Sampai ke hari ini belum ada tanda-tanda kerajaan kembali bersikap 'profesional'. Kebanggaan penulis yang selama ini berbangga menjadi rakyat Malaysia sama sekali terhapus lunyai dengan tindakan kurang intelek kerajaan.
Kalau dikatakan bahawa media alternatif (Harakah dan Suara Kedilan) memberikan berita palsu atau memporak-porandakan rakyat, pada penulis itulah satu penilaian yang tidak langsung mengambarkan penilainya seorang yang profesional apalagi intelektual.
Bahkan penulis beranggapan penilai yang berkata begitu sebenarnya handak mengatakan sebenarnya media yang di'sponser' kerajaan juga begitu. Kerana, apa yang penulis tahu, semua media tidak boleh dipercayai. Semua media bersifat malah berfungsi untuk menyebarkan propaganda milik pen'sponser'nya. itulah hakikat madia.
Jadi mengapa bertindak seperti pengecut dengan mengharamkan media lawan? Walau begitu, penulis bersyukur kerana tindakan pengharaman akhbar alternatif tersebut sebenarnya membuka mata penulis dan rakyat bahawasanya, penulis hidup dalam naungan orang yang pengecut..Sangat memalukan sebenarnya.
Pun begitu, penulis percaya..kebangkitan sebegitu ramai rakyat dan bloggers akan membuka mata sekalian rakyat yang belum sedar dan sekaligus moga juga akan membuka mata kerajaan bahawa sekiranya sudah bosan memimpin, maka serahkanlah kepada mereka yang lebih layak untuk memimpin.
Apa yang pasti, kebangkitan mahasiswa juga tidak akan ketinggalan mengambil peluang. Mungkin tidak lama lagi apa yang penulis khuatiri, mahasiswa pula yang terpaksa menjadi juru pandu kepada mereka-mereka yang ingin dan sedang memimpin tentang bagaimana sebenarnya yang dikatakan memimpin.
STUDENT POWER
JORDAN..
afyon
ReplyDeletemuğla
batman
hakkari
artvin
0E2KLO