12 April 2009

Ketika Cinta Bertasbih





Kalau belum beberapa selang masa dulu kita ghairah dengan munculnya filem berorentasikan Islam hasil adaptasi dari novel popular Kang Abik iaitu Ayat-Ayat Cinta. Dan sekarang ini filem kedua dari Kang Abik iaitu Ketika Cinta Bertasbih bakal muncul.

Jujurnya saya sendiri sangat tidak sabar untuk menunggu filem ini. Kalau Ayat-Ayat Cinta dulu sedikit mengecewakan, saya sangat berharap Ketika Cinta Bertasbih ini akan mengubat rasa kecewa pada AAC.

Bercerita tentang AAC Alhamdulillah saya sudah berpeluang untuk berjumpa dengan Kang Abik satu waktu dulu (pernah juga sya tulis entri tentangnya di blog ini tajuk : Penulis Cinta Berjiwa Pejuang). Ketika itu bermacam pertanyaan diajukan khusus untuk beliau dan antaranya soalan yang menjawab segala persoalan di hati saya juga saya kira semua yang menonton AAC dan kecewa dengannya.

Bila ditanya tentang AAC yang tidak sama seperti novel, AAC yang padanya terdapat adengan-adengan yang tidak sepatutnya ditayangkan, AAC yang kurang mengambarkan watak muslim sebenar sebagaimana di dalam novel...


Jawab Kang Abik... : Kalau anda kecewa...saya lebih lagi kecewa...

Pada ketika itu kesedihan menjalar keseluruh urat nadi saya... Menurut Kang Abik, dia sudah berusaha untuk menjadikan AAC seperti apa yang dia bayangkan. Maksudnya, benar-benar bersih dan keluar sebagai filem yang memenuhi syariat. Sepatutnya, bermula dari pemilihan aktor sehinggalah selesai pengambaran dia meletakkan syarat untuk dia turut serta berada di situ. Tetapi itu hanya perancangan manusia, dan manusia ini terlalu banyak helah dan perangainya. Berurusan dengan manusia lain memang payah, apa lagi kalau mereka-mereka itu tidak sefikrah dengan kita.

Maka terlahirlah AAC sebagaimana yang ada. Bayangkan saja, kalau kita sipembaca novel dan si penonton filem lagi kecewa, apalagi si penulis novel yang empunya cerita...Pasti kekecewaannya lagi membesar kerana cerita yang ditulisnya tidak sama apabila di realitikan walaupun dalam bentuk filem. Watak indah yang diwujudkan di dalam novel cacat sedikit apabila keluar ke layar filem.

Kerana itu, saya kira penantian kita kepada KCB lebih-lebih lagi menuntut kesabaran yang tinggi. Kalau menurut Kang Abik, kesilapan AAC tidak akan berulang. KCB sedaya upaya akan ditampilkan bersih dan suci. Bahkan pemilihan lima aktor utama KCB juga memakan masa dan tenaga yang banyak.



Kang Abik sempat juga meningalkan buah tangan kepada hadirin waktu itu apabila beliau dengan nada bersahaja melontarkan persoalan mengenai dunia Islam yang kurang maju dari sudut perfileman. Menurutnya, kalau ada pun cerita yang penuh, padat dan bersih dengan hukum hakam Islam, belum tentu ada panggung yang mahu menayangkannya. Kerana itu, sepatutnya kita perlu melahirkan bermula dari akademi pelakon sehinggalah ke panggung wayang yang dipunyai oleh orang Islam berfikrah Islam lillahitaala.

Apapun mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Kang Abik dan Ketika Cinta Bertasbih.. semoga segalanya akan dipermudahkan Allah dan Ketika Cinta Bertasbih benar-benar akan tampil sebagai duta filem Islam yang mengambarkan keindahan Islam sebenar...Amin...



Trailer Ketika Cinta Bertasbih


Link Web KCB




JORDAN..

2 Perkongsian:

  1. "Bila ditanya tentang AAC yang tidak sama seperti novel, AAC yang padanya terdapat adengan-adengan yang tidak sepatutnya ditayangkan, AAC yang kurang mengambarkan watak muslim sebenar sebagaimana di dalam novel..."

    boleh saya tau.. sapa yang tanya soalan macam tu kat kang abik?? org tu seperti bisa saya kenal saja.... :P

    ReplyDelete
  2. klu nk tahu, yg bertanya soalan tu, dilah orgnya juga yg bertanya soalan ni

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design