Profesor Douglas Osheroff, pemenang Anugerah Nobel
dan
pakar Fizik dari Universiti California
Pertama kali melihat seorang warga emas sedang menulis sesuatu di atas white board bawaan sendiri dan dia dikelilinggi sejumlah ramai orang di kaki lima hadapan Maydin berdekatan Masjid India, saya berasa terpegun. Hati berkata "ada apa ni". Menariknya warga emas tersebut mengenakan baju jubah dan mempunyai janggut juga berkopiah.. KAGUMM
Saya turut berhenti dan memerhati apa sebenarnya yang berlaku, malangnya sebaik beberapa minit saya menjadi pemerhati, azan zohor berkumandang dan dia pun menamatkan sessi pengajarannya. Sedih.
Semua orang kelihatan beredar, dan masa inilah saya rasakan masa yang sesuai untuk saya menghampiri dia dan bertanya beberapa soalan kepadanya..Bimbang jika tidak bertanya nanti tak dapat pula tidur nyenyak kerana otak penuh tanda tanya. Apa lagi bila melihat kertas yang tergantung di bajunya bertulis "Saya ketua Saintis Dunia".
"Assalamualaikum pakcik" saya memulakan bicara
"waalaikummussalam, nak beli ke?"
"emm apa dia ni pakcik"
"harga RM5 sahaja"
"waalaikummussalam, nak beli ke?"
"emm apa dia ni pakcik"
"harga RM5 sahaja"
Pakcik tadi menghulurkan kepada saya senaskas buku ( buku yang hanya difotostat mengunakan kertas f4 ). Saya meneliti buku tersebut..di dalam hati saya tidak terdetik pun untuk membelinya pada awalnya.. Tetapi perbualan antara saya belum terhenti. Atas rasa tanda tanya yang berbalam-balam hingga menyesakkan otak menyebabkan nafas saya tersekat menyebabkan saya terus bertanya.
Cerita pakcik itu yang memperkenalkan namanya sebagai Abdul Halim Bustaman. Dia menghabiskan masanya mengkaji mengenai matematik hampir seluruh hidupnya.
"adik ni belajar mana?"
"Universiti Malaya pakcik"
"oh..Fakulti mana dan jurusan apa?"
"akademi pengajian Islam jurusan Usuluddin"
"oh sekarang pakcik dengar dah ada yang ambil sains tetapi ambil agama juga kan?"
"ya pakcik..kat UM ada juga yang ambil jurusan sains gunaan dan pengajian Islam"
"oh..jadi nanti kelauar jd apa?"
"ikut merekalah..boleh jadi doktor dan sebagainya"
"jadi nanti akan lahirlah seorang doktor yang berpengetahuan agama"
"Universiti Malaya pakcik"
"oh..Fakulti mana dan jurusan apa?"
"akademi pengajian Islam jurusan Usuluddin"
"oh sekarang pakcik dengar dah ada yang ambil sains tetapi ambil agama juga kan?"
"ya pakcik..kat UM ada juga yang ambil jurusan sains gunaan dan pengajian Islam"
"oh..jadi nanti kelauar jd apa?"
"ikut merekalah..boleh jadi doktor dan sebagainya"
"jadi nanti akan lahirlah seorang doktor yang berpengetahuan agama"
Pakcik tersebut meneruskan bicara, bahawa Islam itu perlu diutama dalam apa jua keadaan. Sains tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Dia juga bercita-cita untuk membuka makmal yang diberi nama "labGod" iaitu "makmal Tuhan"
"Pakcik apa yang pakcik buat ni sebenarnya pada saya mengambarkan satu gambaran yang baik tentang Islam. Orang akan melihat bahawa Islam itu maju kedepan tambahan lagi dengan penampilan pakcik yang macam ni"
Ujar saya kagum"kita perlu memperlihatkan bahawa Islam itu bukan terorism. Walaupun pakcik pakai macam ni, pakcik cuba membuktikan bahawa Islam itu bukan terorism. Islam itu indah. Islam itu lengkap. Mengenai terorism pada pakcik kalau kita betul-betul mahu berjuang pergilah ke Afghanistan atau Palestin. Bukan membuat huru-hara di tempat yang aman. Itulah Islam dianggap sebagai terorism. Macam yang kes Bali tu, itulah Islam dianggap terorism. Islam perlu menguasai politik. Pada pakcik kerajaan perlu bergabung dengan pakatan rakyat, duduk semeja dan fikirkan untuk Islam. Baru Malaysia akan maju sebagai negara Islam."
Ujar pakcik dengan panjang lebar.Setelah membayar wang sebanyak RM5, saya minta diri untuk beredar.
" Terimakasih Pakcik. Saya doakan semoga impian pakcik tercapai dan pakcik dimurahkan rezki.."
Sangat menarik..saya kagum sendiri. Tambah lagi apabila membelek buku yang ada ditangan saya yang diselitkan dengan beberapa keratan akhbar dan majalah mengenai beliau. Malahan hasil kajian beliau telahpun diiktiraf oleh Pakar Otak Amerika Dr. Kenneth Weason. Beliau juga pernah bertemu dan duduk berbincang mengenai kajian beliau dengan Profesor Douglas Osheroff, pemenang Anugerah Nobel dan pakar Fizik dari Universiti California. Hebatt.. Tidak habis lagi kekaguman saya pada beliau.
Dugaan yang beliau hadapi bukan sedikit. Kerap kali beliau dikatakan gila oleh mereka yang lalu lalang ketika beliau memberikan kuliahnya. Tetapi kagumnya beliau tetap sabar dan tetap meneruskan usahanya dengan niat bahawasanya apa yang dia lakukan adalah sedekah dan hanya mengharapkan redha dan berkat Allah.
Alhamdulillah saya belajar sesuatu hari ini.. Dan buku ini akan saya abadikan bukan sahaja sebagai buku bacaan tetapi juga sebagai sumber inspirasi agar saya mampu berfikir di luar kotak pemikiran, kreatif dan praktikal juga tabah dan cekal seperti Pakcik Saintis Abdul Halim Bustaman, 55.
Butiran ringkas mengenai beliau
Nama : Abdul Halim Bustaman
Umur : 55 thn (2008)
Pekerjaan asal : Bekas guru matematik
Pencapaian :-
- Ogos 1992 : membentangkan seminar wacana bertajuk pemikiran lateral, satu penilaian Kritis.
-1997 : Menjayakan seminar ketemadunan di UM
-Penghargaan dan pengiktirafan dalam dan luar negara
-Bertemu dan duduk berbincang mengenai kajian beliau dengan Profesor Douglas Osheroff, pemenang Anugerah Nobel dan pakar Fizik dari Universiti California
-hasil kajian beliau telahpun diiktiraf oleh Pakar Otak Amerika Dr. Kenneth Weason
dan banyak lagi..
No. Telefon : 013-6655254
JORDAN..
sy jga ada sdikit pngalaman berbual-bual dgn 'Ketua Saintis Dunia' ini ketika dia hadir ke APIUM.
ReplyDeleteMemang bnyk dia menekankan aspek pemikiran saintifik.
Bincang psl politik smasa pun dia lihat dari aspek saintifik.
(kemenangan pakatan rakyat di Perak dan kaitannya dgn peta negara Zionis,panjang ceritanya..)
siap kaitkan lg dgn jumlah tempat wuduk di masjid negara...
kaitan hadith 'buih' dgn playaran azhar mansur
teori 'kebetulan'-lagi pnjg ceritanya..
di expo PWTC dia ada dgn krtas tergantung di jubahnya..
di prgram pertanian MAHA dia ada..mengajar matematik(dlm BM -Bi)....mahu membuktikan org melayu juga pandai matematik....org cina-india-plancong asing juga kagum dgnnya,,
mengubah tanggapan org tentang pemakai jubah dan serban dll...
mungkin klu ada kesempatan saya mahu menemubual beliau tentang pmikiran 'gila-gila' nya...
salam..
ReplyDeletehebat2.. ana pun pernah jumpa during my first time trip to KL..
Tapi.. mgkn oleh sbb tiada proses 'menyalurkan' potensi dia yg ada.. itu sebab potensi itu hanya dikongsi oleh pejalan-pejalan kaki sekitar masjid India..
Nak kongsi satu cerita.. kat kg ana pun ada lg hebat.. Dia mengaku keturunan DiRaja.. Siap ada pengesahan dari putera Charles UK.. tapi.. masih jg tinggal di pondok usangnya d kg.. (",)
Salam,ramai gak penah jumpa ye ek?
ReplyDeleteBaru minggu lepas jumpa kat Pekan Buku,
ye tengah belek2 buku, saya pegi tego.
Kenalnya sebab penah denga ye ngaja depan masjid Jame'. Tapi time kat pkan buku tu ye pakai tag yang lain,bunyiknye
"I'm smarter than einstein,
x=sr2
e=mc2 "
Masa tu ada la benda ye tnya sy, nnti sy citer blek. tapi teknik ye nak blaja math mmg power la, mmg karus direspek.
Assalamualaikum....
ReplyDeleteSaya telah bertemu dengan ketua pengarah UNESCO di KLCC sewaktu persidangan INTERNATIONAL PLANET YEAR dan telah mengemukakan satu soalan yg turut didengar oleh Prof2 dari IPTA M'sia.
drpd: ketua saintis dunia
sila layari website beliauhttp://abdulhalimbistamam.com/..atau hubungi no barunya 0134570068
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteVery nice post. Please keep writing.
ReplyDelete