Beberapa hari ini, cerita hantu buatan Malaysia mula menjadi kegemaranku. Mungkin kerana dipenuhi oleh banyak masa kosong maka cerita-cerita seperti itu menjadi pilihan. Tambahan lagi kemudahan internet yang membolehkan memilih mana-mana cerita yang diinggini untuk dilihat menerusi laman you tube. Jimat dan mudah.
Bermula dari Kekasih ku seru, 'anak' lakonan Erra Fazira, Congkak, Waris Jari Hantu hinggalah Jangan Pandang Belakang. Dan yang terbaru menjadi tontonan ku dan sahabat-sahabat adalah Susuk.
Pada perkiraan kami melihat cerita-cerita seperti ini selain dari menguji tahap keberanian, juga boleh diambil pelajaran dan yang paling penting tiada 'eleman-elemant' yang tidak 'diinggini'.
Sememangnya Malaysia sudah melangkah jauh dalam dunia perfileman. Buktinya banyak anugerah-anugerah antarabangsa yang Malaysia terima dan sepatutnya aku sebagai anak Malaysia turut berbangga. Tapi entahlah adakah anugerah semacam ini yang lahir dari filem-filem yang melalaikan dan membuatkan penontonnya 'khayal' seketika boleh dibanggakan.
Kembali Kepada Allah
Walaubagaimanapun menerusi filem-filem seram ini tidak sedikit pengajaran yang boleh diambil. Antaranya yang paling menarik hatiku adalah bagaimana pengarah cuba menonjolkan bahawasanya apabila kita dalam kesusahan tetap juga kita akan kembali kepada Allah
Buktinya cara pengubatan yang digunakan di dalam filem seram ini lebih berunsurkan meminta pertolongan Allah. Dan ini satu yang amat boleh dibanggakan dalam 100 bahagian cerita.
Kekasihku Seru misalnya tetap mengunakan doa dan ayat Quran untuk menghapuskan 'waris'. Dan disaat kesusahan akan diperlihatkanlah pada kita pelakon tersebut dalam pakaian solat dan sedang bersolat atau berdoa. Menarik bukan?
Penonjolan Budaya Malaysia
Suatu ketika dulu aku pernah terbaca artikel tentang industri perfileman akan maju jika kita menonjolkan budaya kita sendiri lebih-lebih lagi yang berlatar belakang suasana sebenar Malaysia. Hujahnya kerana itulah satu kelainan dan pembaharuan untuk tontonan masyarakat dunia. Disamping boleh mempromosi Malaysia sebagai negara pelancongan yang menarik.
Walaubagaimanapun yang tidak sedapnya apabila penonjolan budaya ini melebihi dari yang sepatutnya. Elemant-elemant budaya sesat juga ditonjolkan. Seolah-olah satu dakwah untuk orang ramai mempercayainya dan mengikutinya. Method Dakwah yang berkesan.
Vendalisme Perfileman
Inilah fokus utama ku dalam penulisn ini. Jangan sangka vandalisme hanya boleh dilakukan kepada harta benda awam. Dunia perfileman Malaysia sebenarnya sudah mula mengorak langkah maju setapak apabila mula memperkenalkan vendalisme perfileman versi Malaysia.
Apa yang aku ertikan dengan vendalisme perfileman ini adalah babak-babak yang tidak sepatutnya dan tidak senonohnya mula dimainkan oleh pengarah lakonan. Walau pada dasarnya semuanya bergantung kepada pelakon tersebut yang berhak menolak atau menerima sama ada mahu atau tidak melakonkan watak sedemikian.
Dan sangkaan kami bahawa filem seram tiada adengan sedemikian tentunya meleset. Tidak perlulah rasanya aku menerangkan apa yang berlaku kerana tangan ini tidak mahu menambah promosikan adengan-adengan seperti itu.
Faisal Tehrani
Mungkin pelik aku menulis kata kunci Faisl Tehrani. Kerana dia bukan seorang pelakon cuma dia banyak terlibat dalam pembikinan teater kalau tak silapku. Dan Faisal Tehrani ini sebenarnya antara penulis yang sangat kukagumi.
Dan kerana minat dengan gaya penulisannya yang bersahaja tetapi pedas, berkisah tetapi penuh ilmu,bergurau tetapi berdakwah.. aku juga menjadi pembaca setia blognya. Cuma belakangan ini sedih juga kerana blognya sudah tidak dapat ku baca. Mungkin kerana ada masalah.
Penulis berbakat besar yang satu ini banyak menulis tentang filem dalam blognya. Kalau membaca tulisan dalam blognya pasti terasa juga pedasnya bagi siapa yang termakan lada. Dasyat tetapi berisi.
Cinta
Strategi menarik penonton yang paling ampuh adalah memasukkan elemant cinta. Bukan hanya filem, tetapi juga penulisan. Berbicara tentang cinta pasti akan ramai yang suka. Apalagi kalau perkisahan yang ditonjolkan mengashikkan.
Dalam filem seram ini tidak ketinggalan menonjolkan tentang cinta. Bagaiman hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi saling bersentuhan. Seolah perbuatan itu tidak membawa tempahan ke neraka.
Kalau menurut Islam apa yang aku ketahui (andai silap harap diperbetul) hubungan cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi hanya berlaku dalam alam perkahwinan. Yang ada sebelum perkahwinan hanya 'Khitbah' iaitu pertunangan yang menberi peluang saling mengenali. Tetapi bukan bermakna memberi peluang bersuka hati melakukan apa sahaja, keluar berduaan, melayan hati dan naluri hingga terbit perasaan yang mendorong kepada maksiat hati. (Minta dijauhkan Allah dari hamba-hambamu ini terlalai dengan ujian dunia..astaghfirullah) ..
Aku terfikir sendiri, terlalu banyak perkara yang tidak berkenan dihati dengan rancangan di television. Tetapi masih tetap menjadi tontonanku. Dan aku juga bukan manusia yang sempurna untuk hidup seperti seorang purba yang tidak mengetahui perkembangan semasa.
Bagaimana agaknya keadaanku jika sekiranya aku menjadi pemekak telinga dan pembuta mata yang berpura-pura tidak mahu mengikuti perkembangan semasa dan tidak mahu melihat kepada teknologi. Padahal naluriku berkehendakkan aku untuk menjadi seorang ilmuan yang tahu serba-serbi termasuk perkembangan semasa lalu masuk menyelinap mendominasi teknologi untuk dakwah(walau untuk menjadi demikian bukannya mudah).
Walauapapun yang pasti, seorang ilmuwan islam perlu megetahui perkembangan semasa disamping menombor satukan pentarbiyahan dan pengislahan diri
Allahua'lam..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita..amin.
slm a'laik....kak nisa is d best in my heart....btul kt kak nisa..bkn mdh tuk m'jd seorg ilmuan..t'utma ilmuan ISLAM yg thu serba-serbi ilmu itu ini...jia you!!!trs maju ke hdpn...doaku sntiasa bersm kak nisa..ameeennn
ReplyDeletesalam'alyk syukran adikku..apa kata lepas ni anti try buat blog plak..ashik promosi blog orang je..
ReplyDeletesyukran menjadi peneman setia kala melihat cerita-cerita seram:)
Walaupun mesej yang dibawa 'Kembali Kepada Allah' menjadi pilihan, namun ia bukanlah satu pengklasifikasian sebagai metod dakwah dan wajar dipuji. Pembawaan konsep perubatan menggunakan ayat suci Al-Quran benar, namun pembawaan salah yang ditonjol akan menjerumus kepada kekeliruan, malah lebih lebih besar impaknya dan disalahertikan umum.
ReplyDeleteNiat yang baik mengatasi amal adalah satu bentuk yang merosakkan dari dalam.Cerita hantu hanyalah menjadi pisang goreng, kadang-kadang bahan jenaka (Puaka Niang Rapik), dan ada juga bersifat menakutkan-nakutkan kanak-kanak dan orang dewasa.
Seronok untuk ditonton, tapi tak seronok untuk dihayati. Sekadar picisan. Hanya angin lalu, Saje bagi pendapat.Sekian
Saya setuju dengan pandangan Tok Guru lap-top mengenai isu sekitar Filem Mistik dan dongeng yang disajikan oleh mana-mana Pembikin filem.
ReplyDeleteBkn shj mesej yg tidak kesampaian, bahkan konsep animisme yang terkandung dalam filem-filem trsbt lebih kpd membawa natijah 'Merosak' rather than 'mendidik'.
Although islam acknowledges the supernatural, the age-old practice of animism is cordoned off due to the prohibition of indulging in worship that relates to the supernatural.
The supernatural Box-Office: A trend or An Obsession..?
Satu persoalan yg sama-sama kita kene teliti dan fikir-fikirkan..
wallahu a'lam
syukran atas perkongsian pendapat..
ReplyDeleteAdakala sesuatu yang kita lihat secara zahirnya membawa message yang baik walaupun bagi mereka yang berfikir hanya membawa kepada 'rasukkan dalaman'..
Tetapi adakala sesuatu itu perlu dilihat dari sudut positif walau hakikatnya negatifnya mengatasi positifnya..
Apapun moga satu saat nanti kita mampu menghasilkan filem yang hampir serupa tetapi bermessagekan Islam yang lebih jelas.
Obsession???
Filem yang menghina Islam..Apa komen?