07 November 2008

Message untuk Pendakwah







Alhamdulillah setakat hari ini saya sudah melepasi 3 subjek peperiksaan dunia, sistem pembelajaran ciptaan ma'nusia.

Dan baru siang tadi saya tamat menduduki peperiksaan subjek 'pengantar dakwah' (IDEU1101).
Ketika menelaah tentang pengantar dakwah, terasa ruh seorang pendakwah muncul dalam diri. Memang sangat berkesan pembacaan saya kali ini, cuma bimbang hanya jika pembacaan itu 'syok sendiri'.

Jika seorang yang mengambil jurusan 'pendidikan', sudah pasti dia diajar dan belajar untuk menjadi seorang guru, tentang bagaimana cara komunikasi dengan pelajar, bagaimana teknik pengajaran yang betul, falsafah-falsafah dalam pendidikan. Begitu juga dengan jurusan-jurusan yang lain yang pastinya akan menjurus kepada apa yang akan mereka 'jadi' selepas ini. Begitu juga dengan jurusan yang saya ambil, sememangnya menghadirkan perasaan bahawa "aku ini seorang pendakwah". Dan wabak dari penghayatan saya pagi tadilah yang membawa saya untuk menulis tentang dakwah, spesifikasinya message kepada pendakwah.

Sarjana bertopengkan 'skroll lulusan agama'.

Realiti putaran masa era glogalisasi kini membawa kita menyaksikan banyak lulusan-lulusan sarjana yang ber'title'kan agamawan.Dan tidak boleh tidak sarjana-sarjana agamawan ini tetap dilihat sebagai ikon pada agama. Malangnya berapa banyak dari agamawan harapan agama yang diharapkan dapat turun ke medan dakwah sebagai qudwah hasanah tetapi hanya menjadi virus kepada kebersihan persepsi insan tentang golongan ini.

Berada dalam sistem pengajian Islam pasti sekurang-kurangnya memakan masa 3 tahun (ijazah dasar) dan dalam tempoh tersebut seharusnya telah wujud percambahan ruh Islam dalam diri setiap penuntut agama. Apa yang berlaku, sistem tetap diperlakukan sebagai sistem. Apa yang dikehendaki oleh sistem itulah yang dihayati dan di'iman'i. Lulus peperiksaan dengan sarjana tetap kosong hanya berbekal skroll tanpa ruh.

Kekurangan ilmu Teknologi

Tidak boleh tidak zaman ini sangat memerlukan kepakaran dalam teknologi. Bayangkan saja bagaimana hendak menyainggi kemajuan zionist atau yahudi jika menekan punat komputer sahaja kita tidak tahu. Seharusnya kita perlu melangkau lebih jauh kedepan hingga mampu membuat bom nuklear sendiri.

Tetapi di sini saya bukan hendak berbincang tentang bom nuklear, lupakan dulu tentang itu. Apa yang pendakwah boleh lakukan dengan menguasai teknologi? Media elektronik misalnya, andai dimonopoli oleh golongan pendakwah pasti susunan rancangan di television lebih berunsurkan mendekatkan kita kepada Allah. Persepsi dan tanggapan buruk tentang Islam juga boleh dijana semula tanpa ada element yang membawa kepada kesalah-fahaman.

Islamophobia

Kejayaan pihak musuh-musuh Islam mencalit fitnah ke dalam dunia Islam sangat menampakkan hasil yang memberansangkan dipihak mereka. Impaknya umat Islam dilabelkan dengan label yang bukan milik kita. Terorism, Kolot, Kejam, Ganas, Tak releven dan bermacam tohmahan lagi dimainkan oleh musuh-musuh Islam. Berturut dari 'Rempah' bikinan mereka inilah wujud satu istilah baru dalam dunia islam "islamophobia' gabungan Islam+phobia.

Mendengar gabungan perkataan itu pasti kita sudah dapat menjangkakan apa maksudnya. Sungguh dramatik dan fantastik permainan mereka. Tetapi apa yang kita lakukan kalau hanya membenci dengan hati (selemah-lemah iman) tidak bermakna apa-apa. Sedangkan usaha perlu digerakkan, walhal semboyan dakwah sudah lama bertiup sejak Rasulullah mula mendapat wahyu, dan inilah masanya mendapat gelaran 'PENYAMBUNG DAKWAH RASULULLAH'. Bagaimanacaranya, duduk semeja brainstorm seketika dan fikirkan caranya.

Fahaman Sekularisme

Memisahkan agama dan dunia adalah satu tindakan yang amat besar kesilapannya. Agama dan dunia tetap milik Allah dan dunia akan hancur tanpa agama. Sama seolah manusia tanpa ruh manakan bisa hidup. Begitu umpamanya dunia sebagai jasad dan agama sebagai ruh. malangnya ma'nusia sekularisme zaman ini membutakan mata dan memekakkan telingga terhadap agama. Sanggup memnolak agama dari urusan dunia. Apa yang penting hidup biarlah bersenang-lenang terlebih dahulu. Apa lagi yang tinggal jika agama dilupakan? NOTHING

Ingat wahai saudara saudari sekalian, mungkin saat ini kita sedang diperhatikan oleh sang Malaikat Maut dan mungkin sebentar sahaja lagi nyawa kita dicabut melayang. Moga kita sempat mati dalam iman..

Zionist dan Kristianisasi.

Jangan sangka hanya kita saja yang mengungguli agama kita. Agama-agama lain juga begitu dan kerana itu mereka juga berkerja keras untuk menarik ma'nusia ke arah agama mereka. Gerakan Kristianisasi yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan saban tahun sejak berzaman adalah satu ancaman yang besar kepada golongan pendakwah. Kerana kita akan dipertanggungjawabkan ke atasnya di Akhirat kelak.

Tidak masuk bab laknatullah Zionist yang saban hari membunuh nyawa-nyawa ulama hinggalah ke bayi Islam. Kaedah yang digunakan cukup mudah, dengan sebutir peluru sahaja habis meletup ratusan umat yang tengah bersolat. Idealistik dan realistik sungguh mereka ini. Tapi tunggulah kerana syabab-syabab Islam satu saat nanti pasti bangun dan perlu bangun mendaulatkan Islam.

Kemiskinan dan kepapaan

Lagi-lagi soal meterial ini juga yang menjadi bahan perbincangan. Inilah dunia yang berselimutkan duit. Tapi para pendakwah perlu hidup dalam realiti. Tidak boleh tidak kita sangat perlu kepada duit untuk melicinkan gerak kerja dakwah. Lagi pula ma'nusia ini sangat mudah terpengaruh dengan duit. Maka satu strategi yang cukup baik juga jika sekiranya berdakwah dengan duit mengikut landasan-landasan syara'. Misalnya memberi kebajikan dan bantuan kewangan. Bukankah ini cara yang dilakukan oleh gerakan Kristianisasi dan cara ini sangat berkesan.

Semangat yang mudah luntur

Seperkara lagi yang perlu diberi penghayatan ialah dalam diri kita sendiri. Ya memang dalam diri setiap ma'nusia itu ada nafsu. dan nafsulah yang biasanya mendorong kita kepada perkara-perkara yang negatif. Ingin bersenang lenang tanpa kesusahan, ingin mengecapi hidup sempurna, cukup makan, pakai dan keluarga di sisi. Hingga adakala lupa tujuan dan perjuangan dakwah yang pernah dimainkan ketika semangat masih membara.

Natijahnya dakwah terbantut begitu sahaja dan berkuranglah bilangan tenaga-tenaga pengerak dakwah. Di mana perginya semangat berkobar-kobar dahulu? Mengapa tiba-tiba menyepi diri?

Tepuk dada tanya Iman..wanauzubillah..
"Ya Allah moga Engkau kekalkan hamba-hambaMu ini di jalan perjuangan ini ya Allah..amin"

Firman Allah yang mafhumnya

" Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada yang mungkar. Mereka inilah orang-orang yang beruntung"

Surah Ali-Imran: 104

"Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk, keji), serta kamu pula beriman kepada Allah.."

Surah Ali-Imran: 110


Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kekuatannya), jika dia tidak mampu berbuat demikian maka dengan lidahnya, jika dia tidak mampu berbuat demikian maka dengan hatinya.Dan itulah selemah-lemah iman


Hadith Rsulullah S.A.W


Allahua'lam



4 Perkongsian:

  1. Saya tertarik dgn prakata "sarjana bertopengkan 'scroll agama'"..

    Apabila glgn agamawan sdh meningglkn character yg spatutnya mrk bawa, mk sudah pasti msyarakat berdepan dgn binasa. krn glgn agamawan adlh cerminan buat masyarakat. lenggok langkah mrk akan diikuti, apatah lg dlam suasana masyarakat skg yg suka bersandar pd ckp2 ustz lebih dari dalil yg ada.

    inilah cbrn buat mrk yg bnr2 brmujahadah dlm disiplin ilmu agama dsamping menegmbalikan ikon agamawan yg semakin hilang keasliannya.

    ReplyDelete
  2. Cabaran yang dihadapi golongan agamawan ini sebenarnya juga dari dalam diri sendiri. Ilmu yang ada tidak tahu untuk disumbang di sudut mana. Mungkin juga kerana kurangnya penghayatan dan pengamalan maka ilmu itu larut begitu sahaja.

    Alangkah bagusnya jika kita boleh memaksimakan tenaga-tenaga cerdik pandai agamawan ini untuk tujuan dakwah. Tapi sebaliknya malah golongan yang tidak berada dalam status pengajian agama dilihat lebih terkedepan dalam menyahut cabaran dakwah.

    Bayangkan kerajaan negeri sudah menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan cerdik pandai ilmuan Islam tapi natijahnya hanya sedikit yang rela benar-benar berbakti membantu usaha dakwah di negeri sendiri.

    Mungkin diri ini juga tiadalah dewasa sangat dalam mendepani isu ini, apalagi untuk mengakui bahawa akulah si agamawan yang serba sempurna menelusuri arus gerakan dakwah.Tidak sama sekali.

    Hanya coretan ini sekadar untuk membuka minda sendiri dan siapa2 yang ditakdirkan Allah untuk membacanya lantas menerbitkan bibit2 kesedaran..

    Moga satu saat nanti akan bangkit dari tengah2 gejolak dunia syabab-syabab agamawan juga syabab-syabab pencinta agama yang benar-benar khatam akan tangungjawab mereka..

    Allahua'lam

    ReplyDelete
  3. salam a'laik....ermmm...sy stuju ngn kak nisa..sy pn akn jd s'org pndkwh b'bklkn klbhn yg ALLAH S.W.T kurniakn pd sy wlaupn dri ini lmh lg dhoif fiddinnn..trskn perjuangn & usaha dakwah kak nisa..sy akn trs bri sokongn....baaarakallahu fikkk....ameeeennn...

    ReplyDelete
  4. syukran adikku kerana sudi berkunjung..Moga kita tergolong dalam golongan ahli agama yang benar-benar fakih akan tangungjawab kita..amin

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design