30 June 2009

Berguru dengan Durian





Hehehe..saja ja mau posting entri ni... gambar ni saya ambil dari blog housemate saya ..hehe...tumpang gambar ya kak effa.. ::Link Blog kak Effa::

Alhamdulillah setelah lama nda makan durian dapat juga makan durian bersama-sama housemateku yang semuanya asyik-mashuk ja buat kerja Islam non-stop(mana ada istilah rehat dalam gerak kerja Islam kan).

Dalam diam-diam makan durian, kekaguman saya terbit sendiri dengan kehebatan durian. Benar semua ciptaan Allah itu diciptakan mesti ada hikmahnya... Mesti ada kelebihannya..dan mesti ada sesuatu variasi minda yang kita boleh ambil.

Buah Durian bercirikan kulitnya yang tebal dan berduri...letaknya di atas pokok yang tinggi sangat sukar untuk dipetik...Hanya apabila betul-betul masak sahaja dia akan menjatuhkan dirinya menyembah tanah. Dan apabila buah yang masak itu dibuka, isinya akan kelihatan sungguh cantik, sedap dan pasti enak di makan...


Bila memikirkan kehebatan durian... teringat pula umpamanya diri seorang muslimat (muhasabah di saat makan durian). Seharusnya kita semua mencontohi durian. Ada pertahanan diri yang kuat umpama duri-duri tajam dan kulit yang tebal pada durian. Islam sudah mengariskan pertahanan itu
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur : 31)

Realiti yang wajar diteliti, wanita zaman sekarang tidak lagi mempunyai perasaan malu. Buka sana, buka sini. Sehinggakan sanggup hukum agama ditolak tepi semata-mata ingin tampil menarik di mata manusia... (bukan nialian manusia yang menentukan kita masuk neraka atau syurga..)

Bepegang kepada Firman ALlah

...Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa... Al-Hujurat :13

cukup sebenarnya bagi kita sedar bahawasanya, apa yang kita perlukan adalah nilaian Allah semata. Bukan Nialian manusia. Biarlah apa yang orang mahu katakan kepada kita; kolot, badut, tak cantik, tak matching, berselubung, hantu purdah, (macam-macam)...Ingatlah sesungguhnya semua kata-kata yang terkeluar dari mulut manusia itulah akan dijadikan mahar kita di mahkamah Allah kelak.




Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang sentiasa patuh kepada suruhan-Nya tanpa banyak bicara selagi ianya benar-benar dari Al-Quran dan As-Sunnah...




JORDAN..

7 Perkongsian:

  1. bagus kaitkan durian dengan muslimah...
    memang kita patut contohi durian..
    bukan sekadar tau makan je..
    ambil iktibar disebalik ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  2. wah..wah..semua blog bau durian ni...x aci. Nasib baik blog kak tgh dikuarantin..kalau tak mesti lawan korg ni..hehe

    apapun..amik iktibar dr durian-be strong macam durian!

    ReplyDelete
  3. hehehe.. demam durian semuanya...

    jom berguru dengan durian (^_^)

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya apa yang Aku jadikan didunia...
    adalah perhiasan supaya engkau mempelajari daripadanya... hanya manusia yang beriman akan memikirkannya... sesungguhnya engkau mengikut jalan yang lurus...

    ReplyDelete
  5. ukh dhamah syifflah..bleh kan kenal2

    annisaNazifa

    ReplyDelete
  6. kenalilah dirimu...
    sebelum mengenali diriku...
    kerana jika engkau mengenali dirimu...
    engkau turut mengenali diriku...

    janganlah engkau pandang pada zahir...
    pandanglah pada hakikatnya...
    bukan pada kata-kata yang dilemparkan...
    katakanlah : itu dari kata-kata mereka yang menyesatkan...
    berfikirlah sesaat itu lebih baik...
    kerana Allah juga mengatakan...
    semua ahli kitab itu menyesatkan...
    kecuali sedikit antara mereka...
    yang benar menujuKu...

    ReplyDelete
  7. SubhanalLah...

    alfaqiruilalLah..AnnisaNazifa

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design