14 April 2009

Perasmian Blog Baru : Hijrah Untuk Islah




Alhamdulillah akhirnya Fikrah Nazifa 2(FN2) siap sepenuhnya. Niat untuk berpindah blog akhirnya tertunai. Walaupun rasa sedih menguasai diri sebab terpaksa melupakan Fikrah Nazifa 1 (FN1) atas asbab-asbab kemaslahatan.

Ini adalah posting pertama setelah siapnya FN2. Posting ini saya tujukan khas kepada Fikrah Nazifa 1 yang sudah banyak berbakti dan sebagai tanda memperingatinya. Sememangnya jasa FN1 sangat besar dan tidakkan dapat dinilai walaupun dengan wang ringgit..huhu.. (mood sedih)

Walaupun begitu, hidup mesti diteruskan, dan kali ini saya mempersembahkan FN2 sebagai penganti kepada FN1. Semoga FN2 juga boleh diterima oleh pembaca-pembaca laman-laman maya (^_^).

Wujudnya FN2 dengan tema "Hijrah Untuk Islah". Tapi tema ni bukanlah tema kekal..nanti-nanti akan terubah sendiri mengikut peredaran zaman. Tema itu dipilih kerana saya mengharapkan penghijrahan ini akan menambahkan lagi semangat saya untuk berjihad melalui siber dan penulisan. Dan paling penting niat kena diperbetul...

Saya akui bukan senang mau tukar blog...huhu..perlukan kesungguhan dan pengorbann. Seharian menghadap laptop (mujurlah laptop ni tiada mulut, kalau tak mesti da menjerit kepenatan) semata-mata untuk menyusun susunletak, design berhadapan pula dengan kod-kod HTML yang memeningkan, dan sebagainya sampai la FN2 jadi sebagaimana yang ada sekarang.

Kalau FN1 dulu, banyak kenangan yang tidakkan terlupakan sepanjang berkerja-sama dengannya, FN1 tempat mengadu, FN1 tempat mengkritik, FN1 tempat bermuhasabah, FN1 yang memeningkan, FN1 juga medium yang menemukan saya dengan ramai sahabat baru....muga FN2 dapat memberikan fungsi yang sama disamping pertambahan fungsi-fungsi yang lain yang sebelum ni tiada pada FN1.

Cakap pasal FN1 ni memang takkan sudah, hampir mencapai tempoh setahun bersama dengannya, Yang pasti FN1 is the best...dan FN2 pun akan jadi lebih the Best...Moga-moga begitu... Dan moga kuantiti waktu akan sentiasa ada untuk FN2..

Maka dengan ini, pada hari ini bertarikh 18 Rabiul Akhir 1430H bersamaan dengan 14 April 2009 , tepat jam 4.43 pagi,dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM FIKRAH NAZIFA 2 dilancarkan secara rasmi sebagai lidah siber rasmi annisaNazifa.


AL-FATIHAH

WAJAH-WAJAH FIKRAH NAZIFA 1








JORDAN..

2 Perkongsian:

  1. blog baru dah siap ye...bgus la tu...lepas ni bleh study pula ye...sekarang ni minggu study bukn minggu buat blog...hehehe (^_^)

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design