22 July 2009

Santai Berkerja Keras





Saya melilau memikirkan apa yang boleh saya masukkan dalam entri kali ini puncanya dah lama tak menulis, risau otak menjadi bengap. Mungkin kali ini saya perlu memberi laluan pada hati untuk berbicara.

Semalam saya duduk di bahu jalan. Waktu itu sudah jam 12.00 pagi. Pasti hati muslimat mana yang tak risau dengan keberadaan saya di luar rumah yang tak sepatutnya dalam adab-adab Islam. Mujur ketika itu saya bersama lagi dua orang sahabat yang setia menunggu, kasihan padahal mereka sudah mengantuk memikirkan esok kelas seawal 8 pagi. Mungkin kedudukan rumah yang jauh menyebabkan saya sukar sedikit untuk pulang tepat pada masanya: latihan pentomen.

Mujur kerisauan diganti dengan muhasabah ringkas. Ditambah lagi dengan lintasan sopan seekor lipas, ye geli..tapi dia tetap makhluk Allah yang boleh diperolehi pengajaran daripadanya.

Lipas yang Sopan

Tidak bersetuju dengan pendirian saya bahawasanya lipas itu seekor binatang yang sopan bukan menjadi satu ancaman. Cuba perhatikan caranya berjalan cukup dengan lemah dan lembut. Cuma hanya manusia sahaja yang berperasaan geli dengan makhluk Allah yang satu ini.

Momentum kesantunan yang dihasilkan lipas menjadikan saya malu sendiri. Melihat semakin banyak manusia yang sudah lari dari kesopanan dan kesantunan. Nampaknya dasar 'kesopanan dan kesusilaan' Malaysia tidak berjaya membuahkan hasil yang boleh dibanggakan seiring peredaran masa.

Minggu add and drop subjek sudah pun berakhir... Tapi saya belum lega lagi kerana saya terpaksa meng'drop'kan satu subjek lagi dan membawa kepada men'add'kan subjek lain. Pening juga. Entah kenapa saya boleh tersesat ke lingkungan awalan kod 3. Kalau diingat kembali semua ini bertitik-tolak dari masalah saya dalam bahasa Inggeris. alamak..saya memang kritikal... Optimis..da'ie kena belajar banyak bahasa..!!!

Teringat perbincangan dengan sahabat-sahabat baru, baru-baru ini tentang politik nilai. Menarik...brainStroming yang berkesan...Hmm.. Apa sebenarnya politik nilai? Saya pasti kalau tengok dari wajah blog saya, pasti ramai yang menyangka saya pro kepada kerajaan pembangkang. Ye ke?... Mungkin tidak dan mungkin ya kerana saya berpendirian mahasiswa adalah golongan bebas dan mampu berfikir secara bebas dan berfikir ke arah politik nilai.

Membawa kepada saya membaca semula buku 'new politik' atau politik baru...
Dan saya mula mengkaji...cuma belum mapu dikongsi...InsyaAllah...iza Qudiralli Qudratan...

Belakangan ini juga sebenarnya hati saya mula kacau. Kacau pelik. Ini semua mungkin gara-gara pentomen yang menganggu-gugat perasaan. Oh ya...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput sahabat-sahabat semua datang ke Konsert Antara Dunia anjuran GAMIS 1 Ogos ini. Marilah datang beramai-ramai..Saksikan konsert yang lain dari yang lain ini. Cuma saya masih risau kerana seperti khabaran angin, masih banyak kampus-kampus yang tak tahu mengenainya. Mungkin ajen-ajen yang telah dilantik di kampus-kampus tersebut sudah membeli semua tiket-tiket itu untuk dia dan keluarganya...Kesian mereka-mereka yang tak sempat mendapatkan tiket-tiket tu... Berkerjalah keras wahai ajen-ajen tiket!!!


Saya perlu berhenti di sini untuk memberi ruang kepada hal-hal lain.

Ulasannya nampaknya sekitar beberapa hari ini kurang sesuai untuk di masukkan dalam senarai hari-hari terbaik...Nampaknya saya perlu berkerja lebih keras lagi untuk merubah kondisi diri...

Semoga saya Berjaya !!! Anda juga !!!







::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

21 July 2009

Pengiktirafan yang mengujakan


Pengiktirafan kepada kepimpinan mahasiswa. Ini adalah buat kali yang ke-dua Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Saudara Ridzuan Mohammad dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel bagi Rancangan Suara Siswa di RTM 1.

Saya teruja sebenarnya dengan pengiktirafan ini. Walaupun saya langsung tiada kena mengena dengan YDP MPMUM dan siapalah saya untuk menumpang gembira..tapi saya juga yakin sebegitu ramai mahasiswa Universiti Malaya juga turut berbangga dengan pencapaian yang Saudara Ridzuan capai.

Serasa, pengiktirafan-pengiktirafan yang diberikan kepada beliau ini sangat payah untuk dimiliki oleh kepimpinan UM sejak lima tahun belakangan ini. Tapi munculnya saudara Ridzuan nampaknya telah memecah tradisi dan mengembalikan martabat UM di mata persada intelektual.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT YDP MPMUM




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

Muhasabah Perjuangan




Muhasabah Perjuangan

Engkau ingin berjuang ,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang,
Tapi hanya ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan

Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan

Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...

http://www.mutiarapermata.blogspot.com/

Akulah seorang insan yang lahirnya dari usul yang hina, jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu. Membesar menjadi seorang insan yang bercita-citakan menyerahkan seluruh hidup yang sementara ini untuk perjuangan mendaulah Islam, malangnya di perjalanan yang berliku ini banyak sejarah hidupku yang terpalit dengan dosa mengundang tiket ke Neraka. Dan kini, aku sedang berusaha keras untuk meminimakan dosa itu biar aku juga mampu bersama-sama dengan Rasulullah mengecapi nikmat Syurga...

Mohon doa semoga aku berjaya...




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. Kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

17 July 2009

Kekejaman bermaharajalela






Saya bukan mahu membuat spekulasi sendiri...Tetapi saya tetap berpendirian peristiwa ini ada kaitan dengan sikap anti-agama. Yang menjadi mangsanya....hanya kerana dia memakai tudung. Apa salahnya seorang muslimat mempertahankan agama?

Ini masalah sebenarnya..

Lihatlah betapa orang yang mempertahankan agama itu lebih dipandang hina.

Kita marah bukan? Kita sakit hati bukan?

Tapi apa tindakan kita?

Lihatlah sekeliling kita sendiri terlebih dahulu... Perasan tak di sekeliling kita juga penuh dengan manusia-manusia yang lebih memilih menolak agama berbanding kepentingan dunia. Bahkan ada yang cuba menentang agama secara terang-terangan. Tak payah pergi jauh melihat dan menunjuk orang lain...Tapi muhasabah diri kita sendiri terlebih dahulu...



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

13 July 2009

Kerana Obama menjeling Mayara Tavares




[Edisi Kemas Kini : 11.30 p.m] Tiba-tiba saya ingin menulis, padahal saya tengah bengkel sekarang. Tapi keinginan untuk menulis itu membuak-buak melimpah ruah dari hati hingga mampu mengerakkan tangan untuk mula menari-nari di keyboard. Maaflah belakangan ini otak bergerakan brown yang amat sangat. Fuh penat sebenarnya berfikir. Masih berhaibernasi ops..maaf..setelah ditegur saya silap lagi..hibernasi sebenarnya. Terimakasih kepada -sekolah pemikiran p.j-.Kritikal..kritikal...

"dari sudut margin, kiri, kanan, atas, bawah...kena ambil berat juga" Kata tok guru saya di depan sempat masuk ke telinga...(dia cakap apa a....???) -sebenarnya dia tengah komen pasal buletin yang kawan-kawan lain buat...
iklan sebentar...


Sempat saya menjeling ke tab sebelah (berita harian) ... Tergelak muslimat saya bila melihat munculnya kisah si Mayara Tavares yang tiba-tiba popular ke seluruh dunia...hebat sungguh penangkap gambar tu...Lawak..lawak. Mudahnya dunia mengenali dia tanpa perlu bersusah payah mencari populariti. Klik sini untuk Mayara Tavares

Siapa sebenarnya Mayara Tavares
Manolith :
As to Mayara Tavares, she is from the outskirts of Rio de Janero, Brazil and was participating in the J8 (Junior 8) summit portion of the G8 conference. In Brazil, she is a social and progressive activist, helping fight for the rights of children and adolescents in her community, especially those living in the infamous shantytowns of Rio de Janeiro.

-fuh...saya memang kena ambik kelas bahasa inggeris..tolong..sapa volunteer nak jadi guru bi saya? huhu...ye saya memerlukannya.

Kalau anda menyokong saya sebenarnya Si Mayara Tavares ni bukanlah siapa-siapa. Tapi hanya kebetulan Obama terjeling kepada dia...Klik sini untuk berita lanjut versi bharian. Berkemungkinan Obama tidak berniat pun untuk melakukan demikian kalau difikir secara husnozhon (walaupun sebenarnya mungkin tidak patut juga berhusnuzhon dengan Obama).

Syabas kepada penangkap gambar...Kontroversi betul gambar ni. Rasanya berapa bayaran untuk gambar ini? USD 4 billion..Banyak sangat..tetapi saya tidak menafikan.

Oleh itu...bawalah kamera ke mana-mana dan snap di mana-mana. Kerana berkemungkinan satu hari anda mungkin menjadi orang bertuah seperti si penangkap gambar atau mungkin juga Mayara Tavares.

P/s : pernah hampir tertangkap gambar seorang ahli politik wanita yang berciuman pipi dengan seorang ahli politik lelaki yang kedua-duanya parti kerajaan(nama dirahsiakan)...huh..hebat dunia mereka.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

11 July 2009

Hibernasi sebentar




 

Saya masih optimis mengatakan medan kepimpinan itu wajar dikuasai. Saya juga belum pesimis dalam memikirkan bahawa kepimpinan itu milik hanya golongan Adam walaupun zaman moden ini masih ada seksisme-seksisme songsang yang berkeliaran. Saya 'kognisi' teruk dua hari ini. Saya juga 'gerimis' bila memikirkan realiti yang sampai ke telinga kitaran beberapa jam lalu semalam.

Kalau benar ini yang terbaik..pasti akan saya timpuk segala kecamuk yang bertindis-tindis difikiran ke arena juang...Itu Pasti...

Moga begitu...
Moga kekuatan juga bersama menyokong saya...
huh...





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

10 July 2009

Experiment Manusia versi PPSMI





Saya pun pelik sebenarnya, sejak bila manusia boleh jadi bahan experiment ni...ye saya memang tak ambik kos sains..tapi dulu kat sekolah menengah saya ambik juga sains tulen. Dulu-dulu kat sekolah tak de pula saya belajar mengunakan manusia sebagai bahan experiment. Tapi apa yang berlaku hari ini, manusia tu sewenang-wenangnye di jadikan bahan experiment. Maaf la intro yang melalut skit.

Sebenarnya saya teringin untuk bercerita mengenai PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) yang mula diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dan akan di 'pupuskan' sepenuhnya pada 2012 dek kerana mendapat tentangan yang hebat dari golongan yang cintakan bahasa.

Tahniah buat pejuang-pejuang yang telah berjuang menghapuskan dasar 'experiment' ini. Hmm saya pun hairan, kenapa la sangat kita nak mengunkana bahasa sendiri sedangkan kita punya bahasa kita sendiri. Mungkin mereka saja nak buat experiment kot, tapi kenapa bahannya adalah manusia?

Tapi hasil dari experiment tu negara dah menelan belanja RM12 billion.
Huh...berpeluh saya mendengarnya..banyak sungguh tu..sungguh sangat banyak. Tapi akhirnya sia-sia. (Klik di sini untuk bacaan lanjut).

Hmm,.,.sekarang ni kesian plak kat adik2 yang menjadi bahan experiment... Macam mana la negara nak maju...

Apapun PPSMI telah termaktub dalam sejarah negara. Jom katakan selamat tinggal kepada PPSMI.

p/s saje je membangkitkan satu isu untuk menutup isu-isu yang lain...huh...!!! -Sabah lari ke Brunei nanti baru tau...





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

09 July 2009

Kuasa Percakapan




Bersiar-siar pagi ini di dunia maya mencari ilmu untuk dikutip teringin hati untuk menjengah blog kegemaran ramai : Ustaz Hasrizal..antara manusia zaman ini yang saya kagumi. Bukan hanya tulisannya, tetapi juga kuasa percakapannya.

Satu ketika dulu saya pernah diberi tahu oleh seseorang mengenai kuasa percakapan. Ketika itu saya masih berada di bangku sekolah lagi. Dan ketika itu saya masih terkebil-kebil apabila diberi tahu apakah yang dimaksudkan dengan kuasa percakapan?


Ya, setelah melalui satu perjalanan waktu yang agak panjang sehingga ke hari ini, fikiran saya mula diasakkan kembali dengan makna dan realitinya kuasa percakapan. Kerana baru saya sedar besar pengaruhnya dalam kehidupan.

"jom kita pergi solat"

Ayat di atas misalnya, berapa ramai dari kita yang berjaya mengungkapkan kata-kata itu dengan disambut oleh "yes and do"?

Agak sukar sebenarnya mempengaruhi hati manusia. Dengan berharap apa yang kita katakan akan segera difahami dan dituruti. Berapa ramai pula dari kita yang terus mahu apabila kita diminta untuk melakukan sesuatu? Saya rasa anda ada jawapan bagi soalan itu.

Jika anda bersetuju dengan saya bahawasanya tidak semua orang apabila dia bercakap akan lahir momentum yang masuk ke hati. Misalnya lagak seorang penceramah, adakalanya audience bukan hanya tidak memahami isi ceramah tetapi lebih memilih untuk 'memancing ikan' maksud saya tidur.


Itu tak campur lagi orang lain yang juga 'sibuk berceramah' di belakang.

Tapi jangan menafikan kalau saya katakan ada waktunya, apabila kita hadir mendengar ceramah, mata kita seolah mendapat 'sinar baru'. Perasaan teruja, suka, lucu, diadun lagi dengan otak yang ceria menerima apa sahaja yang dikatakan oleh penceramah. Maksud saya, penceramah itu berjaya menarik minat 'audience' untuk fokus mendengar bebelan dia.

Juga mudahnya, apabila menghadiri mesyuarat atau perjumpaan..pasti ada antara teman kita yang apabila dia sahaja yang mengeluarkan kata-kata atau pendapat, mudah sahaja diterima oleh kita dan orang lain yang juga berada di situ bahkan adakala menimbulkan satu perasaan aneh yang membangkitkan semangat.

Dan itulah yang dikatakan kuasa percakapan. Cuba anda perhatikan kehidupan sehari-harian anda...Andai kata, anda selalu merasakan apa yang ada suarakan tidak didengari, atau ketika syok bercerita dengan teman-teman apabila tiba sahaja turn anda, ada sahaja orang yang hendak mencelah seolah-olah hendak menghalang anda dari bercakap (hal ini biasa juga terjadi sehingga ada yang terasa hati), atau bila anda mengeluarkan arahan jika anda seorang pemimpin misalnya, jarang arahan anda dapat dilaksanakan dengan baik malah adakala tidak difahami yang mengakibatkan kerja tersebut terbengkalai. Maka jawapannya berkemungkinan anda belum menguasai apa yang dikatakan kuasa percakapan.

Manusia yang memiliki maksimanya kuasa percakapan, tidak lain 'labudda' ialah Rasulullah S.A.W. Buktinya sampai sekarang kita masih mengikuti apa yang baginda sabdakan. SSecara logiknya, mana mungkin para sahabat ketika itu mahu mengikut kata-kata baginda kalau bukan baginda sendiri yang mempunyai kuasa percakapan yang luar biasa. Mana mungkin para tabie'in sampai sanggup merantau ke pelosok dunia semata-mata mencari susunan ayat apa yang baginda katakan. Hanya kerana mencari susunan ayat fresh sepatah demi sepatah yang terkeluar benar-benar dari mulut baginda tanpa ada penokok tambahan. Sedangkan baginda sudah lama meninggal dunia.

Realitinya, kuasa percakap tidak dianugerahkan kepada semua manusia. Hanya insan-insan bertuah sahaja dianugerahkan dengan kelebihan itu. Walaubagaimanapun saya optimis mengatakan, skill kuasa percakapan itu boleh dilatih (walaupun ada yang mengatakan ianya tidak boleh didapati dengan cara latihan). Syaratnya confidence


doa, usaha dan percaya sepenuhnya kepada Allah. Kerana hanya dia sahaja yang berhak memberikan kuasa percakapan kepada hamba-NYA.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

06 July 2009

Aku Ingin Mencintai-Mu - eDCoustic





Aku Ingin Mencintai-Mu -

Kali ni saya bawakan lagu Aku ingin Mencintai-Mu pula untuk dikongsi bersama..
Nampak gaya macam saya ni dah jadi peminat kumpulan eDCoustic..hehe.. bukan peminat tapi pengemar lagu-lagu mereka sahaja.

Jom hayati...

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
ku berharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Waa...best tak best tak lagu ni???
Semoga kita sama-sama akan mendapat manfaat darinya, dan akan sedikit sebanyak mengembalikan kita kepada sentiasa mengingati ALlah..






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

Ukhuwah Berpuaka




p/s untuk membaca entri ini, tunggu sehingga background musik mula terpasang (^_^)

Andai saya mengatakan kepada sahabat-sahabat dengan kata-kata "ukhuwah kita ni retorik!!!" berkemungkinan akan ada sahabat yang membesarkan mata kepada saya seperti sang singa melihat mangsa. Saya terfikir, kukuh sangatkah ukhuwah kami sehingga sampai tahap yang dikatakan oleh Rasulullah 'ithar' iaitu mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain?

Biarlah saya jawab sendiri soalan tu. Mungkin ukhuwah kami tidaklah sehebat 'ithar'. tetapi ukhuwah kami sudah cukup untuk membuatkan air mata-mata sahabat menitis atas sebab kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh sahabat yang lain. Ukhuwah kami sudah cukup untuk merobek hati apabila ada antara sahabat kami yang khianat. Juga ukhuwah kami sudah cukup untuk membuatkan pergerakan kami sedikit lumpuh dek kerana tiang-tiang rumah kami hilang satu demi satu.

Permasalahan ukhuwah ini sudah lama kami bincangkan semenjak pertama kali mengenal apa yang dinamakan perjanjian kepada Allah. Atas sebab kita akan bergerak kerja bersama maka ukhuwah itu perlu diutamakan untuk melancarkan gerak kerja. (banyak orang berkata begitu). Maka soalan saya, Betulkah?

Betulkan persoalan ukhuwah itu perlu diutamakan? Benarkah tanpa ukhuwah kita tak boleh menyusun gerak kerja dengan sebaiknya? Persoalan-persoalan inilah yang membuatkan saya terduduk sambil cuba menyelongkar isi-isi otak yang boleh digunakan untuk mencari jawapan.

Apa yang saya nak kata sebenarnya, "saya sudah serik dengan kekuatan ukhuwah".

Ya saya sudah serik dengan ukhuwah yang ikatannya sangat kuat. Bukan kerana apa, tetapi saya sudah cukup dikecewakan dek kerana ukhuwah yang sangat kuat.

Dek kerana ukhuwah yang sangat kuat itulah, hati hancur dan luluh sedih bila melihat sahabat-sahabat seperjuangan hilang seorang demi seorang...eh silap hanya dua orang sahaja yang hilang pedoman hidup..yang lain bukan hilang tapi sedang berhadapan ujian yang menguji keimanan. Moga mereka sentiasa dalam lindungan Allah.

Tapi betulkah saya jika saya menyalahkan ukhuwah?

Sedangkan Rasulullah kan ada bersabda, supaya kita berkasih sayang antara sesama makhluk. Bahkan kan lebih baik jika orang yang mengasihi sahabat itu lebih dari dirinya sendri...

Tapi kenapa kerana kuatnya ukhuwah itu, menyebabkan ramai hati-hati yang lumpuh..Hingga sanggup meninggalkan sahabat-sahabat lain terkontang kanting. Hingga ada yang lumpuh disebabkan sahabat mereka tak ada lagi di sini berkerja bersama mereka. Hingga pacuan kekuatan tidak lagi seperti dulu... Sedangkan saya rasa, janji ukhuwah kita adalah untuk susah dan senang bersama. Janji ukhuwah kita akan berjuang biar apapun yang datang menghalang. Janji ukhuwah kita bukan janji anak-anak manja yang minta dibelai, tetapi atas sebab agenda yang sangat besar iaitu mendaulahkan Islam. Tak kan berhenti selagi Islam tidak terdaulat...

Atau mungkinkah juga ukhuwah yang dibina tak cukup kukuh maka semuanya jadi begini? Tapi kenapa hati sangat sakit bila melihat keadaan sahabat yang kesusahan. Itukan tandanya ukhuwah dah kukuh.

Atau mungkin ukhuwah kami yang berpuaka..kerana itulah berani bermain dengan 'Permaisuri puaka'?

entahlah...

Cuma saya tetap optimis...sekarang masanya untuk BANGKIT!!!!!!.... Kerana TENTERA MUHAMMAD SUDAH MULA MENYUSUN LANGKAH UNTUK KEMBALI !!! Kerana sekarang sudah sampai masanya turn kita mengorak langkah. Kita akan buktikan pada Sudin dan Samdol..tanpa mereka kita adalah satu ketumbukan yang kuat.. bahkan sangat kuat hingga sukar untuk ditumbangkan.

p/s Buat Aizat dan Saufi, korang kat mana sekarang. Korang sehat-sehat je kan? Jaga diri..ingat kami sentiasa akan doakan korang. Apa yang berlaku ni tak kan lama..Percayalah..dan ana yakin dihujungnya nanti akan ada kemanisan yang kita tak boleh gambarkan. Ana yakin itu... salam kekuatan tentera Muhammad dari kami semua... Kalau bukan Tentera Muhammad Rasulullah S.A.W.. Tapi biarlah kita menjadi tentera Muhammad Al-Fateh yang membuka kota konstantinople...TAKBIR!!!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

02 July 2009

Dedikasi buat kekejaman




"Saya nampak sediri Din dan Arul keluar dari tahanan semalam" ujar seorang sahabat yang hanya mahu namanya dikenali sebagi Ifat.

Dia kata lagi yang diorang keluar dengan tangan bergari. Keluar-keluar je terus diorang takbir ramai-ramai. (semangat betul Ifat ceritakan kepada saya).


Saya tanya lagi, macam mana keadaan Din dan Arul lepas ditahan selama hampir seminggu dalam lokap?

Dia kata kesian muka Din. Mak Din kata anak dia tu dah jadi macam muka penjahat betul-betul sebab misai pun tak cukur.. ketawa lucu saya dengar. Arul pula sudah jadi macam pengemis jalanan dengan selipar jepunnya warna coklat..heheh.. tambah lucu kalau saya bayangkan.

Ifat cakap lagi, yang kagumya diorang keluar dengan muka yang gembira. Macam tiada apa-apa yang berlaku.

Ifat kata, ramai yang menangis tengok diorang, tapi diorang boleh selamba tersenyum terutamanya Arul siap boleh buat lawak bodoh lagi.

Ifat kata, Mak Din tak makan langsung sepanjang Din di tahan. Mak Din cuma minum seteguk air je. Itulah hati seorang mak kan. Ifat kata dia sempat juga nasihatkan Mak Din supaya makan..nanti kalau Mak Din sakit kan susah.. Baik betul Ifat..hehehe...

Ifat bagi saya tengok gambar-gambar yang dia tangkap kat sana. Dia kata, dia cuma tangkap gambar guna handphone je..Jadi dia minta maaf sebab gambar tu tak cantik sangat. Dia mana ada duit nak beli kamera...



Ifat kata Presiden Gamis Ustaz Dzulkhairi pun datang juga tengok Din dan Arul. Ifat kata ramai juga la yang datang. Diorang semua sakit hati dengan apa yang sudah terjadi pada Din dan Arul.


Ifat kata lagi, Mak Din cerita lagi yang sebenarnya kes ni kecil je. Tapi oleh sebab campur tangan 'tangan-tangan gahib' jadi kes ni jadi tambah berat. Tiba-tiba ada 4 pertuduhan yang tak logik dikenakan kepada Din dan Arul.

Saya dengar cerita Ifat pun hanya mampu mengatakan Astaghfirullah, kenapalah manusia ni kejam sangat

Ifat kata lagi jangan percaya apa yang akhbar kerajaan. Semuanya tipu. Dia kata dia sangat kenal Din dan Arul. Diorang tu baik. Din dan Arul pelajar Akademi Pengajian Islam. Diorang tu faham agama. Mustahil diorang nak buat kerja bodoh macam tu.

Saya pun terfikir, betul juga kan. Tak kan la diorang berdua tu dah tak de kerja lain.

Tapi Ifat kata dia terus teringat mak kat kampung. Ye la bila tengok Mak Din dan Arul.. Sedih. Kesian kat makcik-makcik tu. Hmm..

Ifat kata lagi, kekejaman ni macam mana pun tetap akan kecundang juga. Biarlah kejam mana manusia tu akhirnya nanti masuk tanah juga. Orang-orang kejam ni tak ingat Akhirat. Orang-orang kejam ni memang akan buat apa sahaja asal apa yang diorang mau tercapai. Tapi diorang kena ingat yang Allah sentiasa ada untuk menghukum dan memenangkan kebenaran. Semangat sungguh Ifat dengan tangannya yang digayakan seolah-olah seorang penceramah bebas.
Last sekali dari cerita Ifat, dia sempat bagi tau yang diorang konvoi ke mahkamah tu... Jadi rempit-rempit semua. Dia kata itulah hidup sebagai pejuang ni semuanya redah je. Setakat muslimat merempit tu dah jadi perkara biasa, yang penting niat dan tujuan tu tetap kerana Allah dan Islam. (moga-moga Ifat satu hari nanti akan jadi seorang pendakwah bebas yang tegar memperjuangkan Islam)


p/s : teringat saya pesan emak saya yang bimbang bila saya bagi tau saya selalu naik motor, saya kata mana ade kenderaan lain selain motor.. Mak saya kata, bahaya. Jadi dia minta supaya saya jangan ikut orang yang main redah je kalau bawa motor..hehe..




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

Sendiri Menyepi





Sendiri Menyepi - edCoustic

Sangat suka lagu ni...Kalau di dengar dikala sendirian sangat-sangat menusuk ke kalbu.. Best sangat.. 24 jam pasang lagu ni sampai roommate pun ikut hafal. h

Adakala kita hamba yang lemah dan hina ni kena sentiasa beruzlah sendirian. Dengarlah lagu ni...InsyaAllah akan mendatangkan keinsafan...

Kalau nak seni katanya, klik baca keseluruhan entri (^_^)

Sendiri Menyepi..

Tenggelam dalam renungan

Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan

perlahan kucari, mengapa diriku hampa…

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi…

Oh Tuhan aku merasa

sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

benderang di hidupku..

Perlahan kucari, mengapa diriku hampa

mungkin ada salah mungkin ku tersesat,

mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa..

sendiri menyepi…

Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi

sampai kapan ku begini

resah tak bertepi

kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasa sendiri….

aku merasa sendiri..

sampai kapan begini

resah tiada bertepi…Ooohh..

Kuingin cahyaMu

benderang di hidupku..

Bila dengar lagu ni pakai headphone lagi best..Ya Allah terasa sangat diri ni sangat banyak dosa... Jom dengar sama-sama... huhu...sedihhhhhh :(




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design