01 July 2009

Dugaan Untuk Bangkit...TAKBIR!!!




satu ketika dulu kita pernah berjanji setia yang kita akan bersama-sama susah dan senang untuk Islam walau dalam apa jua keadaan dan tekanan sekali pun. Janji kita, kita akan terus bersatu berganding bahu, hidup dan mati hanya untuk jalan yang satu ini. Janji bahawa Ukhuwah yang terbina ini akan menjadi saksi perjuangan kita. Ukhuwah yang terbina ini akan kita sematkan menjadi penguat kepada setiap detik kita merasa lemah.kerna kita tahu, kita semua sudah diikat oleh satu janji setia dihadapan ALlah...

Entahlah sejak peristiwa itu berapa banyak sudah air mata yang keluar dari mata-mata insan yang amat menyayangi dan kecewa dengan mereka. Sehingga sekarang luka dikhianati mereka kalau diingat bukan sahaja menimbulkan bara api dalam hati(dek perbuatan mereka yang bertambah keterlaluan) tetapi masih tetap terselit doa dari seorang sahabat moga-moga suatu hari nanti mereka akan sedar kesalahan mereka yang sudah bermain dengan janji ALlah...

Seorang demi seorang sahabat kami diuji dengan dugaan. Satu demi satu... Yang nampak jelasnya, antara kesemua mereka ada yang kecundang dan ada yang subhanalLah, wajar dicontohi sekalian alam kekuatan iman mereka.


Kalau dulu ana hanya mendengar cerita-cerita mengenai dugaan pejuang yang dipenjarakan; Syed Qutb, Zainab Al-Ghazali, Hassan Al-Banna, Us Fuad Ikhwan, ISA-7 dan banyak lagi...Tetapi sekarang ana sendiri melihat dua sahabat ana yang direman tanpa sebab yang pasti..dipersalahkan atas kesalahan yang tidak mereka lakukan.

Kan Allah sudah mengingatkan dalam Al-Quran,
2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

3. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Al-Ankabut : 2 dan 3

Beruntunglah bagi mereka-mereka yang sudah melalui ujian itu dan berjaya melepasinya. Bermakna, insyaAllah tiket masuk ke Syurga sudah ada digenggaman mereka (Tetapi kita yang masih syok sendiri mengatakan kita sudah beriman ini bagaimana?).

Wahai sahabat, semoga hati kamu tabah menghadapi ujian yang tidak seberapa. InsyaAllah...Syurga adalah balasan dari semua ini...Kepada dua lagi sahabat kami yang mungkin sekarang sedang tertawa (walaupun terdetik dihati ana, sekurang-kurangnya mereka juga merasakan kesedihan kami, dan ada juga sekelumit doa dihadiahkan untuk kesejahteraan dan keselamatan sahabat yang di dalam tahanan).

Apa yang pasti...Hidup kena diteruskan. Sekarang masanya pacukan kekuatan semksima mungkin. Perjuangan masih panjang dan apa yang ada didepan itu adalah urusan ALlah. Tugas kita, berjuang dan terus berjuang untuk mengejar giliran kita pula mendapat tiket Syurga...

p/s Mohon doa dari semua untuk mereka....TAKBIR!!!

Propaganda media http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

Liputan jujur [Klik sini] dan [klik sini]




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

2 Perkongsian:

  1. insyaAllah kak,
    moga2 "mereka" diberi kesedaran dgn izin Allah,
    buat Arull & EimY,semoga sentiada diberi kekuatan daripada Allah Ta`ala.
    Doa dan sokongan kami sentiasa berada di sisi kalian.

    ReplyDelete
  2. Amin..doa kita sentiasa bersama mereka...
    Kecewa kerana 'mereka' masih belum hilang..huhu

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design