22 July 2009

Santai Berkerja Keras





Saya melilau memikirkan apa yang boleh saya masukkan dalam entri kali ini puncanya dah lama tak menulis, risau otak menjadi bengap. Mungkin kali ini saya perlu memberi laluan pada hati untuk berbicara.

Semalam saya duduk di bahu jalan. Waktu itu sudah jam 12.00 pagi. Pasti hati muslimat mana yang tak risau dengan keberadaan saya di luar rumah yang tak sepatutnya dalam adab-adab Islam. Mujur ketika itu saya bersama lagi dua orang sahabat yang setia menunggu, kasihan padahal mereka sudah mengantuk memikirkan esok kelas seawal 8 pagi. Mungkin kedudukan rumah yang jauh menyebabkan saya sukar sedikit untuk pulang tepat pada masanya: latihan pentomen.

Mujur kerisauan diganti dengan muhasabah ringkas. Ditambah lagi dengan lintasan sopan seekor lipas, ye geli..tapi dia tetap makhluk Allah yang boleh diperolehi pengajaran daripadanya.

Lipas yang Sopan

Tidak bersetuju dengan pendirian saya bahawasanya lipas itu seekor binatang yang sopan bukan menjadi satu ancaman. Cuba perhatikan caranya berjalan cukup dengan lemah dan lembut. Cuma hanya manusia sahaja yang berperasaan geli dengan makhluk Allah yang satu ini.

Momentum kesantunan yang dihasilkan lipas menjadikan saya malu sendiri. Melihat semakin banyak manusia yang sudah lari dari kesopanan dan kesantunan. Nampaknya dasar 'kesopanan dan kesusilaan' Malaysia tidak berjaya membuahkan hasil yang boleh dibanggakan seiring peredaran masa.

Minggu add and drop subjek sudah pun berakhir... Tapi saya belum lega lagi kerana saya terpaksa meng'drop'kan satu subjek lagi dan membawa kepada men'add'kan subjek lain. Pening juga. Entah kenapa saya boleh tersesat ke lingkungan awalan kod 3. Kalau diingat kembali semua ini bertitik-tolak dari masalah saya dalam bahasa Inggeris. alamak..saya memang kritikal... Optimis..da'ie kena belajar banyak bahasa..!!!

Teringat perbincangan dengan sahabat-sahabat baru, baru-baru ini tentang politik nilai. Menarik...brainStroming yang berkesan...Hmm.. Apa sebenarnya politik nilai? Saya pasti kalau tengok dari wajah blog saya, pasti ramai yang menyangka saya pro kepada kerajaan pembangkang. Ye ke?... Mungkin tidak dan mungkin ya kerana saya berpendirian mahasiswa adalah golongan bebas dan mampu berfikir secara bebas dan berfikir ke arah politik nilai.

Membawa kepada saya membaca semula buku 'new politik' atau politik baru...
Dan saya mula mengkaji...cuma belum mapu dikongsi...InsyaAllah...iza Qudiralli Qudratan...

Belakangan ini juga sebenarnya hati saya mula kacau. Kacau pelik. Ini semua mungkin gara-gara pentomen yang menganggu-gugat perasaan. Oh ya...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput sahabat-sahabat semua datang ke Konsert Antara Dunia anjuran GAMIS 1 Ogos ini. Marilah datang beramai-ramai..Saksikan konsert yang lain dari yang lain ini. Cuma saya masih risau kerana seperti khabaran angin, masih banyak kampus-kampus yang tak tahu mengenainya. Mungkin ajen-ajen yang telah dilantik di kampus-kampus tersebut sudah membeli semua tiket-tiket itu untuk dia dan keluarganya...Kesian mereka-mereka yang tak sempat mendapatkan tiket-tiket tu... Berkerjalah keras wahai ajen-ajen tiket!!!


Saya perlu berhenti di sini untuk memberi ruang kepada hal-hal lain.

Ulasannya nampaknya sekitar beberapa hari ini kurang sesuai untuk di masukkan dalam senarai hari-hari terbaik...Nampaknya saya perlu berkerja lebih keras lagi untuk merubah kondisi diri...

Semoga saya Berjaya !!! Anda juga !!!







::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

5 Perkongsian:

  1. salam,.. baguslah, banyak belajar dari lipas,..

    ReplyDelete
  2. slm che'...
    trlibt pentomen utk knsert ka?
    wah...bgus2...

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...

    Tertarik dgn diskusi psl POLITIK NILAI.. Ya, hari ini sgt kritikal utk kt fikirkan samaada blog nie wajah pmbgkg atau kerajaan itu trpulang.. :)

    Politi Nilai sbnrya sy kira bole djadikan penyelesai tdk lgsung kpd KELOMPANGAN DEMOKRASI yg akhir2 ini kt lihat natijah dia mcm mana.. Itu sbb, sy 'sokong scr ilmiah' konsep dan wawasan UNITY GOVERNMENT yg dcdgkn oleh Tok Guru Jh Hadi baru2 nie..

    Apapun sumanya ada pndpt trsendiri.. Tp, best utk dibcg brsama.. Side to side..

    p/s-ana tgu ustzh tulis psl 'politik nilai'.. Teruskn SANTAI BEKERJA KERAS! (tajuk entry nie pun mcm ada falsafah jak)

    ReplyDelete
  4. Us Izzuddin..

    Mye kita mesti belajar dari lipas tentang kesopanan dan kesusilaaan !!!

    Akh Farhan...

    huhu..terlibat jadi pokok ja

    Ustaz Zul

    Politik Nilai...Iza Quddiralli Quddratan

    ReplyDelete
  5. Salam.. wah, hebat juga yek bla b'ckp ttg unity governmentlh, politik nilai dan new politics.. mahasiswa yg hebat.. bgus2.. ttg konsert gamis tu, dgr2 shoutul harakah dan raihan xdpt dtg..

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design