"Saya nampak sediri Din dan Arul keluar dari tahanan semalam" ujar seorang sahabat yang hanya mahu namanya dikenali sebagi Ifat.
Dia kata lagi yang diorang keluar dengan tangan bergari. Keluar-keluar je terus diorang takbir ramai-ramai. (semangat betul Ifat ceritakan kepada saya).
Saya tanya lagi, macam mana keadaan Din dan Arul lepas ditahan selama hampir seminggu dalam lokap?
Dia kata kesian muka Din. Mak Din kata anak dia tu dah jadi macam muka penjahat betul-betul sebab misai pun tak cukur.. ketawa lucu saya dengar. Arul pula sudah jadi macam pengemis jalanan dengan selipar jepunnya warna coklat..heheh.. tambah lucu kalau saya bayangkan.
Ifat cakap lagi, yang kagumya diorang keluar dengan muka yang gembira. Macam tiada apa-apa yang berlaku.
Ifat kata, ramai yang menangis tengok diorang, tapi diorang boleh selamba tersenyum terutamanya Arul siap boleh buat lawak bodoh lagi.
Ifat kata, Mak Din tak makan langsung sepanjang Din di tahan. Mak Din cuma minum seteguk air je. Itulah hati seorang mak kan. Ifat kata dia sempat juga nasihatkan Mak Din supaya makan..nanti kalau Mak Din sakit kan susah.. Baik betul Ifat..hehehe...
Ifat bagi saya tengok gambar-gambar yang dia tangkap kat sana. Dia kata, dia cuma tangkap gambar guna handphone je..Jadi dia minta maaf sebab gambar tu tak cantik sangat. Dia mana ada duit nak beli kamera...
Ifat kata Presiden Gamis Ustaz Dzulkhairi pun datang juga tengok Din dan Arul. Ifat kata ramai juga la yang datang. Diorang semua sakit hati dengan apa yang sudah terjadi pada Din dan Arul.
Ifat kata lagi, Mak Din cerita lagi yang sebenarnya kes ni kecil je. Tapi oleh sebab campur tangan 'tangan-tangan gahib' jadi kes ni jadi tambah berat. Tiba-tiba ada 4 pertuduhan yang tak logik dikenakan kepada Din dan Arul.
Saya dengar cerita Ifat pun hanya mampu mengatakan Astaghfirullah, kenapalah manusia ni kejam sangat
Ifat kata lagi jangan percaya apa yang akhbar kerajaan. Semuanya tipu. Dia kata dia sangat kenal Din dan Arul. Diorang tu baik. Din dan Arul pelajar Akademi Pengajian Islam. Diorang tu faham agama. Mustahil diorang nak buat kerja bodoh macam tu.
Saya pun terfikir, betul juga kan. Tak kan la diorang berdua tu dah tak de kerja lain.
Tapi Ifat kata dia terus teringat mak kat kampung. Ye la bila tengok Mak Din dan Arul.. Sedih. Kesian kat makcik-makcik tu. Hmm..
Ifat kata lagi, kekejaman ni macam mana pun tetap akan kecundang juga. Biarlah kejam mana manusia tu akhirnya nanti masuk tanah juga. Orang-orang kejam ni tak ingat Akhirat. Orang-orang kejam ni memang akan buat apa sahaja asal apa yang diorang mau tercapai. Tapi diorang kena ingat yang Allah sentiasa ada untuk menghukum dan memenangkan kebenaran. Semangat sungguh Ifat dengan tangannya yang digayakan seolah-olah seorang penceramah bebas.
Last sekali dari cerita Ifat, dia sempat bagi tau yang diorang konvoi ke mahkamah tu... Jadi rempit-rempit semua. Dia kata itulah hidup sebagai pejuang ni semuanya redah je. Setakat muslimat merempit tu dah jadi perkara biasa, yang penting niat dan tujuan tu tetap kerana Allah dan Islam. (moga-moga Ifat satu hari nanti akan jadi seorang pendakwah bebas yang tegar memperjuangkan Islam)
p/s : teringat saya pesan emak saya yang bimbang bila saya bagi tau saya selalu naik motor, saya kata mana ade kenderaan lain selain motor.. Mak saya kata, bahaya. Jadi dia minta supaya saya jangan ikut orang yang main redah je kalau bawa motor..hehe..
::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
Kim salam kat Ifat ye...hehehe
ReplyDeleteSalam..bagi ana, apa yg berlaku kemungkinan besar atas kecuaian aktivis.. jika nak buat 'psywar', keselamatan kena dititikberatkan. Ini ada hikmah juga sbb biasanya aktivis perlu mengorankan dirinya untuk meniupkan kembali kuasa mahasiswa yang kian lesu. Kita nak lihat kuasa mahasiswa mengugat spt kisah yg menyebabkan Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sbg Perdana Menteri n paling penting kena contohi revolusi Iran.. Ana xboleh nak perbincangkan hal nie dalam2.. syukran..
ReplyDeletebukan senang nk merasai pglmn n rasa melalui semua ini..bersyukur sgt pd Allah.
ReplyDeleteerm..kak berhati2 kan bawa motor?masih x capai tahap bahaya kan?masih bersopan santun kan?
ReplyDeleteApa yg boleh sy simpulkan..
ReplyDeleteHati2lah bw moto.. Kalu mak x bg, xyah bw moto.. Naik bas je..
P/s - X bole nak update blog skg.. Ke'busy'an yg amat sgt.. xpa, baca blog org lg byk manfaatnya..
buat teman... Ifat kata waalaikummussalam :)..hehehe
ReplyDeleteAkh Zaim....Hmmmm
ukhti Lina..hehehe.sopan santun ek.hee..yang tu kena bahas balik.. nda pa kak, saya tetap jadi penumpang setia..
ustaz Zul.... update jgn nda update. nnt pembaca tertunggu-tunggu posting us. nda nak motor..hmmm susah juga tu....
sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan.....
ReplyDelete