dada dunia.. Nauzubillah...

Sempat saya teringat kata-kata yang disampaikan oleh penceramah jemputan sewaktu program LAKIUM baru-baru ini ( ustaz slot disiplin, gelaran ‘kami’ kepadanya..hehe..) yang memperkatakan tentang Akidah. Mudah sahaja katanya, Akidah itu

“ikatan, ikat. Ha kan mudah. Kalau ikatan kuat, campak ke manapun, campak ke laut pun akan selamat, ”

Dahsyat..betul ke campak ke laut selamat?? Kalau tak tahu berenang bagaimana? Kalau ada jerung ke, sotong kurita ke, naga laut ke, anaconda ke, tak pun dainosor..naya... Silap-silap kenduri arwah.. Kalau ada Supermen nak tolong tak pe juga..

Mengarutla pula..

Tapi benar wahai anda-anda..Andai kita punya akidah yang kuat. Maksudnya keterikatan kita pada Allah kuat, keyakinan dan iman yang mantap, meletakkan Islam di maqam yang tinggi dalam diri insyaAllah dicampak ke lautan pun akan selamat. Kerana tiada yang mustahil bagi Allah!!!

Biarpun suasana metropolitan yang melalaikan, tapi andai kita berpegang dengan ikatan yang kuat pada Allah, kita akan mampu melihat segalanya dari sudut pandangan mata ilmuan agama. Kita mampu menilai segalanya berdasarkan garis panduan anugerah Allah. Kita akan mampu menghadapi segalanya dengan berbekal Iman dan fikiran waras menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang membawa ke Syurga dan mana yang membawa ke Neraka. Itulah kuasa Akidah Islam.

Duduk saya di sana saat itu mendapat sesuatu pengajaran bahawasanya, manusia ini akan sentiasa berfikir dengan ligat dan akan segera menterjemahkan sesuatu itu dalam bentuk realiti. Dan begitu perlunya Aqidah yang mantap akan memandu corak pemikiran seterusnya memandu terjemahan realiti.

“penulisan saya terhenti seketika mendegar hiruk-pikuk teriakan sumbang manusia di kolej 12..gembira sungguh mereka, mudah-mudahan di Akhirat nanti juga bergembira..aminn..”


Dan percayalah jika akidah kita kuat, dicampak ke laut mungkin akan timbul. Kerana keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa memelihara kita dan membantu kita. Doa dan selawat menjadi pelindung. Ayat-ayat suci Allah disimpan di dalam diri untuk digunakan setiap masa apa lagi jika ditimpa musibah.

Solat di setiap selang waktu sebanyak 5 kali sehari cukup untuk menambahkan tenaga dan ketenangan. Cukup sebagai medan peluang memohon perlindungan. Cukup sebagai bukti pertalian kita dengan Sang Pencipta yang tidak pernah putus.

Semua itu mengambarkan bahawa hanya berpegang seeratnya pada tali Islam sahaja yang akan menyelamatkan kita dari hanyut dibawa arus thunami dunia. Benarkan? Dicampak ke lautan kiasan dunia global juga boleh selamat.

Hanya berpegang dengan Akidah!!! Bagaimana caranya,, carilah Islam, fahami Islam, dalami Islam, hayati Islam, definasikan Islam dalam kehidupan seharian, jangan lupa doa pada Allah moga dipertemukan dengan Islam yang sebenar....Pasti hidup akan terasa indah..saaangat indah..

Semoga kita semua akan sentiasa dilindunggi Allah..Sirru ala barakatilLah....

Allahua’lam



JORDAN..

3 Perkongsian:

  1. mantap dan berisi... Semoga kita semua istiqamah di landasan Allah... Allahuakbar!!

    ReplyDelete
  2. KL.. KOta Metropolitan.. Gahnya nama dia..

    entahla.. bla turun KL, kepala saya berdenyut-denyut.. NAfas sesak.. DAn kalau duduk seminggu maybe bole mati lemas..

    Mcm-mcm orgnya.. Paling teruk time g meetg pejabat Agung.. Apa taknya.. lalu lorong Hj tuuttt.. Org pakai kopiah pun kena kejar dan kena offer. Ibarat kalu nak buat jahat tue, mcm petik jari lagaknya.. begitu mudah..

    Saya teringat Firman Tuhan.. 'Bila bertemu Hak dengan BAtil, Maka Batil itu pasti hancur berantakan'.. So, kita OPTIMIS! Maybe blom smpi masanya..

    We work for iT!

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design