09 July 2009

Kuasa Percakapan




Bersiar-siar pagi ini di dunia maya mencari ilmu untuk dikutip teringin hati untuk menjengah blog kegemaran ramai : Ustaz Hasrizal..antara manusia zaman ini yang saya kagumi. Bukan hanya tulisannya, tetapi juga kuasa percakapannya.

Satu ketika dulu saya pernah diberi tahu oleh seseorang mengenai kuasa percakapan. Ketika itu saya masih berada di bangku sekolah lagi. Dan ketika itu saya masih terkebil-kebil apabila diberi tahu apakah yang dimaksudkan dengan kuasa percakapan?


Ya, setelah melalui satu perjalanan waktu yang agak panjang sehingga ke hari ini, fikiran saya mula diasakkan kembali dengan makna dan realitinya kuasa percakapan. Kerana baru saya sedar besar pengaruhnya dalam kehidupan.

"jom kita pergi solat"

Ayat di atas misalnya, berapa ramai dari kita yang berjaya mengungkapkan kata-kata itu dengan disambut oleh "yes and do"?

Agak sukar sebenarnya mempengaruhi hati manusia. Dengan berharap apa yang kita katakan akan segera difahami dan dituruti. Berapa ramai pula dari kita yang terus mahu apabila kita diminta untuk melakukan sesuatu? Saya rasa anda ada jawapan bagi soalan itu.

Jika anda bersetuju dengan saya bahawasanya tidak semua orang apabila dia bercakap akan lahir momentum yang masuk ke hati. Misalnya lagak seorang penceramah, adakalanya audience bukan hanya tidak memahami isi ceramah tetapi lebih memilih untuk 'memancing ikan' maksud saya tidur.


Itu tak campur lagi orang lain yang juga 'sibuk berceramah' di belakang.

Tapi jangan menafikan kalau saya katakan ada waktunya, apabila kita hadir mendengar ceramah, mata kita seolah mendapat 'sinar baru'. Perasaan teruja, suka, lucu, diadun lagi dengan otak yang ceria menerima apa sahaja yang dikatakan oleh penceramah. Maksud saya, penceramah itu berjaya menarik minat 'audience' untuk fokus mendengar bebelan dia.

Juga mudahnya, apabila menghadiri mesyuarat atau perjumpaan..pasti ada antara teman kita yang apabila dia sahaja yang mengeluarkan kata-kata atau pendapat, mudah sahaja diterima oleh kita dan orang lain yang juga berada di situ bahkan adakala menimbulkan satu perasaan aneh yang membangkitkan semangat.

Dan itulah yang dikatakan kuasa percakapan. Cuba anda perhatikan kehidupan sehari-harian anda...Andai kata, anda selalu merasakan apa yang ada suarakan tidak didengari, atau ketika syok bercerita dengan teman-teman apabila tiba sahaja turn anda, ada sahaja orang yang hendak mencelah seolah-olah hendak menghalang anda dari bercakap (hal ini biasa juga terjadi sehingga ada yang terasa hati), atau bila anda mengeluarkan arahan jika anda seorang pemimpin misalnya, jarang arahan anda dapat dilaksanakan dengan baik malah adakala tidak difahami yang mengakibatkan kerja tersebut terbengkalai. Maka jawapannya berkemungkinan anda belum menguasai apa yang dikatakan kuasa percakapan.

Manusia yang memiliki maksimanya kuasa percakapan, tidak lain 'labudda' ialah Rasulullah S.A.W. Buktinya sampai sekarang kita masih mengikuti apa yang baginda sabdakan. SSecara logiknya, mana mungkin para sahabat ketika itu mahu mengikut kata-kata baginda kalau bukan baginda sendiri yang mempunyai kuasa percakapan yang luar biasa. Mana mungkin para tabie'in sampai sanggup merantau ke pelosok dunia semata-mata mencari susunan ayat apa yang baginda katakan. Hanya kerana mencari susunan ayat fresh sepatah demi sepatah yang terkeluar benar-benar dari mulut baginda tanpa ada penokok tambahan. Sedangkan baginda sudah lama meninggal dunia.

Realitinya, kuasa percakap tidak dianugerahkan kepada semua manusia. Hanya insan-insan bertuah sahaja dianugerahkan dengan kelebihan itu. Walaubagaimanapun saya optimis mengatakan, skill kuasa percakapan itu boleh dilatih (walaupun ada yang mengatakan ianya tidak boleh didapati dengan cara latihan). Syaratnya confidence


doa, usaha dan percaya sepenuhnya kepada Allah. Kerana hanya dia sahaja yang berhak memberikan kuasa percakapan kepada hamba-NYA.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

  1. ana stuju dengan pendapat nti..Tidak semua orang boleh menarik orang lain dengan kata-katanya.
    Mungkin kita boleh spesifikasikan lagi kuasa percakapan itu kepada beberapa point utama...
    gerak badan, tone suara, dan memek muka.

    ketiga-tiga point ini kalau di latih akan membantu kita menguasai kuasa percakapan. Ya, membantu kita menguasai kuasa percakapan tapi bukan dalam kadar mungkin hanya 50%.

    Kerana ada satu perkara penting lagi yang perlu ada dan itu biasanya lahir semulajadi dari diri seseorang. Iaitu kuasa memikat yang lahir dari iman dan kuasa psikologi . Kedua-dua kuasa inilah sebenrnya yang membantu kita mudah menarik orang dalam setiap percakapan kita..

    Allahua'lam

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design