11 November 2008

Demonstrasi Cabar Fatwa..Melampau!!







hanya gambar hiasan


Pelik tapi benar. Betapa prihatinnya warga Malaysia siapa yang sangka. Buktinya kejadian yang masih 'panas' berlaku baru-baru ini apabila sekelompok anak muda berdemonstrasi membantah fatwa berkaitan 'pengkid'.

Yang peliknya demonstrasi ini dilakukan oleh non-muslim walaupun ada juga anak-anak muslim (tak logik bagi seorang muslim yang menentang agamanya sendiri..crazy!!). Berikut adalah sedikit sedutan yang saya perolehi dari you tube:



Laman Sekitar Isu

Lihat definisi fatwa di sini [link]

Persatuan Ulama Malaysia [link]


Mahasiswa kini[link]

Laman Web Rasmi Pengkid [link]

Pengkid Cabar Fatwa: MyMetro [link]

Majlis Fatwa Putuskan Pengkid Haram : Utusan Online [link]

Pengkid Kini Lebih Berani : Utusan Online [link]

Pengkid di Selamat Pagi Malaysia [link]

Minda-Mahasiswa : Ustaz Ridzuan [link]

Islam Bukan Untuk di Cabar

Sejak akhir-akhir ini golongan non-muslim semakin berani mencabar Islam secara terang-terangan. Belum berapa lama dulu, isu Lina Joy, cetusan isu IFC yang mencabar undang-undang syariah, disambung Forum Bar Council dan kini domonstrasi mencabar fatwa. Dan saya percaya ini hanya beberapa isu around the corner yang berjaya mendapat liputan meluas. Tidak termasuk dengan kes-kes terpencil.

Mereka sehingga sanggup melakukan demonstrasi sedangkan selama ini banyak tentangan yang dilakukan mengenai demonstrasi. Mencetuskan huru-haralah, menganggu keamanan lah, Terorism lah, tak masuk akal lah dan macam-macam lagi label yang diberikan kepada golongan yang sering berdemonstrasi demi keadilan. Tetapi kejadian baru-baru ini sebenarnya sangat mengejutkan kerana ini juga membuktikan bahawa anak-anak muda Malaysia sebenarnya sangat bersetuju dengan demonstrasi dan anak-anak muda Malaysia sebenarnya peka dan suka untuk respon terhadap isu semasa.

Tapi demonstrasi yang ini saya kira tersalah letak tujuan. Kerana apa?

1. fatwa hanya untuk Muslim dan tidak berkaitan dengan non-muslim

2. Remaja Islam yang terlibat menentang fatwa ini, perlu mengkaji terlebih dahulu tentang Islam itu sendiri dan kalau perlu buatlah solat istikharah sebelum melakukan demonstrasi.

3. Selaku wanita bertindaklah seperti wanita dan jangan memalukan wanita. ( saya tidak mengatakan tindakan ini memalukan )

Banyak perkara lagi yang perlu kita peka dan respon. Tetapi ini juga yang menjadi pilihan. Allahua'lam


5 Perkongsian:

  1. fakta video ni:
    1)hampir semua yang kelihatan 'berdemo' ini bukan islam.chinese ramai
    dan india..
    2)antara tagline dan kata2 yang dikeluarkan dan dipaparkan spjg berarak
    "Short hair,who care..STUPID FATWA EVERYWHERE"
    "Moral diri BUKAN penentu kestabilan masyarakat"
    "Tomboy is not A CRIME"
    "Keadilan untuk semua tanpa batasan"
    "Lawan SEMUA FATWA menindas perempuan"-Main Banner
    "Berhenti mengawal pemakaian,tingkahla ku,dan pemikiran rakyat"
    yang menyakitkan telinga & hati apabila slogan "STUPID FATWA
    EVERYWHERE" di ulang-ulang. .dilaung2 sekuat hati..Ya ALLAH..apa nak jadi?

    GERAM sbb senang wenang melaung sesuka hati dan mengeluarkan ayat yang
    terang-terang menyentuh sensitiviti org ISLAM..
    dalam masa yg sama KESIAN atas dasar mereka ni BUKAN ISLAM dan TAK
    FAHAM ISLAM..tak FAHAM fatwa tu dikuatkuasakan tuk org ISLAM je..

    persoalannya. .kenapa begitu berani sampai berarak di kwsn terbuka dan
    menyuarakan isu berkaitan Agama secara terbuka?

    ReplyDelete
  2. yang paling jelas konflik --> "Moral diri BUKAN penentu kestabilan masyarakat" . Jika bukan moral diri yang menjadi salah satu penentu kestabilan masyarakat, apakah yang tidak bermoral yang menentukan kestabilan masyarakat? Bagaimana? Rogol, rompak, ragut, bunuh dan cabul? Itu yang menentukan kestabilan masyarakat? Tak nampak pula fatwa-fatwa yang dikeluarkan tu menindas perempuan... tindas tang mana ya? Oh... mencegah jenayah rogol dan maksiat itu tindas ya? :) Maaf ya ukht, ter'emosi' di blog anti.

    ReplyDelete
  3. Kalau perkara ini dibiarkan berleluasa,saya tak pelik kalau suatu hari nanti malaysia akan jadi seperti di Indonesia.

    hari ini geng pendokong pengkid@tomboy dan sebagainya berdemonstrasi.

    Mana tahu lepas ni geng pendokong pondan,maknyah,gay,lesbian,ajaran2 sesat,punk,black metal,skinhead dll pula yg buat demonstrasi.

    Mereka hanya menunggu peluang sekarang setelah mlakukan 'kaderisasi' sekian lama.(melalui laman web,program2 underground dll)

    Mereka akan mngambil kesempatan terutamanya apabila kekacauan - ketidakstabilan politik-ekonomi dan perpecahan antara kelompok Islam.

    Apabila kita lemah,mereka akan kuat.Kelemahan kita merupakan kekuatan mereka.

    Sebab itu ahli-ahli-pendokong2 penyokong2 parti politik seperti umno-pas-pkr(yg melayu-islam) jangan terlampau berpolitik sampai menggadaikan ukhwah islamiyah.(kepentingan ummat lebih penting drpd kpentingan pribadi-parti dll)

    ng02 islam(abim,jim,pkpim,pmium,gam is,karisma,nisa',isma,macma,teras...jakim-yadim-perkim ...tabligh.PUM..dll kena banyak melakukan program2 bersama(sperti PEMBELA(kes Lina Joy yg berjaya mnyatupadukan ngo2 islam-Lakium PMIUM-PUM dan liqa duat PMIUM-PKPIM-KARISMA-TERAS dll) .

    Kita jangan mengharapkan sahaja kpd parti2 politik.NGO2 pun kena kuat.

    Tahniah kepada YADIM atas usaha menyatupadukan ngo2 islam di bawah majlis amal islami malaysia

    rujuk http://www.yadim.com.my/yadim/maim.asp

    muktamar majlis amal islami malaysia 2008(21 Disember ini)-rujuk

    http://www.yadim.com.my/Muktamar2008/index.asp

    Lihat shj perjuangan bangsa cina(bukan Islam) yg bukan shj mletakkan harapan kpd parti politik(mca-gerakan-dap ),surat2 khabar, tetapi agak kuat ngo2 mrk trutamanya dlm perniagaan dan pendidikan (Dong Jiao Zong).

    ReplyDelete
  4. "Untukmu agamamu... Untukku kebenaran tuhanku"

    Itulah bila orang bukan Islam cuba memanipulasikan isu.Bila saya lihat video ni hati saya kata apa ke bodohnya orang macam ni mengaitkan isu fatwa dengan hak kebebasan mereka. Bukan berkaitan dengan diorang pun. Fatwa tu untuk yang Muslim ni... Kalau pun yang pengkid-pengkid budak perempuan melayu ni katalah tak mahu berubah still nak juga jadi pengkid, sebenarnya pengumuman tentang fatwa tu akan membuat masyarakat sedar dan pengkid-pengkid melayu mula berfikir... dan sebenarnya emak ayah pengkid yang bukan muslim pun bukan suka anak-anak perempuan diorang ni berperwatakan lelaki... usah di layan orang-orang yang minority tu, nengok sahajalah, mana ada orang nak join pun demo diorang tu. Diorang jek yang syok sendiri.

    ReplyDelete
  5. Mungkin, perlembagaan yang menyebut Islam sebagai Agama rasmi malaysia perlu didefinisi semula, agar tidak ada yang mencemar perlaksanaan islam dengan kutukan orang yang jahil

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design