Macam-macam kejadian yang barlaku belakangan ini. Pagi tadi sahabat saya merangkap 'housemate' dan kakak Sabah merangkap 'umi' MARSIS baru terlibat dengan satu ujian hadiah dari Allah. Alhamdulillah mujur tiada apa-apa yang terlalu serius berlaku. Hanya mudah-mudahan semua ini adalah kifarah dosa jua hendaknya.
Beberapa hari lalu rumah sakinah yang kami diami dicerobohi oleh kelibat manusia. Menurut kata orang yang melihatnya, manusia itu ber'gender'kan lelaki dan dia memakai helmet sedang meninjau-ninjau masuk ke halaman rumah lagak mencari sesuatu. Tak tau la apa yang di carinya. Mujur pagi itu tiada apa-apa yang berlaku. Hmm..sememamgnya kawasan rumah tersebut mudah terdedah dengan bahaya. Maklum saja, nama pun Kuala Lumpur, belum campur manusia-manusianya yang lebih mementingkan dunia berbanding Akhirat.
Ketika kami sedang berbincang mengenainya (keadaan rumah yang dalam bahaya), timbul cerita yang sangat terkena di hati saya. Bertitik-tolak dari pegangan, keyakinan dan keimanan bahawa hanya Allah jua yang berhak menentukan segalanya, isu utama dalam perbincangan adalah berkaitan dengan "memagari rumah dengan ayat-ayat Allah". Itulah istimewanya hidup dalam suasana manusia-manusia yang mengaku sebagai hamba Allah dengan sepenuh pengakuan. Cerita yang saya maksudkan adalah berkait-rapat dengan keajaiban ayat Allah.
Kami pada mulanya berbincang dan cuba mengingat kembali apa ayat-ayat juga doa-doa yang biasa digunakan untuk "memagari rumah". Mengingati kembali apa yang pernah dipelajari dan akhirnya seorang sahabat (ahli rumah jg) mengeluarkan cerita ala-ala tazkirah. Katanya,
"ahli keluarganya kalau nak keluar rumah dibiasakan untuk membaca ayat kursi. Nak ceritanya betapa ajaibnya dan maha Kuasanya Allah S.W.T, dengan kuasanya pernah beberapa kali rumah mereka hendak diceroboh, tetapi gagal. Dan sebagai tanda bahawa orang yang hendak menceroboh rumah itu tidak berjaya memasuki rumah, dia melemparkan telur ke dalam halaman rumah.
Tahu tak kenapa dia 'bagi hadiah' kat tuan rumah tu telur? Sebab keajaiban ayat kursi tu menghalang dia dari masuk.. Biasanya orang yang hendak menceroboh tu akan nampak seolah-olah rumah tu mcm api.. Jadi bila dia lempar telur bermakna dia pengamal ilmu-ilmu (tak tahu la ilmu apa, biasanya ilmu yang tak baik la), sebab itu antara tanda la.
Saya tak pasti sangat tentang itu. Tapi yang pasti keajaiban ayat-ayat Allah itu memang tidak boleh disanggah dan disangsikan. Banyak lagi cerita mengenai keajaiban ayat Allah...
Hmm mudah-mudahan Allah lindunggi kami dan mahligai harmoni ini dengan Iman dan Taqwa sentiasa kepada-Nya..amin..
JORDAN..
Salam.. MEMAGARI RUMAH DGN AYAT AL-QU'RAN, ana pernah org ajar cara nk pagar rumah gne ayat al-quran,. ade kaedahnye yg tersendiri. Ade jgk ana amalkan skali-skala. klu anti nk mgkin ana bleh ajar anti,..supaya anti boleh ajarkan kpd orang lain pula,.. :)
ReplyDelete