04 November 2008

Kembara Taubat



"Wilayah ini hanya tempat untuk orang-orang yang beriman. Apa hajatmu datang ke sini?"
"aku hendak masuk ke wilayah ini.Izinkan aku masuk..izinkan aku masuk"
"maaf, kau tidak dibenarkan masuk"
"tidaaaaaaaaaaaaaaaak"

Ya Allah, mimpi itu datang lagi dalam sedarku..
takut,bimbang, getar semua perasaan datang kala ini bertimpa-timpa. bagaimana jika benar dipengakhiran hidup ini jadi begitu. Astaghfirullahhalazim..Nauzubillah.. Tapi diri ini hamba berdosa. Layakkah untuk mengecapi bahagia di wilayah orang-orang beriman?

(Tuhanku..ampunkanlah segala dosaku..Tuhanku maafkanlah kejahilan hambamu..bilakah diri inikan kebali kepada ftrah sebenar..pagiku ingat petang ku alpa..begitulah silih berganti..

oh Tuhanku KAU pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu.Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dariMU..

Tuhan diri ini tidak layak ke SyurgaMu..Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu..
)

Aku jadi binggung sendiri, satu persatu bayangan silam hadir menganggu-gugat perasaanku, walhal saat ini perasaan milikku sedia berkecamuk. Bukan hanya waktu ini ia jadi begitu..tetapi kerap kali.Kerap kali sehingga air jernih dari pelupuk mata ini sudah hampir kering, merajuk tidak mahu keluar lagi..

Jika ku hitung melalui bayangan itu, pasti dosaku sudah mengunung tinggi..
teringat kata-kata seorang ustaz

"setiap kali kita melakukan dosa, aras dosa itu akan naik(sambil tangan kanannya menunjukkan aras setinggi bahunya)..Kemudian kita tutupi dosa itu dengan kebaikan-kebaikan yang kita harapkan dapat pahala darinya,,lalu pahala itu tingginya begini( tangan kanannya juga diangkat sama tinggi dengan tangan kiri). Tapi kita masih melakukan dosa. Dari sehari kesehari dosa itu bertambah ( tangan kiri di angkat makin tinggi), dan begitu juga pahala. Tapi apakah kamu kira dosa ini akan turun ketinggiannya? tidak, ia akan tetap kekal begini, hanya pahala sahaja yang akan mengejar tingginya dosa. Penentuannya hanya sama ada pahala kita mampu menyainggi dosa kita atau tidak"

Bayangkan saja kalau pahala ku tidak mampu menyainggi dosaku, bahkan hari-hari yang kulalui tetap saja menambah dosa. Pahala bagaimana?

Air yang ku sangka sudah kering mengalir lagi..sesungguhnya air itu peneman setiaku kala ku bersendirian meneliti diri.

Andai saja masa boleh diputar kembali, akan ku lupuskan sejarah-sejarah yang tidak kusukai, lalu kuganti dengan lakaran-lakaran indah agar jiwaku kelak akan tenang. Tapi tidak mungkin malah mustahil itu semua akan berlaku..Hakikatnya akulah si pendosa yang telah melakukan kesilapan. Akulah si pendosa yang saat ini hanya mampu memohon ampun atas segala kesilapan.

(sebelum mata terlena ..dibuaian malam gelita..tafakur ku di pembaringan..mengenangkan nasib diri..yang kerdil lemah dan bersalut dosa..mampukah ku mengharunggi titian sirat nanti..membawa dosa yang mengunung tinggi..terkapai ku mencari..limpahan hidayahMu..

Sebelum mata terlena..dengarlah rintihan hati ini..Tuhan beratnya dosaku..tak daya ku pikul sendiri..hanyalah rahmat dan kasih sayangMu yang dapat meringankan..hulurkan maghfirahMu..Andainya esok bukan milikku lagi dan mataku pun tak pasti akan terbuka lagi..
)

Ya Allah adakah ruang lagi untukku memohon ampun. Hamba tahu ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi maha Mengasihani. Tapi layakkah hamba ini untuk di ampuni. Layakkah diri ini untuk memadam segala dosa yang telah hamba lakukan lalu mendamba memasuki SyurgaMu.

Perkiraanku andai ada balasan yang boleh menghapuskan dosa-dosa itu, aku redha menerimanya sebelum mataku terlena. Tapi mampukah aku mengalas balasan itu sebaik ketika balasan itu diturunkan? Seharusnya begitu kerana dosa itu perlu terhapus atau sekurang-kurangnya rendah ukurannya berbanding amalan untuk melayakkanku masuk ke Syurga Allah.

Aku sudah bernasib baik kerana mampu berfikir begini, aku sudah cukup beruntung kerana fikiranku masih waras untuk menilai semua ini seperti ini..Tapi aku bimbang kerana sekejap lagi pasti semua keinsafan ini akan hilang dan detik hidupku kembali melupai dosa lalu. Kerana perjalanan hidupku selalu begitu.

Ya Allah hambaMu ini selalu melupakanMu, tetapi nikmatMu tetap saja mengunung tinggi sebagai bukti Kau tidak pernah melupakanku..

Tapi Taubatku belum juga aku tepati.. Ya Allah Kau kekalkanlah diri ini dalam keinsafan yang berpanjangan. Biar cahaya taubat itu hadir,, biar kuasa taubat nasuha itu mengambil alih peranan mengawal minda dan perasaan. Lantas malam-malamku akan kujadikan medan untuk bersujud menginsafi diri.. Hari-hari kulalui ku pandui dengan cahaya keinsafan..agar jiwaku tenang hanya memikirkanMU..

Astaghfirullahhaladzim

2 Perkongsian:

  1. slm...sayu dan pilu hati ini sngt membca tzkrh ini...betapa bnyk dosa yg diri ini lakukan dengan disedari apatah lagi yg tak disedari....semoga ALLAH mengampunkan dosa2 kita...teruskan perjuangan jihad kamu yaa.sy doakan kamu berjaya dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  2. terimakasih anonymous..ana berbesar hati untuk mengetahui siapa gerangan sahabat ana ni(^_^)..
    semoga keimanan dan cahaya taubat sentiasa mengiringgi hidup kita..ameenn

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design